Khamis, 28 Februari 2013

Kerana Mata


Dekat 15 minit Misa menunggu salah seorang senior sebidang dengan dia di CoffeeBean. Misa adalah salah seorang pelajar yang mengambil bidang dalam psikologi dan dia berharap sangat untuk bertemu-ramah  dengan abang senior dengan harapan menyiapkan kertas kerjanya. Di dalam hatinya mulai ragu-ragu adakah abang senior tu nak datang ataupun tidak.
Dengan tiba-tiba, datang seorang lelaki yang tampan berdiri di depannya. Lelaki tu menanyakan adakah Misa yang yang menelefon untuk berjumpa tu. Misa sangat tergaman apabila lelaki tu dihadapan dan rasakan dia berada dalam dunia mimpi kerna lelaki tu Charlie. Charlie adalah pelajar lelaki paling terkenal dengan ketampaan dan juga dengan aktivitinya sebagai ketua pelajar di universiti yang Misa berlajar. Lamunan Misa tersentak apabila Charlie memanggil dia kali kedua, tanpa membuang masa dia memberitahu yang dia ingin bertemu dengan dia.

Selepas Charlie membeli minumannya lalu dia duduk semeja dengan Misa. Walaupun ada sedikit nervous, Misa terus memberitahu tujuannya dan dia ingin bertemu-ramah dengan Charlie. Charlie terus setuju dan dia menanya dengan Misa dari mana dia dapat nombor telephonenya. Misa hanya mengatakan pembantu Prof. Singh yang rekomen dia kepada abang seniornya. Misa terus menyediakan beberapa buku catatan dan juga rakaman yang akan digunakan dalam temu-ramah dengan Charlie. Tanpa membuang masa dia membuka kisah hidupnya ketika dengan mempunyai anugerah deria ke-6.

***
Saya masih ingat lagi dan sukar bagi saya untuk melupakan ketika saya mempunyai kelebihan deria ke-6 nie. Ia berlaku ketika saya berumur 5 tahun yang saya mulai melihat yang orang lain tidak mampu. Ia semua bermula apabila ibubapa saya menyewa semua rumah lama. Pada masa tu bapa saya sudah pergi kerja dan tinggal la di rumah tu ibu saya dan saya sendiri. Ibu pula sedang sibuk memasak untuk makan tengahari manakala saya di luar bermain-main seorang diri. Entah dari mana nie ada seorang budak-budak lelaki di belakang pokok besar bermain guli seorang diri. Terus saya mengajak dia bermain-main dengan saya nie. Bila ibu saya memanggil saya pulang untuk makan mungkin saya sudah leka bermain maka ibu saya terus mencari saya. Bila ibu saya bertemu dengan saya, entah mengapa dia terus menarik saya ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang lalu saya memberitahu kawan saya nie nanti kita sambung balik main. Sepanjang masa kami memakan tengahari, ibu hanya berdiam sahaja. Selepas sahaja tu, saya memberitahu kepada ibu saya yang saya nak bertemu dengan kawan saya nie tapi dia tak membenarkan saya buat demikian. Oleh kerna saya tak dibenarkan terpaksa bermain-main di ruang tamu. Dengan tiba-tiba pintu rumah kena ketuk, tanpa membuang masa saya terus membuka pintu dan budak lelaki tu didepan saya. Tanpa membuang masa saya membawa dia masuk dan terus bermain. 

Ketika bapa saya pulang dari kerja dan pada masa tu saya masih leka bermain dengan kawan saya nie. Sememangnya bapa saya berasa hairan dengan cara yang bermain bagaikan ada benda membawa saya bermain. Lalu ibu saya menarik bapa saya dan kata sesuatu yang ganjil ketika dia mencari saya. Nie apa yang ibu saya sendiri ceritakan kepada saya pada saya berumur 12 tahun. Bahawa pada masa tu dia nampak ada kelibat lembaga berbulu lebat bersaiz kecil ketika saya bermain. Oleh tu, ibu tak membuang masa menarik saya ke dalam rumah dan membaca beberapa doa demi keselamatan kami nie. Apabila bapa saya mengetahu hal nie dia terus meminta kami sekeluarga untuk pergi ke church dengan harapan pastor tu boleh bless rumah sewa yang kami tinggal tu. Sememangnya ia hanya berhasil selama sehari dua apa kawan saya nie datang balik dengan ganasnya. Mangsa selalunya berlaku kepada ibu saya sendiri apabila kawan saya nie muncul di dalam tandas. Kerna terlampau takut, kami sekeluarga pada malamnya mengambil keputusan meninggalkan rumah sewa tu. Bagi saya pada masa tu masih kecil lagi, saya yang melambai selamat tinggal ke arah rumah tu semasa kami meninggalkan rumah tu. Pada masa tu ternampak budak lelaki tu melambai ke arah saya dengan badan yang berbulu bersertakan mata merah berair. 

Satu lagi semasa saya berusia 7 tahun, ketika tu nenek saya sakit dan dihantar ke hospital. Kami sekeluarga tanpa membuang masa terus menziarah nenek di hospital. Walaupun pada masa tu memang ramai pengujung ke hospital dan juga mereka yang datang kerna sakit. Semasa saya mengikut ibu saya berjalan ke lif manakala bapa saya pergi meletak kereta dan akan mengikut kemudiannya nanti. Semasa kami menunggu lif tu turun dari jauh sudut hospital, saya ternampak seorang perempuan berambut panjang mulai berjalan pelahan-lahan ke arah saya nie. Kelihatan perempuan nie berjalan terenjok-enjok bagaikan kakinya patah bagi saya ada kemungkinan perempuan tu pesakit di hospital tu. Apabila perempuan tu dekat, saya nampak perempuan tu bukan kakinya yang patah manakala kaki kanannya sudah putus dan ternampak ada tulang keluar dari lehernya. Apabila lif tu menbuka pintunya, saya terus menarik ibu saya masuk akan tetapi perempuan tu juga masuk bersama-sama. Ia cukup mengerikan apabila ekor mata perempuan sentiasa melihat ke arah saya. Dan sepanjang masa kami di dalam lif tu ada bau busuk yang teramat sekali dan saya terus menutup hidup saya malah ibu saya turut menutup hidungnya juga. Ibu saya mengatakan ada kemungkinan ia adalah bau hospital tu dan selepas tu dengan tiba-tiba pintu lif terbuka di tingkat 4. Ada beberapa jururawat memasuki ke dalam lif dan perempuan tu terus keluar dari lif malah dia sempat menjeling ke arah saya sambil senyuman yang mengerikan. Sepanjang masa saya hanya terdiam kerna takut yang teramat sekali.

Pada waktu malam pula, saya meminta abang sepupu saya nie menemankan saya pergi ke tandas. Dia terus membawa saya selepas saya memberitahu ibu saya. Semestinya pada masa tu keadaan hospital mulai sunyi dan beberapa bilik di hospital dalam keadaan gelap kerna tiada pesakit di dalam bilik tu. Semasa saya di dalam tandas, abang sepupu saya kedengaran di luar bercakap-cakap dengan teman wanitanya melalui telefon bimbitnya. Apabila saya selesai dan keluar mendapati abang sepupu saya sudah tiada di luar malah saya sempat tengok di dalam tandas ada kemungkinan dia menggunakannya juga akan tetapi tiada sesiapa pun. Dengan perasaan geram sangat lalu terpaksa berjalan dengan sendiri ke bilik nenek saya dan tak menyangka bahawa abang sepupu saya nie sanggup tinggalkan saya seorangan. Semasa saya berjalan pulang ke bilik, saya rasakan bagaikan ada orang melihat pergerakan saya dari jauh. Semasa saya lalu bilik kosong tu, saya ternampak beberapa lembaga macam ada pesakit di dalam tu akan tetapi mereka nie terus-menerus terbatuk darah dengan banyaknya. Malah salah satu lembaga tu penuh dengan darah meleleh dari tubuhnya berdekatan lembaga yang terbatuk darah tu. Bulu tengkuk saya terus berdiri dan tanpa membuang masa saya terus berlari ke meja jururawat. Saya mendapati tiada seorang pun jururawat di sana dan dengan tiba-tiba saya terdengar bunyi dari tepi dinding iaitu bunyi orang menjerit kesakitan yang teramat sekali. Bunyi tu datang dari sebuah katil berdekatan dengan bilik stor, kelihatan ada lembaga perempuan menjerit-jerit dan kelihatan darah mulai keluar dengan derasnya dari celah kakinya. Tambah mengerikan apabila entah dari mana keluar beberapa doktor dan jururawat yang penuh dengan darah terus menyerbu ke lembaga perempuan nie bagaikan mereka nie meratap daging dari celah kakinya dengan rakusnya. Tanpa membuang masa saya terus beranikan diri berlari ke bilik nenek saya nie dan saya bertembung dengan abang sepupu saya nie. Dia marah kepada saya kerna meninggalkannya tanpa memberitahunya manakala saya menidak lalu mengatakan apabila saya keluar dari tandas saya mendapati dia sudah tiada. Dia mengatakan bahawa dia ternampak yang saya meninggalkan dia dan dia terpaksa mengejar saya akan tetapi di sebalik dinding saya sudah lenyap dari pandangan matanya. Dia menyangka saya bermain-main dengannya padahal ia sebaliknya. Tanpa membuang masa kami mengambil keputusan terus berjalan ke bilik nenek dengan tergesa-gesa apabila kami berdua ternampak ada satu jururawat yang berjalan akan tetapi kakinya tidak mengijak lantai.Jururawat tu memarahi kami kerna berlari-lari dan mulai mengejar kami tanpa membuang masa kami terus berlari ke bilik nenek. Sampai sahaja di bilik nenek saya nie, kami berdua cukup takut sangat apa yang kami hadapi tadi malah mak cik saya menasihatkan kami bahawa ia hanya khayalan kami sahaja.

Akan tetapi ia tak berakhir di sana, nenek saya meninggal dunia selepas beberapa hari di hospital atas sebab penyakit tua. Mayat nenek saya ditempatkan di sebuah Funeral Parlour selama 3 hari sebelum dikebumikan. Semestinya saya berasa sedih dengan pemergiannya malah saya rasakan ia sukar untuk dilupakan pada usia sebegini muda. Sepanjang masa saya sering kelihatan nenek saya di samping saya melihat mereka datang memberikan perhormatan terakhir kepadanya dan dia kelihatan sedih akan tetapi dia hanya tersenyum. Bagi saya ia adalah masanya kali terakhir saya bersama-sama dengan nenek tersayang nie. Apabila tiba masa mengebumiannya, saya hanya ternampak nenek didatangi 2 cahaya putih dan membawa nenek ke pintu bercahaya dan selepas tu saya tak dapat melihat nenek lagi akan tetapi ia semua berubah apabila pada hari ketujuh. Pada tepat tengahmalam saya terbangun dan berasa hairan mengapa rumah mak cik saya nie bergelap dan ahli keluarga saya yang lain yang bermasih berjaga yang hanya berdiam sahaja. Dengan tiba-tiba saya ternampak nenek saya masuk ke dalam rumah lalu berjalan-jalan ke arah saya. Nenek saya hanya tersenyum dan mengatakan kepada saya agar ahli keluarga lain supaya tidak perlu bersedih dengan pemergiannya dan berpesan agar mereka tidak berpecah-belah sebelum dia berjalan semula ke arah pintu bercahaya lalu ghaib. Itu la kali terakhir saya berjumpa dengan nenek saya. Pesanan tu saya beritahu kepada ibu saya yang hanya menangis selepas dia mendengar pesanan tu

Dan kali terakhir saya dapat melihat mereka yang orang biasa tidak dapat melihatnya ketika saya berumur 10 tahun. Tu berlaku semasa keluarga saya berpindah ke bandar baru atas kerja bapa saya nie. Walaupun saya terpaksa berpisah dengan kawan-kawan saya dan saya terpaksa akur dengan takdir. Saya terpaksa bersekolah di sebuah sekolah baru di bandar baru yang kami baru pindah. Nak diberitahu bahawa saya hanya bersekolah di sekolah tu selama 2 bulan sebelum kami berpindah lagi. Sekolah tu apa yang saya dengar bahawa sekolah paling tertua di bandar tu. Semestinya semasa saya berlajar di sana memang sukar sekali saya untuk menyuaikan malah saya sendiri sukar mendapat kawan baru maka saya banyakkan bersendirian. Ada satu tempat di sekolah tu yang saya suka iaitu sepohon pokok besar di tengah-tengah taman sekolah tu. Saya banyak di sana semasa waktu rehat yang mengairankan bahawa tiada seorang pelajar di sekolah tu berada di taman tu malah tiada seorang pun murid beranikan diri untuk lalu taman tu. Semasa saya di sana ada seorang lelaki kerja sebagai penjaga kebun tu mengatakan saya sangat berani berada di sini malah dia sendiri pun tak berani berada di sana kerna kerja dia terpaksa membersihkan taman tu. Selang beberapa saya di sana, akhir ada seorang murid perempuan datang ke arah saya dan mengatakan dia mahu berkawan dengan saya nie malah dia sering kali ternampak saya selalu di taman tu. Setiap kali waktu rehat saya akan bersama-sama dengan murid perempuan yang saya kenal sebagai Rose V. Bagi saya hanya Rose sahaja yang sudi berkawan dengan saya nie. Dari pekenalan tu bermula khabar angin mengatakan saya nie gila kerna sentiasa kelihatan bercakap dengan sendiri malah saya sering kali dibuli atas sebab tu. Tambah yang menakutan apabila orang yang membuli saya nie menimpa kemalangan iaitu jatuh dari tangga dan juga ada mereka nie ditakut oleh sesuatu. Nie menyebabkan ada yang menganggap ia ada kaitan dengan saya nie maka saya dipulaukan. 

Sebulan saya di sana, berbagai-bagai kejadian aneh berlaku iaitu pasu bunga di meja guru sentiasa pecah tanpa sebab dan ada beberapa pelajar perempuan ketakutan apabila mengunakan tandas sering kali ternampak ada lembaga wanita dengan mata yang terjolok sambil menjulurkan lidahnya dengan panjangnya. Pihak sekolah sudah mencuba segala-galanya akan tetapi usaha tu gagal dari priest ke bomoh dan sesiapa pun tidak berani menyatakan sebabnya wujudnya gangguan nie. Bagi saya ia adalah perkara biasa kerna dengan kelebihan pada diri saya nie iaitu saya sering kali ternampak seekor ular putih sebesar batang kelapa sentiasa berada dia atas pokok besar tu malah saya ada ternampak di perpustakaan sekolah ada satu lembaga hitam penuh dengan bulu malah mempunyai mata yang besar dan mengerikan duduk di atas rak buku. Pada satu hari saya terlepas cakap mengenai murid perempuan yang bernama Rose kepada penjaga kebun, terus muka yang gerun selepas dia mendengar nama tu lalu mengatakan sekolah tu tiada pelajar yang bernama Rose kalau ada pun pelajar tu sudah meninggal dunia sudah 50 tahun yang lalu ketika tu sekolah tu masih dibawah British. Rose Victoria Carlos, dia mati membunuh diri apabila dia gagal dalam peperiksaannya dan sejak tu rohnya sentiasa berlegar-legar di taman nie kerna taman tu dimana dia membunuh diri. Dengan tiba-tiba entah dari mana angin kuat bertiup dengan kencang. Saya mulai berasa seram apabila saya nampak penjaga kebun tu mulai melarikan dirinya bagaikan dia terlihat sesuatu yang menakutan di belakang saya. Saya terdengar bunyi memanggil saya dari belakang dengan pelahan-lahan saya menoleh ke belakang. Dengan takut yang teramat sekali apabila Rose sudah bertukar rupa dari rupa yang saya kenali dulu. Dengan rupa bagaikan mayat yang mulai mereput dengan ulat-ulat merangka di seluruh wajahnya dan salah satu matanya sudah tiada hanya meninggalkan lubang mata yang kosong. Lehernya kelihatan dikelar sehinggakan menampakkan tulang dan pakaiannya yang sudah koyak-rabak dan dipenuhi darah kering. Rose memandang ke arah saya dengan senyuman yang mengerikan dan jantung saya bagaikan nak gugur apabila lidahnya terjulur keluar. Tanpa membuang masa saya terus melarikan diri ke kelas dan pada hari tu juga saya demam panas. Tak sampai 2 minggu keluarga saya berpindah. 

Selepas saya kena demam panas kelebihan tu sudah hilang dan saya tak mampu lagi melihat benda yang orang lain tak nampak. Mulai dari hari tu saya tidak mempunyai kebolehan tu lagi dan saya hanya bersyukur apabila kelebihan nie sudah tiada.

***
Selepas Misa mendengar kisah daripada Charlie, dia cukup puas dengan kisah tu dan akan menulisnya di dalam kertas kerjanya nanti. Misa terus bersalam dengan Charlie dan berterima kasih dengannya kerna memberi masanya untuk bertemu-ramah. Charlie mengatakan dia ingin mengundur diri atas sebab dia ada urusan sedikit dengan pihak U. Maka tinggalnya Misa seorang diri di CoffeeBean mengemas-gemas notanya dan juga rakamannya sebelum berjalan pulang ke hostel pelajar.

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan