Khamis, 11 Julai 2013

Place : Mall

M berjalan-jalan dengan langkah berhati-hati. Sepanjang jalan dia sentiasa menyuluh mengunakan lampu suluhnya pada setiap deretan kedai yang tertutup rapi di pusat beli-belah Penguin sentiasa memberi laporan semula dengan mengunakan walkie-talkie. Kerjanya sebagai sekuriti untuk memastikan kedai-kedai di pusat beli-belah ini terselamat daripada dimasuki pencuri. Dia diarahkan oleh pihak atasan untuk bekerja shift malam atas laporan kecurian pada waktu malam berserta 3 lagi rakan setugasnya untuk memastikan memberkas daripada ia berlaku semula.
Selepas M berpisah dengan rakannya H untuk mengawal tingkat paling atas pusat beli-belah tersebut iaitu tingkat 4. Walaupun dekat seminggu M bekerja shift malam, dia sering berasa lain semacam apabila mengawal di tingkat 4 bagaikan segala pergerakkannya diperhatikan bukan daripada CCTV akan tetapi daripada benda lain. M terpaksa menolak ia jauh-jauh demi tugasannya walaupun dia sering kedengaran bunyi tapak kaki mengekorinya walaupun pada masa itu hanya dia sahaja berada di tingkat 4.
Ketika M melalui lorong yang gelap, dari jauh kelihatan ada sesuatu menangkap mata M untuk memberi tumpuan. Kelihatan dari jauh ada sesuatu gelap mencangkung betul-betul di depan sebuah kedai pakaian. M tergerak untuk melaporkan kepada walkie-talkie memgenai dia memjumpai seseorang yang mencurigakan di tingkat 4 dan dia akan bertindak. Selesai sahaja M membuat laporan, kelihatan lembaga gelap tersebut tidak menunjukkan ingin meninggalkan tempat itu.
M mulai berasa seram sejuk apabila dia menuju kearah lembaga tersebut. Dengan bantuan daripada cahaya lampu suluhnya sebatang besi yang M bakal gunakan untuk mempertahankan dirinya jikalau lembaga itu bakal menyerangnya. Dengan perlahan-lahan M membuka langkah berhati-hati dengan harapan perbuatannya tidak disedari lembaga tersebut. Separuh jalan, M mulai menjadi pucat dan terus berpatah balik lalu berlari sepantas kilat ke pejabat pusat dengan ketakutan yang teramat sekali apabila dia melihatnya dengan jelas dari cahaya lampu suluhnya. Kelihatan lembaga gelap mencangkung tersebut berpaling ke arahnya dengan berambut panjang menunjukkan matanya merah berkaca sambil menyerikan giginya yang tajam dan kelihatan seperti darah menitik ke lantai. M terus ketakutan dan terus berlari melepaskan diri apabila lembaga tersebut mulai mengejarnya.
Setibanya M ke pejabat, semestinya rakan-rakan setugasnya berasa hairan dengan perbuatan M bagaikan dikejar hantu. Tak sampai beberapa minit M terus merebahkan jatuh je lantai, tidak sedarkan dirinya. Dengan panik rakan setugasnya terus mengantarnya terus ke hospital.
Pada keesokkan harinya, M terus demam panas selama seminggu dan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan semangatnya semula. Tanpa membuang masa M terus mengantar surat letak jawatan kepada pihak atasan kerana trauma dengan pengalaman yang dia hadapi. Bukan apa yang sebenarnya tapak pusat beli-belah tersebut dibuat diatas sebuah kubur lama walaupun kubur-kubur tersebut dipindahkan ada satu tertinggal kerana tidak bernisan serta terdapat juga kes seorang wanita muda membunuh diri di dalam salah satu tandas di pusat beli-belah tersebut kerana putus cinta.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan