Salam Malam Jumaat semua,
Nie adalah cerita pengalaman
saya yang terakhir sekali. Cerita nie
berlaku semasa saya bersekolah di sekolah rendah tertua di Sandakan, Sabah.
Kalau tak silap saya ia sudah melebihi 100 tahun yang terletak di Tanah Merah,
Sandakan. Sekolah nie bangunannya
diperbuat daripada papan yang mempunyai 1 tingkat sahaja dan berdekatan dengan
sebuah kampung di belakangnya. Malah sekolah nie ada tadika serta pejabatnya sendiri dan malah mempunyai gereja
atau chapel di atas bukit berdekatan
dengan sekolah rendah nie. Nama
sekolah dan gereja nie bernama sama
iaitu St. Gabriel. Malah dahulunya
memang ada pokok besar ditanam di tengah-tengah sekolah nie (tapi ia ditebang kerna keselamatan
sebab ia terlampau besar) yang berusia lebih 100 tahun yang ditanam oleh tukang
kebun sekolah semasa sekolah tu
dibuka.
Kita semasa kecil sentiasa mendengar kisah-kisah seram
atau kisah aneh yang berlaku di sekolah bukan? Kadang-kadang cerita tu benar adakalanya ia palsu. Masa tu kita masih budak-budak kira senang
ditipu maka kita percaya ia bulat-bulat. Nie
saya sertakan cerita pendek tentang kisah-kisah tu dan harap maaf la sebab
cerita nie tak seram seperti cerita
sebelumnya.
Kisah 1,
Pernah diceritakan bahawa asal usul sekolah disiring
bukit nie pernah digunakan sebagai
hospital semasa WW2 kerna pada masa tu Sandakan diserang Jepun. Bilik-bilik darjah di bangunan papan
digunakan sebagai bilik pesakit manakala pula bangunan tadika tu pula digunakan tempat menyimpan
mayat mangsa perang. Selepas perang maka sekolah tu digunakan semula sebagai tempat menimba ilmu semula. Ada pernah
berlaku pihak sekolah membuat perkhemahan, ada pelajar ketakutan bila nampak
kelibat lembaga hitam di bangunan papan berjalan pelahan-lahan sebelum ghaib.
Bagai lembaga tu mencari-cari barang
yang hilang, barang yang hilang tu
saya tak tahu la apa bendanya.
Kisah 2,
Nie pernah berlaku semasa saya darjah 2. Pernah gempar satu
sekolah bila ada pelajar ternampak kelibat lembaga putih terbang ke arah pokok
besar sebelum terbang ke pokok durian tua (yang terletak di belakang tadika,
kira pokok durian yang tumbuh sendiri yang asal di hutan belakang tadika tu). Malah saya sendiri ternampak
macam kain putih bergantung di atas dahan pokok berdekatan dengan sungai kecil
malah bukan saya seorang kerna masa tu semua pelajar nampak sebelum
disuraikan oleh guru kami. Lepas tu its
history kerna esoknya kain putih tu hilang bersama-sama dengan cerita tu.
Kisah 3,
Nie berlaku semasa saya darjah 4. Ada pelajar perempuan
sekelas dengan saya menjerit di dalam tandas perempuan ketakutan. Bila di dalam
tandas tu ada seekor labah-labah
yang sangat besar di dinding tandas tu.
Bukan pelajar sahaja ketakutan malah gurunya juga. Dan pengetua sekolah
mengarahkan tandas tu ditutup
sementara akan tetapi bila mereka mau tutup tandas tu labah-labah sudah ghaib walaupun ada sangka ia keluar dari
tingkap tandas akan tetapi pada masa tu
tingkap tandas sentiasa tertutup kerna
ia mustahil membukanya sebab sudah berkarat. Cukup ganjil bukan?
Kisah 4,
Nie cerita saya dengar dari kawan sekelas yang tinggal di
kampung belakang sekolah tu. Gereja
/ chapel St. Gabriel dahulunya sudah
lama tak digunakkan dibiarkan begitu sahaja selepas kematian pastor. Malah penduduk kampung tak
berani menggunakkannya. Bila waktu malam, ada akan terdengar bunyi organ
dimainkan malah bunyi loceng gereja pandai berbunyi dengan sendirinya. Akan
tetapi bila pihak sekolah mengambil keputusan untuk menggunakkan gereja tu semula (memang saya ingat kami la yang kasi bersih gereja tu
masa PJK kalau tak silap masa darjah 5. Memang seram la masa kasi bersih
gereja tu malah untuk pengetahuan
semua kami selalunya masa PJK kami lakukan di perkarangan gereja tu.) dan kisah seram yang berlaku di
gereja tu sudah hilang.
Kisah 5,
Nie kisah terakhir yang berlaku semasa saya darjah 5. Memang
seram sangat nak menggunakan tandas sekolah kami nie yang terletak dihujung sekolah dan bersebelahan dengan hutan
dan sungai kecil tu. Tak kira masa
memang seram sangat. Kalau pergi sorang-sorang jangan mimpi la kebanyakkan memang berteman tak kira
perempuan mahupun lelaki. Pernah sekali saya temankan kawan saya pergi ke
tandas tu hanya kawan saya sahaja
masuk manakala saya diluar tandas tu.
Masa tu saya bersendirian di luar
tandas, boleh saya terdengar bunyi-bunyian yang ganjil yang saya tak pernah
dengar. Bila saya lihat keliling tandas
tu tiada apa-apa dan saya menanya kawan saya di dalam tandas tu masa ada dia sudah ke belum. Entah
dari mana dari hutan belakang tandas nie
keluar seekor burung berwarna biru (semua biru) terbang keluar. Tak saya
membuang masa saya lari terus ke bilik darjah meninggalkan kawan saya nie. Memang saya kena marah oleh si
kawan nie kerna meninggalkan dia nie. Akan tetapi sampai sekarang nie saya tak tau jenis burung tu malah
adakah ia sebenarnya atau jelmaan?
Sampai disini sahaja cerita saya sampaikan kepada kamu
semua. Memang certa saya tak banyak dan tak menyeramkan langsung. Kebanyakkan
cerita nie saya ingat-ingat lupa kerna sudah lama berlaku. Tetapi cukup
sayang sekali nie kerna hanya nama
sekolah tu masih wujud tetapi
bangunan tu dah tak wujud sudah. Nie kerna pihak berkuasa mengarahkan
bangunan papan tu dirobohkan sebab
tak selamat malah tiada sebarang renovation
dilakukan untuk mengekalkan sekolah bersejarah nie. Walaupun sekolah tu dipindahkan
akan tetapi sejarah lama yang ada pada tapak sekolah boleh digunakkan sebagai
muzium akan tetapi tak. Memang sayang sekali nie. Bila bekas pelajar sekolah
tu melihat kembali keadaan sekolah memang pilu dengan keadaan nie. Bukan saya seorang sahaja
berfikiran begitu malah bekas pelajar yang lain turut berfikir begitu. Yang
menyatat hati nie apabila tapak tu menjadi car wash malah banyak kerosakkan dan vandalism yang dilakukan oleh pekerja car wash nie. Sakit hati betul-betul.
Sampai disini dahulu cerita saya nie dan berakhir sudah kisah-kisah pengalaman seram saya nie. Kalau ada masa yang lain saya akan
menceritakkan perihal yang saya pernah post dalam Facebook dahulu. Nantikan perihal nie.
Wahh . Best jgk baca , dpt jgk pengetahuan biar sikit2 kn . Hihihi salam kenal org sandakan ☺
BalasPadamWahh . Best jgk baca , dpt jgk pengetahuan biar sikit2 kn . Hihihi salam kenal org sandakan ☺
BalasPadam