Khamis, 28 Januari 2016

Larangan


Salam Malam Jumaat, 

Pada satu ketika dahulu, orang tua-tua sering kali berpesan agar balik sebelum terbitnya matahari di waktu senja ataupun balik sebelum azan maghrib terutamanya yang tinggal di kampung. Mereka khuatir anak-anak kecil berlanggar dengan anak-anak jin mahupun mengelak daripada anak-anak ini dari disembunyikan oleh hantu yang sering kali dikaitkan dengan kehilangan iaitu Hantu Kopek serta dikenali sebagai Hantu Tetek.

Hantu Kopek ini adalah salah satu mahluk halus yang suka menganggu manusia dan hantu ini sering kali menyerupai seperti seorang wanita tua yang mempunyai kopek (buah dada, payudara) yang besar dimana ia menyembunyikan mangsa disebaliknya. Ia adalah hantu yang hidup dengan besar dan tidak bertuan.

Ada versi mengatakan hantu ini mempunyai rupa paras seperti seorang perempuan tua yang teramat hodoh, sangat tinggi, berbogel menunjukkan badannya yang berbelang hitam putih dan gemar bersembunyi di sebalik pokok-pokok di tepi jalan dikala malam hari.Ia mempunyai rambut yang mengerbang & panjang sehinggakan kakinya, kuku yang panjang & tajam dan di tangan kanannya memegang kain putih (kain kematian) yang dikenali sebagai kain kafan. Pakaiannya pula hanya menutupi kawasan dari pinggang ke lutut. Payudaranya bergayut sehinggakan mencecah ke pusat dan kelihatan seperti labu air yang besar. Ia suka duduk mencangkung disebalik  pokok sementara menanti mangsanya datang ke kawasan tersebut.

Apabila seseorang melalui kawasan itu, Hantu Kopek akan mengoncangkan pokok, lalu menghayunkan payudaranya untuk menolak mangsa tersebut sehinggakan terjatuh ke tanah. Apabila mangsanya bangun, hantu ini akan mengulangi perbuatannya sehingga mangsa melarikan diri. Mangsa yang disembunyikan oleh hantu ini, kebiasanya boleh melihat orang-orang yang sedang mencarinya akan tetapi tak mampu berkomunikasi dengan mereka.

Mangsa bagi hantu ini kebiasanya adalah remaja dan anak-anak kecil. Oleh itu tidak hairan mengapa orang tua-tua berpesan dan melarang anak-anak ini daripada balik lewat malah melarang mereka ini daripada bermain dikala cuaca berjerebu dan waktu maghrib dimana hantu ini paling aktif sekali dan mencari mangsanya.

Jika berlakunya anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang  hilang dikala senja hari, ia menjadi adat bagi sesetengah pihak untuk mencari mereka yang hilang itu dengan cara membunyikan gong, loyang ataupun dulang tembaga. Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan hantu tersebut menari-nari sambil melompat-lompat dan ini akan menyebabkan mangsa yang tersembunyi di sebalik payudaranya, terjatuh ke tanah dan akan ditemui di tempat-tempat gelap, belakang pintu, di dalam semak, di bawah pokok mahupun tempat-tempat si mangsa hilang.

Selain daripada itu ada yang meminta pertolongan mereka yang pakar mahupun tok iman mencari mereka yang hilang itu selain daripada mengazankan kawasan dimana mangsa itu hilang selain daripada meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Hantu ini akan lari meninggalkan mangsanya apabila tidak tahan dengan “panas” ataupun meninggalkan mangsanya pada masa tertentu.

Daripada pengalaman si mangsa, kebiasanya mereka melihat seorang wanita tua bersama mereka sentiasa dan memberikan mereka makanan & minuman. Akan sebaliknya ia hanyalah penipuan sahaja dimana Hantu Kopek itu memberikan mereka cacing, najis dan air kencing. Maka tidak hairanlah apabila mangsa yang ditemui kelihatan lemah sebalik sahaja dia diselamatkan. Si mangsa akan memuntahkan segala isi perutnya yang ternyata kotor sekali daripada apa yang diberikan oleh hantu ini. Si mangsa biasanya akan dipulihkan semangatnya dan diberikan air bacaan untuk diminum.

Ada versi lain yang mengatakan hantu yang berwarna kelabu yang gemarkan darah dan kanak-kanak dikaitkan dengan ahli sihir perempuan tua yang bernama Rangda (mengikut mitos orang Bali), dimana ia boleh dilihat menari-nari dengan keadaan payudaranya yang lanjut berjuntaian dan terhayun-hayun di dalam tarian yang dipersembahkan oleh pertunjukkan kebudayaan di Bali. Ia juga mempunyai versi yang lain daripada berlainan negara mahupun budaya seperti di dalam cerita rakyat Slavic (Rusia) iaitu Baba Yaga, dimana ia adalah ahli sihir perempuan dimana berusia tua yang terbang dengan menggunakan lesung kayu dan menumbuk lesung kayu sebagai menariknya dimana dipercayai menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

Tahukan anda bahawa, Hantu Kopek mempunyai versi jantan yang dikenali sebagai Hantu Kangkang. Hantu ini akan menyerang mangsanya dengan mengunakan kemaluannya yang besar dan adakalanya akan menyembunyikan mangsanya disebalik kemaluannya juga. Cara menyelamatkan mangsanya pun sama dengan Hantu Kopek. Infomasi mengenai hantu ini tidak banyak diketahui.

Larangan ataupun petua orang tua-tua ini mempunyai maksudnya tersendiri dimana ia adalah untuk kebaikkan anak-anak mereka juga. Tiada satu ibubapa ingin anaknya hilang dan keselamatan anak-anak adalah tanggung-jawab mereka. Percaya mahupun tidak itu terpulanglah lagipun tiada sesiapa ada hak memaksa kamu untuk mempercayainya. Semua pun bermula daripada kita sendiri juga.

Sumber:
1.    33 Hantu oleh Kumpulan Seekers.
2.    The Malaysian Book of The Death by Danny Lim.
3.    Cerita-cerita yang saya pernah dengar.
4.    Wikipedia.org

Khamis, 21 Januari 2016

2 sentence horror

Salam Malam Jumaat, 

















Memberi Salam


Salam Malam Jumaat, 

Orang tua-tua sering kali berpesan untuk memberikan salam sama ada kita pergi ke rumah orang lain mahupun di rumah sendiri termasuk juga ditempat-tempat yang asing ataupun ditempat yang baru. Malah kita disuruh untuk memberikan salam sebelum memasuki hutan, kubur dan gua. Selain sahaja kita memberitahu kehadiran kita malah kita dikira berbudi bahasa daripada bersikap biadap.

Ada yang tidak sedar bahawa kita berkongsi di dunia ini dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain seperti tumbuhan, haiwan serta mahluk-mahluk dimana manusia terbatas daripada melihatnya dengan pancaindera kita kecuali mereka yang terpilih. Semestinya mereka ini mengerti apa yang diucapkan oleh kita manusia melalui caranya tersendiri.

Tanpa memberikan salam, kita boleh dilabelkan agak biadap mahupun mencerobohi rumah mahupun kawasan mereka ini tanpa diundang secara tak langsung mereka membuat tindakan untuk menyedarkan dan mengingatkan tempat kita berada di mana. Apabila gangguan dimulakan oleh kita manusia dahulu maka mereka akan membalas dengan gangguan yang sama.

Memberikan salam sebelum  memasuki rumah kita memang digalakkan sekali, apabila diluar sana ada banyak mahluk-mahluk halus yang berkeliaran. Jika ia berminat dengan kamu, ia akan mengekori mahupun mengikuti kamu balik dan terus tinggal di kamu itu terutamanya jika kamu baru balik daripada kubur, hutan, kawasan yang sunyi serta gelap dan tempat yang mempunyai sejarah hitam.

Dengan memberikan salam sekurang-kurangnya benda yang mengekori kamu balik dapat dihalang daripada terus memasuki rumah kamu, itu pun selepas membaca doa-doa tertentu (mengikut bacaan suci ataupun pelindung berdasarkan agama yang dianuti) untuk memastikan daripada ia ikut memasuki rumah kamu.

Selain daripada memberitahu kehadiran mahupun kepulangan kamu, memberikan salam itu adalah jalan terbaik sekali dan menghalang daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku tak mengira daripada bentuk fizikal mahupun yang ghaib. Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, apa-apa pun semua bermula daripada kita juga dan lebih baik berhati-hati sahaja daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Khamis, 14 Januari 2016

Jangan Ditegur


Salam Malam Jumaat,

Orang tua-tua sering kali berpesan dengan kita apabila kita terlihat, terhidu dan terdengar sesuatu yang ganjil. Jangan sesekali menegurnya serta lebih baik kita berdiam diri dan buat-buat kamu tidak melihat, terhidu dan terdengar.

Semua kejadian yang tidak diingini berlaku mahupun gangguan pun semuanya bermula apabila kita menegur. Walaupun semua bermula dariapda perasaan ingin tahu adakalanya boleh mengkianati diri kita sendiri.

Selalunya kes yang berlaku apabila berlakunya gangguan bermula daripada ditegur mahupun menegur. Apabila kita terlihat, terhidu mahupun terdengar sesuautu yang ganjil terus kita menegur agar kita tahu apakah benda itu. Tak kiralah secara biasa mahupun memuji.
Contohnya ketika di dalam hutan, kubur, sungai, laut, gunung, bukit, gua, tempat-tempat yang sudah lama ditinggalkan mahupun terbiar, tempat berlakunya kematian (hospital) dan tempat-tempat yang sunyi hanya pada malam hari.

Benda-benda halus ini pantang sekali ditegur apabila ia beranggap kamu bertindak biadap apabila kamu menegur apa yang ia lakukan dan kamu bakal diganggu semata-mata ia ingin mengajar kamu akibat bersikap biadap. Punca kedua pun alam manusia dan alam ghaib adalah dua alam yang teramat berbeza dimana satu sama lain tidak boleh dilihat sama sekali. Apabila kita manusia menegur, kamu telah menyatakan secara terbuka yang kamu melihat mahluk halus itu. Bagi kita tahu mahluk halus ini tak boleh dilihat oleh mata kita sendiri maka peraturan bagi kedua-dua alam itu menjelaskan kita tak boleh melihat satu sama lain ataupun bersemuka. Apabila mahluk halus itu mendapat tahu yang kita menegurnya, ia akan menganggu apabila kita tahu kehadirannya.

Jadi lebih baik kita sahaja mengetahuinya dan Jangan kamu menehurnya. Jika kamu seorang maka kamu seorang sahaja yang kena manakala jika kamu berkumpulan maka sekumpulan itu akan diganggu. Tak kisah sesiapa yang menegurnya sekalipun, semua akan menerima tempiasnya. Berdiam daripada menyusahkan orang lain, sekurang-kurangnya kamu boleh mengelak daripada kejadian yang lebih teruk daripada berlaku.

Setiap pesanan orang tua-tua ada sebabnya mengapa dan percaya mahupun tidak itu terpulang jika kita mahu mempercayai ataupun tidak. Sediakan payung sebelum hujan dan janganlah kita menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain. Asalkan Jangan Tegur.

Khamis, 7 Januari 2016

Hormat-menghormati

Salam Malam Jumaat,

Tak kira sesiapa sekalipun, kita ingin dihormati manakala jika kamu biadap mahupun kurang ajar bererti kamu mencari masalah itu sendiri. Hidup ini kita harus saling menghormati satu sama lain walaupun ia berbeza pada era sekarang apabila maaflah mulai menjadi lebih biadap daripada sebelumnya terutamanya generasi yang lebih muda. Dari perbuatan kepadda cara percakapan yang menjadi punca yang tidak diingini berlaku apabila perasaan hormat itu tiada.

Dunia yang kita tinggal bukan sahaja adanya manusia malah kita berkongsi dengan haiwan, tumbuhan serta mahluk-mahluk dimana pancaindera kita sebagai manusia terbatas daripada melihatnya. Semestinya adalah salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa.

Selalu kesnya apabila anak-anak muda ingin mencari keseronokkan dengan melakukan satu perkara tanpa berfikir panjang. Darah muda didalam badan harus dikeluarkan dengan mengadakan cabaran ataupun menguji keberanian. Mereka akan pergi ke tempat-tempat yang dikatakan keras mahupun berpuaka, untuk mencari mahupun membuktikan bahawa mereka ini anak jantan dan semestinya tak ingin dilabelkan sebagai penakut. Perasaan tinggi diri dan bercakap besar di tempat-tempat berkenaan. Ada pula dengan biadap mengeluarkan bahasa kesat, mencabar, merosakkan, menghina dan bersikap kurang ajar. Antaranya merosakkan yang ada di sana contoh rumah ataupun bangunan yang sudah lama terbiar, dengan terjerit-jerit dan merosakkan apa yang ada di sana. Selain itu ada yang pula mencabar rakan-rakan mereka ini dengan mengunakan duit dengan memarahi, merosakkan dan paling teruk sekali mengijak kubur.

Maka balasannya dengan sepuluh kali ganda buat mereka ini apabila gangguan pada perbuatan yang dibuat oleh diri sendiri. Jika tidak pun ia akan menganggu kepada keluarga dan saudara terdekat. Itupun disebabkan daripada buatan diri sendiri, akhirnya masa dan wang perlu dibuang semata-mata memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh kebodohan diri sendiri juga.

Kes paling teruk pun jika berlaku kepada orang lain terutamanya anak gaids orang lain dimana dibawa bersama-sama untuk pergi adventure ke tempat-tempat yang berkenaan. Silap hari bulan buku lima melekat pada pipi apabila orang tuanya marah atas kebodohan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab apa yang kamu lakukan kepada anak mereka ini. Ada mereka ini, tidak tahu mahupun berani membuat apa-apa apabila gadis yang dibawa itu dirasuk mahupun disampuk oleh mahluk-mahluk yang ada di sana malah ada sanggup larikan diri dengan meninggalkan gadis tersebut kepada nasib yang tiada kepastian. Yang datang semula pun selepas mendapatkan mereka yang pakar mengenainya untuk membantu, tapi kebanyakkannya sudah terlambat.

Jika ada yang sedar dan insaf itu kira bersyukurlah akan tetapi ada mereka yang tidak mahu insaf ataupun masih meneruskan tanpa berfikir panjang dengan terus menyusahkan orang lain. Semua atas alasan ia tak perna berlaku kepada dirinya sendiri maka apa yang terjadi itu tidak benar walaupun adanya bukti. Maka orang seperti ini harus dihindari mahupun jangan kamu berkawan dengan mereka ini yang meneruskan kebodohan diri tanpa menghiraukan orang lain.


Apa-apa sekali pun kita hidup kena ada sikap hormat-menghormati, jika tidak kita tak akan dihormati oleh orang lain dan kita layak dipanggil sebagai manusia.

Khamis, 31 Disember 2015

Salam Malam Jumaat semua,


Salam Malam Jumaat semua buat pembaca dan pengunjung ke blog Salam Malam Jumaat. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. 

Lebaran baru pada buku yang baru, apabila buku tahun 2015 bakal habis. Ia tiba masanya kita memulis lembaran yang baru di buku tahun 2016. 

Azam baru untuk blog saya ini, akan diteruskan kecuali kejadian yang tak diingini dariapda berlaku. Saya akan terus berkongsi cerita-cerita seram, mistik, lagenda serta beberapa infomasi yang menarik buat tatapan pembaca pada setiap malam Jumaat. Teruskan memberikan sokongan kepada blog saya ini dan sila jadi follower agar kamu dapat info bila bahan baru bakal saya kongsikan. 

Terima kasih dengan terus mengunjungi blog saya dan terima kasih bersabar menanti bahan yang saya bakal kongsikan ini. Saya ingin memohon maaf jika saya pernah menyinggung mahupun terkasar bahasa sepanjang saya berkongsi di blog saya ini. Saya akan berusaha dengan terus mengekalkan blog ini adakalanya ia sunyi sekali. 

Sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada semua, harap kita boleh berjumpa lagi pada tahun depan. Terima kasih semua.

Mata / Deria ke-6



Salam Malam Jumaat,

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat sesetengah manusia yang terpilih. Manakala ada mereka mendapat kelebihan ini dengan kejadian yang tragis (selepas mengalami koma mahupun kecederaan yang hampir meragut nyawa), mendapat pada usia yang lewat, mereka yang ada mengamalkan ilmu, mereka yang mempunyai saka, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi terutamanya agama dan faktor keturunan.

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang unik apabila ada mereka ini sensitif pada keadaan sekeliling apabila deria-deria akan menjadi lebih peka. Kelebihan yang lain adalah kelebihan untuk melihat, berbicara dan merasakan kehadiran mahluk-mahluk halus. Selain itu ada mereka mempunyai kelebihan untuk meramal dan membaca fikiran orang lain yang dikenali ramai sebagai phychic.

Kanak-kanak sekitar usia 3-6 tahun mampu melihatnya akan tetapi deria ini akan hilang dengan sendirinya tapi jarang sekali berlaku apabila kelebihan deria ini dibawa sehinggakan dewasa.

Mereka yang memiliki kelebihan deria ke-6 biasanya akan lebih suka menyendirikan diri mereka apabila diluar sana banyak yang tidak mahu mengerti kelebihan yang ada pada mereka apabila ada masyarakat akan memulaukan mereka yang ada kelebihan deria ke-6. Apabila tiada yang ingin memahami ataupun cuba fahami mereka ini.

Mereka yang ada kelebihan deria ke-6 , sering kali dipertikaikan pada kelebihan mereka ini apabila dikatakan suka menunjuk-nunjuk dan penipu. Oleh kerana ini mereka dipulaukan, akan tetapi mahluk halus ini lebih berasa kasihan dan sudi berkawan dengan mereka ini. Jika ada manusia yang faham itu tidak banyak, akan tetapi ada ramai yang suka mengambil kesempatan pada kelebihan yang ada pada mereka ini.

Ada mereka yang mampu mengawal kelebihan deria ke-6 manakala ada ramai memilih untuk menutup mahupun membuang deria ke-6 ini dengan meminta bantuan pada mereka yang mahir mahupun pakar mengenainya. Kebiasanya ibubapa yang mendapat tahu bahawa anak mereka mempunyai deria ke-6 ini akan berusaha mencari mereka yang pakar untuk membuangnya untuk kebaikkan anak mereka ini daripada terus menerima gangguan yang diterima apabila penampakkan mahupun ada mahluk halus ini ingin menjadi kawan. Dimana ia dilarang tegas daripada berlaku apabila ia boleh memudaratkan mereka yang ada deria ke-6 ini. Tapi kebanyakkan ibubapa pada era sekarang ini tidak ambil peduli langsung, apabila ada berfikiran bahawa anak-anak mereka ini sekadar nak perhatian sahaja.

Disini saya ingin kongsikan 2 cerita mengenai penampakkan roh mereka yang pulang ke rumah dimana disaksikan oleh kanak. Cerita pertama berlaku kepada diri saya sendiri dimana ibu saya menceritakan kepada saya manakala cerita kedua pula berlaku kepada sepupu lelaki saya sendiri semasa kematian nenek kami.

Cerita ini berlaku pada malam hari datuk (sebelah keluarga ibu saya) dikebumikan di kubur. Biasanya malam pertama ahli keluarga akan berjaga-jaga dirumah apabila kepercayaan cina percaya bahawa roh akan balik ke rumah. Ahli keluarga akan menanti kedatangan roh apabila ia balik ke rumah antaranya kelibat mahupun bau-bauan. Pada masa itu saya masih kecil lagi sekitar usia 2-4 tahun, pada masa berjaga itu saya dibawa tidur di dalam bilik dimana rumah nenek saya bertemankan ibu saya. Apa yang ibu saya ceritakan kepada saya, dengan tiba-tiba ibu saya ternampak saya terbangun daripada katil dan melambai-lambai pada sesuatu dimana ibu saya tak nampak. Gayanya melambai seseorang itu pergi. Pada keesokkan harinya ibu saya menceritakan kepada orang rumah, memang terkejut juga apabila kehadiran roh datuk saya di tempat yang tidak disangka.

Cerita kedua pula berlaku pada malam nenek (sama daripada keluarga ibu saya juga) selepas dikebumikan. Sama seperti yang saya jelaskan awal cerita, upacara berjaga dilakukan di rumah mendiang nenek saya. Kali ini berlaku kepada adik sepupu lelaki saya dimana pada usia sekitar 2-4 tahun juga, melambai-lambai pada sesuatu dimana dilihat oleh ibunya (mak cik saya) sambil berkata “Bye-Bye” pada sekitar tengah malam apabila dia dibawa ibunya tidur dahulu. Kejadian itu diceritakan oleh mak cik saya kepada kami sekeluarga yang ada di sana.

Percaya ataupun tidak itu terpulanglah, asalkan jangan kamu menyakiti perasaan mahupun membuli mereka yang ada kelebihan deria ke-6 ini. Sebabnya mereka ini adalah manusia juga akan tetapi mereka hanya mempunyai kelebihan yang dikurniakan kepada mereka oleh Yang Maha Esa. Ingat Tuhan itu Maha Adil, satu hari karma akan terkena pada diri sendiri atas perbuatan diri sendiri juga selain daripada menerima pembalasan daripada mereka yang mempunyai saka. Itu lebih kepada kes berat. Apa-apa sekalipun deria ke-6 ini sesuatu yang unik dimana tak semua yang dikurniakan dengan kelebihan ini.