Salam Malam Jumaat semua, maka tamat la kisah panjang buat kisah Gerhana
Malam dan nantikan sekuel bagi kisah ini pada masa akan datang. Baiklah
kali ini adalah beberapa lagi kisah panjang buat kamu semua, kisah ini ada
kaitan dengan kisah terdahulu iaitu kisah pendek Consultant.
Mata semestinya ia adalah anugerah Tuhan yang terbesar
buat manusia untuk melihat. Mata adalah sesuatu yang hebat sekali anugerahnya
akan tetapi kita sebagai manusia akan menyalah guna nikmat yang diberikan
oleh-Nya dengan melihat perkara yang tidak sepatutnya (kamu akan faham apa
maksudnya itu sendiri).
Kali ini kita jadikan cerita, apakah perasaan kamu
apabila kamu sentiasa diperhatikan? Tak kira dimana-mana kamu akan diperhatikan
sama ada kelakuan mahupun perbuatan kamu. Semestinya ia cukup menakutkan bukan?
Stalker, adalah seseorang yang obses kepada kamu yang minat kepada secara menakutkan
sekali. Ini juga dikatakan menyalah-guna nikmat itu juga. Tetapi kisah yang
saya bakal cerita kepada kamu tiada kaitan dengan stalker sebaliknya, kamu diperhatikan secara dahsyat sekali yang
menghantui kamu siang dan malam tanpa kamu tahu yang mampu membuatkan kamu paranoid dengan keadaan sekeliling anda.
Disini saya akan kongsikan kepada kamu semua 3 buah kisah
yang bakal menghantui kamu.
“Watcher”
adalah kisah mengenai 3 mangsa pertama yang dihantui dengan perasaan
diperhatikan walaupun mereka bertiga tidak mengenali satu sama lain. Mereka
sentiasa diperhatikan oleh sepasang mata hitam dengan anak mata berwarna merah.
Ini menyebabkan mereka menjadi paranoid
dengan keadaan sekeliling mereka yang mampu menyebabkan kematian mereka itu
sendiri. “Twin Eyes” adalah kisah
mengenai kes diperhatikan itu menjadi pembunuhan bersiri oleh pihak polis. Dua
orang detektif cuba menyiasat kes ini akan tetapi sentiasa menemui jalan buntu,
apa yang mereka tahu bahawa mangsa sentiasa diperhatikan oleh sepasang mata
hitam. Apabila saksi yang memberikan maklumat secara misteri telah mati.Akhirnya
dua detektif berjaya menemui perlakunya akan tetapi mereka tidak tahu apa yang
berlaku sebaliknya. “Origin” adalah
kisah mengenai sepasang kembar yang dilahirkan berbeza sekali akan tetapi
kelahiran mereka ditakuti oleh penduduk kampung serta ibubapa mereka sendiri.
Mereka menjadi kanak-kanak terbuang oleh keluarga mereka sendiri kerana
menanggap mereka ini mambawa malang. Sesuatu kejadian telah menyebabkan
pasangan kembar ini dimasukkan ke rumah anak-anak yatim apabila keluarga kembar
ini terbunuh di satu kebakaran yang misteri berserta satu kampung. Hobi kembar
ini untuk memperhatikan dibawa sehingga mereka dewasa malah mereka mampu
membunuh mereka yang dibenci dengan mudah sekali.
Nantikan kisah ini pada masa terdekat ini.
Ingat
matikan lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan
suasana sepi,
Bacalah
kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan