Di perpustakaan U,
Misa masih mengemas-gemaskan kisah yang dia dapat daripada abang seniornya di dalam laptopnya. Misa membuat demikian sementara menunggu seorang lagi
kakak senior yang dia dapat daripada
pembantu Prof. Singh dengan khabarnya kakak senior tu ada kebolehan
deria ke-6. Misa merasakan dia lebih selesa membuat kertas kerja nie seorang diri daripada berkumpulan kerna dari pengalamannya sendiri
kawan-kawan sekumpulan bukan 100% menolong malah membiarkan dia seorang diri
menyiapkan kerja tu. Tugasan pada
asalnya adalah berkumpulan iaitu 3 orang dalam satu kumpulan. Disebabkan ada 16
pelajar sahaja maka Misa adalah orang terakhir dan menyebabkan dia tidak
dimasukkan ke mana-mana kumpulan malah dia sendiri ingin membuat tugasan tu seorang diri. Misa memilih tugasan
mengenai deria ke-6 dari 5 lagi tugasan lain iaitu Anak Kerak, Bunian,
Penanggalan, Pontianak dan Penunggu. Rakan-rakan Misa semuanya sudah memilih
tugasan tu kerna menggangap ia lebih
mencabar daripada tugasan membosankan yang dipilih oleh Misa dan ia lebih adventure. Kesemuanya menjalankan
tugasan mereka di pendalaman dan di kawasan hutan berlainan dengan Misa yang
berada di Kuala Lumpur.
Lamunan Misa terhenti apabila ada seorang perempuan
berpakaian serba hitam berada di pintu masuk perpustakaan. Misa merasakan ada
kemungkinan perempuan nie adalah
kakak senior yang dimaksudkan tu. Misa melambai-lambai ke arah
perempuan tu lalu perempuan tu berjalan ke arah Misa dan kedengaran
bunyi high heel hitam menghentak
lantai perpustakaan tu. Misa melihat
perwatakan dan permakaian perempuan tu
ala ghotic apabila perempuan tu berjalan ke arah Misa. Lalu
perempuan tu menanya Misa adakah dia
yang menelefon dia dengan sopan sekali. Misa ada sedikit terkejut apabila
perempuan tu menanya dia dengan
sopan sekali sebelum dia mengiakan yang dia menelefon dia. Misa bersalam dengan
perempuan tu lalu perempuan tu mengatakan bahawa dia adalah
Elisa.
Elisa menanya Misa dari mana dia dapat nombor telefon
lalu Misa hanya mengatakan dia dapat daripada pembantu Prof. Singh. Misa hanya
dapat mengucapkan terima kasih kerna
Elisa dapat meluangkan masanya yang sibuknya untuk bertemu dengan dia. Elisa
mengatakan dia nak relax sedikit kerna sibuk dan bertemu dengan Misa
yang membolehkan dia berbuat demikian. Elisa sibuk sangat kerna dia menolong satu kumpulan paranormal dalam menyiasat kehadiran dunia yang lain daripada kita
tinggal nie. Misa mengaguk tanda
setuju kerna dia pernah menonton ia
di website mereka iaitu “ Alam Lain”. Tanpa membuang masa Misa
mengatakan hajatnya mengapa dia ingin bertemu dengan Elisa atas sebab dia
membuat kertas kerja mengenai deria ke-6 dan dia ingin bertemu-ramah dengan
Elisa atas sebab tu. Elisa kelihatan
terkejut sebentar lalu dia sudi mengkongsikan kisahnya mengenai deria ke-6 dan
dia menceritakannya.
***
Saya masih ingat lagi bagaimana saya menerima kelebihan nie. Kalau tak silap saya ada kelebihan
pada umur 19 tahun iaitu lebih lanjut selepas saya terbangun daripada koma.
Saya koma selama 2 minggu kerna terlibat
dengan kemalangan jalan raya dan apabila saya terbangun dari situlah saya ada
kelebihan deria ke-6. Pada kali pertama saya mempunyai kelebihan nie semestinya saya takut yang teramat
sekali apabila saya membuka mata saya buat pertama kali selepas saya koma. Di
sebelah kanan ada ibu saya menangis apabila saya terbangun manakala bapa saya di
depan katil saya yang menakutkan adalah saya ternampak nenek saya disebelah
katil tersenyum bagaikan dia gembira saya sudah bangun dari koma. Apa yang saya
tahu nenek saya sudah meninggal setahun yang lalu. Sememangnya saya terjerit
apa yang saya telah nampak tadi dan membuatkan suasana panik apabila ibubapa
saya cuba menenangkan saya akan tetapi
apabila doktor menyuntik ubat penenang baru saya tenang. Doktor mengatakan ia
ada kemungkinan saya terkejut lepas bangun koma dan dia menggangap ia satu
keajaiban kerna saya ada kemungkinan
tidak akan bangun lagi akan tetapi saya terbangun.
Sepanjang saya berehat di hospital tu, saya masih belum dapat sesuaikan diri apabila melihat sesuatu
benda yang orang lain tak mampu dan membuatkan saya bertambah takut
diantaranya. Pada waktu malam apabila saya terbangun untuk ke tandas, saya akan
ternampak ada lembaga pesakit perempuan berlumuran darah merangkak
pelahan-lahan ke arah meja jururawat dan ada satu lembaga kanak-kanak perempuan
bermain-main di tepi tandas dengan keadaan diri melecur teruk di sebelah badan
dan sebelahnya lagi berdarah dengan teruk. Akan tetapi satu perkara sahaja bagi
saya ia menjadi tenang apabila mendiang nenek saya duduk dan membelai saya.
Walaupun saya tahu dia sudah meninggal dunia dan saya juga tahu dia meninggal
dunia di hospital sama iaitu tempat saya menerima perubatan saya nie. Pada hari saya dibenarkan pulang,
nenek masih berada disisi saya lalu tersenyum dan melambai-lambai kepada saya
sebelum dia memasuki pintu bercahaya lalu ghaib.
Ia mengambil masa dekat sebulan dua untuk saya menyuaikan
diri saya dengan kelebihan deria nie.
Pada awalnya saya sering kali terkejut apabila saya ternampak lembaga mahupun
hantu yang menampakkan diri mereka nie
kepada saya. Bagi saya memang tiada guna jika kamu terus membaca doa dan
mengharapkan mereka nie pergi malah
mereka lebih berani mendekati saya apabila mereka mengetahui saya mampu melihat
mereka nie. Semasa saya sudah biasa
baru saya tahu apa yang saya tahu cukup berlainan dengan apa yang diceritakan
dan yang saya selalu baca di buku. Mereka nie
lebih gemar mengelak diri mereka menghampiran dengan manusia dan mereka hanya
menyakat manusia yang sombong, angkuh dan cakap besar. Ada sebilangan mereka nie hidup dalam kumpulan, keluarga dan
satu komuniti; hampir sama dengan kehidupan kita manusia. Bagi kita semestinya
apa yang kotor, jijik dan keji semestinya tak elok bukan? Tapi bagi mereka
adalah sebaliknya. Rumah terbiar mahupun kosong, pokok, batu sehingga lubang;
mereka akan tinggal di sana. Apabila manusia sudah melanggar batas mahupun
rakus dengan ketamakkan, mereka akan menjadi mangsa apabila tempat tinggal
mereka dimusnahkan dan ada segelintir akan berpindah dengan damai manakala ada
tidak iaitu berkeras untuk tinggal disana sehingga sanggup mempertahankan milik
mereka nie. Saya menggangap mereka nie hampir sama dengan kita manusia dan
banyak lagi kita tak tahu mengenai mereka nie
sebagai salah satu ciptaan Tuhan.
Nie saya nak ceritakan sesuatu yang saya akan ingat dan tak
akan saya lupakan sampai bila-bila. Kejadian nie berlaku 4 bulan selepas kemalangan tu. Pada masa tu saya
diterima masuk ke U nie untuk
mengambil bidang psikologi. Walaupun saya agak susah menyuaikan diri di tempat
baru akan tetapi saya tak tahu keadaan U
kalau bukan jasa seorang senior yang
bernama Ean. Pada asalnya saya cukup berterima kasih kepada Ean kerna membantu pelajar baru di U tu dan mangkin hari saya bersama
dengannya membuat saya jatuh cinta. Satu U
tahu saya couple dengan Ean dan kira
macam belangkas sehinggakan kawan sekelas dengan saya Charlie boleh cemburu
dengan hubungan tu. Lupa nak
beritahu yang saya dengan Charlie adalah satu kelas before dia jadi student
president. Charlie nie perasaan abis nie yang saya minat pada dia
padahal tak. Balik ke kisah saya nie.
Sepanjang saya bersama-sama dengan Ean adakala saya
rasakan ada sesuatu sentiasa memandang dari belakang saya nie tak kira masa dan tempat. Perasaan tu sememangnya tak menyenangkan dan cukup seram sangat. Pada satu
malam nie Ean menemani saya di
perpustakaan U, saya ingin mencari
buku rujukan lalu saya meminta dia tunggu di meja. Semasa saya berjalan ke rak
buku, saya ternampak bagaikan ada kelibat perempuan di sebalik rak buku tu. Tanpa membuang masa saya terus
berlari ke arah perempuan tu untuk
menanya padanya mengapa dia sentiasa mengekori saya nie. Perempuan tu
terkejut apabila dia nampak saya berlari ke arah dia lalu berlari keluar
daripada perpustakaan. Saya hanya terus mengejar perempuan tu sehinggakan ke tangga U.
Perempuan tu bagaikan melayang bukan
berlari ketika saya mengejarnya. Apabila saya sudah dekat, saya cuba mencapai
dia akan tetapi saya miss bagaikan
ia tembusi bahu perempuan tu. Ketika
saya miss tu, dengan tiba-tiba
perempuan tu pandai terjatuh
tersungkur. Sememangnya saya geram bila saya miss akan tetapi saya hampir tergelak apabila perempuan tu terjatuh.
Perempuan tu
minta saya melepaskan dia. Apabila saya ingin menanya dia, dengan tiba-tiba
bahu saya disapa oleh seseorang. Orang yang menyapa tu adalah Ean dan kelihatan dia sedikit risau selepas dia
ternampak saya berlari keluar dengan tergesa-gesa bagaikan mengejar sesuatu.
Saya terus mengatakan bahawa saya mengejar perempuan yang mengekori saya lalu
saya tunjukkan jari saya ke arah perempuan yang masih terduduk di lantai. Ean
hanya mengeleng-geleng kepalanya lalu mengatakan kepada saya akan kemungkinan
saya sudah letih dan nampak yang bukan-bukan. Kali saya terkejut apabila Ean
mengatakan tiada apa-apa di lantai yang saya tunjukkan. Ean terus memeluk saya
lalu mengatakan dia akan mengantar saya pulang ke hostel pelajar untuk berehat. Dari jauh kelihatan perempuan tu berasa hairan lalu tersenyum
sebelum dia ghaib dari pandangan. Nampaknya saya sudah bertemu dengan hantu di U sememangnya nasib malang bakal
menimpah.
Satu malam saya tak dapat tidur gara-gara hantu perempuan nie. Dia sentiasa mencuba mengejutkan
saya dari tidur lalu mengatakan saya mampu menolongnya. Dia sudah dekat setahun
di U dengan harapan ada orang akan
menolongnya dan akhirnya dia sudah bertemu dengan sesorang yang mampu melihat
kehadiran dia. Sememangnya annoying
dan ia membuatkan saya mengantuk pada keesokkan harinya malah saya siap kena
marah oleh lecturer kerna tertidur
dalam kelasnya. Seharian hantu perempuan nie
menganggu saya tak kira di kelas sehinggakan ke tandas, it’s totally annoying. Last saya terpaksa mengalah dan mengatakan
saya akan membantunya.
Dengan gembiranya hantu perempuan tu mengenalkan dirinya Emily dan berumur 20 tahun, yang saya hairan
kenapa hantu nie memberitahu umurnya
walaupun sudah meninggal dunia. Emily meminta saya untuk mencari pembunuh yang
membunuhnya. Semestinya saya terkejut apabila mendengar permintaan Emily, saya
terus meminta Emily menceritakan semua hal jika ingin saya menolongnya. Apa yang
diceritakan yang Emily menunggu teman lelakinya di atas menara jam U akan tetapi yang dia harapkan teman
lelakinya tapi bukan adalah seorang lelaki memakai hood hitam dan bertopeng Mr.
Smile. Lelaki tu terus berjalan
ke arah Emily lalu menolaknya jatuh dari menara jam tu. Emily berharap sangat saya menemui lelaki misteri tu dan membolehkan dia untuk rest in peace selagi tu dia tak boleh
tenang. Saya faham dan saya menerima untuk menolongnya untuk mencari
pembunuhnya.
Saya adakala musykil mengapa dia akan berada di tempat
yang sama apabila saya bersama-sama dengan Ean. Tak kira masa dia akan berada
berdekatan dengan Ean malah saya pernah ternampak dia cuba menyentuh muka Ean
tapi tak kesampaian kerna apabila
dia ingin menyentuh pipi Ean hanya tembus. Ternyata apa muka Emily adalah
kesedihan sahaja. Selepas saya habiskan kelas saya, saya akan pergi ke menara
jam U untuk bertemu dengan Emily.
Saya terus menanyakan mengapa dia sentiasa bersama-sama dengan Ean. Jawapan
yang diberikan oleh Emily cukup memeranjatkan saya dengan mengatakan bahawa Ean
adalah teman lelakinya ketika dia diterima masuk ke U dan pada masa tu Ean
adalah adalah seniornya setahun daripada dia. Patutlah Emily sentiasa berada
disisi Ean, saya sememangnya saya langsung tidak mengetahui ia langsung kerna Ean sendiri tak memberitahu hal nie kepada saya ada kemungkinan Ean tak
ingin mengingati kisah sedih dahulunya.
Dekat seminggu saya tak dapat sebarang penunjuk baru
untuk mencari pembunuh Emily. Saya menanya ada sebarang perkara yang penting
untuk saya gunakan untuk mengenali pembunuh tu kepada Emily. Hanya satu yang Emily ingat adalah rantai perak
berbentuk dua jantung terbelah dan bunyi ketawa bagaikan orang gila. Hanya satu
benda yang Emily mengatakan kepada saya bahawa pihak polis mengatakan Emily
membunuh diri atas sebab surat mengatakan Emily ingin membunuh diri atas sebab stress walaupun ada saksi mengatakan Emily
ditolak. Terus saya mendapat idea untuk bertemu dengan saksi tu akan tetapi saya hampa apabila Emily
mengatakan saksi tu sudah meninggal
dunia sebab terlibat dengan kemalangan jalan raya. Apabila saya dekat kehabisan
idea dengan tiba-tiba Emily mengatakan roh saksi tu masih berada di kawasan U
nie merayau-rayau kerna tak
dapat rest in peace. Tanpa membuang
masa saya terus menanyakan dimana roh saksi tu berada dan apa saya dengan roh saksi tu berada berdekatan dengan tasik buatan berdekatan dengan hostel
pelajar lelaki. Selepas saya mengetahui hal tu terus saya berjalan ke tasik tu.
Pada masa saya tiba ke tasik tu hari sudah malam, semestinya keadaan tasik tu cukup menyeramkan maka tak hairan pelajar di U nie gerun dan mereka percayai ia
berhantu. Bagi saya sememangnya seram juga tak seseram apabila Emily menangis
darah sambil menunjuk badannya yang reput tu
lagi seram daripada keadaan tasik tu.
Dekat setengah jam saya disitu dan saya mulai hilang sabar apabila roh yang
Emily katakan tadi mungkin berada disitu. Apabila saya ingin meninggalkan tasik
tu dengan tiba-tiba Emily memanggil
seseorang dari tasik tu. Dengan
tiba-tiba angin sejuk datang dan membuatkan bulu tengkuk saya berdiri, lalu
melihat ke belakang saya. Saya hampir terjerit, apabila muncul beberapa berbola
cahaya berterbangan lalu muncul lembaga putih ditengah-tengah berbola cahaya tu. Lembaga tu mulai menunjukkan dirinya secara perlahan-lahan dengan rupa
lelaki yang berdarah dan tulang-menulang yang patah yang terkeluar daripada
badannya. Dengan pelahan-lahan lembaga
tu berjalan ke arah saya dan Emily. Apabila lembaga lelaki tu cuba menentuh saya dengan sepantas
kilat Emily memukul tangan lembaga tu
lalu memarahinya.
Bagaikan kisah lucu sepertikan ditunjukkan di wayang yang
saya selalu tengok, gelagat Emily cukup melucukan. Lembaga lelaki tu sekali lagi berubah bentuk menjadi
lelaki yang sedikit nerdy bukan lagi yang menyeramkan. Emily memperkenalkan
saya kepada lelaki yang bernama Dave yang juga saksinya. Saya ada rasa hairan kerna mengapa Dave tak memberitahu
bahawa Emily mati dibunuh bukan membunuh diri lalu saya menanya kepada Dave
mengapa dia tak membuat sedemikian. Dave hanya mengatakan dia mahu memberitahu
hal tu akan tetapi kereta yang dia
pandu, brek rosak dan ia membawa punca dia menemui maut di dalam kemalangan
jalan raya. Sebab tu dia tak dapat
menolong pihak polis hal yang sebenarnya.
Entah mengapa saya ingin menyoal Dave mengapa dia suka
menakut-nakut orang lain dengan bentuk yang menyeramkan. Dia hanya terketawa yang
dia minat sangat wayang hantu Jepun dan bila dia ada peluang dia akan berbentuk
begitu untuk menakutkan pelajar lain. Sehingga Emily berasa lain macam apabila
saya menanya Dave soalan tu lalu dia
menanya Dave untuk menceritakan apa yang dia nampak kepada saya. Dave hanya
mengatakan bahawa dia kebetulan lalu berdekatan dengan menara jam tu lalu terdengar bunyi jeritan
daripada atas menara jam tu. Bila
dia melihat keatas, dia ternampak Emily berada di penjuru menara jam tu. Dia ingin menelefon pihak polis
akan tetapi terhenti apabila dia ternampak ada lelaki memakai hood hitam dengan bertopeng Mr. Smile menolak Emily lalu Emily mati
terjatuh di bawah menara jam tu.
Nasibnya tidak baik apabila lelaki tu ternampak
Dave dari tingkat atas menara jam tu
lalu dia turun berlari ke bawah menara jam. Dave terus bersembunyi disebalik
pokok lalu berdoa mengharapkan lelaki tu
tidak nampak dan doanya terjawap apabila lelaki misteri tu terus berlari terus ke bangunan utama U bagaikan dia tahu kemungkinan Dave berlari ke sana. Sesudah tu dia menelefon pihak polis dan
memberitahu ada pelajar mati terjatuh di U.
Dave ingin memberitahu bahawa dia adalah saksinya akan tetapi tak kesampaian kerna terlibat dengan kemalangan jalan
raya.
Selepas saya mendengar apa yang dikatakan oleh Dave,
sememangnya ia kurang memberitahu perihal pembunuh tu lalu saya menanya apa perkara penting sangat yang dia ingat
bentuk fizikal pembunuh tu. Dave
hanya mengatakan bahawa yang dia ingat beberapa benda iaitu lelaki tu memakai rantai perak dengan bentuk
jantung terbelah, rambut lelaki tu berwarna brown dan satu perkara paling penting
lelaki misteri tu mempunyai scar pada lehernya yang berbentuk
seperti satu garisan yang singkat. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi loceng
dari menara jam tu berbunyi menanda
jam 12 tengahmalam dan saya tak sedar saya berada di sana dekat 3 jam. Saya
hanya dapat berterima kasih kepada Dave lalu mengatakan ia sudah lewat lalu
meninggalkan berjalan ke hostel saya
bersama-sama dengan Emily.
Pada keesokkan harinya, saya terjaga dengan tiba-tiba
apabila telefon bimbit saya berdering bertalu-talu. Dengan tergesa-gesa saya
menyambutnya, Ean sudah marah-marah menanya dimana sudah saya kerna seharian dia tak bertemu dengan
saya. Saya hanya mengatakan saya sibuk seharian dan saya memohon maaf kerna saya tidak membalas langsung sms dan call yang dibuat oleh Ean dengan mengatakan battery telefon saya mati kerna
saya lupa nak charge ia. Ean
terus marah lalu mengatakan saya berjumpa dengan lelaki lain selain dirinya,
semestinya saya terkilan dengan perkataan tu
lalu saya mengatakan saya sibuk dengan kerja khusus ku (walaupun saya berbohong kerna
menolong Emily). Saya berkatakan kepada Ean bahawa dia sahaja teman lelaki saya
dan tiada orang lain lagi saya suka. Kali nie
Ean memaafkan saya lalu mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan saya pada
waktu tengahari dan saya setuju. Semestinya saya cukup terkilan sangat
perubahan Ean dan apa yang saya tahu dia nie
penyayang bukan seseorang yang kuat cemburu.
Semasa saya bertemu dengan Ean, ternyata kelibat Emily
tidak berada bersama-sama dengan Ean. Saya cukup hairan kemana sudah Emily menghilang
lalu saya melihat sekitar kafeteria tiada langsung kelibat Emily. Saya
ternampak Ean sedang duduk di meja lalu saya terus kearah. Saya terhenti sebentar
apabila rakan lelaki sekelas saya menghulurkan nota tambahan yang saya
pinjamkan tadi di kelas sambil tersenyum. Selepas hal tu selesai saya terus duduk di samping Ean. Ean terus menyoal saya
bukan-bukan sememangnya sukar bagi saya untuk menjawab pertanyaan bertubi-tubi tu. Dengan tiba-tiba dia menampar pipi
saya dengan kuatnya sehinggakan seluruh kafeteria kedengaran bunyi tamparan tu. Pelajar-pelajar lain sememangnya
tergama apa yang mereka nampak keadaan saya terjatuh di lantai sambil menyentuh
pipi saya yang kesakitan dari tamparan Ean. Rakan perempuan sekelas saya terus
berlari kearah saya dan Ean terus meninggalkan saya dalam kesakitan tak
langsung menghiraukan keadaan saya. Disitulah bertemankan rakan saya menahan
kesakitan.
Satu U tahu
apa yang terjadi di kafeteria yang Ean menampar saya. Ramai pelajar lain tidak
menyangka Ean sanggup menampar perempuan di khalayak ramai dan tidak
menghiraukan saya langsung. Dekat 2 hari saya tak ingin bertemu dengan Ean
walaupun saya balik-balik menerima sms dan
panggilan daripada Ean semuanya saya hiraukan. Selama 2 hari hanya Emily berada
di sisi saya bukan di sisi Ean. Pada malam harinya saya adakala ternampak Emily
menangis darah sambil meraung-raung di luar tingkap saya. Pada hari ketiga,
Emily memberitahu kejadian menampar saya tu
bukan pertama kali telah berlaku malah ia pernah terjadi kepada dirinya
sendiri. Dia meminta saya cuba jauhkan diri saya daripada Ean kerna apa masa Emily disisi Ean dia
ternampak adanya satu garis parut pada leher Ean malah dia juga ternampak
rantai perak di beg Ean. Emily merasakan ada kemungkinan yang Ean adalah
pembunuhnya. Saya hanya menidakan ada kemungkinan tidak kerna parut tu mungkin
kecederaan tu hanya sementara dan
rantai perak tu Emily tidak dapat
lihat dengan jelasnya dan pembunuhnya berambut brown manakala Ean pula berambut blonde.
Selang beberapa hari tak bertemu dengan Ean, dengan
tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada dia yang mengatakan bahawa dia ingin
berminta maaf saya secara berdepan. Dia ingin berjumpa dengan saya pada jam
7malam di atas menara jam U.
Walaupun berat hati saya akhirnya menerima untuk bertemu dengan dia. Yang
menghairankan dia nak saya bertemu dengannya di menara jam. Emily masih mengesa
saya agar tak pergi akan tetapi saya masih mau
bertemu dengan Ean. Akhirnya Emily berputus asa apabila nasihat dia tak
berkesan kepada saya lalu mengatakan dia akan mengikut saya ke sana atas
langkah berhati-hati.
Sampai sahaja saya di sana bertemankan Emily, kami
langsung tidak nampak kelibat Ean di menara jam tu. Saya cuba menelefon Ean akan tetapi tiada sebarang balas dan
saya sendiri mulai risau ada kemungkinan apa yang Emily katakan adalah benar.
Dengan tiba-tiba, kedengaran pintu menara jam tu di buka lalu saya melihat ke arah tu. Ia sungguh menakutkan apabila yang keluar dari pintu tu bukan Ean tetapi lelaki memakai hood
hitam dan bertopeng Mr. Smile.
Lelaki tu la pembunuh Emily, dia
berjalan perlahan-lahan ke arah saya sambil ketawa bagaikan orang yang tidak
siuman. Saya mulai ketakutan, saya ingin melarikan diri akan tetapi pintu tu sudah disekat oleh lelaki bertopeng tu. Lelaki bertopeng tu cuba menolak saya akan tetapi saya
sempat menepis tangannya lalu bergelut dengan lelaki tu. Dalam suasana cemas tu,
saya menampar muka lelaki tu lalu
topeng tu tertanggal dari muka
lelaki misteri. Saya bagaikan tidak mempercayai apa yang saya nampak, lelaki
misteri tu tak lain tak bukan Ean.
Muka Ean cukup bengis apabila dia mendapati saya mengenali, dia la lelaki misteri tu. Saya kelihatan Emily terus menangis darah apabila dia
mengetahui apa yang dia jangkakan memang benar dan dia tak menyangka Ean
sanggup membunuhnya. Saya mulai berang lalu menjerit kepada Ean mengapa di buat
begitu.
Ean hanya berbuat begitu kerna dia cukup benci sangat kepada perempuan atas mereka akan
curang kepadanya apabila dia di belakang. Dan dia sudah membunuh dekat 3 teman
wanitanya dan dia mahu saya menjadi mangsanya yang keempatnya. Dahulunya ketika
dia bersekolah menengah dia ada teman wanita akan tetapi teman wanitanya curang
dan selepas dia mengetahui hal tu
dia terus membunuh teman wanita tu
dengan menolak jatuh dari menara air sekolah menengah tu. Namanya Eli adalah mangsanya yang pertama. Ketika dia tingkatan
6 dia pun ada teman wanita yang bernama Enid kerna dia sentiasa nampak Enid bersama-sama dengan lelaki lain maka
dia membunuhnya dengan cara yang sama iaitu menolaknya dari bangunan tinggi
ketika mereka keluar bersama-sama. Ketika Ean memasuki U, dia bertemu dengan Emily dan tu adalah mangsanya ketiga. Dia tau Emily seorang yang cantik dan suka bersosial maka tak hairan
dia sering kelihatan sibuk dengan aktiviti U
akan tetapi Ean tahu Emily akan curang dengan dia maka dia mengambil keputusan
untuk berbuat demikian atas sebab cemburu dan kecurangan. Dan kali nie Elisa bakal menjadi mangsa yang
keempatnya. Maka tak hairan la dia
cukup pantang dengan perempuan yang bernama berhuruf E di depannya dan dia percaya mereka nie hanya sayang dia di depan manakala dibelakang mereka akan curang
kepadanya. Dia tak ingin menjadi tunggul kayu mahupun menjadi Pak turut. Dia
tak ingin hatinya dihancur balik-balik dan dia mulai benci kepada mereka nie. Rantai perak yang berbentuk
jantung terbelah adalah reminder
kecurangan manakala parut di lehernya pun juga reminder cakaran daripada Eli ketika menidakan dia curang padahal
dia memang curang.
Saya menjerit mengatakan ia punca daripada Eli mengapa
kami teman wanita yang lain turut menjadi mangsa? Saya cukup tidak berpuas hati
apabila Ean akan terluka manakala kami yang menjadi teman wanitanya akan turut
terluka. Dan perempuan lain tidak semua seperangai dengan Eli, saya meminta Ean
akan berfikir bulat-bulat dan meminta dia serah dirinya kepada pihak polis kerna membunuh. Kelihatan Ean mulai
menangis apabila saya memberitahu dia tadi, saya dengan langkah berhati-hati
menuju ke pintu tu.
Dengan tiba-tiba bunyi guruh berdentum, Ean terus memandang
ke arah saya dengan berangnya apabila dia sangkakan saya menipunya apabila saya
cuba melarikan diri. Dengan serta-merta Ean mengeluarkan sebilah pisau dari hoodnya lalu mulai berlari ke arah
saya. Saya terus berlari dengan cemasnya membuka pintu dan apabila saya berjaya
dengan serta-merta saya cuba menguncinya. Kedengaran pintu tu ditendang-tendang oleh Ean yang cuba membuka pintu tu, keadaan saya cukup takut dan
menelefon polis ketika saya berlari turun dari tangga. Baru saya perasan bahawa
Emily tidak berada dengan saya dan ada kemungkinan dia masih bersama-sama
dengan Ean. Keadaan diluar sudah turunnya hujan yang lebat, saya hanya berlari
keluar daripada menara jam tu dan
apabila saya melihat ke atas kelihatan Emily masih disana.
Ketika tu, Ean
masih mencuba untuk memecahkan pintu keluar dengan menendangnya. Dengan suasana
guruh kedengaran sabung-menyabung, dengan tiba-tiba Ean kedengaran namanya
dipanggil daripada belakangnya. Ean menoleh ke belakangnya bagaikan dia tak
percaya bahawa depannya Emily berdiri memanggilnya. Ean mulai marah apabila dia
sendiri nampak Emily mati di depannya sendiri dan dia tak percaya Emily berada
di depannya. Emily berjalan pelahan-lahan ke arah Ean yang mulai berubah dengan
menangis darah dan badan yang mereput. Ean mulai ketakutan apa yang dilihatnya
dan cuba melarikan diri. Ean tak sedar yang dia sudah berada di penjuru menara
jam tu lalu tergelincir jatuh dari
menara jam tu. Kelihatan Emily hanya
berdiri di penjuru menara jam tu
sambil memandang ke bawah.
Nasib Ean cukup baik dia terselamat dari maut kerna dia terjatuh di atas pokok yang
berada berdekatan dengan menara jam tu.
Ean hanya mengalami beberapa tulang patah iaitu di kakinya dan juga beberapa
tulang rusuknya. Akhirnya Ean ditangkap polis dan apa yang saya dengar yang Ean
bakal dipenjara sebelum dijatuh kan hukuman gantung kerna membunuh.
Semestinya saya ada sedikit trauma dan kira bernasib baik kerna terselamat daripada maut tu pun atas jasa Emily. Selepas sahaja
Ean ditangkap polis, Emily ada berjumpa dengan saya lalu berterima kasih dengan
saya apabila pembunuhnya akhirnya ditemui dan hukuman yang adil bakal dikenakan
kepada Ean. Lalu Emily mengatakan kepada saya akhirnya dia boleh rest in peace dan mengucapkan selamat
tinggal kepada saya. Dengan tiba-tiba keluar pintu bercahaya di belakang Emily.
Dia menunduk hormat kepada saya lalu dia berjalan ke arah pintu tu sebelum ghaib daripada pandangan
saya nie. Saya ada juga perasaan
sedih dan ada juga perasaan gembira kerna
dapat menolong mereka untuk rest in
peace. Selepas saya menolong Emily, dah kira semula jadi bagi saya untuk
menolong mereka yang tidak dapat rest in
peace. Dave juga saya berjaya menolongnya untuk move on. Akhirnya saya mengambil keputusan menolong mereka nie ada satu tugas yang mulia agar
mereka dapat rest in peace. Selepas
saya diterima oleh group paranormal tu saya sudah membantu
banyak untuk move on. And the rest is history.
***
Akhirnya Elisa mengakhiri kisahnya, Misa terus
mengucapkan dia cukup tersentuh dengan kisahnya tadi dan berbanyak terima kasih
kerna sudi meluang masa Elisa untuk
bertemu dengannya. Semasa Misa sibuk mengemas nota dan rakamannya, Elisa
bersuara mengatakan kisahnya yang dia ceritakan kepada Misa bukan kali
pertama kerna dia pernah menceritakan kepada rakannya sekelasnya dulu yang
membuat kerja khusus yang sama dengan Misa iaitu deria ke-6 yang bernama Lydia.
Tapi sayangnya Lydia tidak sempat menyiapkan kerna masanya di dunia tak lama atas terlibat dengan kemalangan
jalan raya. Maka bagi Elisa dia bagaikan menceritakan kisahnya kali kedua
semula sama seperti dia bercerita dengan Lydia. Kelihatan Elisa menitiskan air
mata lalu mengesatnya dan tersenyum. Belum sempat Misa mahu mengatakan sesuatu
kepada Elisa, dengan tiba-tiba telefon bimbit Elisa berdering lalu Elisa
menyambutnya. Selepas dia mematikan panggilan telefonnya, Elisa meminta diri
dahulu kerna dia ada kerja nak buat
dengan group paranormal tu ada big projek dan pertolongan Elisa
diperlukan. Misa hanya tersenyum dan dia terlupa soalan yang dia ingin
menanyakan Elisa. Misa menghulurkan salam kepada Elisa dan melihat Elisa
berjalan keluar meninggalkan Misa.
***
Akhirnya Misa sudah menyiapkan kerja khususnya dalam masa
3 minggu. Dia akhirnya puas apabila dia berikan segala-galanya mengenai deria
ke-6. Misa memegang kemas buku kerja khususnya lalu berjalan ke arah pejabat
Prof. Singh. Perjalanan Misa terhenti sebentar apabila dia ternampak pembantu
Prof. Singh di koridor lalu menyapanya. Lydia iaitu Pembantu Prof. Singh kelihatan gembira apabila dia
bersua dengan Misa lalu menanyakan bahawa adakah dia sudah menyiapkan kerjanya
dan adakah dia senang apabila dia mendapat tips
yang Lydia berikan tadi. Misa hanya mengucapkan terima kasih kepada Lydia atas tips orang yang dia perlu berjumpa
dalam hal deria ke-6 nie. Akhirnya
Misa meminta dirinya kerna dia mau hantar kerjanya kepada Prof. Singh
berlalu pergi. Misa kedengaran Lydia bagaikan mengucapkan terima kasih kepada
dia lalu dia menoleh ke belakang dan mendapati Lydia sudah ghaib. Misa cukup
hairan bahawa dalam beberapa saat sahaja Lydia sudah hilang. Walaupun ia
menghairankan dia terus berjalan ke pejabat Prof. Singh.
Misa mengetuk pintu pejabat Prof. Singh lalu dia masuk ke
dalam pejabat tu. Kelihatan Prof.
Singh berada di pejabat dan kelihatan pejabat tu sedikit semak dengan barang-barang ganjil dan kertas kerja.
Prof. Singh sememangnya Proffesor dalam
bidang Psikologi akan tetapi dia mempunyai minat dalam dunia paranormal kerna pada pandangan dunia mistik ada kaitan dengan kehidupan kita
dan ia sukar untuk dipinggirkan. Prof. Singh kelihatan tersenyum apabila dia
ternampak Misa masuk ke pejabatnya lalu meminta Misa untuk duduk sebentar
sementara dia berjalan keluar dari timbunan kertas kerjanya.
Prof. Singh menanya Misa mengapa dia datang ke pejabatnya
adakah dia ingin menanyakan sesuatu atas kerja khususnya. Misa menidakkan
bahawa dia ingin menanyakan tetang kerja khususnya kerna dia sudah menyiapkan kerja khususnya dan dia ingin
menyerahnya kepada Prof. Singh. Prof. Singh cukup terkejut apabila dia
mendengar penjelasan daripada Misa lalu mengatakan bahawa dia tak menyangkakan
Misa akan siap dahulu. Misa berasa hairan lalu menanyakan mengapakah dia orang
pertama menghantar kerja khususnya dahulu dan dia cukup hairan apa terjadi
kepada rakan-rakan kelasnya yang lain. Prof. Singh mengatakan bahawa Misa orang
pertama menghantar kerjanya dan rakan-rakan kelasnya yang lain belum lagi atas
sebab tertentu iaitu kumpulan yang membuat kajian mengenai anak kerak semuanya
dimasukkan ke hospital atas kemalangan jalan raya, manakala kumpulan yang
membuat kajian mengenai Bunian masih hilang di sebuah kampung di pendalaman.
Satu kumpulan yang menkaji Penanggal masih lagi trauma dan beberapa dimasukkan
kepada hospital bahagia. Bagi 2 kumpulan yang membuat kajian mengenai Pontianak
dan Penunggu masih lagi menerima perubatan traditional di kampung mereka
masing-masing. Prof. Singh hanya mengatakan walaupun tajuk pilihan Misa tak adventure akan tetapi ia kurang sedikit
bahaya dan apa yang diketahui oleh Prof. Singh bahawa mereka-mereka nie semua melanggar pantang larang maka
perbuatan mereka semuanya ada kaitan dengan pantang larang tu.
Misa akhirnya menangguk tanda faham lalu dia memberikan
kerjanya kepada Prof. Singh. Ketika Prof. Singh check isi kerja Misa dan pada muka surat terakhir kelihatan muka
Prof. Singh mengerut dan mulai pucat. Prof. Singh membuka mulutnya dan
menanyakan mengapakah Misa meletakkan Lydia pembantunya sebagai orang yang
membantu Misa dalam kerja khususnya. Misa cukup hairan dengan pertanyaan Prof.
Singh lalu mengatakan bukan kerna
Lydia ada kemungkinan Misa tak mampu menyiapkan kerja jika bukan pertolongan
Lydia. Prof. Singh mengatakan bahawa dia tidak mempunyai pembantu selepas
kematian pembantunya kerna
kemalangan jalan raya dan dia mulai seram kerna
nama pembantu tu sama dengan
pembantunya yang meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Selepas tu Prof. Singh tidak lagi mempunyai pembantu membantu dia.
Misa mulai seram apa yang didengarnya tadi lalu meminta dirinya lalu keluar
daripada pejabat meninggal Prof. Singh bersendirian.
Dalam hati Misa, adakah dia melihat sendiri hantu? Adakah
dia mempunyai kelebihan deria ke-6?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan