Kedengaran bunyi jeritan kesakitan dan meminta
pertolongan yang datang dari salah satu kelas Sekolah Rendah Feng Huang. Bunyi tu datang daripada seorang budak perempuan yang menjerit kesakitan
dan minta dilepaskan apabila rambutnya ditarik. Kedengaran bunyi gelak ketawa
datang dari budak perempuan yang menarik rambut budak perempuan tadi.
Pelajar-pelajar cuba menghalang akan tetapi usaha tu gagal dengan kehadiran beberapa lagi pelajar perempuan yang satu
kumpulan dengan budak perempuan yang menarik rambut tu.
“Hi hi hi. Freak! Weirdo!” gelak ketawa daripada Nicola Du sambil menarik-narik
rambut budak perempuan tu.
“Lepaskan rambut saya. Tolong lepaskan. Sakit tolong la lepaskan.” Pinta Siew Mei.
Akan tetapi pinta Siew Mei tidak dipeduli langsung malah
dia lebih teruk dibuli. Kelihatan Nicola langsung tak memberikan dia balas
kasihan langsung malah perbuatannya lebih dahsyat sekali kerna tidak bertimbang rasa. Dia terus membuli Siew Mei kerna dia cukup berbangga bahawa dia
datang daripada golongan berada manakala Siew Mei pula datang dari golongan
sederhana dan Siew Mei sendiri adalah anak yatim piatu. Nicola akan mengambil
kesempatan atas sebab tu.
Riuh-rendah terhenti apabila kelihatan Miss Chan berada
di muka pintu kelas tu. Dia terus
memarahi Nicola kerna apa yang dia
sendiri nampak malah dia memberi amaran kepada Nicola dan dia sendiri bakal
menelefon ibubapa Nicola atas sebab tu.
Miss Chan turut memberi amaran kepada pengikut Nicola dan meminta satu per satu
berjumpa dengan guru besar termasuk Nicola. Miss Chan terus membimbing Siew Mei
bangun dan sering kali bertanya keadaannya. Walaupun Siew Mei masih tersedak
menahan nangisnya hanya dia mampu mengatakan dia tidak ada apa-apa.
Apabila habis sahaja masa persekolahan, Siew Mei
mengemas-gemas buku-bukunya ke dalam beg sekolahnya sebelum berjalan pulang ke
rumah. Kelihatan dari luar pagar sekolah, ada sebuah kereta BMW putih di dalamnya Nicola menangis di belakang kereta tu. Di sisinya ibubapanya yang memarahi
Nicola dengan teruk sekali. Siew Mei tersenyum sebentar dan apa yang dia
percaya Nicola sudah dihukum. Siew Mei terus berjalan kaki pulang dan dia
terlihat muka marah Nicola apabila kereta tu
lalu disebelah dia. Siew Mei sudah tahu yang dia bakal dibuli dengan teruk
selepas apa yang berlaku tadi malah dia sudah lama bersabar sejak dia berpindah
di sekolah tu dari situ la dia dibuli.
Siew Mei terus berjalan-jalan sehingga ke pinggir bandar Feng Huang lalu dia berhenti di depan
pintu gerbang yang tertulis yang papan kayu tertera “Nirvana’s Funeral House”. Siew Mei terus memasuki perkarangan Nirvana, dia melalui beberapa jirat
cina dan juga tempat altar sembahyang. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi muzik
untuk orang mati berdekatan dengan Siew Mei, Siew Mei melihat ada upacara
penghormatan terakhir di salah satu dewan di Nirvana. Lalu kedengaran sapaan dari seseorang kepada Siew Mei.
“Mei, sudah balik. Pergi bersihkan diri kamu dan makan
tengah hari nanti kamu tolong bersihkan tempat biasa ya. Ayah dan mak sekarang
sibuk sangat dengan upacara nie.”
pemberitahuan Ming iaitu abang sepupu Siew Mei.
Siew Mei terus mengangguk lalu berjalan ke sebuah rumah
berdekatan dengan pejabat pentabiran Nirvana.
Siew Mei terus pergi membersihkan dirinya lalu pergi memakan lauk yang
disediakan di atas meja. Kerja sekolahnya dia sudah siapkan di sekolah dan
apabila dia balik ke rumah dia akan menolong pak cik dan mak ciknya di Nirvana. Selesai sahaja dia makan
tengahari, dia terus berkemas segala mangkuk dan membersihkan sebelum dia
menjalankan tugasnya nanti. Siew Mei terus berjalan ke bilik stor sambil
mengambil beberapa tuala buruk, baldi air, penyedok sampah dan penyapu. Apabila
dia dapat kesemuanya, dia terus berjalan ke pinggir dewan dan sampai ke
beberapa barisan tembok iaitu tempat penyimpan abu orang mati.
Walaupun tempat tu
sunyi sangat malah ada sedikit menyeramkan, apabila sahaja Siew Mei sampai di
sana kedengaran bunyi-bunyi bagaikan ada ramai orang menyapa Siew Mei dengan
mesranya. Siew Mei sudah biasa dengan keadaan tu kerna dia seorang yang mempunyai kebolehan iaitu deria ke-6
malah keluarganya yang menjalankan Funeral
House nie mempunyai kebolehan nie.
Siew Mei lebih istimewa daripada yang lain kerna
dia mempunyai kebolehan untuk berkawan dengan roh-roh yang berada di kawasan Nirvana. Apabila Siew Mei meletakkan
peralatannya di lantai simen dia terus pergi menyapa satu per satu yang menanya
khabar kepadanya. Selepas dia membalas sapaan tu dia terus menjalankan tugasnya yang diberikan iaitu membersihkan
tempat tu, bukan dia dipaksa atau
apa sebenarnya dia sendiri meminta tugas
tu daripada Mak ciknya sendiri kerna
tidak mahu membebankan mereka yang menerima dia selepas kematian ibunya.
Bapanya sudah lama meninggal dunia kerna
kemalangan jalan raya.
Bagi Siew Mei tempat tu
sahaja dia melupakan kisah sedihnya serta meningati semula kematian ibunya
yang tersayang. Semestinya dia akan teringat apabila dia dia menolong pak cik
dan mak ciknya pengurusan jenazah dan upacara pengebumian akan tetapi dia akan
menangis kerna dia akan teringat
dengan ibunya. Maka Mak ciknya mengambil keputusan menunaikan hasrat Siew Mei
untuk dengan kerja membersihkan sahaja. Sekarang nie Siew Mei ada sedikit kegembiraan pada wajahnya apabila dia di
sana dengan kawan-kawannya menemaninya di sana.
Apabila selesai Siew Mei menjalankan tugasnya, Siew Mei
akan menjenguk dengan kawan rapatnya adalah seorang nenek yang akan sentiasa
duduk di kerusi batu berdekatan dengan kolam air pancut. Siew Mei kenal dengan
nenek tu semenjak dia tinggal dengan
keluarga Mak ciknya, apa yang dia tahu nenek nie sudah meninggal dunia dekat 5 tahun dan sentiasa kesunyian. Siew
Mei akan sentiasa kelihatan bersama-sama dengan Nenek Sung apabila dia selesai
menjalankan kerjanya dan apabila dia ada masa lapang. Bagi dia Nenek Sung semestinya
selalu baik dan sering kali bercerita dengan Siew Mei dan sehinggakan dia
menggangap Siew Mei sabagai cucunya daripada cucunya yang sebenarnya yang semestinya
sudah melupakan dia.
***
Selepas kejadian Nicola dihukum oleh ibubapanya, Nicola
lebih teruk membuli Siew Mei dari mengejek sehinggakan memukulnya. Nicola cukup
marah sangat atas sebab dia mahu menjadi perhatian malah ibubapanya sendiri
kurang memberi perhatian kepadanya yang sentiasa sibuk dengan perniagaan mereka
nie. Sebelum Siew Mei memasuki
sekolah tu, Nicola sentiasa mendapat
perhatian dan dia sendiri cukup bangga dengan perhatian yang dia terima akan
tetapi semua berubah apabila Siew Mei memasuki sekolah tu. Perhatian yang Nicola dahagakan semua berpindah kepada Siew Mei
kerna dengan rambut yang panjang
berwarna hitam dengan rupa yang cantik dan baik berbudi bahasa memyebabkan Siew
Mei menjadi perhatian.
Dengan perasaan cemburu membara pada hatinya, Nicola
ingin perhatian dia sanggup membuli dengan harapan Siew Mei bakal tergugat mahupun
inginkan Siew Mei meninggalkan sekolah tu.
Selepas Nicola mendapat tahu bahawa Siew Mei nie anak yatim piatu dan juga dia tinggal dengan saudara-maranya
yang menguruskan Funeral House
dimana Nicola berasa jijik dengan pekerjaan tu. Dengan keadaan tu
dia menggunakan alasan tu untuk
membuli Siew Mei dan lebih teruk lagi apabila dia pernah terserempak dengan Siew
Mei bercakap seorang diri ketika dia dan keluarganya menziarahi neneknya di
tempat penyimpanan abu Nirvana.
Nicola terus memgambil peluang memberitahu hal tu dan menyebabkan Siew Mei dibuli dengan teruk sekali dan mulai
dipinggirkan atas punca daripada mulut berbisa Nicola.
***
Pada hari Sembahyang Hantu iaitu pada 15 haribulan 7 di
dalam kalender Cina. Hari di mana hantu akan bebas dari pintu Neraka dimana
mereka akan bebas untuk pulang mahupun bekeliaran di dunia manusia. Dimana
orang masih hidup akan menyembahkan kepada mereka nie makanan serta membakar duit kertas, rumah, orang gaji, kereta
dan keperluan harian yang bakal mereka gunakan di alam baka. Kelihatan tepi
jalan penuh dengan sajian makanan, colok dan wang kertas untuk hantu agar
mereka nie dipuaskan agar tiada
sebarang perkara buruk berlaku. Terdapat juga beberapa wayang dan konsert khas
bagi hantu pada hari tu untuk
menghiburkan hantu-hantu nie.
Keadaan tanah perkuburan Cina penuh dengan keluarga yang datang untuk
sembahyang hantu dengan menyembahkan makanan kegemaran orang yang tersayang dan
barang-barang keperluan yang bakal dibakar untuk kegunaan alam baka. Malah
tokong penuh dengan keadaan riuh-rendah dengan doa-doa untuk diberikan kepada
hantu nie.
Nirvana’s
Funeral House semestinya penuh
dengan orang pada hari sembahyang hantu, kelihatan keluarga Mak Cik Siew Mei
sibuk pada hari tu. Siew Mei juga
dengan ringan hatinya menolong saudaranya pada hari sibuk nie. Dia bersama-sama dengan abang sepupunya Ming pergi mengutip
bayaran service iaitu pembersihan
dengan pelangan-pelangan mereka yang mengunakan service mereka. Dengan nie
sahaja mereka dapat kewangan menguruskan Funeral
House tu.
Semasa Siew Mei dan Ming pergi pengutip bayaran,
kelihatan Nicola dan sekeluarganya di tembok altar penyembahan. Siew Mei
kelihatan Nicola langsung tidak mempedulikan dia malah kelihatan Nicola sibuk
melayan Iphonenya dan tidak mempedulikan
keadaan sekelilingnya. Sebelum Ming berjalan ke keluarga tu, Siew Mei menarik baju Ming memintanya berhenti sebentar.
“Ming, kamu nampak ka
apa yang saya nampak?” soal Siew Mei kepada Ming.
“Ya. Saya nampak dengan jelas sekali. Itu perkara biasa
pada hari sembahyang hantu. Nenek Sung memang kelihatan gembira tapi sebenarnya
dia sedih. Baik kita sambung kerja kita lagipun hal nie kita kena rahsiakan.” Jawab Ming kepada Siew Mei.
Selepas sahaja Siew Mei mendengar penjelasan Ming, mereka
terus berjalan ke arah keluarga Nicola untuk mengutip pembayaran service. Mereka berdua menyapa bapa
Nicola selepas tu tunduk hormat ke
arah tombstone. Dengan sombongnya Nicola langsung tidak mempedulikan kehadiran
Siew Mei di sana. Selesai sahaja pembayaran tu mereka berdua meninggalkan Nicola dan keluarganya.
Selesai sahaja upacara sembahyang hantu, Nicola tidak
habis-habis membebel dengan ibubapanya kerna
membayar service Nirvana. Dia
mengatakan mereka bukannya menjalankan kerja mereka dengan sempurna malah ada
kemungkinan mereka nie memberikan
bayaran yang mahal untuk bapa Nicola membayar dengan mahal sekali. Semestinya
Nicola kena balik dengan teruk apabila bapanya mengatakan bahawa mereka hanya
menziarah nenek Nicola setahun sekali manakala hari-hari lain mereka tidak
datang langsung. Kira baik la
penjaga-penjaga Nirvana menjaga
tempat neneknya dengan baik sekali yang berbeza dengan Nicola yang langsung
tidak mengikuti upacara sembahyang hantu kerna
sibuk dengan Iphonenya sahaja.
Sebelum keluarga Nicola ingin balik, Nicola menahan
sekejab kerna dia tertinggal beg
tangannya di kerusi batu. Dia ingin mengambilnya dahulu dan dia tak akan
mengikuti mereka balik kerna dia
ternampak kawan-kawannya berdekatan. Nicola terus berlari ke tempat tembok tu lalu dia terhenti apabila dia
ternampak Siew Mei di alter menyembahan
tu. Nicola nampak dengan jelas bahawa Siew Mei bercakap seorang diri dan
mulai memakan kuih yang ditinggalkan di sana. Dalam hati Nicola yang penuh
dengan perasaan cemburu akhirnya dia menjumpai apa yang tau yang bakal dia gunakan untuk menjatuhkan Siew Mei. Apabila
Siew Mei berlalu dari situ dengan serta-merta dia mengambil beg tangannya dan
berjalan ke arah alter peryembahan lalu menjatuhkan segala-gala barang
penyembahan dia sana. Nicola ketawa apa yang dia lakukan dan bagi dirinya dia
sudah puas lalu berlalu pergi mencari kawan-kawannya.
Apa yang dilakukan oleh Nicola dilihat jelas sangat oleh
hantu-hantu yang tinggal di sana. Di luar penglihatan Nicola, hantu-hantu nie cukup marah dengan perbuatan yang
dikira kurang ajar dan tidak menghormati hantu-hantu nie. Pada malamnya nanti mereka bakal menghukum Nicola kerna tidak menghormati dan juga
membuli Siew Mei. Akhirnya mereka dapat melaksanakan ia juga apabila peluang
datang bergolek.
Ketika Nicola bersama-sama dengan dua kawannya di tempat
rehat berdekatan pintu masuk ke Nirvana,
masing-masing sibuk dengan gosip dan Fb
mereka akan tetapi dengan tiba-tiba Nicola ternampak Siew Mei lalu berdekatan
dengan tokong. Kelihatan Siew Mei membawa sebakul duit kertas dan seikat colok,
berjalan ke arah tokong. Nicola terus memanggil dua kawannya mengajak mereka
untuk berjumpa dengan Siew Mei, dia tak akan puas selagi dia tidak nampak Siew
Mei sengsara.
Keadaan tokong cukup sunyi akan tetapi ia berubah apabila
kedengaran bunyi piring gangsa terjatuh ke lantai. Kelihatan Siew Mei ditolak
dari belakang oleh Nicola dan membuatkan dua kawan Nicola tergamam dengan
perbuatan Nicola. Nicola terus mengetawakan Siew Mei dengan mengatakan
perkataan yang tak elok kepada Siew Mei. Dengan secepat kilat, Nicola terus
menyambar rambut Siew Mei lalu ditariknya. Siew Mei menjerit kesakitan dan
meminta dilepaskan dengan keadaan menangis. Pinta Siew Mei langsung tidak
dipedulikan langsung oleh Nicola manakala dua kawan Nicola berasa bagaikan
serba-salah selepas mereka berdua melihat perbuatan Nicola bagaikan orang yang
tidak siuman. Dengan serta-merta mereka berdua cuba melepaskan pegangan Nicola
akan tetapi Nicola masih memegang erat rambut Siew Mei tidak langsung
melepaskan.
“Mengapa kamu berdua nak lepaskan dia nie? Kenapa kamu berdua hanya tengok
sahaja mengapa tak join sekali.” Soal dengannya marahnya kepada dua kawannya.
“Saya tak tau
apa nak katakan la, kau macam orang
tak siuman bila kamu membuli Siew Mei.Saya cukup terkilan dengan perbuatan kamu
nie.” Jawab Mui.
“Walaupun kami berdua sudah berkawan dengan kamu sejak
kecil lagi, tapi hari nie kau macam
orang lain. Saya pun tak sangka kau berbuat demikian. Cukup la.” Pinta Lin.
“Walaupun kita berlain sekolah tapi kita berdua sudah
berkawan dengan kau sejak kecil lagi. Mengapa kamu membuli dia nie.” Soal Mui.
“Hey! Nanti
kejab, nie saya beritahu sebabnya
dia nie weirdo dan macam orang tak
betul. Ya sebab tu.” Kata Nicola
lalu melepaskan rambut Siew Mei.
Selepas sahaja Nicola melepaskan pegangannya, Siew Mei
terus terjatuh ke lantai sambil memegang kepala yang masih dalam kesakitan.
Langsung tidak menpedulikan keadaan Siew Mei yang dalam kesakitan, Nicola terus
berlari ke arah dua kawannya dan cuba menghalang mereka pergi.
“Dia mesti ada sebabnya dengan tersendiri bukan? Lagipun
apa sebabnya mengapa kamu berbuat demikian walaupun dia lain daripada kamu
bukan?” soal Lin yang meminta perjelasan dengan Nicola.
“Sebabnya, nanti saya ada tangkap gambar dia tadi yang
memakan kuih di altar tu.” Jawab
Nicola lalu mengeluarkan Iphonenya
lalu tunjukkan kepada Mui dan Lin.
“Apa nak hairankan juga? Lepas sahaja upacara sembahyang
hantu, memang sajian tu kita makan
juga. Mengapa kau tidak tahu ka?”
soal Mui.
“Tak bukan I mean.
Saya sendiri tak makan lepas upacara sembahyang hantu tu. Sebabnya saya rasa ia mengelikan.” Jawab Nicola yang mulai
gelabah.
“Huh? Mesti
kau nie tak sertai upacara
sembahyang hantu bukan? Whatever la
nampaknya kau tiada sebab mengapa kamu membuli dia juga.” Jeling Lin dan Mui
kearah Nicola yang kelihatan mulai resah.
“Whatever now is
your own. Kami berdua mau balik.
Kita kira putus kawan dengan kamu nie
kerna kau nie dah menjadi kejam
dan tak berhati perut. So Good Bye.”
Kata Lin dengan marahnya lalu berjalan bersama-sama dengan Mui pergi ke pintu
keluar.
Pada asalnya Nicola berasa sedih dengan pemergian dua
kawannya tapi ia terus lesap dalam masa beberapa saat apabila dia ternampak
Siew Mei cuba melarikan diri daripada Nicola. Dengan marahnya dia terus berlari
mengejar Siew Mei yang berlari ke arah bahagian tengah Nirvana. Nicola tak boleh terima hakikat kawannya meninggalkan dia
atas sebab perbuatannya akan tetapi dia menggangap bahawa Siew Mei punca kepada
kesemua masalahnya. Nicola tidak sedar di berlari berdekatan dengan tembok
penyimpanan abu mayat.
Siew Mei terus berlari ke arah tembok tu lalu bersembunyi
di belakang pokok dan dia berharap sangat Nicola tidak dapat mencarinya. Akan
tetapi dengan tiba-tiba rambutnya telah ditarik dengan kuat sekali. Siew Mei
cuba menronta-ronta dari tarikan tu
dengan gerunnya kelihatan Nicola dengan berangnya menarik rambutnya. Siew Mei
cuba menjerit meminta pertolongan dengan tiba-tiba Nicola menghayunkan satu
tumbukan tepat ke perut Siew Mei. Siew Mei terus mengerang kesakitan dengan
memegang perutnya lalu terus menjerit meminta pertolongan.
“Tiada gunanya kamu menjerit meminta tolong. Kau tau tempat nie jauh sangat daripada pejabat pentadbiran. Jerit la kuat-kuat tiada gunanya. Hi hi hi. Malam nie kau akan rasa paling teruk dalam hidup kamu nie.” kata Nicola ketika bercakap
bersemuka dengan Siew Mei.
“Nicola, apa sebabnya kamu buli saya. Saya tak pernah
buat salah dengan kamu. Tolong lepaskan saya. Saya pinta dengan kamu nie.” pinta Siew Mei.
“Kau tak buat salah. Bullshit.
Kau memang pernah buat salah dengan saya nie.
Salah kau kerna semua orang mesti
berikan perhatian tak kira masa.” Kata Nicola.
“Perhatian? Itu yang kau katakan salah? Bukan saya mau mendapat perhatian juga, saya hanya
menanya kerna saya orang baru.
Adakah itu salah?” soal Siew Mei.
“Memang salah. Kerna
kau la saya tak lagi mendapat
perhatian. Saya tak kira malam nie
kau bakal terima nasib mu.” Kata
Nicola yang mulai menheret Siew Mei ke arah kerusi batu.
Nicola hendak menghentak kepala Siew Mei di kerusi batu tu dan Siew Mei masih menjerit meminta
pertolongan. Dengan tiba-tiba ada satu tiupan angin kuat ke arah Nicola dan
membuat dia tersentak apabila kelihatan lembaga putih keluar satu per satu dari
tembok tombstone tu lalu bergerak
perlahan-lahan ke arah Nicola. Nicola mulai menjerit dengan ketakutan keadaan
lembaga tu mulai menyeramkan dengan
ada tidak mempunyai mata yang meninggal lubang hitam pada bekas mata tu, ada pula bermata merah dengan isi
yang mereputkan, darah keluar meleleh dari mata dan mulut, dan ada yang
kelihatan melayang-layang dengan organ-organ terkeluar dari badannya. Nicola
cuba berlari menyelamatkan dirinya akan tetapi kakinya bagaikan dipaku dan
membuatkan dia sukar untuk melarikan diri. Dengan seramnya Nicola nampak,
lembaga tu mulai berkerumun di depan
Siew Mei.
Dengan pelahan-lahan Siew Mei bangun dan mulai duduk di
atas kerusi batu tu. Dari kumpulan
lembaga tu muncul di depan Nicola
dan mulai perlahan-lahan berjalan ke arahnya. Nicola tergamam kerna dia kenal sangat lembaga yang
berjalan ke arahnya iaitu mendiang neneknya iaitu Nenek Sung. Dia cuba mencapai
Nicola iaitu cucunya akan tetapi ia terhenti di separuh jalan apabila dia mulai
memarahi cucunya.
“Tak sangka kamu betul-betul jahat, apa salah Siew Mei
kepada kamu? Selama saya masih hidup kau langsung tak pedulikan saya langsung
bagaikan saya bukan nenek kamu dan selepas saya meninggal dunia kamu masih tak
pedulikan saya masih. Bagus lagi Siew Mei yang sentiasa menemani saya di sini,
lain pula kamu yang langsung tidak pedulikan nenek.” Marah Nenek Sung sebelum
berubah rupa menjadi lebih menyeramkan dengan mata merah sambil mengeluarkan
air mata darah malah kulitnya bagaikan mayat reput.
Nicola tak mampu berkata apa-apa selepas dia nampak apa
yang berlaku di depannya dengan semua kekuatan dia dapat mengerakkan kakinya.
Tanpa membuat masa dia membuat langkah seribu dan dengan harapan mendiang
neneknya tidak mengejar dia. Apabila Nicola berpaling ke belakang, dengan
ketakutan yang teramat sekali kerna
dia ternampak nenek mengejar dia dari belakang.
Nicola sudah tidak sedar bahawa dia sudah lari keluar
dari pintu pagar Nirvana. Dia tidak lagi melihat kelilingnya dengan tiba-tiba
kedengaran bunyi Honk di sebelahnya
kanannya. Lalu Bang! Nicola
terhumban ke sebelah jalan apabila dilanggar oleh sebuah lori yang bergerak
laju. Pemandunya tidak sempat menekan breknya
lalu melanggar Nicola dengan kuat sekali. Dengan keperitan daripada pelanggaran
tadi, Nicola meninggal dunia di sana juga.
***
Dalam upacara pengebumian Nicola.
Dari jauh kelihatan Nicola berdiri di sebalik pokok
berdekatan dengan tembok penyimpan abu. Kelihatan keluarganya bersedih dengan
pemergian Nicola. Kedengaran prayer
chating dibaca oleh sami-sami untuk Nicola ketika upacara mereka meletakkan
balang abu ke dalam tembok tu. Ibu
Nicola menangis meronta-ronta dan terpaksa dipegang beberapa orang untuk
menyenangkan dia. Bapa Nicola turut bersedih ketika dia sendiri yang meletakkan
balang tu dan akhirnya meletakkan tombstone pada tembok tu. Nicola masih menangis dengan
sedaknya apa yang berlaku didepannya. Dalam kesedihan tu kelihatan Nenek Sung bersama-sama dengan Nicola dengan
memeluknya dengan harapan dia bersabar.
Apabila selesai sahaja upacara tu dan keluarga Nicola mulai meninggalkan tempat tu. Siew Mei berjalan pelahan-lahan ke
arah tombstone Nicola lalu menberus
dengan tangannya. Baginya akhirnya Nenek Sung tidak lagi akan berasa kesunyian
sudah dengan adanya Nicola. Nenek Sung akan sentiasa bersama-sama dengan Nicola
buat selama-lamanya.
Siew Mei mulai berjalan pelahan-lahan ke arah Nicola yang
bersama-sama dengan Nenek Sung. Nicola berasa hairan mengapa Siew Mei
melambai-lambai ke arahnya dan mengucap selamat tinggal kepada dia. Apa yang
Nicola tidak tahu kemunculan pintu berwarna merah di belakangnya. Nenek Sung
mulai menarik Nicola, dengan ketakutan Nicola memandang ke arah pintu tu yang penuh dengan syaitan membawa
masuk satu per satu hantu ke dalamnya.
“Hajat mu
sudah terlaksana sudah tiba masanya kamu mengadap Raja Yama dan bawa sekali
dengan cucu kamu sekali semestinya dia juga akan diadili.” Kata syaitan
berwarna biru bermuka bengis kepada Nenek Sung.
Nenek Sung hanya mengangguk sebagai tanda setuju lalu
menarik Nicola masuk ke dalam pintu tu.
Nicola cuba melepaskan dirinya akan tetapi ia mustahil dengan tarikan daripada
pintu tu. Nicola cuba mencapai
tangannya dengan harapan Siew Mei dapat menyelamatkan dia akan tetapi Siew Mei
hanya berdiri di situ melambai-lambai tangannya. Akhirnya Nicola masuk ke dalam
pintu tu dan hilang dalam kegelapan
kemudian pintu tu tutup dengan
rapatnya lalu ghaib.
Siew Mei hanya tersenyum kerna dia sudah menyelesaikan tugasnya iaitu menghantar hantu-hantu
balik semula ke neraka selepas mereka selesaikan hajat mereka. Dia tahu bahawa
Nenek Sung kesunyian maka hajatnya adalah dia tidak lagi kesunyian apabila dia
sudah meninggal dunia dengan adanya Nicola maka hajat tu dapat diselesaikan maka Nenek Sung dapat ke neraka.
Siew Mei terus berlalu meninggalkan kenangan yang dia
sendiri tak akan dapat lupakan sampai bila-bila. Baginya upacara sembahyang
hantu tahun nie berlainan sekali
dengan tahun-tahun yang berikutnya.
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan