Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 19 September 2013
Selamat menyambut Mid Autumn Festival
Selamat menyambut Mid Autumn Festival atau lebih dikenali sebagai Mooncake Festival buat semua pembaca yang berbangsa Cina. Hari keluarga berkumpul untuk bersama-sama merayakan pesta ini bersama-sama sambil memakan kuih bulan sambil bermain dengan tanglung.
Penulis miss zaman kanak-kanaknya apabila dia berayakan di rumah neneknya (bahagian Mak yang berbangsa Cina) sambil menikmati makan besar selepas itu menjamu kuih bulan sebelum mereka tua mahupun muda akan berjalan-jalan sambil diterangi cahaya Tang Lung.
Sekarang dah Moden, budak-budak sekarang sibuk dengan smartphone dan Ipad. Tradisi lama nie mangkin dilupakan dengan sibuk melayan dengan hal masing-masing manakala yang lebih tua sibuk bercerita satu sama lain. Malah Tang Lung sekarang bukan macam dahulu dimana tanglung dia lebih kepada klasik manakala sekarang Angry Bird, Ben10 dan banyak lagi. Walaupun ikut peredaran masa akan tetapi ia tradisi lama sekurang-kurangnya kekalkan sedikit tradisi itu. Bukan penulis mengkritik tapi ia benar-benar berlaku diluar sana apabila ibubapa sekarang ini tidak langsung pedulikan lagi tradisi sehinggakan kepada ajaran adab.
Kalau saya terlihat ada masih yang mengekalkan tradisi lama, secara tak sedar air mata mengalir tanda terharu sekali apabila saya dibesarkan dengan tradisi lama sekurang-kurangnya ia kekal kerana tradisi itu melambangkan sesuatu bangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan