Kedengaran
dari jauh bunyi enjin motosikal, kelihatan seorang budak pengantar
barang. Dengan berhati-hati dia kerana jalan tersebut sudah
berlubang-lubang dan mulai dimamah zaman. Hati budak pengantar mulai
berdebar-debar apabila dia teringat sebuah kisah seram mengenai
sebuah jalan lama yang dikatakan berpuaka. Baginya adakah jalan yang
dia gunakan sekarang ada kemungkinan ia mahupun sebaliknya. Dia muali
diselebungi dengan ketakutan ketika dia mengunakan jalan lama sebagai
jalan pintasnya.
Dengan
tiba-tiba, motorsikalnya terhenti apabila dia terlihat seorang gadis
melambai-lambai kearahnya. Kelihatan sebuah kereta proton berwarna
putih tersadai dibahu jalan dan kelihatan seperti asap keluar
daripada bonet kereta tersebut. Budak pengantar tersebut tidak
membuang masa terus ke arah gadis tersebut untuk membantu gadis
tersebut.
Kelihatan
gadis tersebut berpakai gaun putih pendek serta berambut panjang
paras bahunya. Kelihatan gadis tersebut tersenyum apabila budak
pengantar datang memberikan bantuan. Gadis tersebut mengatakan bahawa
keretanya dengan tiba-tiba membawa masalah kepadanya serta dia berada
di tengah-tengah jalan dan untuk mendapatkan bantuan ia adalah
mustahil sekali apabila tempat tersebut tidak menpunyai sebarang
talian telefon.
Apabila
budak pengantar tersebut dengan sukarelakan dirinya untuk melihat
pada bonet yang berasap dengan harapan dia boleh membantu gadis
tersebut. Dia berasa seram sejuk sebalik sahaja dia lalu di depan
gadis tersebut dan dia terhidu bau yang amat wangi seperti bunga
kemboja dari gadis tersebut.
Dengan
tiba-tiba budak pengantar mulai ketakutan dengan apa yang dilihatnya,
bonet kereta tersebut tidak mempunyai enjin langsung serta kerangka
kereta sudah berkarat. Bau yang wangi sudah berubah menjadi bau yang
kurang menyenangkan sekali. Dengan pelahan-lahan dia menoleh kearah
gadis tersebut bagaikan kakinya menjadi kaku dengan ketakutan apabila
gadis tersebut sudah berubah menjadi sesuatu yang cukup menakutkan
sekali. Dengan wajah yang kelihatan seperti mulai mereput, rambutnya
mengembang serta sepasang taring dan mata yang merah membawa seperti
Langsuir.
Tanpa
membuang masa, budak pengantar terus membuka langkah seribu dengan
tenaga yang dia ada. Kelihatan Langsuir mulai menjadi berang dan
mulai menjerit serta mengilai dengan cukup menyeramkan sekali. Dengan
keadaan yang kelam-kabut, budak pengantar mulai panik kerana Langsuir
tersebut mengejarnya.
Bang!
Krek! Kras! Bak!
Motosikal yang ditunggng oleh budak pengantar terlanggar pembahagi
jalan lalu terus menjunam ke dalam curam apabila Langsuir tersebut
muncul di depannya. Di dalam curam dimana budak pengantar berada, dia
cedera parah dan sekarang nyawa-nyawa ikan. Dengan pelahan-lahan dia
cuba bergerak-gerak akan tetapi ia adalah kesakitan yang teramat
sekali. Ketakutannya tidak berakhir di situ sahaja apabila kelihatan
Langsuir tersebut memunculkan dirinya semula di depannya lalu
berjalan ke arahnya budak pengantar tersebut yang cedera parah dengan
darah merah keluar tanpa henti. Langsuir tersebut terus membenamkan
taringnya tepat pada leher budak pengantar tersebut dan berakhirnya
hidup dia.
Adakala
mereka yang mengunakan jalan lama tersebut sering kali terlihat
kelibat satu lembaga berdarah meluncur laju dengan sebuah motorsikal
putih dan dibonceng sama-sama Langsuir. Barang siapa melihatnya bakal
kemalangan jalan raya kerana jelas sekali terpancar pada wajah
ketakutan yang teramat sekali.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan