Khamis, 18 Julai 2013

Place : Hotel

Ismail sudah berasa keletihan apabila dia memandu keretanya tanpa henti selama 5 jam. Waktu sudah menunjukkan sudah lewat malam dan mata Ismail mulai keberatan dengan keletihan yang teramat sekali. Apabila dia tiba ke sebuah pekan, Ismail tidak membuang masa mencari tempat untuk dia bermalam tak jauh daripada pekan tersebut terdapat sebuah hotel lama. Ismail terus mematikan keretanya lalu memasuki ke dalam hotel tersebut, ternyata reka dalaman agak lama serta kelihatan seorang wanita muda berkerja di meja reception. Tanpa membuang masa Ismail terus sahaja check-in ke hotel tersebut.
Bilik Ismail berada di tingkat 4 dan berada di paling hujung sekali. Ismail terus memasukkan kuncinya ke pintu bilik tersebut lalu membuka tombolnya. Bagaikan satu hembusan angin terus menyembur pada muka Ismail serta dia terhidu bau abu bagaikan bilik tersebut sudah lama tidak digunakan lagi. Ismail terus menghidupkan lampu bilik tersebut lalu meletakkan beg pakaiannya di tepi katil. Tanpa membuang masa Ismail pergi bersihkan dirinya sebelum dia merebahkan badannya pada katil.
Ismail kelihatan berhempas-pulas apabila dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun dia sudah kepenatan yang bukan main. Ismail cuba pejamkan matanya dengan harapan dia boleh tidur kerana pada keesokkan harinya dia kena sambungkan perjalanannya. Dengan tiba-tiba kedengaran seperti ada bunyi tapak kaki dari bilik air lalu bunyi tapak kaki kedengaran berdekatan deengan katil Ismail. Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya dengan penuh dengan ketakutan dengan apa dilihatnya. Kelihatan satu lembaga seperti seorang wanita berambut panjang sehingga paras pinggang dengan berpakaian night gown yang penuh dengan dengan darah pekat. Lembaga tersebut terus berjalan ke arah beranda lalu terus berpaling ke arah Ismail sambil memberikan senyuman yang mengerikan dengan darah mengalir deras dari wajah wanita tersebut. Tanpa membuang masa wanita tersebut terus terjun daripada beranda tersebut.
Dengan apa yang dilihat oleh Ismail tadi, tanpa membuang masa dia terus menyeluru keluar daripada bilik tersebut dengan berseluar pendek sahaja bersama-sama dengan beg pakainannya. Dia terus berlari ke arah reception manakala pekerja wanita di meja reception tersebut terus menjerit apabila Ismail berlari ke arahnya seperti orang yang tidak siuman. Kelihatan seorang lelaki kira berusia keluar daripada pejabat untuk mencari sebab mengapa pekerjanya menjerit. Dia mendapati Ismail adalah punca pekerja menjerit apabila dia melihat Ismail hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Lelaki tersebut mengarahkan pekerja wanitanya untuk tenangkan dirinya manakala dia membawa bath robe untuk Ismail untuk menutup tubuhnya. Lelaki memperkenalkan dirinya sebagai General Manager di hotel lama tersebut sebelum mengarahkan seorang pekerja lelaki yang tiba sebentar tadi, untuk membawakan kopi panas buat Ismail.General Manager tersebut tanpa henti meminta maaf dengan Ismail, apabila dia mendapat tahu Ismail ditempatkan di bilik tersebut. Dia sudah mengingatkan pekerjanya untuk tidak menyewakan bilik tersebut kerana pernah seorang wanita membunuh diri apabila putus cinta, maka bilik tersebut dibiarkan sahaja. General Manager tersebut memindahkan Ismail ke bilik yang berlainan tingkat dan bilik sebagai tanda meminta maaf kepada tetamunya itu. Ismail merasakan dirinya kurang bernasib baik apabila dia menhadapi pengalaman yang sukar untuk dilupakan olehnya.
Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan