Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya ingin berkongsi sebuah cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu ungkapan sumpahan. Jikalau kamu masih ingat ungkapan ayat berkenaan pada ulang tahun kelahiran kamu ke 20, kamu akan meninggal dunia.
Cerita ini bermula dengan seorang gadis Jepun yang agak bermegah diri dan sering kali menghabiskan masanya melihat refleksi wajahnya di cermin. Ia adalah sebuah cermin kecil yang dihadiahkan oleh ibunya dan dia teramat menghargai pemberian. Apabila cermin ini merupakan harta paling berharga buatnya.
Oleh kerana itu dia menjadi obses dengan kecantikan, sehingga dia menghadapi kemurungan sehinggakan menghidapi penyakit Anoreksia. Dengan melaparkan dirinya sehingga hanya tinggal kulit dan tulang sahaja dan nampak seperti mereka yang sakit. Masa berlalu, kesihatan mulai merosot akan tetapi apabila dia melihat dirinya di cermin. Dia masih kelihatan cantik walaupun keadaannya sudah pucat lesu.
Pada satu hari, dia ingin menghiasi cermin kesayangannya lalu dia menwarnakan ia ungu. Apabila dia melihat cermin itu, dia tersentak dan berasa jijik. Apabila dia tidak lagi cantik sebaliknya dengan wajah yang pucat lesu dan keadaan diri yang kurus seperti tinggal kulit dan tulang sahaja. Dngan perasaan terkejut dan jijik, dia melempar cermin ke lantai. Ia hancur berderai. Akan tetapi dia mulai rasa menyesal dengan apa dia telah lakukan.
Pada ulang tahun kelahirannya ke20, dalam persiapannya untuk majlis "coming of Age", dia mengalami kecelakaan lalu lintas dan terbunuh di tempat kejadian. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, terungkap ungkapan dari bibirnya.
"Cermin Ungu... Cermin Ungu... Cermin Ungu...".
Oleh kerana ini, sampai ke hari ungkapan "Cermin Ungu" telah disumpah dan membuat sesiapa yang ingat ungkapan ini pada ulang tahun kelahiran ke20 akan meninggal dunia.
Ia paling terbaik untuk kamu melupakan ungkapan perkataan ini serta konsep mahupun cerita ini sendiri. Harap kamu tak mempunyai ingatan yang kuat apabila nyawa kamu menjadi taruhan.
Sekarang kamu sudah tahu, jadi maaf sebab saya sudah kongsikan cerita urban legend ini kepada kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan