Khamis, 5 Januari 2023

Red Crayon / Krayon Merah

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada hari ini saya akan berkongsi sebuah cerita urban legend daripada Jepun yang agak menyedihkan dan bakal menusuk jiwa kamu. 

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri muda membeli sebuah rumah yang penuh dengan misteri yang belum terungkai. 

Sebaik sahaja mereka balik daripada berbulan madu, mereka mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah. Mereka teramat gembira apabila mereka dapat membeli sebuah rumah yang berharga murah yang berada di kejiranan yang baik, berdekatan dengan bandar dan tak perlu berjalan jauh untuk membeli-belah.

Pada satu hari, sang suami berjalan turun untuk ke lantai bawah. Dia kena melalui koridor rumah. Dengan tiba-tiba dia terjumpa sebatang Krayon merah di lantai. Sang suami menjadi hairan dari mana datangnya Krayon merah itu padahal mereka masih belum dikurniakan anak lagi.

"Kemungkinan Krayon merah ini ditinggalkan oleh penghuni sebelumnya" kata sang suami kepada dirinya sebelum membuang Krayon merah itu ke tong sampah.

Pada keeseokkan harinya, sang suami baru sahaja balik daripada bekerja lalu menemui sebatang Krayon merah lagi terbaring di tempat yang sama. Dia menjadi curiga dan mengambil keputusan untuk menanyakan dengan isterinya.

Sang isteri menjadi pucat ketakutan apabila sang suami menanyakan dia mengenai Krayon merah berkenaan. Sang isteri hanya mampu memberitahu bahawa dia sering kali menemui Krayon merah ini di kala dia membersihkan rumah pada setiap hari semenjak mereka berpindah ke rumah tersebut. Tempatnya sentiasa di tempat yang sama pada tingkat 1 pada hujung koridor rumah.

Sang suami mulai berdiri pada hujung koridor rumah pada tingkat 1, cuba merungkai misteri fenomena ini. Dia mulai perasan bahawa koridor rumah ini agak pendek sangat daripada luaran rumah. 

Dia mulai mengetuk pada dinding pada hujung koridor rumah dan terdengar bunyi seperti ada ruangan rahsia pada sebaliknya. Dengan perasaan ini tahu, dia mulai perlahan-lahan mengelupas kertas dinding. Walaupun sang isteri membantah tindakannya.

Di belakang kertas dinding, mereka menemui sepasang pintu gelongsor. Seperti ada seseorang dengan sengaja berhati-hati menyembunyikannya daripada sesiapa memasuki sebuah almari atau bilik kecil ini.

Sebaik sahaja paku terakhir dicabut, dengan perlahan-lahan sang suami membuka pintu gelongsor. Ia mendedahkan sebuah bilik kecil tersembunyi di dalamnya. Apabila dilihat di dalamnya, mereka dengan perasaan terkejut melihat pada dinding putihnya dipenuhi dengan contengan tulisan dalam Krayon merah yang tertulis berulang-ulang kali.

" Emak maafkan saya, Lepaskan saya". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan