Khamis, 27 Disember 2012

Bab 4: Perihal pengetahuan yang saya pernah kongsikan


Nie saya sertakan perihal yang saya pernah kongsikan di dalam Facebook dahulu. Nie kira pengetahuan yang saya kongsikan kepada kamu semua untuk tatapan. Malah saya sertakan beberapa cerita dan pengetahuan yang saya pernah kongsikan.

Dalam bahagian nie, saya akan kongsikan pengalaman saya mengenai “Jelmaan”, “Cara dan Mengelak”, “Kisah Sandakan War Memorial Parks”,“Kuburan” dan “Berjaga”. 

Dalam “Jelmaan”, saya akan kongsikan perihal mengenai jelmaan yang kita selalu dengar dan pernah dialami oleh orang biasa. Manakala dalam “Cara dan Mengelak” pula, saya kongsikan cara-cara untuk melihat benda-benda ghaib yang bagi kita manusia tak nampak kecuali mereka yang ada kebolehan melihat tu lain cerita la. Dan saya sertakan cara mengelaknya dengan petua orang tua dan dari segi pandangan agama. Paling terakhir adalah “Kisah Sandakan War Memorial Park”, kesemua kisah seram dan menakutkan yang saya pernah dengar (kerna saya orang Sandakan yang tulen) dan saya akan kongsikan di sini. Di dalam kisah “kuburan”, kisah-kisah mengenai sebuah kubur lama di sebuah pekan di Sandakan iaitu Beluran. Kisah kubur nie diceritakan penjaga kubur keluarga bahagian mak saya yang pernah berlaku di sana nanti saya akan ceritakan lebih lanjut. Bagi “Berjaga” pula adalah perihal menjaga mayat sama ada dirumah mahupun di rumah pengurusan mayat, nie perasaan pertama kali saya alami semasa menolong keluarga saya berjaga dan pengalaman selama tempoh berjaga.

Dengan nie saya kongsikan kepada kalian.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan