Kedengaran bunyi jeritan perempuan yang teramat kuat
sekali, memecah kesunyian malam. Komiko menarik-narik rambutnya serta kelihatan
beberapa gumpalan rambut dicabutnya bertaburan di katilnya. Mak dan Ayah terus
memasuki bilik Komiko, Mak cuba menyenangkan Komiko manakala Ayah pula
menghalang daripada Komiko meneruskannya.
Mak dan Ayah terus menjadi buntu serta risau dengan
keadaan anak mereka yang bagaikan orang yang tidak siuman. Mereka tidak sanggup
kehilangan seorang lagi anak mereka selepas kematian kakaknya Himeko. Air mata
mencurah-curah tanpa henti apabila Mak tidak sanggup lagi menanggung
kesengsaraan yang dialami oleh Komiko.
Sudah berbagai-bagai cara telah diusahakan dan kesemua
memberikan keputusan yang sama tak kira klinik mahupun hospital dengan
menghantar Komiko ke hospital mental. Akhirnya Mak dan Ayah mengambil keputusan
untuk membawa anak mereka ke seorang paderi di sebuah gereja, apabila mereka
mendapat tahu bahawa paderi ini dapat mengubati apa jenis penyakit aneh.
Mak dan Ayah agak hairan dengan kelakuan Komiko apabila
mereka tiba di geraja tersebut bagaikan dia tahu yang dia bakal diubati. Kelihatan
seorang paderi lelaki dalam usia 40’an dan kelihatan seperti orang putih.
Disebabkan Paderi tersebut sudah lama bermastautin di negara Jepun maka mudah
baginya untuk berbahasa Jepun.
Mak dan Ayah membawa harapan yang tinggi untuk melihat
Komiko kembali sihat semula dan mereka meminta bantuan daripada Paderi
tersebut. Paderi tersebut tersenyum lalu memberitahu bahawa dia akan mencuba
segala upayanya untuk membantu. Paderi tersebut bersembahyang sebentar sebelum
dia menyediakan kelengkapan untuk perubatannya.
Mak dan Ayah agak terkejut dengan apa yang mereka dengar
daripada Paderi tersebut apabila Komiko yang sebenarnya bukannya sakit
sebaliknya dia kena rasuk oleh hantu. Hantu yang merasuk Komiko tidak lain
tidak bukan adalah kakaknya sendiri, Himeko. Mak menegaskan Paderi tersebut
menghalau roh tersebut akan tetapi permintaannya ditolak apabila Paderi
tersebut merasakan ada sesuatu yang curiga pada pensakitnya itu. Kebiasaannya
pesakitnya akan meronta-ronta mahupun terjerit-jerit apabila berada di
hadapannya akan tetapi roh yang merasuk Komiko berlainan sekali yang kelihatan
teramat sopan sekali di hadapannya.
“Apa lagi kamu tunggu! Halau sahaja Hantu jahat nie!” marah Mak kepada Paderi tersebut
sebelum Ayah cuba menyenangkan isterinya itu.
Paderi tersebut tidak langsung pedulikan apa yang Mak
katakan kepadanya sebaliknya dia meminta Ayah sekeping gambar Himeko. Ayah
berasa hairan kerana dia tidak memberitahu bahawa dia ada menyimpan sekeping
gambar anak sulungnya itu. Tanpa membuang masa Ayah memberikan gambar tersebut
kepada Paderi tersebut manakala Mak bagaikan menjadi berang apabila dia melihat
suaminya itu masih menyimpan gambar anaknya Himeko yang sudah lama dibuang itu.
Paderi tersebut membaca sesuatu pada gambar tersebut
dengan tiba-tiba Komiko menangis teresak-esak serta kedengaran suara yang sayu
mengucapkan keadilan berulang-ulang kali. Paderi tersebut tahu bahawa yang
menangis itu tidak lain adalah Himeko, lalu Pederi tersebut menyoal mengapa dia
merasuki adiknya serta dia juga menanyakan apa jenis keadilan yang Himeko
inginkan.
Himeko yang hanya mengunakan adiknya untuk menumpang sahaja
serta Komiko sendiri membenarkan dia berbuat demikian. Punca hanyalah menuntut keadilan
keatas kematiannya itu sahaja yang teramat tragis buat Himeko sehinggakan dia
tidak akan bersemadi dengan aman selagi keadilan itu tidak tercapai. Paderi
tersebut meminta Himeko untuk menceritakan yang sebenarnya didepannya serta
ibubapanya. Mak menjadi takut serta panik bagaikan ada sesuatu dia takut untuk
didengari daripada Himeko. Mak tanpa membuang masa ingin larikan diri akan
tetapi dia dihalang oleh Ayah yang mulai rasa curiga dengan kelakuan Mak
selepas dia mendengar permintaan Paderi tersebut.
Himeko menceritakan kisahnya,
Mak bukan ibu saya yang sebenarnya sebaliknya dia adalah
ibu tiri saya. Ibu kandung saya meninggal dunia ketika saya berumur 2 tahun dan
Ayah berkahwin dengan Mak ketika saya berumur 3 tahun. Pada asalnya Mak melayan
saya dengan baik sekali akan tetapi ia berubah selepas Komiko dilahirkan, dari
situlah bermulanya kisah gelap yang penuh dengan sengsara.
Saya sering kali didera mahupun dipukul setiap kali saya
ingin bermanja kasih sayang dengannya malah saya dipukul lagi teruk apabila
saya bersama-sama dengan adik saya ini. Mak sering kali mencari masalah dengan
saya walaupun saya langsung tidak lakukan apa-apa sekali pun, semestinya Mak
akan mendera saya tak kira masa.
Saya langsung seperti kanak-kanak yang lain kerana saya
ada masalah dalam pembelajaran dimana saya sukar sekali belajar. Mak akan
mengurung saya di dalam bilik yang gelap hanyalah ditemani sebatang lilin
semata-mata untuk saya berlajar dan adakalanya saya langsung tidak diberikan
makanan.
Apabila Ayah pulang dari bekerja di luar negara, Mak akan
melayan saya bagaikan anaknya sendiri itu hanyalah sandiwara untuk mengaburi
mata Ayah. Kesemua kasih sayang yang diberikan kepada saya hanyalah lakonan
semata-mata. Apabila Ayah pergi bekerja semula ke luar negara maka saya kembali
didera Disebabkan Ayah sekali-sekala balik ke rumah semata-mata untuk mencari
rezeki untuk kami bertiga, Mak mengambil kesempatan untuk mendera saya.
Ketika saya berumur 12 tahun dan Komiko pula pada masa
itu berumur 10 tahun, ia menandakan kisah hidup saya yang paling gelap sekali.
Apabila saya gagal dalam ujian, Mak betul-betul menjadi marah lalu dia
menghukum saya dengan mendera dengan teruk sekali sehinggakan tangan kanan saya
patah. Ketika saya dihantar ke Hospital, pihak doktor ada menyoal saya punca
tangan saya patah. Akan tetapi apabila saya ingin memberitahu yang sebenarnya,
Mak menyampuk lalu berbohong mengatakan saya terjatuh dari tangga semata-mata menutup
kesalahannya. Peluang keemasan untuk saya sudah dirompak oleh Mak yang ingin
memastikan saya terus hidup dengan sengsara.
Sejarah hitam sehinggakan ia menimbulkan trauma kepada
diri saya berlaku ketika saya berumur 15 tahun serta umur saya menemui ajal
jua. Akhirnya saya menerima berita yang teramat mengembirakan sekali apabila
saya mendapat tempat pertama buat pertama kalinya. Saya adalah pelajar yang
paling lemah akan tetapi saya mendapat keputusan yang amat kecemerlang sekali
sehinggakan saya diterima masuk ke sebuah Sekolah Tinggi yang berpretige tinggi. Segala kepayahan yang
saya terpaksa layari akhirnya membuahkan hasil. Itulah hari yang paling
mengembirakan buat hidup saya.
Akan tetapi ia berubah hanyalah sekelip mata. Ketika saya
berjalan pulang ke rumah saya ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di
sebuah taman bunga. Saya meronta-ronta apabila salah seorang lelaki tersebut
cuba memeluk saya dari belakang manakala seorang lagi meraba-raba saya.
Akhirnya 2 lelaki tersebut mengheret saya ke dalam semak, saya merayu dan
meminta untuk dilepaskan akan tetapi permintaan saya langsung tidak diindakan
dan dari jauh kelihatan Mak tersenyum sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum
meninggalkan saya. 2 lelaki tersebut telah meragut mahkota saya dengan rakus
sekali tanpa balas kasihan.
Harapkan pagar tetapi pagar makan padi, Mak seorang yang
saya tidak sangka akan berbuat sedemikan rupa. Ketika emosi dan trauma saya
tidak berakhir disitu sebaliknya di rumah, penderaan menjadi langsung tidak
keperimanusian langsung serta Mak sering memanggil saya anak kotor. Mak
memberitahu kepada saya yang dia bencikan saya apabila saya mendapat tempat
pertama di sekolah selepas Mak diberitahu oleh Komiko. Komiko dengan gembira
sekali memberitahu kejayaan Himeko dengan harapan Himeko dapat dilayan dengan
baik sekali akan tetapi bagi Mak ia adalah sebaliknya. Mak betul-betul menjadi
marah dengan kejayaan Himeko dan timbul dalam dirinya ada kemungkinan Himeko
akan memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ayah yang tinggal seminggu lagi
sebelum Ayah akan pulang.
Lalu Mak merancang untuk mengupah 2 orang lelaki untuk
merogol Himeko semata-mata membuatkan Himeko tertekan sehinggakan dia membunuh
diri akan tetapi rancangannya gagal. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Ayah
balik lalu Mak mengambil keputusan untuk membunuh saya. Mak memastikan Ayah
bakal menjadi saksinya yang bakal menyaksikan kematian Himeko didepan matanya
sendiri.
Walaupun emosi saya masih tertekan dengan kejadian saya
dirogol itu, apabila Komiko curi-curi memberitahu bahawa yang Ayah akan pulang
pada keesokkan harinya. Ternyata saya mengambil keputusan untuk memberitahu
Ayah yang sebenarnya yang apa terjadi kepada saya malah Komiko juga bersetuju
apabila dia tidak sanggup melihat Mak terus mendera saya.
Pada hari Ayah pulang, saya menunggu ketibaan Ayah di
pintu pagar rumah dengan menunggu Ayah diberanda rumah. Sebaik sahaja Ayah
berada di muka pintu pagar, wajah Ayah bukannya senyuman sebaliknya ketakutan
apabila saya terjatuh daripada beranda rumah.
Punca kematian saya bukan kerna saya terjatuh dari beranda rumah sebaliknya Mak yang menolak
saya jatuh daripada beranda. Bukan sahaja saya mati dengan kepala saya
terhantuk pada simen malah tubuh saya tertusuk dengan kaca-kaca pecah yang Mak
sengaja letakkan pada bawah beranda untuk memastikan saya betul-betul mati.
Ayah melihat jelas sekali dari luar rumah yang saya
terjatuh ketika Ayah balik dari bekerja. Mak akan menidakkan perbuatannya itu
akan tetapi Komiko nampak dengan sendiri yang Mak menolak saya jatuh, malah dia
juga terpaksa menipu yang saya terjatuh itu satu kemalangan selepas Mak
memaksanya berbuat demikian.
Sekarang Ayah sudah tahu perkara yang sebenarnya yang
terjadi kepada saya dan saya berharap yang kematian saya boleh mendapat
keadilan untuk membolehkan saya bersemadi dengan aman. Ayah maafkan Himeko kerna saya tidak mempunyai semangat
untuk memberitahu kepada Ayah yang sebenarnya ketika Himeko masih hidup lagi.
Hanya selepas saya mati baru saya berani untuk memberitahu perihal yang
sebenarnya, sila maafkan Himeko.
Selesai sahaja Himeko menceritakan kisahnya yang
sebenarnya, Ayah menjadi berang lalu menampar Mak berulang-ulang kali
sehinggakan pipinya merah padam. Mak terjerit-jerit menidakkan
perbuatannyajahatnya itu dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata.
“Perempuan tidak guna! Saya harapkan kamu menjaga anak
saya rupa-rupanya kamu adalah manusia yang kejam, bukan kamu tidak layak
dipanggil manusia sebaliknya syaitan! Saya harap kamu ibu yang baik tapi kamu
hanyalah binatang!” jerit Ayah sambil memegang erat bahu Mak.
Mak meronta-ronta untuk melepaskan dirinya akan tetapi
Ayah memegang erat Mak sehinggakan kakinya tersadung pada patung Holy Mary. Dengan tiba-tiba patung
tersebut terjatuh lalu menghentak kaki Mak sehinggakan kedengaran bunyi tulang
patah serta kepala Mak terhantuk pada kepala patung tersebut. Darah mulai
mengalir keluar daripada kepala Mak serta patung Holy Mary mulai dibasahi dengan darah.
Paderi tersebut menelefon ambulan serta pihak polis
manakala Ayah cuba menangkat patung tersebut untuk melepaskan Mak. Komiko
memandang ke arah Mak sambil tersenyum dengan mata yang serba merah sebelum dia
rebah menyembah bumi.
Suasana di Hospital agak riuh-rendah apabila Mak
terjerit-jerit meminta dilepaskan sementara kedua-dua kakinya dibalut simen,
kedua-dua tangannya digari. Kelihatan beberapa pegawai polis menjaganya sebelum
Mak ditahan atas kesalahan membunuh. Komiko baru sahaja sedar daripada
pengsannya dan dia mendapati Ayah berada disampingnya, akhirnya dengan
keberanian yang dia ada. Komiko akan memberitahu perkara yang sebenarnya
walaupun dia bakal meletakkan Mak ke penjara.
Malah 2 lelaki yang merogol Himeko berjaya ditangkap
apabila mereka berdua datang menyerah diri. Apabila ditanya sebabnya mereka
dihantui oleh Himeko sehinggakan mereka berdua terpaksa memberitahu kesalahan
mereka itu. Maka ia turut menjadi bukti bahawa Mak adalah dalangnya selepas 2
lelaki tersebut mengaku bahawa Mak mengupah mereka berdua untuk merogol anaknya
itu sendiri.
Mak didapati bersalah dengan kesalahan membunuh apabila
kesemua bukti menunjuk ke arahnya dan Mak bakal dipenjarakan dengan masa yang
lama sekali. Semasa Mak dipenjara, dia mulai menjadi mereka yang tidak siuman
dan sering terjerit-jerit nama Himeko dengan harpaan dia mendapat kemaafan.
Apabila Komiko kembali sihat, dia bersama Ayah pergi ke
tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan gereja. Kelihatan Paderi
berdiri dihadapan kubur Himeko dengan membacakan doa buatnya. Ayah mengambil
keputusan untuk memindahkan kubur Himeko bersebelahan gereja untuk memudahkan
mereka untuk mengunjugi kuburnya itu. Komiko meletakkan sejambak bunga pada
kubur Himeko sebelum bersama-sama dengan Ayah berdoa untuk Himeko.
Air mata mengalir daripada Ayah serta Komiko ketika
mereka berdoa untuk Himeko. Di luar pandangan mata kasar mereka, kelihatan
Himeko terawang-awang di sebelah kuburnya itu sambil tersenyum sambil
mengalirkan air matanya itu. Walaupun Ayah dan Komiko tidak dapat melihatnya,
Himeko tetap gembira apabila dia sudah mendapat niatnya.
Selesai sahaja Ayah dan Komiko berdoa, mereka berdua
bersalam dengan Paderi sebelum meminta diri berlalu pergi. Himeko tersenyum
pada Paderi tersebut bagaikan dia mengucapkan terima kasih dimana Paderi
tersebut melihatnya dengan jelas sekali.
“Wahai Himeko pergilah kamu ke cahaya itu, Ibu kandung mu sedang menunggu kamu. Pergilah
dengan aman dan saya sentiasa mendoakan kamu sejahtera.” Kata Paderi tersebut
sambil membalas senyuman Himeko.
Himeko dengan perlahan-lahan menuju ke arah cahaya
sebelum ghaib daripada pandangan mata. Paderi tersebut tersenyum sebelum
berjalan memasuki gereja.
Sekian.