Salam
malam Jumaat semua, berakhir sudah kisah seram mengenai sebuah jalan
raya. Kali ini sebuah kisah seram pendek akan dikongsikan buat
santapan kamu semua mengenai tempat. Kisah-kisah seram mengenai
sebuah tempat sering kali kita dengar bukan malah ia dikirakan
sebagai isi dan kuku yang tidak dapat kita lepaskan. Bagi sebuah
tempat mesti ada kisah seramnya tersendiri walaupun tempat tersebut
masih baru lagi. Saya sendiri pernah alami kisah pengalaman seram
saya sendiri berkaitan dengan tempat iaitu “Kerana
bising”,
“Malam
30 Ogos”,
“Malam
yang menyeramkan”,
“Asrama
I & II”,
“Bunyi”,
“Kisah
di Kunak”,
“Seorang
diri”
dan “Ganjil”.
Kita
ini manusia adakala kita belum biasakan diri di tempat baru ataupun
tempat yang asing kepada kita bukan? Adakala perasaan paranoid
sering berlegar-legar di kepala otak kita, memikirkan sesuatu yang
menakutkan dikirakan kita sendiri yang takutkan diri sendiri juga.
Adakalanya kita akan terlebih berani sehingga ia memakan tuannya
sendiri juga. Ia terpulang kepada kamu juga.
Bagi
series kali ini saya akan kongsikan 7 kisah seram pendek yang ada
kaitan dengan tempat dan terdapat 2 adalah kita boleh anggapnya
sebagai kisah klasik yang kita selalu dengar. “Mall”
adalah kisah mengenai seorang penjaga sekuriti menjaga malam di
sebuah pusat membeli-belah. Kecurian di pusat membeli-belah pada
waktu malam sering kali berlaku, maka beberapa orang penjaga sekuriti
disuruh untuk berjaga-jaga. Apakah yang akan berlaku kepada penjaga
sekuriti tersebut? “Hotel”
adalah sebuah kisah klasik mengenai seorang tetamu kepada hotel
tersebut yang terpaksa bermalam di sebuah hotel kerana keletihan
daripada perjalanan jauh. Ada sesuatu yang bakal menakutkan tetamu
tersebut yang sukar dilupakan olehnya. “School”
adalah sebuah kisah mengenai seorang guru pulang lewat malam kerana
memeriksa kertas peperiksaan. Kedengaran satu bunyi yang cukup
menakutkan guru wanita ini sehingga dia trauma untuk balik lewat.
“Libary”
adalah sebuah kisah klasik iaitu kisah seorang pelajar yang mengulang
kaji di perpustakaan kolej sehingga lewat malam. Apabila dia berjumpa
dengan seorang pelajar perempuan yang cukup misteri, yang bakal
mengubahkan sikapnya terus. “Hospital”
adalah sebuah kisah mengenai seorang jururawat wanita yang kena
berkerja shift malam. Ada sesuatu bakal menakutkan jururawat muda ini
sehinggakan dia betul-betul bersedia jika dia berkerja malam semula.
“House”
adalah kisah mengenai sepasangan kekasih yang berpindah ke sebuah
rumah yang mempunyai sewa yang cukup murah sekali. Ada satu kisah
seram bakal menghantui mereka berdua ketika mereka tinggal di rumah
tersebut sehinggakan mereka cabut lari pada waktu malam disebabkan
oleh kejadian tersebut. “Lake”
adalah kisah seram mengenai sepasang nelayan suami isteri yang pergi
memancing bersama-sama di sebuah tasik. Ada sesuatu kejadian yang
membuatkan mereka berdua dalam ketakutan yang teramat sekali ketika
mereka berdua memancing pada waktu malam di tasik tersebut.
Nantikan
kisah seram ini pada malam Jumaat, ia bakal menghantui kamu.
Ingat
matikan lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan
suasana sepi,
Bacalah
kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan