Khamis, 1 Disember 2022

Jinmenken / Anjing berwajah manusia.


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi satu lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai anjing berwajah manusia yang lebih dikenali sebagai Jinmenken. Malah ia juga sebahagian daripada cerita rakyat Jepun selama ratusan tahun.

Kebiasaannya ia sering kelihatan di kawasan bandar di Jepun. Dari jauh kelihatan seperti anjing liar biasa akan tetapi apabila ia berpaling, ia mempunyai wajah seperti manusia. Ia boleh berkata-kata dalam nada keletihan kepada mereka yang bertembung dengan ia, "jangan nak ambil tahu" atau "suka hati saya untuk buat apa sekali pun".

Ada laporan mengatakan, ia sering kelihatan di luar rumah seseorang sambil mengeledah tong sampah mencari makanan. Selain itu terdapat juga laporan, ia kelihatan mengejar kenderaan dan sering menakutkan pemandunya di lebuh raya.

Terdapat dalam sebuah cerita, terdapatnya sebuah restoran yang suka membuang sampahnya diluar pintu belakangnya. Pada satu malam, seorang tukang masak terlihat seekor anjing liar sedang selongkar sampah-sarap mencari makanan. Apabila dia cuba menghalau anjing berkenaan dengan mengejarnya dari belakang, tiba-tiba anjing tersebut berpaling ke belakang lalu berkata "tinggalkan saya bersendirian".

Sebuah lagi cerita adalah menceritakan seorang lelaki memandu di sebuah lebih raya dan mulai perasan ada cermin pandang sisinya seperti seekor anjing sedang mengejarnya. Anjing berkenaan sedang mengejarnya dengan kelajuan yang sama seperti mana dia memandu kereta sejauh 100 batu sejam. Apabila dia menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati anjing berkenaan berwajah manusia serta ia turut menjerit kepadanya "jangan memandang ke arahnya". Pemandu berkenaan hilang kawalan dan terbabas pada penghadang jalan dan mengalami kemalangan jalan raya.

Pada sekitar 1989 dan 1990, terdapatnya histeria mengenai Jinmenken pada kemunculannya di Jepun. Apabila penduduk sering kali membuat laporan polis setiap kali bencana atau kemalangan berlaku. Dengan kata nama lain dijadikan kambing hitam dan alasan secara automatik, sehingga polis terpaksa membuat siasatan sama ada makhluk ini wujud ataupun tidak.

Masih ada lagi mereka yang percaya bahawa anjing berwajah manusia ini adalah mangsa atau korban kemalangan jalan raya yang di inkarnasi atau dijelmakan semula pada kehidupan seterusnya sebagai seekor anjing. Manakala ada yang percaya anjing berkenaan dirasuki oleh semangat jahat. Malah ada yang mengatakan ia adalah hasil experiment yang terlepas daripada makmal.

Ia menjadi keunikan dalam Urban Legend ini dengan penampakkan anjing yang berwajah manusia ini. Tanggapan tu banyak dan sukar untuk dipastikan mahupun memberikan kepastian mengenai kewujudnya atau sekadar cerita sahaja.

Urban legend ini banyak diadaptasi di dalam manga (komik Jepun), anime dan permainan elektronik kanak-kanak. Jikalau kamu ada pendapat sendiri sila komen di bawah ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan