Khamis, 5 Disember 2013

Paasion : Dress

V sudah menempah namanya di dunia fesyen apabila pakaian yang dihasilkan olehnya sentiasa mendapat sambutan tak kira darjat seseorang itu. Dari yang murah mahupun yang termahal sekali semestinya V sentiasa menjadi tempat tumpuan.

Semestinya setiap kali V membuat peragaan pakaiannya, tetamu yang hadir ke majlis tersebut adalah mereka yang berkemampuan serta bintang-bintang yang sanggup mendapatkan pakaian yang dihasilkan oleh V. Tidak pernah sekali pun bagi V pakaiannya tidak laku sebaliknya ada yang terpaksa membayar lebih semata-mata untuk mendapatkannya apabila pakaian tersebut tidak banyak dihasilkan.

Ada satu kelebihan yang ada pada V iaitu dia paling mahir menghasilkan pakaian daripada kulit dan setiap kali dia mengadakan pertunjukkan fesyen pakaiannya semestinya ada sebuah yang akan menjadi penarik iaitu jaket mahupun kot ataupun gaun kulit yang sering kali berwarna merah. V akan menjualnya kepada mereka yang sanggup membelinya dengan membidanya dan semestinya ada yang sanggup membida sehingga beberapa juta semata-mata untuk mendapatkannya apabila hanya sebuah sahaja yang V akan hasilkan. Ia teramat mustahil untuk sesiapa sahaja untuk menciplaknya mahupun membuat cetak rompaknya kerana hanya V sahaja yang tahu kulit apa yang dia gunakan untuk menghasilkan pakaian yang masterpiece tersebut.

Semestinya sesiapa yang memakai pakaian masterpiece V akan mengatakan bahawa pakaian tersebut selesa sekali seperti kulit badn sendiri. Itulah yang pujian yang sering kali V dengar akan tetapi tiada yang tahu bahawa V memang tahu pemakainya akan mengatakan begitu. V betul-betul bersemangat untuk menghasilkan pakaian sehinggakan pemikirannya terganggu. V akan memastikan bahawa tiada sesiapa pun boleh menjadi tandingannya untuk menjadi pereka fesyen terkenal. V sanggup membunuh persaingnya untuk mengekalkan kedudukkannnya sebagai Top designer.

V akan membunuh persaingnya sebelum dia akan menyiat kulit mangsanya. Sebelum dia membuang mayat itu, V akan memastikan pihak polis kesukaran untuk mengenal pasti mayat tersebut dengan mencabut kesemua gigi serta mencabut semua rambut sebelum dia menyiram kloros pada mayat sebut untuk membuang tanda-tanda DNA pada mayat tersebut. Malah V sanggup membuangnya ke dalam laut dengan harapan mayat tersebut bagaikan dibunuh ditempat lain. Manakala kulit yang V siat  daripada mangsanya itu dia dye merah sebelum digunakan dalam penghasilan pakaian kulit yang dia bakal ditunjukkan di pertunjukkan fesyen sebagai masterpiece. Malah dia turut mengunakan gigi mangsanya dengan menukarnya seperti mutiara yang dia akan gunakan sebagai perhiasan diri manakala rambut tersebut pula V menukarnya menjadi topi musim sejuk.

Semestinya kes mayat ditemui sering kali berlaku malah pihak polis memberitahu ia kerja pembunuh bersiri yang dikenali sebalik “Penyiat Manusia” dan sehingga kini pihak polis masih tidak dapat menangkap pembunuh tersebut. V akan teruskannya semata-mata untuk passion dalam penghasilan pakaian dan tiada sesiapapun boleh tandinginya selagi pemakainya terus mencintai pakaian yang dihasilkan oleh V.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan