Kita adalah manusia yang akan bersosial dengan orang lain
sama ada sebagai kawan mahupun kekasih. Kita lebih suka berkawan daripada
keseorangan bukan? Memang kita tidak dapat lepas perasaan ingin berkawan sejak
kita masih bayi lagi sehinggakan kita dewasa.
Buat malam nie
saya nak kongsikan kepada kamu semua kisah seram berkaitan dengan kawan. Kawan
yang baik dan karib sekarang nie
boleh dikira kerna kebanyakkan
berkawan ada sebabnya ada kemungkinan berkaitan dengan kuasa dan pengaruh kawan
nie. Semasa kita masih kecil
sememangnya senang kita mempunyai kawan yang karib bukan akan tetapi apabila
terputus hubungan kawan tu pun
adakala kita ingat-ingat lupa.
Adakala kita akan dipesan untuk mencari kawan yang baik
kepada kamu bukan mencari kawan yang bakal merosakkan kamu. Kita selalu dipesan
untuk bijak mencari kawan kerna
mereka yang baik akan bersama-sama menanggung kepayahan kita bersama dengan
sama-sama berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Bukan mereka hanya berkawan
dengan kamu atas sebab kuasa dan pengaruh, apabila kamu dalam kesusahan kamu
akan dipulaukan. Itulah lumrah dunia.
Ada pula akan mengambil kesempatan kawan nie untuk membuli mahupun
mempergunakan mereka nie. Mengapa
saya berkata begitu sebab ia ada kaitan dengan kisah pertama iaitu “Buli” adalah kisah 3 orang pelajar
membuli pelajar baru di sekolah mereka nie,
pada asalnya mereka berkawan dengan pelajar nie akan tetapi ada sebab lain mereka berbuat demikian. Akhirnya
mereka nie bakal menerima hukuman
dari mangsa buli yang mereka akan menjadi trauma dengan pengalaman tu. Kisah kedua adalah kisah “Bukan Sebarangan”, ialah kisah seorang
anak yatim yang sentiasa dibuli oleh kawan sekelasnya atas satu kejadian
membuatkan dia terus dibuli. Dari diejek dengan teruk sehinggakan dia
dicederakan. Akhirnya kawan yang membuli tu
bakal menerima pengajaran paling teruk dalam hidupnya dari ‘kawan’ anak yatim tu.
Dengarkan kisah yang saya bakal ceritakan kepada kamu
semua, kisah nie semestinya ada
pengajarannya tersendiri dan kamu akan tahu dengan sendiri maksudnya.
Nantikan kisah nie
pada malam Jumaat kelak.
Ingat matikan
lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan suasana
yang sepi,
Bacalah kisah
saya nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan