Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai pop up yang keluar ketika kamu melayari Internet. Jikalau kamu menutupnya, kamu akan mati. Pemberitahuan kejadian atau era dimana internet masih baru dan perkhidmatan ADS Block belum wujud lagi. (Masak sangat era tersebut).
Bermula dengan cerita, terdapat seorang remaja lelaki yang ketagih melayari Internet. Dia terdengar mengenai urban legend bilik merah dari rakan sekolahnya. Sebaik sahaja habis sekolah, dia teuus pulang ke rumah dan melayari Internet dengan harapan mencari kebenaran mengenai Urban Legend ini.
Dengan tiba-tiba, sebuah tertingkap keluar dengan berlatar belakang merah dengan kenyataan.
"Adakah kamu suka -?"
Secara langsung dia terus menutupnya akan tetapi sebanyak beberapa kali dia menutupnya, ia terus keluar berulang kali. Akhirnya dia mulai sedar bahawa soalan pada pop up tersebut mulai berubah dengan mengatakan.
"Adakah kamu suka bilik merah?"
Serta kedengaran pada latar belakangnya suara seperti kanak-kanak menanyakan soalan yang sama berulang-ulang kali.
Kemudian layar komputernya dengan tiba-tiba menjadi hitam dan tertera pada layarnya adalah senarai nama berwarna merah. Apabila dia menyelidiki senarai nama berkenan, pada penghujung senarai nama dia terlihat nama kawan sekolahnya yang menceritakan kepada dia mengenai bilik merah.
Dengan tiba-tiba, dia mulai seram sejuk dan merasakan ada sesuatu di belakangnya dan semua menjadi gelap.
Pada keesokan harinya, remaja berkenaan tidak ke sekolah dan terdapat beberapa desas-desus serta khabar angin sebab mengapa dia tak datang ke sekolah.
Pada hari seterusnya, Ketua kelas mengatakan berita buruk ke seluruh kelas bahawa remaja berkenaan telah mengambil nyawanya sendiri dengan mewarnakan biliknya menjadi merah menggunakan darahnya sendiri.
Rasanya ada pengajaran juga mengenai cerita urban legend ini agar menghabiskan masa anda ke perkara yang berfaedah agar mata tak sentiasa melekat pada layar komputer uter sahaja. Kerana lama melayari Internet menyebabkan halusinasi sebab mata mulai penat. Apabila otak kita penat, semua benda yang rasional dah buang ke laut. Sama kes dengan penggunaan gadget 📱 sekarang ini.
Itu daripada pendapat saya sahajalah. Buat kamu pula apa pendapat mengenai urban legend daripada Jepun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan