“Ia adalah salah kamu, saya sendiri tidak tahu yang kamu
pun tidak membaca novel Gerhana Malam
siri ke-4 Kebenaran. Jangan salahkan saya seorang diri padahal kamu sendiri
hendakkan karya tersebut juga.” Marah Pembantu Pheo, Henry sambil menampar nyamuk yang mengigit pipinya.
“Kamu pun sama
juga, harap sahaja kamu nie pembantu
Pheo tapi apa yang kamu tau taip karyanya semula untuk
diterbitkan. Bukan ka kamu pun
membacanya juga.” Jawab dengan marah oleh Penerbit buku, Encik Roslan yang
mencungkil-cungkil bara api untuk memastikan api tidak terpadam.
“Sekarang nie
kita berdua menjadi suspek utama polis serta kita kena larikan diri kerana
karya tu.” Berang Henry lagi.
“Jadi kamu salahkan saya la? Bukan ka kamu
sendiri nakkan karya tu malah kamu
sendiri mengunakan nama kamu sendiri untuk menjadi penulis kedua bukan. Kamu
juga nak jadi terkenal seperti Pheo.”
Balas Encik Roslan dengan geram sekali.
“Kamu pun harus bertanggung jawab juga kerna kamu sendiri nakkannya.
Siri-siri yang lain mendapat sambutan yang hangat, walaupun Pheo menbantah pengeluaran siri ke-4
kamu juga menyuruh saya mencurinya.” Marah Henry apabila dia ditubuh
bukan-bukan.
Encik Roslan terus berdiri daripada tempat duduknya lalu
terus menuju ke arah Henry dengan perasaan marah sekali. Tanpa membuang masa
Encik Roslan terus mengengam kuat kolar baju Henry lalu mengertaknya. Buku lima
terus mengena pada pipi Encik Roslan yang dilepaskan oleh Henry yang dalam
keadaan berang sekali. Pergelutan berlaku diantara mereka berdua seperti dua
ekor kucing jantan bergaduh. Darah terpercik pada lantai rumah usang yang lama
ditinggalkan. Kedengaran bunyi jeritan datang daripada kedua-dua lelaki
tersebut yang berperang mulut serta kekuatan di rumah usang tersebut yang jauh
daripada kehadiran manusia yang lain.
***
3 bulan yang lalu,
Encik Roslan tersenyum gembira apabila dia melihat
Penulis Pheo datang bersama-sama
dengan pembantunya Henry ke pejabat penerbitnya. Bagi Encik Roslan yang dia
tahu bahawa Pheo datang atas sebab
dia ingin menghantarkan karyanya. Siri Gerhana Malam mendapat sambutan yang
hangat sekali malah buku tersebut dimasukkan dalam buku rekod yang paling laris
dijual dalam masa seminggu.
Kehadiran Pheo
ke pejabat Encik Roslan adalah sesuatu yang cukup memgembirakan buatnya. Akan
tetapi dia mendapati Pheo datang
dengan keadaan yang murung sekali malah pembantunya seperti tidak senang hati
dengan perbuatan Penulis tersohor tersebut.
Tap!
Kedengaran bunyi sampul surat yang besar dihentak dengan
kuat sekali ke meja Encik Roslan oleh
Pheo dengan marah sekali. Encik Roslan menjadi terkejut dengan kejadian
yang berlaku didepannya malah dia sendiri tidak mengetahui mengapakah penulis
tersebut berbuat demikian.
Pheo tanpa membuang masa berjalan dengan hentakkan kaki yang
kuat keluar daripada pejabat tersebut akan tetapi dia dihalang oleh pembantunya
untuk bersabar. Bergegas Encik Roslan berlari kearah Pheo kerana dia ingin mengetahi penulis muda yang dalam era 20’an,
berpakai sederhana serta mengenakan cermin mata bertangkaikan kelabu manakala
selalu low profile.
“Pheo mengapa
kamu marah-marah nie? Bukan ka kamu berbiasa-biasa saja ke pejabat
saya nie?” soal Encik Roslan
membolehkannya mengerti mengapa penulis tersebut menjadi marah.
“Janganlah kamu nak berkelakuan alim disini, kamu sudah
menipu saya bulat-bulat malah kamu mengantar Henry menjadi pembantu ku pun atas memastikan karya ku keluar bukan. Bukan ka kamu janjikan bahawa yang jika siri
ke -3 Pencarian mendapat keuntunggannya kamu akan membayar karya aku sebaliknya
satu sen pun kamu tidak membayarnya.” Marah Pheo.
“Dimana kamu dengar nie.
Saya ada membayarnya terus ke akaun kamu malah siri ke-3 bukannya mendapat
sambutan yang meriah sangat pun.” Tipu Encik Roslan.
“Tiada guna pun sebab saya sendiri yang pergi memeriksa
akaun saya dan saya mendapati duit yang kamu katakan itu tidak masuk sama
sekali. Cukup la kamu menipu saya
ini, dah banyak karya kamu sudah terbitkan akan tetapi kamu masih menipu saya kerna saya jarang sekali memastikan ia
berada dalam akaun peribadi saya.” Marah Pheo.
“Cukup la saya nie karya terakhir saya sendiri dan
saya mengikuti perjanjian saya dengan syarikat penerbitan ini. Karya yang di
dalam sampul surat tu adalah yang
terakhir dan tiada apa-apa selain daripada siri tersebut akan diterbitkan.”
Geram Pheo sambil berjalan menuju ke
arah pintu keluar pejabat tersebut.
“Nanti Pheo,
ini adalah siri ke-5 Kebahagian. Dimana siri ke-4? Bukankah kita ada perjanjian
yang kamu kena berikan kesemua penulisan siri Gerhana Malam.” Soal Encik Roslan
yang kehairanan apabila dia mendapati siri ke-5 berada di sampul surat tersebut.
“Encik Roslan kamu tidak ingat ka dalam surat perjanjian saya dengan kamu yang ada mengatakan
bahawa saya ada hak untuk menolak mahupun tidak mengeluarkan karya yang saya
tidak ingin ia diterbitkan. Maka siri ke-4 adalah hak saya untuk tidak mengeluarkannya.” Jawab Pheo.
“Tapi kita ada perjanjian serta saya adalah boss kamu dan saya mengarahkan kamu
untuk berikan siri ke-4 tu juga.”
Marah Encik Roslan.
“Tak. Selesai sahaja siri Gerhana Malam, kamu bukan lagi boss kepada saya malah perjanjian kita
kira tamat sebaik sahaja tamatnya kisah Gerhana Malam. Tiada gunanya kamu
memaksa saya semestinya saya tidak akan berikan kepada kamu siri ke-4 itu.
Segala-galanya sudah selesai, Selamat tinggal dan hasil jualan buku tu kamu ambil la lagipun bukannya kamu akan membayar hasil tersebut kepada saya jua.” Kata Pheo sebelum dia menhempas kuat pintu pejabat tersebut.
“Memang berani benar Penulis bodoh nie, sememangnya dia bijak dalam penulisannya akan tetapi kalau bab
wang dia amat senang sekali ditipu.” Kata Encik Roslan dengan bongkah sekali
walaupun penipuannya sudah terbongkar.
“Nampaknya saya kena terbitkan jua siri ke-5 ini, saya nak kamu Henry mencari semula karya ke-4
itu.” Arah Encik Roslan kepada Henry.
Henry hanya mengangguk tanda dia menerima arahan yang
diberikan kepadanya oleh Encik Roslan sebelum dia berjalan meninggalkan pejabat
tersebut.
***
Semestinya siri ke-5 Gerhana Malam mendapat sambutan yang
teramat hangat sekali malah dia diluar jangkaan sekali apabila permintaan pada buku
tersebut melebihan permintaan. Peminat-peminat Gerhana Malam tertanya-tanya mengapa ia dilompatkan sirinya
bukan mengikuti bilangannya. Penerbit terpaksa berbohong dengan mengatakan ia
adalah siri istimewa yang ditulis khas oleh penulis, padahal dia sendiri
tertanya-tanya juga.
Henry masih memujuk penulis Pheo untuk mengeluarkan siri ke-4 akan tetapi ia hanya berakhir
dengan pergaduhan suara. Pheo tidak
ingin ia dikeluarkan malah dia melarang pembantunya untuk mengungkit-ungkit
karya tersebut, jika Henry nak teruskan
menjadi pembantunya jika sebaliknyaalamat tidak baik akan berlaku.
Akhirnya Henry menemui karya tersebut selepas dia memecah
peti keselamatan Pheo ketika dia
balik ke kampung. Henry mempunyai kunci pendua rumah Pheo yang dibuatnya tanpa pengetahuan penulis tersebut. Henry
menemui karya ke-4 Gerhana Malam yang sudah lengkap ditaip oleh Pheo sendiri tanpa meminta pertolongan
daripada Henry untuk menaipnya seperti karya terdahulu. Pheo lebih kepada old school,
dengan menulisnya karyanya terus pada kertas sebaik sahaja selesai dia akan
mengarahkan Henry untuk menaipnya pada komputer lalu akan di print out sebelum memberikannya kepada
Encik Roslan.
Henry memegang erat karya ke-4 Gerhana Malam dan menuju
ke syarikat penerbitkan Encik Roslan. Dia tahu dia sudah berjaya melaksanakan
misinya dengan jayanya. Karya ke-4 Pheo
sudah berada digengaman bukan sahaja dirinya sendiri akan tersenyum puas serta bossnya akan tersenyum gembira juga.
Encik Roslan ketawa tanpa henti apabila dia melihat
dengan sendiri lembaran karya yang berada di tangan Henry, dia tahu karya
tersebut mestinya akan membawa keuntungan kepada syarikatnya. Dia langsung
tidak peduli dengan larangan yang diberikan oleh Pheo mengenai karya tersebut, hanya satu perkara yang penting
baginya adalah ia akan mendapat sambutan yang hangat sekali dan dia tahu wang
yang banyak akan masuk ke poketnya.
Encik Roslan menyuruh Henry untuk membawa karya tersebut
ke Lembaga Penapis untuk mendapat kebenaran untuk mengeluarkan siri tersebut.
Dan dia turut memberitahu kepada Henry untuk menyembunyikan perihal ini
daripada telinga penulis Pheo.
Akan tetapi ada perkara yang tidak disangkakan telah
berlaku apabila beberapa pegawai yang membuat adilan terhadap karya tersebut
dengan tiba-tiba membunuh diri bukan seorang sahaja dekat tetapi dekat 5 orang
telah membunuh diri selepas sahaja mereka membaca karya tersebut. Encik Roslan
menjadi cukup risau sekali apabila kebenaran karya tersebut akan dilancarkan
tak beberapa lama lagi terpaksa ditangguhkan. Dia menjadi risau ada kemungkinan
ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dan dia tidak ingin
kehilangan wang perlaburan jika karya tersebut tidak dilancarkan.
Ketika di pejabat Encik Roslan, dia mulai tidak menentu
arah kebenaran untuk buku tersebut dilancarkan masih belum mendapat kata putus
lagi dari Lembaga Penapis. Wang ringgit sudah hampir habis dia gunakan untuk
menhebohkan perihal kemuncul karya ke-4 yang bakal keluar tidak lama lagi.
Peminat-peminat Gerhana Malam mulai tidak sabar menanti kemunculan siri
tersebut malah ada yang sanggup menempahnya dahulu demi karya Gerhana Malam.
“Habis la hari
pelancaran sudah dekat nie, surat
kebenaran pun belum keluar lagi. Nampaknya saya terpaksa guna pelan kedua
saya.” Kata Encik Roslan yang kelihatan pada wajahnya kerisauan yang teramat
kuat sekali.
“Apa yang boss
cadangkan nie?” soal Henry
kehairanan.
“Nampaknya kita terpaksa lancarkan ia juga. Peminat sudah
tidak sabar karya tersebut dikeluarkan.” Jawab Encik Roslan dengan tegas
sekali.
“Boss bukan ka kita perlukan surat kebenaran
dahulu sebelum buku tu boleh dilancarkan bukan?” soal Henry yang tidak mengerti
apa Encik Roslan rancangkan.
“Kita kena palsukan surat kebenaran tersebut dan saya
sendiri akan uruskannya malah saya ada kenalan di Jabatan tersebut yang boleh
membuat surat tersebut dengan mudah sekali.” Jawab Encik Roslan sambil
tersenyum.
“Boss, kalau terkantoi teruk kita nanti.” Kata
Henry dengan nada risau.
“Apa yang kita nak takutkan, hal-hal lain saya boleh
uruskan. Kamu pula kena rahsiakannya kira ia hanya diketahui kita berdua
sahaja.” Kata Encik Roslan sambil memegang erat bahu Henry agar dia tidak perlu
risau.
“Kali ini saya akan pastikan kamu mempunyai nama pada
karya terakhir ini kira sebahagian adalah hasil daripada kamu sendiri.” Kata
Encik Roslan mengalakkan Henry supaya tidak perlu risau.
***
Keadaan pejabat Encik Roslan menjadi huru-hara dan
kedengaran bunyi bising datang dari isi pejabat tersebut. Kelihatan Henry cuba
memujuk Pheo daripada terus marah
manakala Encik Roslan terduduk dilantai dengan mulut berdarah. Pheo seperti seorang yang sedang
mengamuk bukan main, dia sudah menghadiahkan buku limanya kepada Encik Roslan
yang sudah dalam kesakitan apabila ia menyengatnya. Henry cuba menyenangkan Pheo, dengan tiba-tiba dia terjatuh ke
lantai apabila buku lima Pheo menyinggah tepat ke mata kanannya. Mata kanan
Henry terus membengkak manakala Encik Roslan cuba mencapai telefon yang
terdapat d mejanya akan tetapi dihalang oleh Pheo apabila dia menyedari perbuatan Encik Roslan.
“Bukan ka saya
melarang kalian tidak melancarkan karya saya ini. Saya ada sebabnya mengapa
saya tidak mengeluarkan kepada umum.” Marah
Pheo sebelum dia mencabut wayar telefon yang terdapat pada meja Encik
Roslan.
“Henry, tak sangka kamu ini pembantu saya tergamak kamu
mencuri karya saya ini walaupun saya percaya kepada kamu. Rupa-rupanya kamu
inginkan karya saya unutk menjadi milik kamu bukan?” soal Pheo dengan marah sekali.
Henry hanyalah menundukkan kepalanya daripada memandang
ke arah Pheo yang sedang berang
sekali manakala Encik Roslan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan
masalah dengan penulis Pheo.
“Baiklah, oleh kerana kamu nak ia keluar juga biar ia
keluar. Apa-apa yang berlaku bukan tanggung-jawab saya sudah. Karya itu bukan
semua boleh menerimanya kerana manusia sukar sekali menerima satu kebenaran.
Kira bagus juga kamu masih menyimpan pendahuluannya juga. Kira nasiblah kalau
yang tau bakal selamat manakala yang
tergesa-gesa bakal menerimanya.” Kata Pheo
yang kelihatan mulai menjadi tenang.
Henry dan Encik Roslan menjadi kehairanan dengan apa yang
mereka dengar tadi, bagaikan ada sesuatu yang ganjil mengenainya akan tetapi
mereka berdua hanya mampu mendiamkan diri mereka kerana mereka takut keadaan
yang tenang bakal kembali menjadi ribut semula.
“Now is yours
problem, not mine. Unless the responsiblity are not fall on me, I can be
care-free about it. Soon both of you will understand, what it about.” Kata Pheo sebelum keluar meninggalkan pejabat
Encik Roslan.
Encik Roslan dan Henry terus menarik nafas lega, sebaik sahaja Pheo meninggalkan pejabat tersebut.
Pejabat Encik Roslan kelihatan seperti baru habis dilanggar ribut dengan
perabotnya tidak tersusun serta kertas-kertas bertaburan pada lantai pejabat
angkara Pheo yang mengamuk sebentar
tadi.
***
Tidak sampai 30 minit buku Gerhana Malam siri ke-4
Kebenaran, sudah disapu licin oleh peminat Gerhana Malam yang sudah lama
menanti keluarnya siri ke-4 ini. Malah ada peminatnya sanggup berkhemah diluar
kedai buku untuk mendapatkan buku tersebut malah ada yang sanggup berebut
apabila bilangan buku tersebut tinggal sedikit. Malah ia menjadi tajuk berita
di pihak media apabila sambutan terhadap bukan tersebut telah memecahkan rekod
siri ke-5 dan ia lebih hebat sekali daripada pelancaran Iphone 5.
Keluaran bagi siri tersebut terpaksa ditambah kerana
permintaan terhadap siri ke-4 adalah teramat tinggi sekali dan ia membuatkan
kilang yang menghasilkan pencetakkan buku tersebut kena berusaha lebih kuat
untuk memastikan ia memenuhi kehendak peminat Gerhana Malam yang tidak dapat
dibilang dengan jari.
Keadaan Henry dan Encik Roslan tidak dapat menunjukkan
ketampilan yang baik sekali apabila dibelasah oleh Pheo. Ternayata Penulis Pheo
tidak kelihatan pada pelancaran sebaliknya Henry berada disana sebagai
gantinya. Encik Roslan tersenyum gembira bukan keceriaan yang terpancar pada
wajah peminat Gerhana Malam sebaliknya wang yang memasuki poketnya yang sudah
melimpah dengan banyak sekali.
Jauh kelihatan Penulis Pheo berada di penjuru bangunan
memandang tajam ke arah kedai yang menjadi venue
buat pelancaran buku Gerhana Makam siri ke-4.
“Pertunjukkan bakal bermula.” Kata Pheo sambil tersenyum.
***
Tajuk utama tak kira di surat khabar mahupun di media
hanya kes mereka yang membunuh diri sebaik sahaja mereka membaca siri ke-4
Gerhana Malam. Bukan jumlah yang sedikit sebaliknya bilangan mereka yang
menjadi mangsa mulai mencecah ribuan. Pihak Polis tidak mampu menyelesaikan
masalah tersebut kerana ia adalah sesuatu yang diluar bidang mereka ini.
Mangsanya tidak mengira usia, bangsa mahupun jantina malah keadaan mereka
ditemui amat tragis sekali yang amat sukar sekali untuk dijelaskan. Orang ramai
terus menyalahkan buku tersebut apabila bilangan mereka menjadi mangsa terus
meningkat. Terdapat persatuan mahupun NGO
membantah buku tersebut harus kena ban
dan pengeluaran buku tersebut harus dihentikan. Tak kira fahaman politik
mereka, kerajaan serta pihak pembangkang
sebulat suara untuk menjadikan buku tersebut bahan terlarang.
Penunjuk perasaan mulai berkumpul di hadapan Pejabat
Penerbitan Inisia, meminta penerbit
buku tersebut serta penulisan keluar dan mereka inginkan mereka mendapat
tindakan yang sepatutnya. Semestinya keadaan menjadi tidak menentu malah ia
tidak selamat sama sekali.
Keadaan di dalam pejabat itu pula, masih kedengaran suara
bantahan dari luar bangunan. Encik Roslan sudah tidak tahu apa harus dilakukan,
dia tidak menyangka larangan Pheo
menjadi nyata. Manakala Henry terduduk menunduk kerana dia sendiri pun risau
dengan tindakan mereka berdua. Mereka berdua tidak tahu karya terebut
mengorbankan ramai orang yang membacanya.
“Encik Roslan, apa yang harus kita lakukan sekarang nie?” soal Henry dengan nada yang
menunjukkan kerisauan.
“Saya sendiri pun tidak tahu, saya tidak menyangka buku
itu ada sumpahannya.” Jawab Encik Roslan dalam kerisauan yang teramat sekali.
“Baik kita larikan diri lagipun keadaan sudah tidak
selamat. Henry ambil wang di peti simpanan saya, ambil sebanyak yang mungkin.”
Arah Encik Roslan apabila dia terdengar bunyi kaca pecah di pintu utama
bangunan tersebut.
Dengan keadaan kelam-kabut Henry terus berlari ke arah
peti keselamatan Encik Roslan lalu cuba segala upayanya mengosongkan peti
tersebut manakala Encik Roslan merosakkan hard-disk
komputernya untuk menghapuskan bukti. Tanpa membuang masa mereka berdua terus
berlari ke pintu belakang tanpa menghiraukan nasib pekerja yang lain di
bangunan penerbit Inisia.
***
Walaupun Encik Roslan dan Henry dalam perlarian daripada
buruan polis, mereka berdua terus mencari Pheo
untuk meminta pertolongan akan tetapi usaha mereka gagal sebaik sahaja mereka
berdua menuju ke rumah penulis Pheo.
Mereka mendapati ia sudah dikosongkan dan sudah lama ditinggalkan apabila
mereka mendapati rumah tersebut sudah menjadi uzur dan usang. Encik Roslan dan
Henry pernah ke rumah tersebut akan tetapi rumah tersebut sudah lama terbiar
apabila siling serta lantainya sudah bocor dan terkopak dengan teruk sekali
seperti rumah tersebut tidak dihuni pada masa yang lama. Mereka berdua berada
hairan dengan keadaan rumah tersebut apabila mereka pernah ke rumah tersebut beberapa
bulan yang lalu akan tetapi keadaan rumah tersebut bagaikan sudah lama terabai.
Ia adalah satu misteri buat mereka berdua apabila Pheo terus ghaib dari dunia ini. Mereka
berdua tidak tahu nama asal penulis Pheo
sekurang-kurangnya mereka boleh mencarikan akan tetapi mereka berdua tidak
mengetahuinya. Dengan harapan mereka berdua menemui sebarang penunjuk ke mana
hilangnya Pheo di rumah tersebut akan
tetapi ia tidak mendatangkan hasil walaupun keseluruhan rumah tersebut mereka
cari. Mereka menanggap ada kemungkinan mereka sudah terlambat apabila di rumah
tersebut mereka hanyalah menemui sebuah buku Gerhana Malam siri ke-4 iaitu
Kebenaran.
Tanpa membuang masa, mereka terus mengambil buku tersebut
sebelum meninggalkan rumah tersebut.
***
Apabila wang mereka sudah dihabiskan untuk melarikan
diri, mereka berdua terpaksa bersembunyi di sebuah rumah yang terletak di
kawasan yang terpencil. Jauh daripada orang ramai sekurang-kurangnya mereka
berdua terlepas daripada buruan polis. Akan tetapi mulai tertekan apabila
mereka sudah lama bersembunyi dan sudah tidak tahan menjadi buruan.
Mereka berdua hanyalah menuduh satu sama lain dengan
kesalahan yang mereka berdua telah lakukan bersama-sama. Jika bukan kerana
mereka kejadian mereka yang menjadi korban tidak semestinya akan berlaku akan
tetapi masa tidak dapat dikembalikan semula, apa yang sudah terjadi tidak
mungkin akan dibetulkan semula.
Kelihatan buku Gerhana Malam siri ke-4 iaitu Kebenaran
berada betul-betul dihadapan mereka berdua. Encik Roslan dan Henry terhenti
daripada pergaduhan mereka tadi lalu mereka terduduk pada lantai usang rumah
tersebut. Mereka berdua terasa seperti ada satu kuasa memanggil mereka berdua
untuk membacanya sehinggakan ia berlegar-legar pada otak mereka berdua.
Pada hati mereka berdua ada perasaan yang membuatkan
mereka ingin membacanya akan tetapi ada juga perasaan was-was apabila sesiapa
sahaja membaca buku tersebut pasyi akan menjadi mangsa membunuh diri akan
tetapi perasaan ingin tahu lebih kuat daripada daripada perasaan tadi. Dengan
perlahan-lahan mereka berdua menuju ke arah buku tersebut lalu duduk didepan
buku tersebut.
Bagaikan ada satu aura datang dari buku tersebut apabila
Encik Roslan membuka muka depan buku tersebut. Manakala Henry duduk di samping
Encik Roslan yang ingin turut membacanya.
“Encik Roslan adakah kamu pasti nak membacanya?” soal
dengan ragu-ragu oleh Henry.
“Saya sendiri pun tidak pasti, rasanya ada kemungkinan
ada sebarang penunjuk mengenai Pheo.”
Jawab Encik Roslan.
“Nanti! Tunggu! Baik kita baca dahulu amaran di muka
depan buku nie.” Tegah Henry apabila
dia menlihat Encik Roslan terus membelak ke muka surat pemulaan cerita.
“Amaran? Saya tak ingin membacanya lebih baik saya terus
membacanya. Buang masa melayan amaran yang karut tu.” Kata Encik Roslan dengan nada yang marah.
Henry hanyalah menundukkan kepalanya sebagai tanda
bersetuju sahaja kerana dia tidak ingin bergaduh dengan Encik Roslan memgenai
perihal tersebut. Encik Roslan terus membuka pada muka surat awal penceritaan
manakala Henry tidak membuang masa terus membacanya bersama-sama dengan Encik
Roslan.
***
Satu per satu menjelaskan kejadian yang terjadi pada siri
pertama sehingga kelima serta kebenaran mengenainya. Henry mulai terasa tidak
percaya apa yang dibacanya malah dunia Gerhana Malam yang teramat indah sekali
mempunyai kisah gelapnya sendiri. Henry tidak menyangka bahawa Pheo menulis mengenai kebenaran mengenai
dunia tersebut adalah cukup tragis sekali. Manakala Encik Roslan pula, mulai
berasa geram sekali apabila dia kena membacanya untuk mengetahui jika ada ia
berkaitan dengan Pheo. Bagi Encik
Roslan, ia adalah perkara yang dia tidak langsung pedulikan malah dia merasakan
apa yang ditulis oleh Pheo adalah
perkara yang mengarut dan orang ramai mudah sekali tertarik apa-apa yang
fiksyen.
Dengan tiba-tiba, Encik Roslan dan Henry tidak lagi
berada di dalam rumah usang sebaliknya mereka berada di pinggir sebuah kota. Hutannya
sudah hangus terbakar manakala kota dengan menara pada tengah-tengah kota masih
lagi dijilat dengan api.
Apabila mereka berdua memasuki kota tersebut, kota yang
indah bagai syurga sudah tinggal menjadi piung. Serta kelihatan banyak mayat bergelimpangan
pada runtuhan bangunan serta di jalannya. Sayup-sayup kedengaran bunyi orang
meminta tolong yang entah dari mana bagaikan bunyi tersebut datang dari kesemua
arah. Henry menutup telinganya manakala Encik Roslan terus tercari-cari dari
mana datangnya suara tersebut.
Encik Roslan tertangkap bunyi meminta tolong yang agak
suram sekali dari runtuhan bangunan yang berdekatan dengannya. Dia terus menuju
ke sana dan mendapati ada seorang kanak-kanak perempuan di bawah runtuhan
tersebut yang kelihatan masih hidup lagi. Encik Roslan memberitahu kepada Henry
untuk membantunya untuk mengangkatan batu daripada runtuhan tersebut.
Dengan tiba-tiba Henry menjerit ketakutan sebaik sahaja
dia dan Encik Roslan berjaya mengangkat runtuhan tersebut. Kanak-kanak
perempuan tersebut sudah terputus kepada dua dari bawah perutnya sementara
kakinya telah dimakan oleh sesuatu. Encik Roslan dengan perlahan-lahan berundur
kebelakang sebaik sahaja dia mendengar ada satu bunyi berdekatan dengan
kanak-kanak tersebut. Bumi terus bergegar lalu keluar akar-akar pokok yang
serba tajam dari muka bumi dan terus menjalar menuju ke langit. Dari runtuhan
keluar satu benda yang menyerupai seperti bawang yang teramat besr sekali.
Dengan sekilap mata sahaja, ia terbuka dan keluar kelompak bunga yang teramat
besar sekali dengan warna pada kelopaknya yang merah seperti darah.
Kanak-kanak perempuan tersebut terus menjerit kesakitan apabila
akar rotan terus menlilit tubuh kanak-kanak tersebut lalu menarik ke arah
kelopak bunga tersebut. Di dalam kelopak bunga terbuka satu lagi lapisan dimana
keluar seperti mulut yang teramat besar sekali dengan ribuan gigi yang serba
tajam sekali. Kanak-kanak perempuan itu terus menjerit meminta tolong kepada
Henry dan Encik Roslan akan tetapi mereka berdua hanyalah berdiri kaku dan
tidak dapat berbuat apa-apa sementara kanak-kanak itu diangkat ke arah mulut
yang besar itu.
Kanak-kanak tersebut meminta simpati kepada mereka berdua
sambil menangis kerana nyawanya bakal diambil tidak lama lagi. Dengan tiba-tiba
ia menjadi sepi apabila kanak-kanak tersebut dilontarkan ke dalam mulut besar
bunga tersebut. Henry terus terduduk ketakutan dengan kejadian yang teramat
ngeri sekali buat dirinya manakala Encik Roslan pula hanya berdiri kaku dan
mulai pucat oleh ketakutan yang teramat sekali.
Dengan serta-merta mereka berdua cuba untuk menyelamatkan
dirinya akan tetapi kaki mereka berdua sudah dililit oleh akar rotan bunga
angker tersebut. Mereka berdua terus bergelut menyelamatkan diri akan tetapi
usaha mereka hanyalah sia-sia belaka.
Dengan tiba-tiba, entah dari mana satu anak panah berapi
mengena tepat pada bunga angker tersebut. Hanya sekelip mata sahaja bunga
tersebut terus dimamah oleh api yang rakus memakannya tanpa balas kasihan. Rotan
pada kaki mereka berdua sudah terlepas dan tanpa membuang masa mereka berdua
terus lari ke arah bertentangan daripada bunga tersebut. Dari jauh kelihatan
jelas sekali bunga tersebut masih lagi bergelut-gelut daripada dimamah oleh api
yang membara dan jelas kelihatan pada perut bunga tersebut rangka-rangka
manusia mulai terkeluar dengan laju sekali apabila terdapat lubang dari
kebakaran pada bunga tersebut.
Apa yang tinggal hanya abu bunga angker tersebut serta
rangka-rangka manusia yang menjadi mangsa kepada bunga tersebut malah kelihatan
kanak-kanak perempuan tadi yang dimakan oleh bunga tersebut sudah retung
dimamah oleh api yang panas.
Mereka berdua hanya terduduk sambil menundukkan kepala
mereka sebaik sahaja mereka melihat kejadian yang berlaku di depan mereka.
Henry terus menangis kerana dia bakal menjadi mangsa korban kepada bunga
raksasa tersebut sebaliknya dia terselamat. Manakala Encik Roslan memegang
kepalanya baginya amat sukar sekali buatnya untuk menerima apa yang berlaku di
depannya tadi kerana ia agak tidak logik dalam pemikiran buat manusia serta ia
betul-betul diluar jangkaan akal fikirannya. Dia menanggap bahawa dia berada di
alam mimpi mahupun dia sedang berhalunasi.
Henry terhenti nangisnya apabila dia terdengar bunyi
tapak kaki yang menuju ke arah mereka berdua. Dengan perlahan-lahan Henry
memaling ke arah belakang, dia memberikan senyuman bahawa dia bakal terselamat
apabila di depannya adalah hero
kepada kisah Gerhana Malam. Tanpa membuang masa Henry terus memanggil Encik
Roslan lalu mengatakan mereka bakal diselamatkan. Encik Roslan terus berpaling
ke belakangnya untuk memastikan apa yang dikatakan oleh Henry adalah benar atau
pun tidak.
***
Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa yang mengenakan
perisai perak, rupa paras yang cukup kacak sekali dengan sepasang sayap putih
bagaikan malaikat berjalan ke arah Encik Roslan dan Henry.
“Syukurlah kamu telah selamatkan kami berdua dari bunga
raksasa. Terima kasih banyak-banyak” kata Henry bersungguh-sungguh kepada Hero.
“Apa yang kamu katakan nie? Yang sebenarnya panahan aku tersasar bukannya aku nak panah
bunga raksasa tu sebaliknya kamu
berdua.” Kata Hero.
Henry menerima tamparan yang teramat kuat sekali sebaik
sahaja dia mendengar apa yang dikatakan oleh hero sebentar tadi malah Encik Roslan ada tergoyah sebentar tadi,
apa yang dia tahu bahawa hero bagi
karya Gerhana Malam adalah orang baik sebaliknya ia cukup berlainan sekali yang
dikhabarkan di siri yang lain.
Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan seorang wanita
yang mengenakan perisai perak sama seperti Hero
dan berambut panjang jingga berlari ke arah mereka. Wanita tersebut mengarahkan
mereka berdua untuk melarikan diri sebelum dia menyerang Hero dengan pedangnya.
Kali ini Henry terus menarik tangan Encik Roslan untuk
bersama-sama menyelamatkan diri mereka berdua. Henry kenal sekali wanita
tersebut iaitu Heroin kepada kisah
Gerhana Malam, Ratu Alam permaisuri kepada kota utama Gerhana Malam.
Cara hero dan heroin bermain pedang cukup hebat
sekali, heroin terus-menerus
menyerang hero tanpa balas kasihan
manakala hero terus menepis setiap
serangan daripada heroin. Heroin mulai hilang sabar apabila setiap
serangannya, hero dapat menepisnya.
Tanpa membuang masa heroin terus
menyeru kuasa pusakanya dengan bebola cahaya pari-pari terus keluar daripada
tangannya dengan cahaya yang terus-menerus menerangi kota tersebut. Heroin mengambil dua bebola cahaya
tersebut lalu melontarnya ke arah hero,
satu jaringan seperti beberapa tali bercahaya mulai melilit hero dengan erat sekali. Hero
cuba bergelut menlepaskan dirinya akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia sahaja
apabila tali yang melilitnya teramat kuat sekali.
Tanpa membuang masa Heroin terus menuju ke arah hero yang
sudah terlilit erat. Pedang pusakanya dipegang erat sekali, pada wajahnya
kelihatan jelas sekali yang dia teramat marah sekali.
“Mikahil, mengapa kamu memusnahkan kota ku? Apakah sebabnya kamu berbuat
demikian? Bukankah kamu sudah lama berbakti kepada kerajaan ku? Malah dewi kepada kota ini menerima
kamu sebagai anaknya seperti kami semua. Mengapa?” Soal Ratu Alam dengan marah
sekali dan ingin tahu sebabnya.
Hero hanya berdiam diri sambil tersenyum ke arah heroin.
“Jawab! Mengapa?! Kenapa kamu membunuh rakyat ku malah kamu telah membunuh dewi yang
selamanya menanggap kamu salah seorang anaknya.” Soal Ratu Alam sekali lagi
sambil menekankan pedangnya pada leher hero.
Bak!
Krak! Krak!
Darah merah terus keluar dengan deras sekali dari tubuh
Ratu Alam, dia sudah ditikam dari belakangnya oleh sesuatu. Dia cuba melepaskan
dirinya akan tetapi tusukkan tersebut mulai menikamnya lebih dalam setiap kali
dia bergelut.
“Wahai Ratu Alam, senang sekali saya mengumpan kamu. Kamu
hanya tahu mementingkan keadilan sebaliknya kamu terlupa bahawa kaum kamu harus
menerima keadilan yang sepatutnya.” Kata Mikahil sambil tersenyum apabila
sayapnya telah menikam Ratu Alam dari belakang.
Darah keluar dari tubuh Ratu Alam, apabila dia
terbatuk-batuk darah sahaja yang keluar. Lilitan tali cahaya pada tubuh badan hero mulai menjadi longgar serta cahaya
tersebut mulai menjadi malap sebelum ia mati. Hero terus memeluk heroin dengan
erat sekali sehinggakan heroin
menjerit kesakitan yang teramat sekali malah sayap yang tajam terus-menerus
menikamnya dari belakang.
“Mengapa? Apa salah kami?” soal Ratu Alam sambil menangis
kesakitan.
“Kamulah punca kaum aku pupus, hanya aku sahaja yang
terselamat daripada menjadi korban kaum kamu. Kamu membunuh kaum ku atas sebab hiburan serta kamu
mahukan sayap agung kami sebagai perhiasaan semata-mata. Ini kamu katakan bukan
kesalahan kamu?” soal Hero dengan marah sekali.
“Kamu sudah lama berbakti kepada kami malah saya mulai
mencintai kamu.” kata Ratu Alam yang tersekat-sekat.
“Berbakti? Tidak ia hanyalah penipuan semata-matanya
untuk mengaburi mata kamu semua. Kamu cintaikan aku? Kamu tidak layak dicintai kerna aku bencikan kamu.” Kata Hero sebelum menolak heroin ke bumi.
“Semestinya kamu ingat
nie sekali apabila Raja Sakti iaitu ayah kamu ingin membunuh ketua pendeta
kaum ku, kamu berada disitu
bersorakkan ayah kamu untuk membunuh ketua kaum ku sebaliknya pendeta kami cuba menpertahankan anak-anak kecil kaum
kami. Tiada langsung perasaan balas kasihan langsung malah kamu tahu bahawa
kaum Cahaya Angin adalah kaum yang tidak sukakan peperangan sebaliknya kaum
kamu telah membunuh mereka seperti binatang. Selepas sahaja ayahmu membunuh
ketua pendeta kamu nakkan sayap agung ketua pendeta sebagai perhiasan.” Kata
Hero dengan marah sekali sambil mengijak kepala Ratu Alam.
“Inilah keadilan yang setimpal buat kaum kamu, wahai Ratu
Alam. Kamu semestinya ingin tahu hubungan aku dengan ketua pendeta itu bukan?
Dia adalah ayah kepada kaum kami sama seperti dewi kamu, dia adalah dewa agung
yang mengajar ilmunya kepada dewi kamu. Apa yang dikatakan oleh dewi kamu
hanyalah dusta semata-mata yang mengatakan ilmu yang diterimanya dia dapat
dengan sendiri. Dewi tamakkan ilmu yang ada pada dewa kaum kami dan mengarahkan
kaum kamu untuk menghapuskan kaum aku.” Kata Hero sambil menghulur keluar
pedang pusaka berwarna merah darah.
“Tolong lepaskan saya, ampunkan la saya.” Pinta Heroin dengan harapan hero akan menlepaskannya.
“Tiada gunanya kamu pinta aku lepaskan kamu, keadilan
sudah tiba. Selamat Tinggal wahai Ratu Alam semoga kamu disantap penuh oleh
Dewa Kematian apabila kamu diadili kelak.” Kata terakhir Hero kepada Heroin sebelum
dia memengal kepala Ratu Alam.
***
Henry benar-benar tidak boleh menerima kenyataan mengenai
kebenaran yang dia terima sekarang, hero yang
disangkakan yang mementing keadilan dan persahabatan sanggup membunuh heroin atas sebab balas dendam. Baginya
tindakan hero adalah adil akan tetapi
bagi pemikirannya yang lain mengatakan sebaliknya. Henry terus saja terduduk
sambil memegang kepalanya apabila dia bagaikan nak menjadi hilang akal. Henry
tidak menyangka bahawa penulis Pheo
sanggup berbuat demikian terhadap ceritanya, yang mempunyai kisah gelap yang
teramat tragis sekali. Inikan yang dimaksudkan oleh Pheo ketika dia datang melarang Henry dan Encik Roslan tidak mengeluarkan
siri tersebut.
Manakala Encik Roslan pula hanya terduduk kaku dengan
kejadian yang berlaku didepannya serta dia merasakan dia telah lakukan satu
kesalahan yang berat sekali. Dia tidak menyangka karya ini boleh menarik
sesiapa sahaja ke dunia Gerhana Malam serta dia turut merasakan apa yang Henry
rasakan sekarang bagaikan dia mulai terasa hilang akalnya apabila kejadian itu
berlaku di depannya serta ia bukan lagi sebuah mimpi ngeri. Jika ia satu mimpi
ngeri semestinya dia sudah terjaga malah dia cuba menyakitkan diri untuk
menentukan bahawa dia sedang bermimpi ataupun sebaliknya, akan tetapi dia
merasakan kesakitannya dan semestinya ia membuktikan bahawa dia tidak bermimpi.
Encik Roslan betul-betul sukar sekali baginya untuk menerimanya yang berlaku pada
dirinya sendiri.
Kesemuanya terhenti apabila kedengaran bunyi pedang
diletakkan pada hadapan mereka berdua. Kelihatan sebilah pedang berada betul-betul dihadapan mereka berdua
selepas dilemparkan oleh Hero kepada mereka berdua.
“Wahai penghuni kota Gerhana Malam, aku telah berikan
kepada kamu setiap seorang sebilah pedang. Kalian berdua kena bertarung yang
mana satu lebih handal, jika kalian ingkar bertarung sesama sendiri akan aku
bunuh sekarang jua. Jika salah
seorang menang dalam pertarungan ini aku akan melepaskan kamu pergi.” Arah Hero
kepada mereka berdua untuk bertarung.
Tanpa membuang masa Encik Roslan terus mengambil pedang
terus lalu berlari ke arah Henry. Henry agak terkejut sekali dengan tindakan
Encik Roslan terhadapnya. Dia cuba mengelaknya dan dia tidak ingin sekali
mengunakan pedang yang diberikan kepadanya untuk mencederakan Encik Roslan.
Akan tetapi Encik Roslan terus-menerus menyerang Henry tanpa rasa bersalah
bagaikan nyawa didalam pertaruhan. Henry cuba segala upaya untuk mengelak serangan
daripada Encik Roslan akan tetapi setiap libasan pedang tersebut mengena
tubuhnya sehinggakan darah mengalir keluar di setiap luka, hasil daripada
serangan Encik Roslan.
“Encik Roslan, tolong berikan balas kasihan.” Pinta
Henry.
Akan tetapi pinta Henry diendarkan bagaikan Encik Roslan
sudah menjadi tidak siuman manakala dia terus menyerang Henry
bersungguh-sunguh.
Bak!
Ia berakhir apabila Henry mengambil keputusan untuk
membunuh diri dengan mencapai pedang yang terdapat berdekatan pada dirinya
apabila dia sudah tidak tahan dengan seksa yang dialaminya serta kesakitan yang
dia terima semestinya dia tidak mampu menanggungnya semula. Satu tikaman tepat
pada jantungnya dan darah terus mencucuri keluar dengan banyak sekali malah
terdapat juga darah terpercik ke Encik Roslan. Hanya sekelip mata Henry terus
rebah menyembah bumi dan sudah tidak bernyawa.
Encik Roslan tersenyum lebar apabila Henry sudah
terbaring kaku. Baginya dia bakal terselamat daripada dibunuh oleh Hero. Encik Roslan terus berpaling ke
belakangnya, dengan tiba-tiba tangannya dipegang oleh hero lalu mengarahkan tangannya yang memegang pedang tersebut terus
menikam pada jantungnya. Darah terus terpercik keluar dengan banyak sekali,
Encik Roslan cuba mengeluarkan tikaman pedang tersebut akan tetapi ia lebih
memburukkan keadaan apabila darah lebih banyak keluar. Encik Roslan mengalami
kesakitan yang teramat pedih sekali malam tubuhnya mulai perlahan-lahan menjadi
sejuk.
“Mengapa?” soal Encik Roslan dengan nada tersekat-sekat.
“Sebabnya wahai manusia, dia mati membunuh diri bukan
kamu membunuhnya. Ia dianggap bukan kamu membunuhnya jadi aku ada hak membunuh
kamu. Lagipun biarpun kamu menang pertaruhan aku tetap akan membunuh kamu jua kerna kamu adalah penhuni kota dusta
ini.” Kata Hero sambil tersenyum sebelum meninggalkan Encik Roslan yang tinggal
sisa hidupnya.
Encik Roslan terus tumbang menyembah bumi dan dia sudah
tidak bernyawa. Suasana kembali ke dunia asal dimana Encik Roslan dan Henry
tidak lagi berada di dalam dunia Gerhana Malam sebaliknya mereka berada di
rumah usang tersebut. Bukan dengan keadaan bernyawa sebaliknya mereka berdua
sudah mati dengan terpacakya kayu patah pada jantung Henry manakala kayu patah
tersebut ada pada tangan Encik Roslan.
Mayat mereka berdua ditemui oleh beberapa pencari petai
dengan keadaan ngeri serta mereput apabila pencari ini menyinggah di rumah
usang tersebut untuk berehat. Keadaan mayat mereka berdua sudah betul-betul
membusuk manakala ada satu benda sahaja yang masih lagi didalam keadaan yang
teramat baik sekali iaitu sebuah buku yang bertajuk Gerhana Malam siri ke-4
iaitu Kebenaran.
***
Bangunan Penerbitan Inisia
sudah disita oleh pihak kerajaan dan keadaan agak suram sekali. Kelihatan
seseorang berpakai kot panjang berwarna kelabu serta berkaca mata hitam
memandang ke arah bangunan tersebut sambil tersenyum. Lelaki tersebut berjalan
ke arah bangunan tersebut sebelum mengambil buku yang disengaja diletakkan pada
muka depan pintu utama. Lelaki tersebut adalah penulis Pheo yang tersenyum dengan apa yang berlaku kepada Encik Roslan
iaitu penerbitnya yang tamak haloba serta Henry iaitu pembantu yang mencuri
karyanya. Dia membelak buku tersebut dengan laju sekali dan ternyata buku
tersebut masih lagi di dalam keadaan yang baik sekali. Buku Gerhana Malam siri
ke-4 Kebenaran berada ditangannya.
“Bukan kesemua kita boleh menerima satu kebenaran apabila
kebenaran tersebut boleh menghancurkan diri sendiri. Ia menjadi kejadian
manusia untuk mereka menerima satu kebenaran. Kebenaran semestinya menyakitkan
sekali tapi di dalam bab ini, ia menjadikan pembacanya korban.” Kata Pheo sambil membelak muka surat pada
buku tersebut.
“Jika mereka membaca amaran tu semestinya ada yang akan terselamat. Nampaknya dah tiba masanya
saya menghilangkan diri sahaja sekurang-kurangnya saya pulang ke kampung
halaman saya.” Kata Pheo sebelum
berjalan meninggalkan perkarangan bangunan penerbitan Inisia buat selama-lamanya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan