Salam Malam Jumaat semua,
Gashadokuro adalah sejenis makhluk berbentuk seperti tengkorak raksasa dari cerita rakyat Jepun. Menurut dari Urban Legend Jepun, tengkorak raksasa ini diperbuat daripada gabungan tulang mereka yang mati kebuluran.
Gashadokuro sering kali kelihatan merayau-rayau di kawasan luar bandar pada waktu malam mencari mangsanya. Dengan 90 kaki tinggi dan sering kali menggeselkan giginya dengan mengeluarkan bunyi "gachi.. gachi..". Walaupun ia mempunyai ukuran tubuh badan yang tinggi, ia berjalan teramat senyap sekali seakan-akan ia menjadi halimunan. Jikalau telinga kamu berasa seperti bunyi berdesing bermakna Gashadokuro berdekatan dengan anda.
Kewujudan Gashadokuro terhasil daripada tulang mereka yang meninggal dunia sebab mati kebuluran oleh kerana cara kematian mereka agak menyeksakan malah mereka tidak menerima sebarang jenis pengebumian yang sah mahupun sempurna. Dengan dendam yang membara terhadap mereka yang masih hidup. Tulang-menulang mereka berkumpul bersama dan bercantum untuk membentukkan satu tengkorak raksasa.
Dengan dendam kesumat penuh dengan kemarahan serta kebencian hanya boleh dipuaskan dengan meminum darah mereka yang masih hidup. Jikalau Gashadokuro melihat mangsanya berjalan seorang diri pada waktu malam, ia akan terus meragut mangsanya dari tanah dengan jari tulangnya. Kemudian Gashadokuro akan terus menyerang kepala mangsanya dengan mengigitnya sampai putus, lalu menekan tubuh mangsanya untuk meminum darahnya sampai kering.
Semestinya is agak menyeramkan dengan penampakan mahluk ini pada waktu malam. Cerita urban legend Jepun ini seakan-akan serupa dengan Urban Legend moden mengenai Siren Head. Tengkorak gergasi bergerak dengan senyap memburu mencari mangsa untuk diminum darahnya. Jangan tanya saya dimana darah itu pergi, apabila ia minum sebab ia adalah sekadar kerangka raksasa.
Cerita urban legend ini agak wujud sudah lama, dimana era Jepun sering berlakunya peperangan saudara, bencana alam, porak-peranda kuasa dan kebuluran. Apabila mereka yang mempunyai kuasa gagal menjaga rakyatnya dengan lebih mementingkan diri sendiri dan membiarkan rakyatnya sengsara dikala kehidupan yang teramat getir, malah ada yang sengaja mengenakan cukai yang tinggi untuk menambah bebanan rakyat. Daripada anak-anak rakyat dijual menjadi hamba abdi kepada pelayan nafsu dan malah ada yang dibunuh sewenang-wenangnya untuk menunjukkan kekuasaan mereka. Sedikit sejarah ringkas Jepun.
Rasanya cerita ini datang untuk memberikan pengajaran buat pemimpin dan pemerintahan untuk menjadi pemerintahan yang baik dan jaga rakyat meraka. Jikalau tak mengikuti, ada kemungkinan tinggi Gashadokuro akan datang membalas dendam kesumat terhadap mereka yang melanggarnya.
Itu pendapat saya daripada penyelidikan dan pendapat saya sahaja. Bagi kamu sendiri, apa pendapat kamu mengenai urban legend ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan