Khamis, 24 November 2022

Kuchisake Onna / Slit Mouth Women


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi satu cerita urban legend daripada Jepun yang agak terkenal iaitu seorang wanita yang mempunyai kecacatan pada wajahnya yang sering mencari mangsa kanak-kanak. Bersenjatakan sebuah gunting bersaiz besar yang serba tajam. Dia mempunyai parut yang menghiris mulutnya dari telinga kiri ke kanan. Yang membuat dia sentiasa tersenyum lebar buat selamanya. Dia adalah Kuchisake Onna, Slit Mouth Women.

Dia akan berjalan-jalan di lorong dan jalanan yang sepi di Jepun dengan memakai pelitup muka dan sentiasa memburu mangsanya kesukaannya. Jikalau ada kanak-kanak malang bertembung dengannya, dia akan menghentikan kamu dan menanyakan soalan. Jikalau kamu memberikan jawapan yang salah, kamu bakal menerima akibatnya.

Bayangkan, kamu adalah seorang kanak-kanak kecil dalam perjalanan balik dari sekolah dan kamu berjalan sebuah lorong yang gelap dan sepi sebagai jalan pintas. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi yang sayup-sayup dari bayangan gelap di hujung lorong. Kelihatan dari jauh seorang wanita cantik sedang berdiri dengan berambut hitam panjang dan mengenakan trenchcoat coklat muda, manakala wajahnya diliputi dengan pelitup muka yang menutup bawah wajahnya. Ia adalah perkara biasa buat di negara Jepun untuk memakai pelitup muka jikalau individu berkenaan terkena penyakit selsema, untuk mengelak orang di persekitaran daripada dijangkiti.

Dengan perlahan-lahan dia berjalan ke arah kamu dan menghalang jalan kamu. Lalu menanyakan "Adakah saya cantik?".

Tanpa kamu berfikir panjang menjawab Ya atau kamu sempat menjawabnya. Dia akan menanggalkan pelitup mukanya dan menunjukkan kehodohan pada kecacatan pada wajahnya. Dengan mulutnya dirobek dari hujung telinga kiri ke kanan sambil mulutnya ternganga besar, menampakkan giginya yang serba tajam. Kelihatan satu lidah merah besar berpintal-pintal keluar dan masuk.

"Adakah saya cantik, sekarang?!" jerit wanita berkenaan sambil tersenyum mengerikan.

Di dalam ketakutan kamu harus menjawab pertanyaan wanita berkenaan seperti mana nyawa kamu dijadikan pertaruhan.

Jikalau kamu menjawab "TIDAK", dia akan mengeluarkan senjatanya iaitu sebuah gunting besar lalu membunuh kamu sebelum memenggal kepala kamu.

Manakala "YA", dia akan mengambil guntingnya lalu menggunting mulut kamu dari hujung telinga kiri ke kanan dan membuat rupa kamu sepertinya.

Sebarang cubaan nak melarikan diri adalah perbuatan yang sia-sia apabila dia akan terus memburu kamu lalu membunuh kamu dengan membelah kamu menjadi dua. Apabila dia mampu berlari dalam kelajuan yang tinggi, jadi cubaan lari itu adalah mustahil.

Walaupun bagaimana ada beberapa cara untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa Kuchisake Onna dengan memberikan jawapan yang tak mempunyai kepastian ataupun jawapan yang berada di pertengahan. Dengan mengatakan kepada dia dengan tenang "Kamu kelihatan normal" atau "Kamu sekadar sederhana sahaja". Jawapan ini akan membawa kekeliruan dan ia memberikan kamu masa untuk melarikan diri. Satu lagi cara dengan melempar gula-gula kepadanya, dia akan mengambil masa untuk mengutip gula-gula berkenaan dan ia memberikan peluang kepada kamu untuk menyelamatkan diri. Apabila Kuchisake  Onna suka kepada gula-gula.

Terdapat banyak sangat khabar angin mengenai asal-usul mengenai dia mendapat kecacatan tersebut daripada kesalahan pembedahan plastik kepada kemalangan jalan raya malah ada yang mengatakan dia adalah seorang pesakit mental yang lari daripada hospital dan sengaja mencederakan dirinya sendiri untuk mendapatkan senyuman yang kekal. 

Menurut satu lagenda Jepun kuno, bertahun lamanya. Wujudnya seorang wanita yang teramat cantik sekali sehingga ke tahap suka bermegah-megah kecantikannya kepada orang lain. Akan tetapi wanita ini mempunyai suami yang kuat cemburu dan panas baran. Kerana cemburu buta, si suami percaya isterinya sudah tak setia kepadanya lalu dengan penuh kemarahan mengambil pedang katana lalu merobek mulut isterinya dari hujung telinga kiri ke kanan. Lalu menjerit, "Siapa akan fikir kamu cantik sekarang ini?!"

Akhirnya si isteri menghembuskan nafasnya yang terakhir sebab kecederaannya sambil mengulang mengatakan dia setia kepada suaminya. Lalu dia menjadi semangat atau roh jahat yang penuh dengan dendam dan mulai merayau-rayau di lorong dan jalanan yang sepi mencari mangsanya di Jepun. 

Ada juga lagenda mengatakan bahawa wujudnya bukan seorang tapi 3 beradik Kuchisake Onna yang mengalami kecacatan yang sama daripada pembedahan yang salah semasa membuat pembedahan plastik. Akan tetapi mereka tak mengganggu. Yang ini tak dapat dipastikan apabila ia sekadar Urban Legend. 

Sekitar musim bunga dan panas pada tahun 1979, dimana urban legend ini menjadi pembualan hangat apabila penampakan sekitar Jepun bahawa Kuchisake Onna sedang memburu kanak-kanak sehinggakan khabar angin berkenan tersebar luas dan membawa ketakutan kepada penduduk sekitar. Pihak polis membuat rondaan dan pihak sekolah meminta para guru untuk mengiring pelajar balik ke rumah secara berkumpulan. Keadaan pada masa itu penuh dengan ketakutan terutamanya buat kanak-kanak dan ibubapa. 

Pada tahun 2004, Korea Selatan digemparkan penampakan wanita berpelitup muka merah mengejar kanak-kanak. 

Pada tahun 2007, seorang kroner polis Jepun menemui sebuah rekod lama pada akhir 1970an. Direkodkan bahawa seorang wanita mengejar beberapa orang kanak-kanak, sebelum meninggal dunia dilanggar sebuah kenderaan di tempat kejadian. Apabila pelitup mukanya dibuka, mulutnya terobek pada hujung telinga kiri ke kanan. 

US pun mempunyai versinya tersendiri akan tetapi berlainan jantina dan terkenal dalam penulisan creepypasta. Malah wujudnya satu khabar angin mengenai seorang badut yang sering mencari mangsanya (kanak-kanak) di tandas awam. Lalu bertanya, "Kamu nak kematian atau senyuman kegembiraan?". Jikalau mereka memilih "Senyuman kegembiraan", badut berkenaan mengambil pisau lalu mengukir iaitu merobek mulut kanak-kanak dari hujung telinga kiri ke kanan. 

Cerita urban legend ini agak menggerunkan apabila cerita ini pernah di adaptasi ke bentuk anime, manga (komik Jepun) dan layar perak. Semestinya cerita ini membawa keseraman buat mereka yang membaca, mendengar serta menontonnya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan