Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan sampaikan kisah pengalaman seram saya buat tatapan
semua. Kisah nie berlaku semasa
berumur 13/14 tahun dan kisah nie
sudah lama berlaku adakalanya saya tidak ingat kisah nie bila saya menulis semula point
saya baru saya ingat semula. Kisah nie
berlaku semasa saya, family dan
saudara saya pergi melancong ke Kunak sebelum ke Semporna pada musim cuti
sekolah.
Memang seronok la
bila kamu bertemu dengan family kamu
apatah lagi bila bertemu dengan sepupu bukan. Itu la perasaan bila diberitahu yang bila mau pergi melawat mak cik Ros saya di Pangkalan Madai, Kunak.
Dimana kami pernah pergi kesana sudah (tak bermalam di sana) dan kira kali
kedua kami ke sana la. Suasana paya
bakau dengan persekiran yang aman bila disana dan juga haiwan-haiwan yang
terdapat disana. Malah dua mak cik saya (kakak tua kepada mak cik Ros saya di
Kunak) turut mau join sekali melawat
dia di Kunak. Selepas mengambil mereka di Airport dan bermalam satu hari di
rumah saya untuk membuat preparation
untuk perjalanan keesokkan harinya. Memang seawal jam 6 pagi sudah kami
memulakan perjalanan kami kerna
menggelak daripada kesesakan lalu lintas sebab masa tu adalah musim cuti sekolah. Dekat 3jam setengah baru kami sampai
ke simpang memasuki pangkalan Madai yang kira berdekatan dengan simpang ke Gua
Madai. Dan mengambil masa 30minit untuk sampai kerna jalan tu masih
belum bertar lagi kira garble dan
kena lalu beberapa kampung untuk sampai ke destinasi tu.
Suasana memang seronok sekali dan kegembiraan bila
bertemu dengan keluarga kami. Persekitaran memang 100% paya bakau bersama
dengan sebatang sungai (yang digunakan oleh boat untuk memancing ikan ke laut) dan binatang-binatang yang unik
boleh dilihat secara berdepan bukan yang dibaca dari buku. Contohnya seperti
ikan yang boleh menembak air untuk menjatuhkan mangsanya (tak ingat nama ikan nie), burung raja udang (Kingfisher) dan biawak (monitor lizard). Kebaikan di sana
adalah dapat memakan ikan yang segar lepas ditangkap (yang sering diberikan
kepada suami mak cik Ros saya kerna
bekerja di sana).
Nie kisah seram pada malam harinya, memang tempat tu aman akan tetapi bila malam harinya
keadaan macam sunyi semacam saja yang kamu boleh dengar adalah bunyi kodok dan
bunyi-bunyi unggas di paya bakau tu.
Nie saya kasi cut direct pigi time tidur, dimana bila setiap kali saya mau tidur ada terdengar macam ada benda
menyeret di luar mangkin lama bunyi mangkin dekat tapi di luar ringkap tu terang kerna pada malam tu bulan
penuh tiada apa-apa diluar. Pernah nie
saya dengar yang adik saya nie
ternampak bila terbangun tengah malam, ada benda terbang perlahan-lahan di luar
tingkap atau lebih lanjut kepala terbang (pandai-pandai la sebab kamu tau apa
benda tu) apa lagi dia terus
berpeluk dengan mak saya ketakutan sampai tertidur. Nie berlaku pada malam pertama kami bermalam disana. Lepas tu bila kami bermalam disana, kami
sudah tau apa nak buat.
Kamu semua memang tidak tau wujudnya kolam air panas selain Kolam Air Panas Poring dan di
Tawau bukan? Memang wujudnya satu lagi kolam air panas di Kunak, itu yang kami
dapat tau selepas pak cik Jo (suami
Mak cik saya Ros) memberitahu tempat tu.
Kolam air panas nie tak ramai yang
pergi kerna ia terletak di tempat
yang terpencil dan untuk memasuki tempat tu
kena melalui beberapa ladang kelapa sawit untuk sampai ke sana. Kolam air panas
tu berada berdekatan dengan sebatang
sungai dan dikelilingi dengan hutan.
Memang syiok la
bila tau, tak payah pigi jauh-jauh untuk mandi air panas.
(Maaf la jalan masuk ke kolam air
panas tu saya sudah lupa sebab ia
sudah happen 11 tahun yang lalu,
kalau mau tau kena cari-cari orang
di sana untuk tau tempat itu pun
kalau mereka tau la). Direct pegi kisahnya, bila sampai
memang la orang yang lebih tua akan
baca-baca sesuatu dan memberi salam
kerna tempat itu tempat baru dan tempat tu terpencil sangat. Bagi yang masih kecil memang seronok la bila dapat bermandi-manda di kolam
air panas dan mandi sungai. Bagi saya lain pula terasa macam ada benda menengok
kamu nie, perasaan tu lain macam sangat apabila kehadiran
kamu di sana dilihat oleh sesuatu. Yang uniknya termpat tu bersih sangat bagaikan ada benda menjaganya malah batu-batuan
disekitar kolam dan sungai hampir kesemuanya berwarna hijau (ada minta izin
ambik batu tu tapi tak ingat mana
hilang sudah batu tu), batu unik nie bila basah ia hijau manakala bila
ia kering pula ia macam batu sungai biasa dengan sedikit bintik-bintik berwarna
hijau. Memang ada yang sepupu yang kecil dan adik saya sendiri menangis macam
ada benda di sana. Bukan itu saja saya sendiri pun ada nampak benda tu berdiri di tepi sungai tu yang menengok ke arah saya nie, macam lembaga sederhana besar
memang gelap bentuk benda tu.
Walaupun pak cik Jo nie cina tapi kerna sudah biasa tinggal dengan
penduduk kampung maka dia tahu, dia bersama-sama dengan bapa saya memberikan
sedikit makanan (yang memang kami bawa untuk berkelah di sana) dan diletakkan
di pokok besar yang terletak berdekatan dengan kolam air panas dan sungai (kira
tengah-tengah). Lepas tu perasaan tu sudah hilang, bagaikan benda yang tinggal di sana membenarkan
kami semua berada di sana. Memang la bila
habis semua sampah dan sisa makanan tu
kami kasi bersih serta kami kasi tinggal makanan lebihan tu dekat pokok tu.
Lepas tu,
tiada sudah kisah pengalaman saya nak ceritakan kerna selepas cerita nie tiada kisah seram berlaku sudah.
Maka sekian dulu cerita saya buat malam nie.
Jangan disangkakan manusia sahaja ada perasaan ingin tahu malah binatang dan
mahluk lain turut mempunyai perasaan nie.
Selalu pada malam pertama mahupun kali pertama kamu di tempat baru mesti ada
benda lain bersama-sama dengan kamu mahupun datang melihat sahaja. Kamu
bagaikan orang asing yang datang ke tempat “mereka” nie dan “mereka” nie hanya
ingin tahu siapa yang datang sahaja. Walaupun “mereka” nie tak boleh dilihat dengan mata kasar bukan bermakna “mereka” nie tak wujud. Maka petua orang
dulu-dulu tiada maknanya akan tetapi setiap petua tu ada sebabnya untuk
mengelak daripada perkara-perkara buruk bakal menimpa. Memang ramai main
langgar bila di tempat terpencil seperti sungai, kolam mahupun air terjun;
petua tak dibuat maka berlakunya kematian seperti mati lemas mahupun hilang.
Bila kena baru merana dan menyesal berpanjangan. Bila dunia dah moden, apa yang
dahulu dilupakan dan dikatakan karut. Petua tu hanya mengelak sahaja tak lebih dari itu, ikut atau menyesal.
Ingat di tempat baru selalu ingat untuk memberi salam kerna bukan kita sahaja di dunia nie malah ada mahluk ghaib lain turut menumpang di dunia nie.
Nantikan cerita kedua saya “Seorang diri” di lain masa.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan