Khamis, 19 September 2013

Watcher

Kedengaran bunyi jeritan datang dari satu perumahan elit dari salah sebuah rumah banglo 3 tingkat. Kelihatan seorang wanita dalam 20’an dipeluk oleh seorang lelaki yang cuba menenangkan wanita tersebut yang terjerit-jerit sambil menunjuk ke arah dinding rumahnya.

Argg! Dia ada disana, mata tu ada disana! Dia sedang perhatikan saya!” jerit May dalam ketakutan.

“May, tiada apa-apa di sana. Ia cuma dinding biasa saja.” kata teman lelaki May, Jason.

“Tak! Ia masih di sana lagi! Sepasang mata yang hitam merah, betul-betul sedang perhatikan saya sekarang!” jerit May lagi.

Jason melihat ke dinding akan tetapi dia tidak melihat apa-apa yang ganjil padanya. Dia tidak nampak apa yang May kerana hanya dia seorang sahaja yang nampak mata tersebut. Kelihatan sepasang lelaki dan wanita keluar dari rumah tersebut terus berlari ke arah May, ibubapa May semestinya menjadi risau taktala memdenggar May terjerit-jerit ketakutan.

Keadaan May sudah tidak terurus malah kerjanya di pejabat sudah bertimbung dengan banyak sekali akan tetapi dia tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya. Keluarganya, rakan karibnya serta teman lelakinya mulai risau dengan keadaan May. Walaupun mereka meminta pertolongan dari pakar akan tetapi keadaan May sudah tidak dapat diubati.

Amat sukar bagi keluarga May apabila, mereka tidak boleh meninggalkan May seorang diri kerana May akan meracau-racau seperti orang kena histeria malah May akan terjerit-jerit sambil menunjuk ke arah dinding bagaikan ada sesuatu di sana.

Bagi May perasaan yang membuat dia terasa seperti diperhatikan teramat kuat sekali malah dia mulai menjadi paranoid dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya May terasa dia diperhatikan akan tetapi dia tak dapat menangkap perlakunya akan tetapi kehidupannya berubah apabila dia terlihat sepasang mata hitam beranak mata merah memperhatikannya maka dari situlah perasaan paranoid tersebut.

Akhirnya oleh kerana May terlalu paranoid, ia memakan dirinya sendiri apabila dia mengambil keputusan untuk mengikut teman lelakinya yang membawanya makan angin. Alasan Jason untuk kebaikan May untuk melupakan perasaan paranoid tersebut. Ketika May bersama-sama dengan Jason baru habis makan tengahari di sebuah restaurant mewah, May mulai terasa dengan tiba-tiba dia bagaikan diperhatikan akan tetapi dia terpaksa menyembunyikan perasaan itu daripada Jason.

Selesai sahaja mereka memakan tengahari, Jason mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di ibukota bersama-sama dengan May. Ketika mereka hendak melintasi jalan raya, May ternampak seperti ada sepasang kembar berdiri di sebelah jalan sedang memandang tajam kearah May. May mulai ketakutan sehinggakan dia berdiri kaku pada lintasan jalan kaki tersebut apabila dia nampak jelas sepasang mata hitam beranak matakan merah dari pasangan kembar tersebut.

May terkaku dengan ketakutan dan dia tidak sedar lampu hijau mulai berubah menjadi merah. Jason terus terjerit-jerit memanggil May untuk berlari ke seberang secepat mungkin apabila lampu mulai bertukar menjadi merah. Jason tidak sedar bahawa May tidak berada disampingnya ketika mereka melintasi jalan tersebut. Penjalan kaki yang lain terjerit-jerit meminta May melintasi jalan tersebut secepat mungkin apabila kelihatan dari jauh sebuah lori yang sarat dengan muatan meluncur laju ke arah May.

May terus memandang ketakutan pada kembar tersebut, dengan tiba-tiba dia tersedar daripada lamuan tersebut apabila kembar tersebut menunjukkan ke suatu arah. May melihatnya lalu menjerit sekuat hatinya apabila sebuah lori muat dengan muatan meluncur laju ke arahnya. Pemandu lori tersebut tidak dapat menekan brek secepat yang mungkin apabila dia terlihat May masih belum melintasi jalan.

BAM! BRAK! KRAK! KREK! DUM!

May terus melambung jauh apabila dia dilanggar oleh lori tersebut, darah terpecik dengan banyak sekali serta tulang-tulang pada May habis berpatahan. Jason menjerit nama May terkuat hatinya sebelum berlari mendapatkan May. May terbatuk-batukkan darah serta dia dalam kesakitan yang teramat sekali. Nafas May mangkin lama mangkin perlahan dan akhir dia sudah tidak bernyawa lagi. Jason terus mengegarkan tubuh May yang sudah tidak bernyawa itu yang tidak menyangka May sudah pergi.

Sebulan yang lalu,

May menunggu kedatangan teman lelakinya yang datang menjemputnya untuk memakan tengah hari. Ketika May sedang menunggu di bawa kaki lima tempat dia berkerja. Dengan tiba- tiba dia dilanggar oleh seorang wanita yang sedang tergesa-gesa. May terus menarik wanita yang berkaca mata tebal, rambut ikatan pigtails dan berpakaian agak nerdy itu dengan kuat sekali. May cukup berang sekali apabila pakaiannya sudah terkotor apabila kopi yang dibawa oleh wanita tersebut terpercik ke bajunya itu. Wanita tersebut memohon maaf berkali-kali kerana dia sudah terlambat ke temuduganya.

May terus menampar wanita tersebut di khalayak ramai sebelum merampas minuman tersebut daripada wanita tersebut sebelum menyiram kopi panas tersebut pada kepala wanita tersebut. Orang ramai agak terkejut dengan perbuatan May yang diluar dugaan walaupun wanita tersebut memohon maaf sambil cuba membersihkan kotoran tersebut. Wanita malang tersebut kesakitan apabila dia disirami oleh kopi panasnya itu.

Tanpa berasa bersalah mahupun kasihan, May terus berjalan ke arah kereta teman lelakinya dengan bongkak sekali dan tidak pedulikan keadaan wanita tersebut. Dari luar tingkap kereta tersebut, May ternampak seorang lelaki berlari menuju ke wanita malang tersebut dan May menjadi pucat apabila dia melihat wanita dan lelaki tersebut mempunyai wajah yang sama bagaikan pasangan kembar. Lebih menakutkan sekali apabila sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam ke arahnya semasa kereta teman lelakinya dipandu pergi.

Orang ramai berpusu-pusu melihat kemalangan tersebut, ada yang terus menelefon pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut dan ada yang mengambil gambar. Kelihatan pasangan kembar lelaki dan perempuan tersebut tersenyum sebelum mereka berjalan meninggalkan tempat kejadian tersebut sambil menyanyikan sebuah lagu rentak London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

###

Puan Hua terasa dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu walaupun dia sudah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari perlakunya akan tetapi ia tak mendatangkan hasilnya. Keadaan pada dirinya mulai tidak terurus serta perniagaannya terpaksa ditutup oleh kerana itu. Wanita yang dalam usia 50’an, berpakaian seperti seseorang yang ada kelas, berstatus janda tidak beranak dah mulai menjadi paranoid dengan keadaanya.

 Apabila penyiasat persenidirian tersebut gagal, Puan Hua akhirnya mendapat perlakunya apabila dia memeriksa stoknya di bilik stor. Puan Hua terus menjerit ketakutan apabila dia terlihat sepasang mata hitam dengan beranak matakan merah sedang melihatnya dengan tajam seakali.

Jeritan Puan Hua kedengan di kedainya yang menjual barangan kecantikkan, pembantu Puan Hua terus berlari ke arah bilik stor dimana Puan Hua berada.

“Puan. Puan tidak apa-apa?” soal Jenny salah seorang daripada pembantu Puan Hua.

“Tolong ada sepasang mata melihat saya di dinding stor nie.” Kata Puan Hua terketar-ketar.

“Puan, tiada apa-apa pun di dinding stor. Mungkin puan hanya terlihat lipas mahupun tikus sahaja puan.” Kata Jacky pembantu lelaki Puan Hua.

“Tidak! Ia masih di sana lagi. Ia masih memperhatikan saya sekarang nie. Argg!” jerit Puan Hua sebelum rebah ke lantai.

Nasib baik Jacky dan Jenny sempat menyambut Puan Hua daripada terus menyembah bumi. Puan Hua sudah tidak sedarkan diri apabila dia teramat takut sekali dengan sepasang mata yang memperhatikannya itu. Suasana mulai menjadi panik apabila pekerja-pekerja yang yang mendapati Puan Hua sudah tidak sedarkan dirnya. Jenny terus menelefon ambulance manakala Jacky bersama-sama dengan beberapa lagi pekerja yang lain membawa Puan Hua ke sofa di kedai tersebut.

Sebaik sahaja Puan Hua sedarkan dirinya, dia mendapati berada di Hospital. Dia sedar bahawa dia tidak menyedarkan dirinya kerana terlampau takut dengan kejadian di bilik stor. Dengan tiba-tiba, mata Puan Hua tertumpu pada hadapannya apabila dia ternampak jelas sekali sepasang mata hitam beranak matakan merah memperhatikannya. Terasa kakinya bagaikan dirantai pada katil tersebut ketika dia cuba menyelamatkan dirinya. Dengan tenaganya yang ada Puan Hua terus terjerit-jerit ketakutan yang teramat kuat sekali sehinggakan beberapa jururawat memegang tangannya serta seorang doktor menyediakan ubat penenang sebelum dia menyuntik ke tangan Puan Hua. Mata Puan Hua mulai menjadi berat sebelum ia tertutup rapat dengan pandangan sepasang mata tersebut.

Kehidupan Puan Hua sudah tidak menentu malah keadaan pada dirinya sendiri sudah tidak teratur. Kesihatannya mulai terganggu malah perniagaannya terpaksa ditutup dan menyebabkan pekerjanya kehilangan sumber pendapatan. Puan Hua lenbih banyak berkurung di rumah daripada keluar daripada rumah kerana dia sudah hilang keyakinan untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Akan tetapi sepasangan mata itu tetap menghantui kehidupan Puan Hua.

Akhirnya ia semua berakhir apabila Puan Hua menerima jemputan hari jadi daripada anak buahnya. Pada asalnya dia terasa berat sekali untuk menerima jemputan tersebut oleh kerana anak buahnya itu adalah paling dia sayangi maka dia terpaksa akur untuk ke majlis hari jadi tersebut. Ketika di majlis hari jadi itu, anak buahnya kelihatan gembira melihat kehadiran mak cik kesayangan itu yang sudah lama menyepi. Suasana agak meriah sekali apabila ia dibuat berdekatan dengan sebuah kolam renang. Akan tetapi Puan Hua masih terasa seperti dia sedang diperhatikan oleh sesuatu, perasaan paranoid dia terus menyerangnya sehinggakan dia tercari-cari dari mana datangnya perasaan diperhatikan itu.

Puan Hua menjadi pucat oleh ketakutan yang teramat kuat sekali apabila dia terlihat sepasang mata hitam beranak matakan merah memerhatikannya yang datang daripada sepasang kembar yang berpakaian seperti pelayan. Dadanya mulai terasa pedih sekali dan jantungnya terus berdenyut kencang sekali. Kesakitan yang teramat sakit sekali dan kakinya mulai menjadi longgar sekali.

Bak! Kedengaran bunyi seperti ada benda terjatuh. Anak buah Puan Hua terus berlari ke arah mak ciknya yang sudah berbaring pada lantai. Puan Hua terus menekan dadanya sambil tergolek-golek tanpa disedari dia berada di penjuru kolam renang tersebut.

Bak! Krak!

Kepala Puan Hua terhentak pada penjuru kolam renang tersebut, tubuh badanPuan Hua terus termasuk ke dalam kolam renang tersebut. Anak buah Puan Hua terus terjerit-jerit meminta bantuan apabila dia terlihat darah keluar daripada kepala mak ciknya itu. Suasana majlis tersebut menjadi huru-hara apabila kejadian yang tidak diingini berlaku. Air kolam renang tersebut mulai bertukar menjadi merah seperti darah.

Mayat Puan Hua timbul pada permukaan kolam renag tersebut manakala anak buah Puan Hua terus menjadi histeri apabila dia mendengar bahawa mak ciknya sudah meninggal dunia. Kematian Puan Hua termyata tragis sekali apabila dia meninggal dunia kerana lemas selepas beliau diserang oleh sakit jantung.

Jauh daripada tempat kejadian, sepasang kembar tersebut kelihatan tersenyum gembira apabila mereka menyaksikan kejadian kematian Puan Hua itu. Majikan kepada katering tersebut terpaksa dihentikan kerana kejadian tersebut, kebetulan sahaja sepasang kembar tersebut menjadi pelayan bagi majlis itu.

Sebulan yang lalu,
Puan Hua baru sahaja balik daripada urusan perniagaanya di sebuah syarikat terkemuka. Ketika dia berjalan ke arah keretanya dia mendapati begnya tidak berada bersama-sama dengannya. Dia mulai menjadi panik ada kemungkinan bahawa dia sudah diragut dan dia bakal hilang kesemuannya.

Dengan tiba-tiba kedengaran daripada belakangnya seseorang memanggilnya. Kelihatan seorang pemuda berkaca mata tebal dan berpakaian agak selekeh memanggilnya. Pemuda tersebut memberikan beg tangan Puan Hua dimana dia tertinggal di syarikat terkemuka tersebut. Puan Hua terus berang lalu memukul pemuda tersebut tanpa balas kasihan. Puan Hua tambah marah lagi apabila dia menanggap pemuda telah kotorkan beg tangannya malah dia menuduh pemuda tersebut mengharapkan sesuatu pulangan jika dia pulangkan beg tangan Puan Hua.

Orang ramai yang berada berdekatan tergamam dengan perbuatan Puan Hua yang menyerang pemuda yang memulangkan beg tangan milik wanita tersebut. Bukan ucapan terima kasih yang diterima oleh pemuda tersebut akan tetapi kata-kata perhinaan daripada Puan Hua. Dengan tiba-tiba datang seorang wanita yang bercermin mata tebal dengan rambut ikatan ponytail serta pakaian berbaju kurung berlari mendapatkan pemuda tersebut bersama-sama dengan pengurus syarikat terkemuka tersebut.

Apabila Puan Hua menyedari kehadiran mereka berdua, dia terus berpaling dari situ sebelum memasuki keretanya tanpa berasa bersalah dengan perbuatannya itu. Pemuda tersebut mengalami kecederaan yang teruk sekali dan wanita tersebut cuba memimpinya untuk bangun. Pengurus syarikat tersebut agak terkilan dengan perbuatan Puan Hua dan kemungkian  tinggi syarikat terkemuka tersebut akan mengalami masalah berat dan dia tahu bahawa ia sudah terlambat apabila dia sudah sain kontrak untuk produk kecantikan Puan Hua. Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada dia menolong pemuda tersebut dan membawanya ke hospital.

Puan Hua dengan tiba-tiba terasa bahawa dia diperhatikan oleh sesuatu apabila dia menghidupkan enjin keretanya. Dari tingkap keretanya kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam daripada pemuda dan wanita tersebut. Puan Hua menjadi ketakutan dengan pandangan tersebut, tanpa membuang masa dia terus memandu pergi.

Dengan perlahan-lahan pasangan kembar tersebut meninggalkan tempat kejadian itu selepas mereka dibenarkan oleh pulang. Pasangan kembar itu memegang tangan mereka sambil menyanyikan sebuah lagu yang berentakkan London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

###

Mick kelihatan teramat gelisah sekali apabila dia terasa dia seperti diperhatikan sepanjang masa. Dia menanggap ia berpunca daripada perbalahan dengan musuhnya sebuah lagi kumpulan gangster yang sama dengan dirinya. Anak-anak buah Mick berasa cukup aneh sekali apabila kelakuan dan sikap ketua mereka sudah berubah secara mendadak.

Mick mulai terasa paranoid dengan keadaan sekelilingnya malah dia bagaikan dalam ketakutan yang teramat kuat sekali. Walaupun Mick meminta anak buahnya untuk mengawal markas mereka akan tetapi perasaan diperhatikan itu tidak dapat dibuang masa sekali.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan Mick dari biliknya, beberapa anak buah Mick terus menyerbu ke dalam bilik tersebut. Kelihatan Mick terjerit-jerit ketakutan sambil menunjuk jarinya ke arah mejanya. Anak buah Mick terus menlihat meja tersebut, apa yang mereka lihat hanya kosong sahaja selain daripada wang perlindungan yang mereka terima setiap bulan. Kelihatan seorang lelaki berambut jingga terpacak dengan tubuh badannya yang penuh dengan tattoo mulai merapati Mick. Cris adalah salah seorang orang kuat kepada kumpulan gangster Mick cuba menyenangkan ketuanya yang dalam ketakutan.

Boss, apa yang kamu takutkan nie? Mejab tiada apa-apa pun.” Soal Cris yang terasa kurang enak sekali degan kelakuaan Mick.

“Ada sepasang mata hitam beranak matakan merah, memperhatikan saya ketika saya mengira duit perlindungan. Tu mata tu masih lagi perhatikan saya. Argh! Mata tu mulai bergerak ke arah saya!” pekik Mick.

Kelihatan Cris dan beberapa anak buah Mick terus melihat meja tersebut akan tetapi mereka tidak dapat melihat apa yang Mcik nampak.Cris hanyalah mengeleng-gelengkan kepalanya ada kemungkinan tinggi Mick terlampau stress bukan kerana masalah perniagaan akan tetapi baru-baru ini kumpulan mereka mendapat ancaman daripada kumpulan lain yang hendakkan tempat mereka itu.

Cris terus memimpin  Mick dan mengajaknya pulang ke rumah untuk berehat. Mick hanya akur dengan ajakkan tersebut kerana dia tahu bahawa hanya dia seorang diri sahaja yang mampu melihat sepasang mata itu.

Segala urusan dipikul oleh Cris apabila Mick sudah tidak terurus malah kesihatannya mulai terjejas. Mick benar-benar menjadi paranoid dengan keadaan sekelilingnya terutamanya apabila dia terasa dia seperti diperhatikan. Mick menjadi murung dengan keadaan tersebut malah ia menjadi lebih teruk sekali apabila ternampak mata hitam beranak matakan merah itu yang muncul dimana-mana sahaja yang akan memperhatikan pergerakkan mahupun perbuatan Mick.

Ia berakhir apabila satu kejadian yang membawa kepada penghabisan nyawanya. Ketika dia baru sahaja balik daripada menjamu selera dari jemputan rakan karibnya daripada kumpulan gengster yang lain. Kereta yang membawa Mick berhenti di kawasan lalu lintas, pada masa itu adalah malam yang sunyi sepi. Mick mulai naik geram apabila hanya sebuah kereta sahaja yang berhenti di lampu merah akan tetapi Cris tidak mahu melanggar lampu isyarat kerana di sana terdapat cctv. Cris tidak ingin mencari masalah dengan pihak polis berbeza dengan Mick yang sudah beberapa kali keluar masuk lokap akan tetapi sikap itu semestinya tidak boleh diubah.

Dengan tiba-tiba, Mick terasa dirinya bagaikan diperhatikan oleh sesuatu. Mick terus menjadi pucat apabila pada seberang jalan kelihatan sepasang kembar sedang memperhatikannnya dengan mata yang hitam beranak matakan merah. Pasangan kembar tersebut tersenyum dan  menunjukkan jari mereka ke arah Mick yang pada masa itu di dalam kereta yang dipandu oleh Cris.

Tanpa disangaka apabila cermin depan kereta dipecahkan oleh seketul bata dan keseluruhan cermin pada kereta tersebut dipecahkan mengunakan kayu baseball oleh beberapa orang bertopengkan ski-mask. Keadaan menjadi kacau-bilau Cris cuba menyelamatkan Mick akan tetapi dia ditarik oleh dua orang lelaki sebelum menbelasahnya dengan tanpa keperimanusian langsung.

Mick terus keluar daripada kereta untuk mempertahankan Cris akan tetapi dia sudah dikerumuni oleh beberapa orang lelaki. Tanpa membuang masa mereka terus menyerang Mick bersungguh-sungguh, Mick menepis kesemua serangan tersebut teramat senang sekali dan kegagahannya dalam pertempuran  semestinya tiada tandingannya. Satu per satu penyerang tersungkur menyembah bumi apabila satu per satu gugur dibelasah oleh Mick.

Bang!

Satu bunyi tembakkan didengari dan darah merah mulai memcucuri keluar dari dada Mick. Tembakkan dilepas oleh seorang lelaki mengenakan kemeja berwarna biru sambil mengenakan seluar jean perak dan berkaca mata hitam.

Kesakitan yang teramat sakit sekali dan darah keluar tanpa henti apabila ia mengena pada dadanya. Lelaki yang menembak Mick dengan perlahan-lahan menuju ke arah Mick sambil menepukkan tangannya bagaikan dia terhibur dengan kegagahan Mick melawan penyerangnya akan tetapi Mick tumbang dengan satu das tembakkan daripada pistolnya.

Lelaki tersebut  memegang kepala Mick sambil tersenyum gembira.

“Akhirnya lelaki perkasa gugur jua. Singa putih kota raya akhirnya tumbang. Sekarang ini saya akan mengambil tempat kamu sebagai raja.” Kata lelaki tersebut dengan bongkak sekali.

Mick sudah tidak dapat berkata apa-apa apabila musuhnya dapat menumbangkannya. Kemarahannya tidak dapat naik apabila kesakitan mulai menguasai dirinya. Sebelum musuh Mick meninggalkan Mick pergi dengan tiba-tiba Mick terus memegang kaki lelaki tersebut.

“Ini katakan gengster. Mengalahkan pondan apabila bertempur. Cara pengecut dengan mengunakan senjata dan hanya pengecut sahaja menyerang  seorang secara berkumpulan. Tempat aku ditakluki oleh kumpulan gengster yang pengecut.” Kata Mick.

Muka lelaki tersebut menjadi merah padam sebaik sahaja dia mendengar apa yang dikatakan oleh Mick tadi. Lelaki tersebut menjadi marah lalu menendang kakinya pada dada Mick dengan kuat sekali, Mick terus menjerit kesakitan dan darah terus melimpah keluar dari tubuhnya.

Bang! Bak!

Oleh kerana kemarahan yang melampaukan sangat, lelaki tersebut terus menembak tepat pada kepala Mick. Mick terus mati dengan serta-merta manakala Cris tergaman apabila dia melihat Mic mati dengan tragis sekali. Tanpa membuang masa lelaki tersebut mengarahkan anak-anak buahnya untuk pergi meninggalkan mayat Mick serta Cris. Lelaki tersebut masuk ke dalam kereta hitam dengan tergesa-gesa apabila dia terlihat sepasang kembar sedang memperhatikannya dengan seram sekali.

Mereka terus meninggalkan tempat kejadian tersebut tanpa berasa apa-apa. Cris menahan kesakitannya dan mulai merangkak ke arah Mick. Dia cuba membangunkan Mick dengan harapan dia masih bernyawa akan tetapi Mick sudah pergi buat selamanya.

Mayat gengster yang dikenali sebagai singa putih kota raya telah diangkut masuk ke dalam sebuah lori polis manakala Cris dibawa kedalam ambulance. Kedengaran bahawa gengster yang membunuh Mick terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang membunuh kesemua ahli kumpulan tersebut apabila mereka kereta yang dipandu hilang kawalan dan melanggar tembok jalan sebelum menjunam ke dalam sungai. Tiada satu yang terselamat daripada kemalangan tersebut apa yang dikatakan oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut apabila dengan tiba-tiba kelihatan sepasang mata hitam dan beranak matakan merah sebelum mereka hilang kawalan pada kereta. Itu yang dikatakan sebelum dia menhembuskan nafasnya terakhir.

Sebulan yang lalu, Mick bersama-sama dengan seorang lagi anak buahnya membuat rondaan untuk mengutip duit perlindungan yang berada di kawasannya. Mick sendiri ingin mengutipnya sendiri daripada mengharapkan anak-anak buahnya daripada mengutip wang tersebut kerana kebanyakkan peniaga tidak akan memberikan kepada anak-anak buahnya sebaliknya jika ketuanya ada semestinya mereka akan memberikannya oleh sebab Mick juga.

Mick serta anak buahnya itu mengunjungi sebuah kedai serbaguna lalu meminta daripada tuan kedai itu wang perlindungan dan mereka tidak langsung peduli jika ada pelanggan di kedai tersebut. Mick ternampak seorang wanita berbaju kurung serta berambut ala ponytails sedang mengigil ketakutan apabila gengster tersebut memasuki kedai tersebut. Mick terus merapati wanita tersebut kerana dia agak tergoda dengan wanita tersebut akan tetapi tangannya ditepis oleh seseorang. Kelihatan seorang pemuda yang seiras dengan wanita tersebut bagaikan mereka ini pasangan kembar menepis tangan Mick daripada penyentuh wanita tersebut. Pemuda tersebut mengugut Mick jika dia berani menyentuh kembarnya.

Mick bagaikan seekor singa terus menyambar pemuda tersebut dengan rakus sekali. Habis barang-barang di rak jualan bertaburan di lantai kedai apabila pemuda tersebut ditolak oleh Mick. Mick menjadi marah apabila dia dihalang oleh pemuda yang kelihatan lemah padanya. Buku lima terus menghinggap muka pemuda tersebut sehingga darah terpercik keluar. Wanita tersebut terus mendapatkan pemuda tersebut yang dalam kesakitan.

Mick terasa puas sekali apabila dia melepaskan kemarahannya lalu dia menanyakan anak buahnya untuk mengambil wang perlindungan tersebut sebelum meninggalkan kedai tersebut tanpa ingin tahu keadaan pemuda tersebut. Apabila Mick keluar daripada kedai tersebut, dia terus menjadi pucat apabila sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam ke arahnya. Mick menjadi seram sekali dengan pandangan tajam tersebut lalu dia tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian.

Akhirnya kesemua sudah terbalas apabila penghinaan serta perasaan berbeza itu akhirnya boleh pergi walaupun ia agak sukar sekali buat manusia untuk membuangnya. Pasangan kembar itu tersenyum gembira dengan mereka-mereka yang perhatikan itu apabila kesemuanya menemui ajal, jika mereka tidak mulakan semestinya ia tidak akan terjadi. Pasangan kembar itu terus meninggalkan tempat kejadian dimana Mick menemui ajalnya sambil menyanyikan sebuah lagu yang berentakkan London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

Jika kerana perbuatan masing-masing adalah punca kesemuanya berlaku jika sebaliknya semestinya mereka ini masih hidup lagi. Perbuatan mereka semestinya setimpal dengan perbuatan mereka sendiri. Moral ada didalam kisah-kisahnya tersendiri dan ia terpulang kepada kita untuk memahaminya walaupun ia agak sukar sekali kita sebagai manusia untuk menerimanya.

Ego, tinggi diri serta lebih berkuasa diantara benda yang ada pada setiap manusia yang semestinya sukar sekali diubah. Benda-denda ini membuatkan mereka buta dengan perkara-perkara yang penting seperti rendah diri. Semestinya sepasang mata hitam beranak matakan merah akan terus memperhatikan musuh-musuhnya jika mereka ini tidak sedar dengan kesalahan diri. Ia akan terus menghantui mangsa-mangsanya sambil dengan lagu yang berentakkan London Bridge

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.



Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan