Kelihatan seorang pemuda berusia awal 20-an sedang berjalan-jalan di siring jalan. Kelihatan jelas pada wajahnya yang mulai gelisah apabila hari sudah menjelang malam. Dalam hatinya sentiasa berasa kesal dengan tindakkannya untuk mengambil jalan pintas dengan mengunakan jalan lama untuk pulang ke kampung halamannya ketika cuti semestar. Lebih teruk sekali motorsikal yang ditunggangnya tadi menjadi rosak dengan tiba-tiba.
Dekat setengah jam pemuda itu berjalan-jalan dengan harapan dia dapat meminta bantuan dengan kesukaran yang dia alami. Dengan beg galas serta lampu suluhnya, pemuda tersebut dengan berhati-hati berjalan di siring jalan apabila malam sudah menjelang. Pandangan pemuda tertumpu pada satu arah apabila dari jauh kelihatan satu cahaya menerangi. Dengan perlahan-lahan pemuda tersebut berjalan kearah lampu tersebut dan dia mendapati ia adalah sebuah rumah berada betul-betul di tepi jalan. Muka pemuda terpancar cahaya harapan kerana penyelamatnya sudah tiba.
Setibanya pemuda tersebut di depan pintu rumah itu, dia memberikan salam akan tetapi bagaikan tiada yang menjawab balik. Lalu pemuda tersebut mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah dan tiba-tiba kedengaran kunci pada pintu tersebut dibuka dari dalam lalu keluar seorang nenek. Pemuda tersebut memberitahu tujuannya manakala nenek tersebut membenarkan dia bermalam di rumah itu.
Bagi pemuda tersebut, keadaan rumah tersebut agak usang dan suram. Apa yang dia tahu bahawa penhuni rumah tersebut hanya seorang nenek tua. Pemuda tersebut menjadi gelisah dengan tiba-tiba apabila dia terhidu sesuatu yang hanyir serta dia terdengar seperti sesuatu berbisik-bisik di telinganya.
Bam! Dengan tiba-tiba lampu pada rumah tersebut terpadam dan kedengaran bunyi lolongan anjing serta bunyi-bunyi yang menyeramkan. Pemuda sudah mulai ketakutan dan mengambil keputusan untuk keluar darpada rumah tersebut. Tindakkannya terbantut apabila kedengan bunyi dengusan dari belakangnya. Dengan perlahan pemuda tersebut mengeluarkan lampu suluhnya lalu menyuluhnya kearah belakangnya.
Muka pemuda menjadi pucat manakala suara bagaikan tersekat pada kerongkongnya dengan apa yang dilihat pada depan matanya. Nenek yang dia bersua tadi mulai berupa rupanya dengan rambut putih mengembang, wajah yang berkedut-kedut bagaikan nenek kebayan dan sepasang gigi taring pada mulutnya. Ia mulai berubah menjadi Langsuir, dengan matanya merah membara dia memandang tepat ke arah pemuda tersebut.
Dengan perlahan-lahan Langsuir tersebut ingin mencekik leher pemuda tersebut sambil menyerikan gigi taringnya. Pemuda tersebut dipenuhi dengan ketakutan yang teramat sekali apabila dia rasanya nyawanya bakal melayang kelak. Bagaikan dia tergerak dengan sendirinya, dia terus mengentak Langsuir tersebut dengan mengunakan lampu suluhnya bertalu-talu sambil ketawa bagaikan mulai tidak siuman.
Lalu pemuda tersebut lari meninggalkan rumah tersebut. Akhir sekali pemuda tersebut tidak pernah balik ke kampung halamannya kerana dia sendiri mulai tidak siuman. Pemuda tersebut sering kali kelihatan di luar jalan masuk ke jalan lama dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengunakan jalan tersebut.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan