Thomas suka sekali mengumpul koleksi kunci-kunci antik walaupun orang lain
menanggapnya hobi yang agak ganjil sekali. Thomas minat sekali reka bentuk
kunci-kunci ini yang teramat unik sekali tak kira saiznya dari yang paling
kecil sehinggakan yang paling besar. Thomas tidak puas selagi dia tidak mencari
mahupun membeli kunci-kunci antik ini sehinggakan dia sanggup menghabiskan duit
gajinya semata-mata mendapatkan kunci-kunci ini.
Ketika Thomas baru balik daripada pasar tani dimana dia berjaya menemui
sebuah gerai menjual barangan antik dengan memborong beberapa kunci antik,
Thomas tidak menyangka yang dia menemui sebuah kunci antik berada dipenjuru
kaki jalan. Tanpa membuang masa Thomas terus mengambilnya tanpa berfikir
panjang, dia agak terpegun dengan reka bentuk kunci antik tersebut yang dia
belum pernah lihat selama hidupnya itu. Tanpa membuang masa dia meletakkanya ke
dalam beg yang menempatkan kunci-kunci yang dibeliknya di pasar tani tadi.
Setibanya di rumahnya, Thomas membersihkan kunci-kunci yang dibelinya itu
bersama-sama dengan kunci yang dia temui tadi. Thomas mengambar kunci-kunci
tersebut untuk menandakan dia sudah mempunyainya dan dia tidak ingin mempunyai
sepasang kunci yang sama. Thomas meletakkan kunci-kunci tersebut di dalam peti
kaca bagaikan ia menunjukkan koleksinya yang ternyata banyak seklai yang dia
telah kumpul selama 30 tahun.
Thomas ingin menyelidik lebih lanjut mengenai kunci antik yang dia temui di
kaki jalan, dia tidak pernah menemui kunci tersebut yang agak aneh sekali reka
bentuknya itu. Thomas terus mencari mengenai kunci tersebut di buku-buku
rujukkannya serta dia mencarinya di laman web. Jika dia tidak menemui asal-usul
kunci tersebut Thomas akan membawanya ke kawanya yang mempunyai sebuah kedai
antik. Nampaknya dia tidak perlukan lakukannya apabila dia menemui maklumat
kunci tersebut di laman web apabila reka bentuknya sama sekali serta dinyatakan
asal-usul kunci tersebut, Thomas tersenyum bangga yang dia sudah kunci tertua
sekali. Thomas mulai curiga apabila kunci yang dimiliki olehnya itu berwarna
hitam manakala yang digambar itu dibuat daripada perak. Thomas tidak pedulikan
hal tersebut apabila dia tahu kunci antik tersebut paling berharga sekali.
Thomas tergerak hatinya untuk mencuba kunci tersebut pada pintu bilik
stornya itu hanya memuaskan ingin tahunya itu. Thomas memasukkan kunci tersebut
pada lubang kunci pintu stor itu dan ternyata ia muat sekali walaupun lubang
kunci tersebut lebih besar daripada kunci antik tersebut. Dengan tiba-tiba
Thomas terdengar bunyi klik bagaikan kunci tersebut membuka kunci pintu stor
itu. Kedengaran dari sebalik pintu itu bunyi dengusan serta ada bunyi yang
ganjil memanggil Thomas untuk memasuki pintu tersebut.
Apabila Thomas memulas tombol pintu tersebut, seperti ada satu kuasa yang
kuat sekali menedang pintu itu dan sepasang tangan besar berkulit hitam serta
berbulu lebat terus mencapai tubuh Thomas. Thomas terus menjerit ketakutan dan
cuba bergelut untuk lepaskan dirinya itu akan tetapi usahanya itu ternyata
sia-sia sekali. Thomas lebih menjerit sekuat hatinya apabila didepannya
terdapat sepasang mata yang besar dengan merah menyala serta barisan gigi yang
serba tajam. Thomas ditarik ke dalam sebelum ditelan oleh kegelapan dan dengan
serta-merta pintu tersebut tertutup dengan sendirinya.
Thomas sudah menghilangkan dirinya sehinggakan majikannya melaporkan
kehilangan Thomas kepada Pihak Polis serta tiada seorang rakan-rakan Thomas
telah menghilangkan diri. Apabila pihak polis mengeladah rumah Thomas apa yang
mereka temui sekeping gambar kunci antik berwarna hitam dengan tompokkan darah padanya. Pihak polis
tidak dapat menemui kunci antik tersebut bagaikan ia sudah ghaib dari dunia
ini.
Tiada seorang pun tahu kemana hilangnya kunci antik tersebut malah orang
terakhirnya pula masih lagi hilang bersama-sama dengan rahsia yang ada pada kunci
antik tersebut. Kemana kunci itu menghilang tiada satu yang tahu ada
kemungkianan ia mencari mangsanya yang baru serta perasaan ingin tahu yang
mendalam sebagai perangkapnya.
Sekian.