Kelihatan
dari jauh salah satu pejabat di SMK Sri Cendana masih lagi
terang-menderang. Kelihatan seorang guru wanita menyemak tanpa henti
kertas peperiksaaan pelajarnya apabila cuti semestar mulai dekat.
Cikgu Zaiton kena habiskan semakkannya untuk membolehkan dia untuk
menulis rekod pelajarnya. Dengan tekun dia menyemak kertas tersebut
dan adakala dia mengomel geram dengan jawapan yang ditulis oleh
pelajar tersebut. Apabila Cikgu Zaiton akhirnya habis memeriksa
kesemua kertas peperiksaan tersebut lalu dia menulis satu per satu
markah tersebut pada buku rekod pelajar. Adakala Cikgu Zaiton mulai
berasa seram sejuk apabila hanya dia seorang sahaja tinggal dan jam
mulai menunjukkan 8 malam. Kira bernasib baik baginya kerana dia
tinggal di apartment guru berdekatan dengan sekolah.
Ketika
Cikgu Zaiton mengemas-gemaskan mejanya kedengaran seperti ada benda
menheretkan kakinya berjalan ke arah Cikgu Zaiton. Bulu pada
tengkuknya mulai meremang dan Cikgu Zaiton cuba menyenangkan dirinya
dengan menganggapnya bunyi angin. Ketika Cikgu Zaiton mematikan lampu
pada pejabat tersebut sebelum dia mengunci pejabat tersebut, pada
ekor matanya dia ternampak jelas satu lembaga hitam berdekatan dengan
mejanya. Dia mulai merasakan ketakutan mulai menghantui dirinya tanpa
membuang masa dia terus mempercepatkan gerakkannya ke arah pondok
pengawal. Dengan tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti bunyi tangisan
datang daripada belakang Cikgu Zaiton. Dengan perlahan-lahan Cikgu
Zaiton berpaling ke belakang, dengan penih dengan ketakutan dia
melihat satu lembaga dengan rambut panjang menutupi wajahnya dengan
menyerikan giginya berdarah sambil cuba mengapaikan tangannya yang
mempunyai kuku yang panjang berdarah. Berpakaian putih labuh dengan
kesan-kesan darah melekat pada pakaiannya. Tanpa membuang masa Cikgu
Zaiton terus membuat langkah seribu dan terus berlari ke arah pondok
pengawal. Adakala dia melihat ke arah belakangnya, kelihatan jelas
sekali lembaga wanita tersebut masih mengejarnya dari belakang.
Setibanya
Cikgu Zaiton di pondok pengawal tersebut, kelihatan Pak Samad seperti
sudah bersedia dengan peralatannya. Pak Samad sudah tahu apabila dia
sendiri mendengar bunyi jeritan meminta tolong daripada Cikgu Zaiton
ketika dia berlari ke arah pondok tersebut. Kelihatan Pak Samad
terkumat-kumit membaca sesuatu pada tangannya apabila Cikgu Zaiton
bersembunyi di belakang Pak Samad. Pak Samad mengenggam tangannya
sebelum membaling ke arah lembaga tersebut. Kedengaran bunyi jeritan
mengerikan sekali daripada lembaga tersebut sebelum ia ghaib daripada
pandangan mata. Cikgu Zaiton seperti orang yang kehilangan
semangatnya dengan apa yang menimpah pada dirinya. Nasib ada Pak
Samad dengan memberikan dia air selawat untuk menenangkan hati Cikgu
Zaiton. Sebenarnya sekolah tersebut mempunyai kisah seramnya
tersendiri ketika sekolah tersebut dibina, mereka menjumpai beberapa
kubur lama lalu mereka memindahnya ke tempat baru akan tetapi mereka
tertinggal satu tanpa mereka sedari. Dari situ
bermulanya kejadian yang menakutkan buat mereka yang bekerja lewat
malam kerana ada yang mengatakan bahawa kubur yang tertinggal
tersebut berada di bilik guru tersebut.
Cikgu
Zaiton menjadi trauma dengan kejadian yang berlaku pada dirinya dan
membuatkan dia tidak berani tinggal seorang diri di bilik guru
tersebut. Dia akan meminta beberapa rakan sekerjanya untuk
menemaninya serta meminta Pak Samad turut menemaninya. Dia sudah
serik.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan