Tak kira sesiapa sekalipun, kita ingin dihormati manakala jika kamu biadap
mahupun kurang ajar bererti kamu mencari masalah itu sendiri. Hidup ini kita
harus saling menghormati satu sama lain walaupun ia berbeza pada era sekarang
apabila maaflah mulai menjadi lebih biadap daripada sebelumnya terutamanya
generasi yang lebih muda. Dari perbuatan kepadda cara percakapan yang menjadi
punca yang tidak diingini berlaku apabila perasaan hormat itu tiada.
Dunia yang kita tinggal bukan sahaja adanya manusia malah kita berkongsi
dengan haiwan, tumbuhan serta mahluk-mahluk dimana pancaindera kita sebagai
manusia terbatas daripada melihatnya. Semestinya adalah salah satu daripada
ciptaan Yang Maha Esa.
Selalu kesnya apabila anak-anak muda ingin mencari keseronokkan dengan
melakukan satu perkara tanpa berfikir panjang. Darah muda didalam badan harus
dikeluarkan dengan mengadakan cabaran ataupun menguji keberanian. Mereka akan
pergi ke tempat-tempat yang dikatakan keras mahupun berpuaka, untuk mencari
mahupun membuktikan bahawa mereka ini anak jantan dan semestinya tak ingin dilabelkan
sebagai penakut. Perasaan tinggi diri dan bercakap besar di tempat-tempat
berkenaan. Ada pula dengan biadap mengeluarkan bahasa kesat, mencabar,
merosakkan, menghina dan bersikap kurang ajar. Antaranya merosakkan yang ada di
sana contoh rumah ataupun bangunan yang sudah lama terbiar, dengan
terjerit-jerit dan merosakkan apa yang ada di sana. Selain itu ada yang pula
mencabar rakan-rakan mereka ini dengan mengunakan duit dengan memarahi,
merosakkan dan paling teruk sekali mengijak kubur.
Maka balasannya dengan sepuluh kali ganda buat mereka ini apabila gangguan
pada perbuatan yang dibuat oleh diri sendiri. Jika tidak pun ia akan menganggu
kepada keluarga dan saudara terdekat. Itupun disebabkan daripada buatan diri
sendiri, akhirnya masa dan wang perlu dibuang semata-mata memperbetulkan
kesilapan yang dibuat oleh kebodohan diri sendiri juga.
Kes paling teruk pun jika berlaku kepada orang lain terutamanya anak gaids
orang lain dimana dibawa bersama-sama untuk pergi adventure ke tempat-tempat
yang berkenaan. Silap hari bulan buku lima melekat pada pipi apabila orang
tuanya marah atas kebodohan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab apa yang
kamu lakukan kepada anak mereka ini. Ada mereka ini, tidak tahu mahupun berani
membuat apa-apa apabila gadis yang dibawa itu dirasuk mahupun disampuk oleh
mahluk-mahluk yang ada di sana malah ada sanggup larikan diri dengan
meninggalkan gadis tersebut kepada nasib yang tiada kepastian. Yang datang
semula pun selepas mendapatkan mereka yang pakar mengenainya untuk membantu,
tapi kebanyakkannya sudah terlambat.
Jika ada yang sedar dan insaf itu kira bersyukurlah akan tetapi ada mereka
yang tidak mahu insaf ataupun masih meneruskan tanpa berfikir panjang dengan
terus menyusahkan orang lain. Semua atas alasan ia tak perna berlaku kepada
dirinya sendiri maka apa yang terjadi itu tidak benar walaupun adanya bukti.
Maka orang seperti ini harus dihindari mahupun jangan kamu berkawan dengan
mereka ini yang meneruskan kebodohan diri tanpa menghiraukan orang lain.
Apa-apa sekali pun kita hidup kena ada sikap hormat-menghormati, jika tidak
kita tak akan dihormati oleh orang lain dan kita layak dipanggil sebagai
manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan