Khamis, 4 Mei 2023

Sukima - Onna

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Sukima-Onna.

 Dia adalah hantu wanita yang tinggal pada celah di antara perabot (pintu, almari dan perabot lain-lain). Dia mampu berada di mana-mana termasuk di rumah.

Apabila kamu terpandang ke arahnya, dia akan melihat kamu daripada celahan gelap di rumah. Kemudian dia akan mengajak kamu bermain sembunyi-sembunyi. Tak kisah kamu akan cakap, dia akan ghaib dan permainan akan dimulakan tanpa kerelaan empunya diri.

Kamu kira selamat, jikalau kamu terpandang pandangannya kali pertama. Dia tidak akan membunuh kamu kecuali kamu melihatnya pada kedua kalinya. 

Jikalau kamu melihatnya kembali, permainan itu akan berakhir dan dia adalah pemenangnya dan dia akan menarik kamu masuk ke celahan dan dari situ ke neraka. 

Selepas itu, dia akan mencari mangsanya seterusnya. 

Diantara cara untuk kamu menyelamatkan diri atau menjadi pemenangnya, sama ada kamu menjadi buta atau mengelak daripada melihat pandangannya lagi mahupun tidak melihatnya secara langsung. 

Tiada dapat memastikan asal-usul cerita urban ini. Seakan cerita ini dicipta untuk menakutkan mereka pada celahan perabot di dalam rumah. Tiada yang tahu tujuannya mengapa?

Cerita ini menceritakan seorang lelaki muda yang baru berpindah ke Tokyo untuk melanjutkan pelajaran di Universiti. Ia berlaku satu bulan selepas pembelajarannya. Ketika dia sedang beristirahat di rumahnya seorang diri selepas pulang dari universiti, lalu dia terdengar bunyi deringan telefon.

"Hello, ini O-san?"

Ia adalah panggilan telefon daripada kawannya dari bangku sekolah menengah tinggi. Yang nak dia datang mengunjungi dan bermalam satu malam di rumah kawannya tersebut. Pada mulanya dia nak ingin menolaknya, akan tetapi kawannya terus mendesaknya dan akhirnya dia relakan. 

O-san tube sekitar 10 minit dari Suginami ward ke rumah kawannya. Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke rumah kawannya, O-san agak terkejut dengan keadaan rumah. Setiap celahan dan retak telah ditutupi dengan pita pembungkusan. 

"Ah, terima kasih banyak-banyak sebab datang..." 

Suaranya agak tidak bersemangat dan lemah apabila dia berterima kasih kepadanya. Pada masa sekolah menengah tinggi, kawannya adalah seorang yang sering bersemangat dan ceria. Perubahan ini membuatnya tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya dalam masa beberapa bulan yang lepas. 

Kawannya enggan memberitahu sebarang jenis jawapan dan alasan. Pada malamnya kawannya kelihatan sentiasa gelisah dengan ketakutan, bagaikan dia dalam ketakutan pada sesuatu. 

"Dia tengah melihat saya... Dia tengah melihat saya..." kata-kata yang keluar dalam igauan mimpi kawannya semasa tidurnya. Selepas beberapa minit dia tidur, tiba-tiba dia terbangun seperti terbangun dari mimpi buruk. Ia berlaku beberapa kali pada malam itu. 

Pada keeseokkan harinya, kawannya berterima kasih sambil menangis. Kelakuan kawannya agak aneh sekali lalu dia balik ke rumahnya, sebaik sahaja dia tiba ke rumahnya dia terasa dirinya diperhatikan. Padahal dia tahu bahawa dia tinggal seorang diri dan tidak memelihara sebarang haiwan peliharaan. Dia sekadar memikirkan hanya khayalan sahaja dan sesuatu yang dia tak perlu bimbangkan. 

Pada keeseokkan harinya ketika dia sedang beristirahat seperti biasa, tiba-tiba dia perasaan dirinya sedang diperhatikan. Pada masa itu dia seorang diri di dalam bilik dan dia tinggal di tingkat 3,ia adalah mustahil untuk seseorang untuk memerhatikannya ke dalam. Dia berasa ada kemungkinan ada seseorang bersembunyi di dalam almari dan sebaik sahaja dia membukanya dia mendapati tiada sesiapa pun mahupun yang lain.

Akan tetapi perasan diperhatikan berterusan beberapa hari. 

Pada satu hari, semasa dia memandang ke satu arah apabila dia merasai pandangan tajam. Kelihatan seorang wanita, sedang memandang ke arahnya dari celahan kecil di antara almari dengan laci pada dinding rumah 

"Ah!!!" 

Dia menjerit ketakutan dan berkelakuan seperti kawannya yang hilang kawalan diri dengan menutupi kesemua celahan di dalam biliknya dengan pita pelekat. 

Dengan itu wanita berkenaan terus melihatnya dari kesemua celahan yang ada di rumahnya. 

Sukima - Onna mempunyai versi lelaki yang dikenali sebagai Sukima-Otoko, gap man atau sebagai lelaki pada celahan. 

Persamaan adalah sama dari segi dia mencari mangsa dan dia akan menarik pada celahan jikalau kamu melihatnya pada kedua kalinya terus ke dimensi yang lain dan kemungkinan tinggi kamu tak akan kembali lagi. 

Cerita urban legend ini agak unik dan cerita ini diambil daripada cerita Yokai sejak dari zaman Edo lagi. Cerita ini pernah di adaptasi ke drama sehingga ke manga. Semua agar berhati-hati sahaja. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan