Khamis, 24 November 2022

Kuchisake Onna / Slit Mouth Women


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi satu cerita urban legend daripada Jepun yang agak terkenal iaitu seorang wanita yang mempunyai kecacatan pada wajahnya yang sering mencari mangsa kanak-kanak. Bersenjatakan sebuah gunting bersaiz besar yang serba tajam. Dia mempunyai parut yang menghiris mulutnya dari telinga kiri ke kanan. Yang membuat dia sentiasa tersenyum lebar buat selamanya. Dia adalah Kuchisake Onna, Slit Mouth Women.

Dia akan berjalan-jalan di lorong dan jalanan yang sepi di Jepun dengan memakai pelitup muka dan sentiasa memburu mangsanya kesukaannya. Jikalau ada kanak-kanak malang bertembung dengannya, dia akan menghentikan kamu dan menanyakan soalan. Jikalau kamu memberikan jawapan yang salah, kamu bakal menerima akibatnya.

Bayangkan, kamu adalah seorang kanak-kanak kecil dalam perjalanan balik dari sekolah dan kamu berjalan sebuah lorong yang gelap dan sepi sebagai jalan pintas. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi yang sayup-sayup dari bayangan gelap di hujung lorong. Kelihatan dari jauh seorang wanita cantik sedang berdiri dengan berambut hitam panjang dan mengenakan trenchcoat coklat muda, manakala wajahnya diliputi dengan pelitup muka yang menutup bawah wajahnya. Ia adalah perkara biasa buat di negara Jepun untuk memakai pelitup muka jikalau individu berkenaan terkena penyakit selsema, untuk mengelak orang di persekitaran daripada dijangkiti.

Dengan perlahan-lahan dia berjalan ke arah kamu dan menghalang jalan kamu. Lalu menanyakan "Adakah saya cantik?".

Tanpa kamu berfikir panjang menjawab Ya atau kamu sempat menjawabnya. Dia akan menanggalkan pelitup mukanya dan menunjukkan kehodohan pada kecacatan pada wajahnya. Dengan mulutnya dirobek dari hujung telinga kiri ke kanan sambil mulutnya ternganga besar, menampakkan giginya yang serba tajam. Kelihatan satu lidah merah besar berpintal-pintal keluar dan masuk.

"Adakah saya cantik, sekarang?!" jerit wanita berkenaan sambil tersenyum mengerikan.

Di dalam ketakutan kamu harus menjawab pertanyaan wanita berkenaan seperti mana nyawa kamu dijadikan pertaruhan.

Jikalau kamu menjawab "TIDAK", dia akan mengeluarkan senjatanya iaitu sebuah gunting besar lalu membunuh kamu sebelum memenggal kepala kamu.

Manakala "YA", dia akan mengambil guntingnya lalu menggunting mulut kamu dari hujung telinga kiri ke kanan dan membuat rupa kamu sepertinya.

Sebarang cubaan nak melarikan diri adalah perbuatan yang sia-sia apabila dia akan terus memburu kamu lalu membunuh kamu dengan membelah kamu menjadi dua. Apabila dia mampu berlari dalam kelajuan yang tinggi, jadi cubaan lari itu adalah mustahil.

Walaupun bagaimana ada beberapa cara untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa Kuchisake Onna dengan memberikan jawapan yang tak mempunyai kepastian ataupun jawapan yang berada di pertengahan. Dengan mengatakan kepada dia dengan tenang "Kamu kelihatan normal" atau "Kamu sekadar sederhana sahaja". Jawapan ini akan membawa kekeliruan dan ia memberikan kamu masa untuk melarikan diri. Satu lagi cara dengan melempar gula-gula kepadanya, dia akan mengambil masa untuk mengutip gula-gula berkenaan dan ia memberikan peluang kepada kamu untuk menyelamatkan diri. Apabila Kuchisake  Onna suka kepada gula-gula.

Terdapat banyak sangat khabar angin mengenai asal-usul mengenai dia mendapat kecacatan tersebut daripada kesalahan pembedahan plastik kepada kemalangan jalan raya malah ada yang mengatakan dia adalah seorang pesakit mental yang lari daripada hospital dan sengaja mencederakan dirinya sendiri untuk mendapatkan senyuman yang kekal. 

Menurut satu lagenda Jepun kuno, bertahun lamanya. Wujudnya seorang wanita yang teramat cantik sekali sehingga ke tahap suka bermegah-megah kecantikannya kepada orang lain. Akan tetapi wanita ini mempunyai suami yang kuat cemburu dan panas baran. Kerana cemburu buta, si suami percaya isterinya sudah tak setia kepadanya lalu dengan penuh kemarahan mengambil pedang katana lalu merobek mulut isterinya dari hujung telinga kiri ke kanan. Lalu menjerit, "Siapa akan fikir kamu cantik sekarang ini?!"

Akhirnya si isteri menghembuskan nafasnya yang terakhir sebab kecederaannya sambil mengulang mengatakan dia setia kepada suaminya. Lalu dia menjadi semangat atau roh jahat yang penuh dengan dendam dan mulai merayau-rayau di lorong dan jalanan yang sepi mencari mangsanya di Jepun. 

Ada juga lagenda mengatakan bahawa wujudnya bukan seorang tapi 3 beradik Kuchisake Onna yang mengalami kecacatan yang sama daripada pembedahan yang salah semasa membuat pembedahan plastik. Akan tetapi mereka tak mengganggu. Yang ini tak dapat dipastikan apabila ia sekadar Urban Legend. 

Sekitar musim bunga dan panas pada tahun 1979, dimana urban legend ini menjadi pembualan hangat apabila penampakan sekitar Jepun bahawa Kuchisake Onna sedang memburu kanak-kanak sehinggakan khabar angin berkenan tersebar luas dan membawa ketakutan kepada penduduk sekitar. Pihak polis membuat rondaan dan pihak sekolah meminta para guru untuk mengiring pelajar balik ke rumah secara berkumpulan. Keadaan pada masa itu penuh dengan ketakutan terutamanya buat kanak-kanak dan ibubapa. 

Pada tahun 2004, Korea Selatan digemparkan penampakan wanita berpelitup muka merah mengejar kanak-kanak. 

Pada tahun 2007, seorang kroner polis Jepun menemui sebuah rekod lama pada akhir 1970an. Direkodkan bahawa seorang wanita mengejar beberapa orang kanak-kanak, sebelum meninggal dunia dilanggar sebuah kenderaan di tempat kejadian. Apabila pelitup mukanya dibuka, mulutnya terobek pada hujung telinga kiri ke kanan. 

US pun mempunyai versinya tersendiri akan tetapi berlainan jantina dan terkenal dalam penulisan creepypasta. Malah wujudnya satu khabar angin mengenai seorang badut yang sering mencari mangsanya (kanak-kanak) di tandas awam. Lalu bertanya, "Kamu nak kematian atau senyuman kegembiraan?". Jikalau mereka memilih "Senyuman kegembiraan", badut berkenaan mengambil pisau lalu mengukir iaitu merobek mulut kanak-kanak dari hujung telinga kiri ke kanan. 

Cerita urban legend ini agak menggerunkan apabila cerita ini pernah di adaptasi ke bentuk anime, manga (komik Jepun) dan layar perak. Semestinya cerita ini membawa keseraman buat mereka yang membaca, mendengar serta menontonnya. 


Khamis, 17 November 2022

Cow's Head, Gozu


 Salam Malam Jumaat semua.

Pada hari ini saya akan berkongsi satu lagi cerita urban legend daripada negara matahari terbit yang bertajuk Cow's Head atau lebih dikenali sebagai Gozu. Dalam terjemahan dalam bahasa sebagai Kepala Lembu.

Ia merupakan sebuah cerita urban legend Jepun yang agak sukar nak diceritakan apabila tak ramai yang mengetahui keseluruhan cerita berkenaan serta cerita ia bakal mengundang perkara yang buruk sehingga membawa kepada kematian buat mereka yg membaca mahupun mendengarnya.

Cerita ini dimulaikan dengan seorang guru sekolah yang membawa murid-muridnya ke lawatan sambil belajar. Untuk menceriakan lagi murid-muridnya agar tak bosan sepanjang perjalanan, beliau mengambil keputusan untuk menceritakan sebuah cerita seram.

Beliau menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Cow's Head. Dengan bersemangat dia menceritakan kepada murid-muridnya dan murid-muridnya mendengarnya dengan teliti dan menggerunkan.

Dengan tiba-tiba dalam pertengahan penceritaan, mereka mulai terjerit-jerit ketakutan dan ada mereka menangis merayu kepada guru mereka untuk menghentikan bercerita. Akan tetapi guru mereka bakal dirasuk dan terus-menerus cerita berkenaan sebelum semua menjadi gelap apabila guru berkenaan tak sedarkan diri.

Apabila guru itu sedar,dia berlumur darah dan terbaring di tepi jalan apabila bus sekolah berkenaan telah terbabas ke dalam sebuah parit. Pemandu bas dalam keadaan tak sedarkan diri dalam keadaan parah. Manakala muridnya semua cedera parah dengan mulut yang berbuih dan mengerakan tubuh badan mereka seakan kena sawan.

Apabila mereka semua dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada satu pun muridnya ingat dengan cerita berkenaan apabila ditanya semula. Guru berkenaan? Dia tak berapa ingat jalan cerita Cow's Head.

Ia tak dapat dipastikan bila cerita ini dimulaikan apabila ada yang mengatakan cerita ini telah berusia  beratusan tahun yang menceritakan mengenai Gozu iaitu satu semangat atau roh jahat yang berkepala lembu.

Manakala ada yang mengatakan cerita ini pernah diterbitkan dalam koleksi cerita pendek oleh penulis misteri akan tetapi tiada satu pun penulisan berkenaan itu ada atau wujud apabila kebanyakan karya itu dimusnahkan atau dibakar.

Cerita urban legend ini tiada kaitan dengan sebuah filem pada tahun 2003 arahan Takashi Miike dengan nama yang sama.

Ia mustahil buat kita untuk mengetahui keburukan cerita ini dan hentikan mereka yang nak menceritakan cerita ini sebelum ia terlambat. 

Khamis, 10 November 2022

Tomino's Hell.


Salam Malam Jumaat, 

Tomino's Hell atau dikenali sebagai Neraka Tomino adalah sebuah cerita terkenal dari negara matahari terbit iaitu Jepun mengenai sebuah sajak penuh dengan sumpahan yg menyeramkan.

Ia sebuah sajak yang terbaik dibaca di dalam minda daripada membacanya secara kuat dan jelas atau kamu bakal menanggung akibatnya sendiri.

Sajak "Tomino's Hell" (トミノの地獄) ini ditulis oleh Yomota Inuhiko (四方田 犬彦) di dalam sebuah buku yang bertajuk "The Heart is Like a Rolling Stone" (心は転がる石のように) malah ia termasuk di dalam Saizo Yaso's (西條 八十) 27 koleksi sajak pada tahun 1919.

Ia tak dapat dipastikan bila masanya khabar angin mengenai sajak ini dimulakan akan tetapi amaran keras dikeluarkan pada permulaan sajak, "Jikalau kamu membaca sajak ini jelas dan kuat, perkara yang tragik (凶事) bakal berlaku". Ia seakan-akan sebuah sumpahan.

Cerita ini pernah menjadi popular di sebuah forum di Jepun iaitu 2Chan dan ramai yg mengambil gambar serta video sebagai bukti di forum berkenan. Ramai yg menyangkalkan kewujudan sumpahan berkenaan apabila tiada apa-apa berlaku. Namun ada mereka yang berkongsi di sana tidak lagi kembali ke forum berkenaan seperti ghaib begitu sahaja. Malah ada penjelasan mengatakan mereka ini telah jatuh sakit dengan penyakit yang kronik malah ada mereka telah meninggal dunia.

Jikalau nak baca, disarankan untuk membacanya dalam bahasa Inggeris daripada dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Jepun.


トミノの地獄

Tomino no Jigoku (Tomino's Hell)

---

西條八十

Saijo Yaso

詩集「砂金」より

---


姉は血を吐く、妹(いもと)は火吐く、

ane wa chi wo haku, imoto wa hibaku,

His older sister vomited blood, his younger sister vomited fire,


可愛いトミノは 宝玉(たま)を吐く。

kawaii tomino wa tama wo haku

And the cute Tomino vomited glass beads.


ひとり地獄に落ちゆくトミノ、

hitori jigoku ni ochiyuku tomino,

Tomino fell into Hell alone,


地獄くらやみ花も無き。

jigoku kurayami hana mo naki.

Hell is wrapped in darkness and even the flowers don't bloom.


鞭で叩くはトミノの姉か、

muchi de tataku wa tomino no ane ka,

Is the person with the whip Tomino's older sister,


鞭の朱総(しゅぶさ)が 気にかかる。

muchi no shubusa ga ki ni kakaru.

I wonder whose blood is on it?


叩けや叩きやれ叩かずとても、

tatakeya tatakiyare tatakazu totemo,

Hit, hit, without hitting,


無間地獄はひとつみち。

mugen jigoku wa hitotsu michi.

Infinite Hell's one road.


暗い地獄へ案内(あない)をたのむ、

kurai jigoku e anai wo tanomu. 

Would you lead him to the dark Hell,


金の羊に、鶯に。

kane no hitsuji ni, uguisu ni.

To the sheep of gold, to the bush warbler.


皮の嚢(ふくろ)にやいくらほど入れよ、

kawa no fukuro niya ikura hodo ireyo,

Fit as much as you can into the leather sack,


無間地獄の旅支度。

mugen jigoku no tabijitaku.

For the preparation of the journey in the familiar Hell.


春が 来て候(そろ)林に谿(たに)に、

haru ga kite soro hayashi ni tani ni,

Spring is coming even in the forest and the stream,


暗い地獄谷七曲り。

kurai jigoku tani nana magari.

Even in the seven valley streams of the dark Hell.


籠にや鶯、車にや羊、

kago niya uguisu, kuruma niya hitsuji,

The bush warbler in the birdcage, the sheep in the wagon,


可愛いトミノの眼にや涙。

kawaii tomino no me niya namida.

Tears in the eyes of cute Tomino.


啼けよ、鶯、林の雨に

nakeyo, uguisu, hayashi no ame ni

Cry, bush warbler, toward the raining forest


妹恋しと 声かぎり。

imouto koishi to koe kagiri.

He shouts that he misses his little sister.


啼けば反響(こだま)が地獄にひびき、

nakeba kodama ga jigoku ni hibiki,

The crying echo reverberates throughout Hell,


狐牡丹の花がさく。

kitsune botan no hana ga saku.

The fox penoy blooms.


地獄七山七谿めぐる、

jigoku nanayama nanatani meguru,

Circling around Hell's seven mountains and seven streams,


可愛いトミノのひとり旅。

kawaii tomino no hitoritabi.

The lonely journey of cute Tomino.


地獄ござらばもて 来てたもれ、

jigoku gozaraba mote kite tamore,

If they're in Hell bring them to me,


針の御山(おやま)の留針(とめはり)を。

hari no oyama no tomehari wo.

The needle of the graves.


赤い留針だてにはささぬ、

akai tomehari date ni wa sasanu,

I won't pierce with the red needle,


可愛いトミノのめじるしに。

kawaii tomino no mejirushini.

In the milestones of little Tomino.


---

Agak menyeramkan bukan? Maksudnya daripada cerita budak perempuan jatuh ke neraka kepada cerita mengenai zaman perang dunia ke2 dimana seorang abang terpaksa meninggalkan adik-beradiknya di kampung halaman.

Malah sajak ini pernah di adaptasi di dalam sebuah manga yang mempunyai tajuk yang sama akan tetapi ia adalah manga aka komik yang sukar nak cari. Malah beberapa membuat video dan lagu mengenai sajak sumpahan ini. 

Ada beberapa variasi penjelasan mengenai sebab dan tujuan sajak ini ditulis oleh penulisnya. Dimana kamu boleh jumpa di YouTube, tapi saya sarankan YouTube Kowabana mengenai penjelasannya yang lebih terperinci dan jelas.

Dengan ini selesai informasi mengenai cerita urban legend daripada Jepun. 

Isnin, 7 November 2022

SALAM SEMUA.

 Nampak gayanya saya boleh menulis balik di blogspot.

Maaf agak lama saya menghilang dan tak update blog ni atas sebab kerja pada tahun 2018. 2019 pula covid. 2020 laptop meninggal dunia.

Saya akan terus menulis apabila saya terbaca beberapa ulasan di blogspot yg positif termasuk juga yg trolling.

Bahan penulisan bukan di laptop sebaliknya saya tulis dalam buku latihan. Kalau ada masa maka saya akan berkongsi balik. Selain itu saya akan tanya member atau penulis cerita seram jikalau mereka sudi menyumbangkan bahan penulisan ke blogspot saya ni (tapi tak janji).

Pengkongsian agak simple sahaja sebab fungsi pada blogspot pada 📱 agak limited. Maaf dengan penggunaan ayat dan bahasa sebab saya sukar nak ikut pengedaran masa terutamanya penggunaan bahasa Malaysia moden. Selain itu penulisan saya agak lapuk sebab lama tak menulis. 

Macam biasa saya hanya berkongsi setiap malam Jumaat sahaja. 

Khamis, 30 Ogos 2018

Salam Malam Jumaat


Salam Malam Jumaat semua,

Saya ingin memberitahu bahawa yang saya akan mengambil cuti daripada menulis blog ini buat sementara waktu apabila saya akan bekerja di luar kawasan. Iaitu di kawasan agak pendalaman dan saya tak ingin menbawa laptop saya ke sana atas faktor keselamatan walaupun laptop agak lapuk. Di sebabkan saya tak tahu langsung keadaan di sana serta keadaan internet serta line di sana macam mana. Jadi ia kira keputusan yang bijak untuk memberhentikan dahulu daripada update. 

Sekurangnya ia memberikan saya masa nak berehat walaupun seminggu sekali, saya kongsikan di blog ini. Selain itu jikalau saya dengar sebarang cerita seram di tempat kerja saya ini, saya akan kumpul dulu sebelum saya kongsikan di blog ini. Nampak saya tak akan nikmati bed time story, cerita seram seperti creepypasta dan mj12. Apabila saya sendiri maklum dimana saya bekerja ini dan taboo kena ikut apabila ia pernah terjadi dan belajar daripada pengalaman. 

Seberang jenis research saya akan berhenti termasuk juga kepercayaan, mitos dan lagenda. Apabila ia mengambil masa nak tulis, translate dan taip disini. Kerja di sana agak banyak dan kena multi task, tapi ia adalah perkara biasa terutamanya dalam pekerjaan yang saya pilih ini walaupun separa pakar. 

Oleh itu, harap bersabar dimana saya akan kembali apabila saya ada mood dan ada bahan yang menarik yang saya nak kongsikan. Saya sedia maklum bahawa saya boleh update menggunakan handphone, akan tetapi ia agak mustahil nak taip di sana apabila saya sudah biasa menggunakan keyboard. Kira habit apabila terbiasa menekan papan kekunci ini. Saya sudah sedia maklum di Facebook terutamanya di group dimana saya sebagai admin dengan keadaan saya ini. Saya akan mulakan kerja saya pada 1st September 2018.

Harap kamu semua boleh bersabar dan terima kasih dengan menyokong blogspot ini walaupun di dalam keadaan cctv. Sekadar membaca dan tak memberikan sebarang komen ataupun pendapat. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi saya apabila saya mulai menulis blog ini sejak 2012 lagi. Apa-apapun terima kasih dan harap bersabar, apabila keadaan dah bertambah baik barulah saya akan sambung menulis. 

Khamis, 23 Ogos 2018

Makanan


Salam Malam Jumaat semua,

Apa itu makanan? Makanan itu nyawa, tanpa makanan kita akan mati. Semua mahluk yang hidup memerlukan makanan untuk hidup baik tumbuhan, haiwan malah mahluk halus. Apa yang kita tahu secara stereotype adalah darah. Ya ia adalah salah satu makanannya tapi tak semua tahu yang sebenarnya bukan sahaja darah malah ada lagi beberapa yang saya bakal kongsikan. Buat mereka yang gila nak memuja ataupun memanggil makhluk halus ni, baik lupakan sahaja, lagipun ia adalah pekerjaan yang sia-sia dan tak membawa sebarang hasil. Walaupun saya pernah kongsikan yang berkaitan beberapa tahun yang lalu di blog ini, 50/50 nak ubah post tersebut. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang ini terutamanya golongan belianya. 

Dalam agama Islam ada mengatakan kita untuk menjaga kebersihan terutamanya di rumah. Sebab mahluk halus atau dikenali sebagai jin ini, suka kepada tempat-tempat yang kotor apabila ia tempat ia tinggal dan makan. Oleh itu tandas sering kali menjadi pilihan buat jin ini, air kecing dan najis merupakan salah satu daripada makanan mereka ini. Tapi ia berbeza dengan mahluk halus yang tinggal bebas di hutan atau busut, yang menanggapnya sebagai kotor. Itulah berlakunya kes dimana kemaluan membengkak dan perut menjadi busung. Sebab sekarang logik, jikalau ada orang luar datang terus melepaskan hajat besar / kecil di depan pintu rumah kamu ataupun di atas tempat tidur kamu. Semestinya kamu marah jadi kamu akan membalas juga. Berbalik kepada kebersihan, menjaga kebersihan bagi mengelakkan daripada benda yang tak patut tinggal di rumah kita. Jikalau ada urusan walaupun sekejab maka tutup makanan itu daripada membiarkan begitu sahaja, jika tidak jin ini akan mengganggu kita dan makanan kita juga dikotorkan terutamanya makanan yang ditinggal ataupun dibiarkan begitu sahaja. Jin akan datang menjilat makanan itu sebelum kita memakan makanan ini. Oleh itu bacalah"Bismillah" semasa nak letakkan makanan itu mahupun sebelum menjamahnya bacalah doa makan bagi mengelak daripada jin dan syaitan menjamah bersama. 

Dengan keadaan sekarang ini, ramai lebih memilih untuk makan diluar apabila sibuk dengan urusan mencari rezeki dan golongan yang tak tahu nak masak. Makanan diluar pun boleh memberikan impak buat kepada diri mahupun kesihatan juga. Apabila dunia serba moden sekalipun, persaingan itu tak boleh dielakkan selain daripada penggunaan sihir untuk menjatuhkan persaingan malah ada memgambil langkah dengan mengunakan pelaris. Sama ada bantu barang-barang yang sudah di sihir ataupun dipuja sebelum dimasukkan ke dalam makanan ataupun menggunakan bantuan mahluk halus. Makanan yang dihasilkan memang teramat sedap sekali membuat pelanggan menjadi ketagih untuk membeli makanan ini. Walaupun makanan itu biasa-biasa sahaja dan ada juga melarang pelanggan membawa balik makanan yang disajikan. Bagi mereka yang pernah menonton wayang Indonesia "Wujud", dimana ada babak di dalam warung. Apabila ada mahluk halus menjilat makanan atau ada kes dimana dikencing pada makanan agar perniagaan itu laris. Tak semua mempunyai kelebihan melihat ini jadi ramai tak tahu, selain itu jika kamu terlihat kertas yang ditampalkan di dinding dimana kelihatan seperti ayat-ayat Al-Quran akan tetapi ia bukan sama sekali. Ia dikenali sebagai Wafak dimana terlukiskan bentuk-bentuk seperti haiwan dan lain-lain, ia bukan ajaran Islam sebaliknya kepercayaan pra Islamik di nusantara. Bagi yang tak tahu dengan menanggap sebagai ayat Al- Quran padahal ia adalah bukan. Ada mereka menggunakan sebagai pelaris peniagaan, ia salah dalam agama. Lebih baik minta dengan Maha Esa dengan berdoa dan bekerja keras, barulah Allah makbulkan dan rezeki masuk. 

Ada satu makanan dimana mahluk halus ini paling suka dimana rata-rata tak sedar memberikan makanan ini secara percuma. Ia adalah asap. Asap daripada setanggi, kemenyan dan rokok. Jikalau ada bacaan ayat-ayat Al-Quran semasa membakar setanggi atau kemenyan ini, mahluk halus tak akan menggangu malah mengelak daripada dekat. Apa jikalau kemenyan digunakan untuk memanggil mahluk halus ini maka ia akan datang, siapa tak nak datang jikalau diberikan makanan secara percuma. Makanan percuma daripada asap rokok, lagi-lagi mereka perokok tegar. Walaupun berbagai-bagai jenis nasihat ataupun alasan kesihatan malah harga dinaik sekalipun ada juga sanggup ikat perut untuk melepaskan gian, jikalau boleh satu kotak rokok dihabiskan. Walaupun difatwakan sebagai haram, tapi masih ada mereka menghisap rokok walaupun tahu ia adalah haram. Walaupun orang itu daripada golongan yang alim dan faham agama, tapi merokok tanpa rasa bersalah. Maaflah jika terasa tapi ia adalah fakta. Asap rokok atau vape, sama juga tu. Hembus pun asap juga, asap tu tetap makanan sukaan jin dan mahluk halus ini. Sambil kamu sembur asap keluar, ada seekor jin akan makan bersama-sama dengan kamu. Secara tak langsung menjadi kawan baik kamu juga. Apabila banyak kes telah berlaku dan ia bukan berlaku kepada seorang sahaja. Persoalannya masih lagi nak merokok selepas mendapat tahu kamu memberikan makanan kepada syaitan, iblis dan jin?

Sebelum saya menghabiskan pendapat saya ini, saya ini bagi nasihat buat mereka diluar sana. "Berbuat baik biar berpada dan berjahat, jangan sekali" terutamanya dengan keadaan sekarang yang suka membawang. Berjaga-jaga dengan makanan dan minuman di tempat awam, takut ada mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi sama ada nak menyakiti mahupun menjadikan kamu sebagai kekasih. Ada barang-barang sihir digunakan khas untuk makanan dan minuman diantaranya adalah santau. Santau makanan dimana digunakan untuk menjatuhkan orang lain sama ada ditempat kerja, persaingan mahupun iri hati sekalipun. Selain itu ada mengunakan santau sebab nak si mangsa sukakan orang yang mengantar santau tersebut, walaupun pada salah ditolak mentah oleh si mangsa. Akhirnya si mangsa sujud dan meminta si penghantar untuk menerima cintanya. Ia seseuatu yang sukar sekali diubati terutamanya dalam perubatan alternatif ini. Jikalau ada jalan semesti ada jalan memulihkan mereka yang menjadi mangsa santau. Jikalau dibiarkan lama ia akan memudaratkan si mangsa sampai meninggal dunia ataupun memberikan peluang kemenangan kepada penghantar santau ini. Tapi pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ataupun tunggu Allah bayar cash sahaja. Apa-apa pun jaga makanan dan minuman kamu, lagipun hati lain-lain. Lebih baik berjaga-jaga sahaja.

Dengan ini sekali lagi saya ulang, sila jaga kebersihan khas buat kaum wanita. Bila datang bulan, jangan tahu nak marah-marah sahaja. Tahu ia adalah sakit tapi bukan kamu sahaja alami malah semua wanita pun alaminya. Allah bagi kamu cuti daripada solat dan puasa, manakala kaum lelaki tiada alasan nak cuti sebab mereka tak merasai apa kaum wanita perlu lalui setiap bulan. Apa-apa pun sila jaga kebersihan diri dan cuci sehinggakan bersih terutamanya tuala wanita ini. Jika dibiarkan ia memberikan peluang kepada mahluk halus iaitu jin untuk memakannya sebab darah itu adalah salah satu makan kesukaan mereka ini. Selain itu darah daripada luka, pastikan dibersihkan dengan mencucinya dengan air sehingga bersih sebelum membuangnya di tong sampah sebab ia membawa efek yang sama juga. Darah itu adalah nyawa kita, tanpanya kita mati. Jadi bersihkan dahulu sampai bersih sebelum membuangnya. 

Sampai disini sahaja saya berkongsi mengenai makanan baik kita manusia mahupun mahluk halus ini. Ia daripada pengalaman dan cerita dimana saya pernah dengar terutamanya di Misteri Jam 12 Malam. Jaga kebersihan dan berjaga-jaga dengan makanan yang kita makan di luar serta tutup makanan kita apabila kita tak tahu niat orang lain macam mana baik orang itu kawan baik sendiri. Jin dan mahluk halus ini mempunyai makanan yang mereka sukai, jikalau boleh elakkan memberikan makanan ini secara sengaja mahupun tak. Ada banyak lagi saya tak ingin jelaskan apabila bagi yang Islam sudah sedia maklum dimana ada diajar apakah makanan syaitan, iblis dan jin ini. Jikalau kamu tidur dalam kelas agama tu, pandai-pandai cari (dengan renungan menyindir). Sekian sahaja buat malam ini dan Salam Malam Jumaat semua.

Khamis, 16 Ogos 2018

Cabaran

Salam Malam Jumaat


Apa itu cabaran? Cabaran adalah sesuatu buat seseorang itu membuktikan diri mereka ini hebat ataupun sebaliknya. Di dalam baba paranormal dan supernatural, cabaran memainkan peranan dimana ada individu mahupun golongan / kumpulan itu membuktikan satu subjek mahupun menguji keberanian. 

Cabaran selalunya dalam bentuk wang ataupun kelebihan untuk "Bragging rights" kepada orang lain mahupun kumpulan lain. Adakalanya cabaran ini memakan diri mahupun orang lain. Apabila cabaran untuk tempat-tempat yang mempunyai sejarah gelap, keras mahupun berpuaka. Bagi mereka ini sekadar memenuhi cabaran yang diberikan tanpa sebarang ilmu mengenai dunia paranormal dan supernatural. Kebanyakkannya akan pergi atau terjah ke tempat-tempat ini, ala-ala kumpulan paranormal yang professional. Atas alasan "Adventure" dan darah muda ingin tahu.

Oleh kerana takut dipandang rendah oleh pencabar, maka cabaran itu dilakukan tanpa memikirkan risikonya sama ada ganjaran wang mahupun rasa hormat berpanjangan. Dengan memasuki kawasan ataupun melakukan "challenge" seram, untuk membuktikan sesuatu pandangan. Sama ada berlakunya kejadian paranormal mahupun tidak itu terpulang sama ada kena secara direct mahupun tidak. Jika kena pada empunya diri sekurang-kurangnya demam selama 2 minggu mahupun tidak lagi mengulangi atau melakukan cabaran ini. Jika tidak pun ada kemungkinan tinggi ia berlaku kepada orang rumah, dengan gangguan kelibatan, keadaan rumah mulai menjadi panas dan berlakunya kerasukkan dimana ia lebih teruk. Apabila dipanggil oleh pakar perubatan alternatif, puncanya daripada cabaran dimana empunya diri yang buat. 

Cabaran ataupun dikenali yang menjadi trend "Challenge" yang banyak disiarkan di Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan sosial media. Lebih-lebih dahulu ada beberapa cabaran seram iaitu "Charlie Charlie" dan pada masa sekarang iaitu "Momokun". Dimana kebanyakkan adalah palsu dan dilakukan oleh troll. Kecuali mainan yang memanggil roh, jikalau di barat ia berlainan oleh kerana kepercayaan di Asia lebih menebal kebanyakkan cabaran ini berjaya disini daripada di barat. Apabila yang dipanggil itu bukan apa yang diharapkan terutamanya memanggil roh, semangat ataupun hantu. Seperti mana kita tahu jin akan mengambil kesempatan dan ia memberikan kebenaran kepada mahluk ini untuk menduduki tubuh badan kita mahupun rumah. Ia memang sukar nak halau. Kes bagi momokun pula adalah seorang manusia yang mempunyai masalah mental dibawak bersembang dengan kamu dengan harapan menakutkan dan menyerang secara psikologi mental untuk membunuh diri. Atas apa alasan sekalipun jangan gatal tangan nak chat dengan mereka yang tidak siuman ini.

Kesimpulannya, cabaran ini tak membawa sebarang kebaikkan kepada diri. Jikalau tujuan nak popular, baik lupakan sahaja selain daripada membuang masa dan ia tidak membawa sebarang jenis kebaikkan pada diri juga. Bukan sahaja menyahut cabaran paranormal malah cabaran tarian, memakan barang yang bukan makanan dan lain-lain. Ia tak membuat kamu hebat, dihormati serta disanjungi sebaliknya ia membuktikan kepada dunia mentaliti dan sikap kamu macam mana kepada dunia. Sebelum melakukan sebarang jenis cabaran, fikir sedalamnya dan risiko. Jangan mementingkan diri sendiri dan kena fikirkan orang lain juga, Its just a one thing, its didn't last long so it's not worthy.