Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan ceritakan pengalaman seram yang saya alami ketika
saya menjalankan industry training
bagi menghabiskan pelajaran saya. Latihan selama 6 bulan di industry permakanan ke restaurant dan
perhotelan. Saya nie sudah memohon
tempat latihan saya seawal sebelum bulan May dan tidak mau last minute selection (masa final exam saya sudah apply
dan kawan-kawan lain belum lagi apply kalau
ada pun tak banyak). Sebelum Kaamatan sudah saya dapat keputusannya dan Sutera
Harbour Resort menerima saya sebagai pelatihnya di dapur pastry di Pasific Sutera.
Dari saya membuang masa, lebih baik saya ceritakan
pengalaman saya nie. Memang betul la yang kita selalu dengar bahawa
setiap hotel, motel dan inn tu mempunyai
ceritanya sendiri yakni kisah seramnya. Apa yang kita dengar tu berbeza dengan mengalaminya sendiri.
Nie kisah yang saya sendiri
alaminya, kira banyak chapter sangat
jadi saya buat satu kisah dengan satu kisah lagi malah saya akan letakkan
beberapa cerita lain yang saya dengar semasa di sana.
Kisah 1,
Nie berlaku masa saya buat kali pertama di sana, masa tu saya seorang diri di dalam dapur.
Dapur pastry di Pasific Sutera
terletak di level 2 dan terletak di
hujung sekali daripada dapur yang lain, kira berdekatan dengan bilik stor dan Ballrooms. Kalau siang hari tak
beberapa seram la tapi bila waktu
malam bukan main seram hanya Tuhan saja yang tau betapa seramnya. Balik pegi
cerita saya nie, rakan sekerja yang
lain turun pegi dewan makan untuk
berehat sekejab. Pada masa tu saya
seorang saja di dapur tu, kalau
tikus besar mahupun lipas lalu depan kau pada pertama kali memang terkejut juga la (jangan tanya mengapa kotor sangat
dapur tu). Masa seorang tu macam ada nampak kelibat nie lalu di tepi-tepi. Memang saya
buat tak tahu juga la dan paling
teruk nie bila saya membuat kerja
bagaikan ada benda di belakang kamu nie
melihat kamu buat kerja. Ia macam satu lembaga besar hitam, berbulu lebat dan
mempunyai mata besar berkaca merah. Memang seram sangat pada masa tu akan tetapi saya ada cakap sesuatu
pada masa tu. “Saya nie orang baru di sini, saya hanya
menjalankan latihan saya di sini selama 6 bulan. Saya boleh rasa kehadiran kamu
dan melihat kamu. Saya tak akan kacau kamu maka kamu jangan kacau saya.” Lepas tu lembaga terus ghaib. Tu la pengalaman pertama saya pada hari
pertama saya di sana.
Kisah 2,
Nie berlaku beberapa minggu di sana, masa tu saya seorang di dalam stor dapur
kami la. Masa saya mencari bahan di
sana saya ternampak nie balik
lembaga tu (yang saya ceritakan di
kisah 1), betul-betul dia di sana. Hanya sepintas lalu saya ternampak ia lepas tu ia ghaib. Bila saya pergi bilik
stor dapur kami nie saya rasakan dia
berada di sana, macam dia selalu di sana. Bila kawan sekerja bercerita-cerita
ada la saya tanya pernahkan diorang
rasa seram bila seorang di dapur. Memang mereka katakan ya dan saya ceritakan la hari pertama saya di sana. Pertama
memang mereka tak percaya la tapi
memang pernah berlaku kepada mereka juga. Rasanya benda tu memang tinggal di sana sudah lama kira tempat tinggal dia la. Saya kasi tau la lebih lanjut bentuknya kerna saya boleh tengok benda ghaib nie dan saya pernah satu kali nie
terkejut juga bila benda tu menampaknya dirinya dekat oven besar kami nie.
Masa tu memang la mengejut juga maka tak prepare
la. Kata rakan pekerja katakan bukan saya orang pertama yang nampak malah
ada pekerja terdahulu pun ada kelebihan tu
dan pernah menceritakannya pada mereka.
Kisah 3,
Nie kisah saya dengar daripada rakan sekerja saya dulu. Nie pernah berlaku di Pasific Sutera
sendiri dan cerita nie hanya pekerja
di hotel tu tahu. Ceritanya begini,
dulu ada satu Executive Chef (kita
kasi singkat EC) nie yang jackass sangat dan selalu cari pasal
dengan orang bawahan dia. Silap sedikit memang kena maki berabis sangat kira orang nie
kena anti oleh semua pekerja di
sana nie. Ada satu pekerja dapur nie (kita kasi nama dia A), selalu jadi
mangsa chef tu. Satu malam nie A terlibat dengan kemalangan jalan
rasa dekat dengan jalan masuk ke Sutera Harbour tu dan A terkorban dalam kemalangan tu. EC tidak tau tentang
kemalangan tu dan marah-marah sudah
A tak masuk kerja dah kira mau pecat A sudah. Pada malam tu EC kena pergi club di tingkat atas (macam tingkat 8 atau 10 tak
seberapa ingat sudah) pakai lift bila sampai sahaja. EC agak terkejut juga la bila A betul-betul dihadapan dia,
terus di marah-marah A tapi A macam buat tak dengar sangat dengan kepalanya
memandang ke bawah. EC terus tinggalkan A dan terus pergi ke club tu. Bila sahaja EC di dapur, dia pergi
tanya pekerja lain kalau ada nampak A. Memang pekerja lain terkejut juga bila
EC bilang dia jumpa dengan A, walaupun berasa lain macam pekerja tu memberitahu EC yang sebenarnya
bahawa A meninggal dunia kerna kemalangan
tu. Memang EC tak percaya mungkin
pekerja lain tu cuba menipu dia nie, bila dia tanya HR memang benar
berita tu. Terus demam EC nie seminggu sebelum meletak jawatan
dia. Itu ceritanya la. EC tu tak tau di mana sudah mahupun perangai dia tukar ke tak kita tak tau la.
Kisah 4,
Nie kisah saya dengar pula, Pasific Sutera ada pantai dia.
Ada orang pernah ceritakan bahawa pernah ada sepasang pelancong asing (tak
ingat negara mana) kununnya mau buat
projek di sana. Malam tu bulan
purnama kira terang la malam tu. Bila sahaja pasangan tu di pantainya dengan tergesa-gesa
mereka terus patah balik dan lari terus ke bilik mereka. Bila ditanya apa
mereka nampak, mereka nampak macam ada lembaga putih terapung-apung di pantai tu macam lembaga perempuan bergaun
putih mulai pelahan-lahan mengejar pasangan
tu. Pada keesokkan harinya pasangan
tu terus check-out.
Kisah 5,
Nie berlaku apabila saya hendak ke wave pools, pada masa tu
malam kena pergi ambil makanan lebihan selepas function yang diadakan di sana. Masa saya mahu ke sana saya kena
lalu lorong sunyi untuk menuju ke basement.
Masa saya menolak trolly saya nie, macam ada benda menarik apron saya dari belakang bila saya
paling ke belakang nampak macam tangan kecil menariknya. Saya memang nampak la ada lembaga kecil seakan-akan
budak-budak kecil. Terus saya marah (pada masa tu memang stress) bahawa “ saya mau cepat dan saya tak nak main-main sekarang nie”. Lepas tu lembaga tu ghaib. Itu bukan last time saya nampak lembaga kecil tu dan masa lain tu bila saya turun tangga saya ada nampak lembaga tu di sana tapi tak menggangu la hanya melihat saya sahaja. Dan satu
kali semasa saya pergi mengambil gelas di bilik stor besar di belakang dapur pastry, untuk ke sana kamu kena lalu
lorong yang panjang dan sunyi. Masa tu
memang nampak kelibat budak-budak bermain di sana sebelum ghaib di hujung
lorong tu.
Kisah 6,
Nie kisah saya dengar yang terjadi di Marina Sutera dari
salah seorang pekerja di sana. Pernah satu malam nie ada seorang dua pekerja dapur yang terakhir yang kira mau kunci dapur tu selepas membersihnya. Masa mau
menguncinya, mereka memastikan tiada orang lagi di dapur tu sebelum menguncinya. Entah dari mana, dari jauh macam ada susuk
badan orang di hujung dapur. Bila sahaja 2 orang nie pergi periksa orang tu
sudah tiada. Tanpa membuang masa mereka cepat-cepat menguncinya dan terus
balik. Apa yang berlaku pada 2 orang nie
tiada yang akan tahu kerna lepas
perkara tu terjadi 2 orang pekerja tu meletakkan jawatan ada kemungkinan tu sebabnya.
Kisah 7,
Nie saya dengar dari orang sana juga, salah satu bilik di
Pasific mahupun di Magellen Sutera pernah berlakunya kematian mengejut.
Kisahnya begini, ada satu guest nie
tak keluar dari biliknya sehari walaupun masa check-out guest tu masih
tak keluar. Bila pihak hotel pergi check,
guest tu sudah meninggal dunia sudah
bukan kerna membunuh diri tetapi ada
orang kata semula jadi dan ada orang kata heart
attack. Terus pihak hotel menelefon keluarga guest nie dan keluarga guest
tu minta mayat tu mesti di dalam
bilik tu juga. Lepas mayat tu kena ambil warisnya, pihak hotel
memang kasi bersih tu bilik akan tetapi bila guest lain tinggal di bilik tu. Mereka terasa bagaikan ada melihat
mereka dan kira tak selesa sangat. Malah salah satu maid di sana pernah nampak lembaga hitam di bilik tu walaupun bilik tu tak dihuni oleh sesiapa pun. Bagaikan roh si mati masih disitu
dan rohnya tidak mau moving on ada
kemungkinnya dia mati celik.
Kisah 8,
Nie pun saya dengar dari rakan sekerja saya, nie pernah berlaku di Golf Club dia. Ceritanya hanya singkat
sangat. Ceritanya begini pernah satu malam nie,
ada seorang waiter di sana tinggal
dia seorang disana. Dia kena make sure
semua bersih sebelum dia balik. Tempat makan di sana kira open air dan mengadap ke padang golf tu. Bila mau tutup saja,
dia ternampak ada lembaga hitam berjalan-jalan ke arah padang golf. Waiter tu memang hairan la siapa yang berjalan-jalan tu, terus dia berjalan ke arah lembaga
tu untuk memberitahu bahawa club tu mau
tutup. Bila sahaja dia sampai terus waiter
tu pucat kerna hadapan dia
adalah lembaga tak berkepala. Tanpa berfikir panjang terus dia larikan diri.
Keesokkan harinya dia terus demam dan selepas baik sahaja terus dia letakkan
jawatannya.
Kisah 9,
Nie kisah pengalaman saya yang terakhir, nie berlaku semasa saya mengambil bahan
di dapur hujung di basement. Sebenarnya ada wujudnya sebuah dapur selain Chinese Kitchen kira tempat menyediakan
bahan-bahan dan kira tempat bucher.
Tak kira siang mahupun malam dapur tu
tetap seram sama ada berkawan mahupun bersendirian. Jika hendak ke dapur tu kena minta kunci dengan penjaganya kerna dapur tu sentiasa berkunci tak kira masa. Balik ke cerita saya nie, malam tu memang gelap walaupun berlampu kerna keadaan dapur tu cukup
gelap. Bukan hapa kerna cerita yang
saya dengar dari rakan sekerja bahawa pernah satu chef nie pergi ambil barang di dapur tu malam-malam, bila dia sampai ke dapur tu di ternampak nie ada
lembaga hitam macam memotong daging mentah di dalam keadaan dapur yang gelap.
Pada masa tu dia seorang sahaja di
sana apa lagi terus dia cabut dan keesokkan harinya dia demam sebelum dia
meletakkan jawatannya. Tu yang saya
dengar dan bila saya disana teringat-ingat saya cerita tu. Memang seram bila kamu di dalam dapur tu malah kamu merasakan bagaikan ada benda melihat perbuatan kamu
selama kamu di dapur tu. Memang
seram walaupun berkawan juga.
Kisah 10,
Kisah nie saya
dengar dari rakan pekerja saya. Kisah nie
berlaku di dapur di Magellen Sutera. Pada masa tu ada seorang pekerja perempuan di bahagian dapur, kira dia la yang paling last habis kerja. Bila dia mau
balik dia kena lalu melintasi office
Executive Chef. Bila dia sampai di sana, dia betul-betul ternampak ada
lembaga hitam berambut panjang duduk di dalam office yang gelap tu. Tanpa berfikir panjang terus dia
larikan dirinya tanpa melihat belakangnya. Keesokkan harinya dia demam dan
kalau tak silap dia masih kerja di sana sebelum berpindah ke Pasific Sutera.
Dan dia la orangnya menceritakan
saya cerita tu.
Kisah 11,
Nie kisah berlaku d Magellan Sutera
dan diceritakan sendiri oleh mak cik saya yang pernah berkerja di sana. Kisah
nie sedikit sahaja. Begini mak cik saya sama kawan dia nie pigi mau ambik
cookies d Pastry Kitchen nie. 1st mak cik saya nie nampak ada orang di dlm
dapur tu so dia bilang sama kawannya ada orng di dalam dapur tu. Bila mereka
pigi kitchen tu, tgk2 tada org pula walaupun satu dapur kena check memang tiada
orang pun di sana. Apa lagi terus mereka nie buat langkah seribu dan terus
cabut lari.
Kisah 12,
Nie berlaku di golf club dan
diceritakan oleh mak cik saya juga. Pernah nie satu org keja OT pigi pungut
bola golf masa dia dekat jam 12am. Bila dia pungut nie ada benda baling dia
bola golf d belakang dan bila dia tgk ada pula bola golf tu d belakang.
Kemudian dia sambung balik pigi pungut bola golf lagi dan sekali lagi nie ada
bola golf kena baling di belakang dia. Padahal tiada sudah nie bola golf d
belakang dia nie kerna semua dia sudah pungut. Bila dia tgk depan kerna tak
tahan sudah balik2 nie kali nie dia terus tgk belakang dia. Dam ada satu
lembaga hitam berbulu dengan mata merah kaca dibelakang dia nie. Tanpa
menghirau apa2 lagi terus dia cabut. Esoknya dia demam plus bagi notis berhenti
keja.
Kisah 13,
Nie terjadi di Magellan Sutera, dan
dicerita oleh mak cik saya semasa dia berkerja di sana. Cerita nie berlaku pada
satu malam nie. Ada satu kapel orang putih nie kissing2 dekat dengan lift dari
jauh nie salah seorang perempuan org putih nie nampak ada perempuan berpakain
serba putih berdiri dekat mereka nie memerhati perbuatan mereka berdua yang tak
senonoh dengan marah. 1st mereka nie buat tak tau apabila perempuan org putih
nie nampak yang perempuan tu tiada kaki (tak injak tanah la), apa lagi terus
couple to tekan lift terus cabut pigi bilik mereka. Same time ada satu security
berjaga-jaga pada masa tu, masa patrolling dia nampak perempuan yang berpakaian
serba putih. Dia bilang sama perempuan tu "Miss, you are not allow to walk
here." Tapi itu perempuan tak balas. So security tu suluh la dari atas ke
bawah itu perempuan, terus pucat security tu apabila perempuan tu tak injak
tanah. Pelahan-lahan dia patah balik terus cabut. Esoknya dia demam dan
beberapa hari dia bagi notis berhenti kerja. Dan couple to pigi complain apa
yang terjadi semalam semasa diorg nie pigi check out. Sempat la perempuan org
putih nie bagi soalan bonus "Why that lady have no feet?"..
Nie sahaja kisah saya buat malam nie. Segala-galanya adalah pengalaman saya selama saya di sana dan
cerita-cerita seram yang saya dengar. Apa yang kita dengar tentang kisah seram
mengenai hotel, motel mahupun inn tu adalah
benar akan tetapi berlain versinya. Hotel boleh dikatakan tempat sesuai bagi
benda ghaib nie tinggal kerna tidak kesemua bilik tu didiami malah bilik tu adakala dibiarkan kosong jika ia
bergantung pada musimnya. Maka ada petua orang dulu-dulu, bila kita ditempat
baru hendaklah kita memberi salam malah kita diminta untuk mengetuk pintu bilik
yang kita bakal diami nie dan
memberi salam. Nie hanya langkah
berjaga-jaga sahaja dan mengelak daripada kejadian tak diingini berlaku. Kita
tak tau asal usul mahupun sejarah
tapak hotel tu bukan sama ada ia
tempat tu hutan, tanah tambak
mahupun benda lain. Adakala hotel, motel mahupun inn nie tempat lintasan roh mahupun hantu nie tu kita tak pasti
bukan bila benar tu lain cerita.
Kewujudan mahluk ghaib tu di sana
ada sebab tertentu dan hanya kita sebagai manusia yang boleh melihat mahupun
tak, hanya cuba mengelak sahaja bila kena juga dah kira takdir kamu.
Sekian dulu buat malam nie, nantikan kisah seram saya yang
terakhir “Ganjil” di malam yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan