Khamis, 16 Mei 2024

Shirime

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai sejenis hantu Jepun yang tidak mempunyai wajah tapi mempunyai sebiji mata yang besar pada buntutnya. Pada waktu malam, ia gemar menakutkan mere yang tidak berjaga-jaga ketika berjalan di jalan yang sunyi dengan menunjukkan buntutnya. Di dalam Jepun, "Shiri" bermaksud "Buntut") dan "Me" bermaksud "mata", maka nama Shirime bermaksud "Mata di buntut".


Kebiasaan cerita mengenai lagenda Shirime memang agak ganjil dan agak melucukan. Beberapa tahun yang lalu, seorang samurai berjalan pada waktu malam di sebuah jalan di bandaraya Kyoto, Jepun. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kimono keluar dari kawasan gelap lalu menghalang jalannya.


"Siapa di sana?" tanya samurai sambil memegang pedang katananya, bersedia menyerang bila-bila masa sahaja.


"Maafkan saya, boleh saya ambil masa kamu seketika?" tanya lelaki tersebut.


Sebelum samurai itu sempat menjawab, lelaki itu terus berputar ke belakang dan menanggalkan pakaiannya lalu membongkokkan tubuh badannya. Buntutnya terbuka luas dan samurai itu dilanda ketakutan apabila sebiji mata besar bersinaran memandang dari buntut lelaki itu.


Samurai itu menjerit ketakutan dan membuka langkah seribu sebaik sahaja dia melihat mata itu.


Shirime merupakan hantu yang terkenal di Jepun kerana ia jenis tak membahayakan mangsanya sebaliknya suka menyakat dan menakutkan mangsanya.


Ia pernah di adaptasi dalam siri "Ge ge ge no Kitaro" dan "Yokai Watch". Jujurnya saya terlepas pandang nak kongsikan di blogspot ini walaupun saya telah tulis di dalam buku nota saya. 

Khamis, 9 Mei 2024

Bath Game

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan. 


Bath Game atau "Daruma-san" adalah permainan hantu berasal daripada Jepun. Permainan ini akan memanggil hantu yang menakutkan yang akan ikut kamu sepanjang hari. Tujuan permainan untuk mengelak dari ditangkap oleh hantu berkenaan.


AMARAN : Tidak digalakkan untuk memainkan permainan ini apabila ia mempunyai risiko yang teramat tinggi dan perkara tak diingini akan berlaku.


Aturan:

  1. Sebelum kamu tidur pada waktu malam, tanggalkan pakaian lalu ke bilik mandi m
  2. Isikan tan mandi dengan air lalu padamkan lampu. 
  3. Duduk pada tengah-tengah ta mandi, sila mengadap pili air. 
  4. Cuci rambut kamu sambil mengulangi perkataan ini. "Daruma-san terjatuh. Daruma-san terjatuh." 
  5. Ketika kamu mencuci rambut, di dalam minda kamu, kamu akan terbayang satu sosok seorang wanita Jepun berdiri di dalam tab mandi. Dia terjatuh di tab mandi dan tertusuk pada pili air berkarat. Dimana pili air itu menembusi matanya lalu membunuhnya. 
  6. Ulangi perkataan "Daruma-san terjatuh. Daruma-san terjatuh" sehingga kamu selesai cuci rambut. Pastikan mata kamu sentiasa tutup. Kamu akan terdengar dan merasai pengerakkan pada air mandian di belakang kamu. Jangan sesekali membuka mata dan berpaling, apabila kamu baru sahaja memanggil hantu. Sosok hantu wanita akan bangkit dari air di belakang kamu. Rambutnya hitam dan kusut-masai. Pakaiannya lusuh, compang-camping dan memburuk. Dia hanya mempunyai 1 mata dan mata kirinya terbeliak serta berdarah. Manakala dimana mata kanan dia berada, hanyalah berlubang serta berdarah. 
  7. Apabila kamu menyedari kehadirannya itu, lalu berkata dengan kuat "Mengapa kamu terjatuh dalam tab mandi?" 
  8. Dengan memejamkan mata kamu dengan erat, berdiri dan keluar dari tab mandi. Berhati-hati daripada terjatuh. Dengan segera tinggalkan bilik mandi dan tutup pintu itu. Sekarang kamu selamat untuk membuka mata. Biarkan air di tab mandi semalaman. Pergi tidur. 

Pada keesokan harinya, sebaik sahaja kamu terjaga maka permainan akan dimulakan. Sosok wanita bermata 1 akan mengikuti kamu. Jikalau kamu berpaling ke belakang, ia akan ghaib. Sepanjang hari, jika kamu terlihat dari bahu kanan, kamu akan terpandang sekilas pandang Sosok wanita tersebut. Sepanjang hari, dia mulai mendekati kamu tapi jangan sesekali membenarkannya menangkap kamu. 

Jikalau kamu terpandang dari bahu kamu dan melihat dia sudah dekat dengan kamu, kamu sepatutnya menjerit "Tomare!" yang bermaksud "Berhenti!" kemudian larikan diri secepat mungkin, ia memberikan penjarakan diantara kamu dengan wanita bermata 1. 

Untuk menamatkan permainan, kamu harus bersemuka dengan Sosok lembaga wanita tersebut lalu menjerit "Kitta!" yang bermaksud "Saya putuskan hubungan kamu!" / "Saya potong kamu bebas!" kemudian hulurkan tangan kamu dan membuat pergerakan seperti kamu memotong (👋). 

Kamu sepatutnya menamatkan sebelum tengah malam, jika tidak wanita bermata 1 akan munculkan dirinya di dalam mimpi dan terus mengikuti kamu. 

Peraturan:
  • Jangan buka mata kamu apabila hantu itu pertama kali munculkan dirinya. 
  • Jangan benarkan hantu itu membuat kamu terjatuh semasa kamu keluar dari tab mandi. 
  • Jangan masuk semula ke bilik mandi selepas kamu keluar. 
  • Jangan keringkan air di tan mandi sampai keesokan harinya. 
  • Jangan benarkan wanita bermata 1 menangkap kamu. 

Nasihat terakhir:
Jangan main permainan ini, ia tergolong dalam permainan berbahaya. Kamu memanggil hantu yang boleh menyebabkan kamu dirasuk oleh syaitan atau meninggal dunia dengan cara yang dahsyat. Kamu boleh tersungkur, tergelincir atau terjatuh di dalam tab mandi yang boleh menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian. Jika kamu tidak menamatkan permainan dengan betul, hantu berkenaan akan mengikuti kamu sepanjang hidup kamu. Maka jangan main permainan ini. 

Khamis, 2 Mei 2024

Wanita yang membeli mochi

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai wanita yang membeli mochi. 

Di sebuah perkampungan di wilayah Tosa Jepun, terdapat seorang wanita yang mengandung telah meninggal dunia disebabkan penyakit. Sang suami mengebumi mendiang isterinya bersama-sama kimono nipis.

Selepas itu, setiap malam seorang wanita mengunjungi sebuah kedai menjual kuih beras dengan sekeping duit siling perak untuk membeli mochi. Ia berterusan selama 6 malam dan pada malam ketujuh, wanita itu membawa sehelai kimono nipis.

"Sila berikan dengan harga yang layak dari kimono ini" kata wanita dan menukar dengan mochi sebelum berlalu pergi.

Tuan kedai memeriksa kimono itu pada keesokan harinya. Ia dalam keadaan kotor maka dia mengambil keputusan untuk mencucinya lalu menggantungkan untuk di keringkan. Sang suami bagi mendiang isterinya kebetulan lalu di sana, dia ternampak kimono dan dia kenal dimana itulah kimono yang dikenakan oleh mendiang isterinya sebelum di kubur. 

"Adakah mereka mengali semula kuburnya dan mencurinya?" tanya sang suami lalu dia bertanya kepada empunya kedai dimana dia menjelaskan kehadiran seorang wanita yang mengunjungi kedainya setiap malam.

Sang suami beranggapan ia kejadian yang aneh, pada malamnya dia melihat kehadiran wanita itu datang ke kedai menjual kuih beras. Wanita itu adalah mendiang isterinya. Dia mengikuti mendiang ke tanak perkuburan dimana dia ghaib dari pandangan.

Walaupun mendiang ghaib, sang suami terdengar sesuatu. Dia tenangkan dirinya, lalu dia cuba mendengar dengan jelas, kedengaran bunyi sayup-sayup bayi menangis. Disebabkan curiga, dia mulai mengali semula kubur mendiang isterinya dan menemui mayat isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki dimana mendiang memeluk pada pangkuannya. Pada mulut bayi adalah mochi yang dibeli.

Sang suami mengambil anak itu kembali dan membesarkannya. Dikatakan apabila usia anak itu mencecah umur 18 /19 tahun pada tahun pertama Era Kambun, dia berhijrah ke Osaka lalu menjadi seorang yang menguruskan perahu di sana.

Walaupun mendiang telah meninggal dunia, seorang wanita keluar merayau-rayau sekadar ingin menyelamatkan anaknya. Tiada yang menyayat hati dan menyentuh perasaan mengenai kasih sayang ibubapa. 

Khamis, 25 April 2024

Sembunyi - sembunyi seorang diri

 


Salam Malam Jumaat semua, 


Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban terkenal dari Jepun mengenai satu upacara atau permainan menyeramkan, dimana ia adalah permainan yang paling berbahaya seperti permainan kucing dan tikus dengan menggunakan anak patung yang dirasuk.


Permainan ini dikenali sebagai "Hitori Kakurenbo", Hide and Seek Alone atau permainan sembunyi-sembunyi seorang diri. Ia salah satu permainan paling berisiko tinggi serta membahayakan, maka tidak digalakkan untuk dimainkan. 


Cara untuk bermain, kamu perlukan sebuah anak patung (jenis kain serta cukup sifat dengan adanya kaki dan tangan), 1 beg kecil beras yang belum dimasak (cukup untuk dimasukkan di dalam anak patung), jarum & benang merah, sebilah pisau yang tajam, secawan air garam (digalakkan menggunakan garam asli). Kamu kena memilih sebuah bilik kecil atau almari untuk dijadikan tempat persembunyian kamu. 


  1. Buka / belah anak patung itu dan keluarkan isinya. Isi di dalamnya beras yang belum dimasak. (Di dalam kepercayaan Asia, beras yang belum dimasak mampu menarik semangat atau hantu). 
  2. Potong kuku jari kamu, lalu masukkan ke dalam anak patung (ia menyatukan kamu dengan anak patung tersebut dengan kamu).
  3. Jahit kembali anak patung dengan benang merah kemudian lilitkan pada keseluruhan anak patung dengan benang yang sama. (Benang merah melambangkan saluran darah dan mengikat semangat / hantu itu ke dalam anak patung). 
  4. Isi tab mandi atau besen dengan air. 
  5. Letakkan 1 gelas air garam di tempat persembunyian kamu. 
  6. Pilihkan nama untuk anak patung itu (pemberian nama pada semangat / hantu bakal membuatkannya lebih kuat). 
  7. Pada jam 3 pagi, pergi ke bilik mandi, ambil anak patung lalu berkata sebanyak 3 kali "(nama kamu) yang akan mencari dahulu." 
  8. Letakkan anak patung tersebut di dalam tab mandi / besen, ambil pisau bersama kamu dan matikan keseluruhan lampu di dalam rumah. Nyalakan tv dan biarkan ia dalam keadaan statik dengan saluran bunyi putih. 
  9. Pergi ke tempat persembunyian kamu, pejamkan mata dan kira sampai 10.
  10. Kembali ke bilik mandi dengan pisau di tangan. 
  11. Katakan "Saya sudah menemui kamu, (nama anak patung)." Lalu menusuk anak patung itu dengan pisau. 
  12. Katakan sebanyak 3 kali, "Sekarang giliran kamu (Nama anak patung)". Letakkan anak patung dan pisau di dalam tan mandi / besen. 
  13. Kemudian dengan segera ke tempat persembunyian kamu dan tunggu. 

Pada masa ini, kamu akan terdengar bunyi tapak kaki kecil. Jikalau anak patung itu dekat, terdapat perubahan pada bunyi pada saluran tv. Selain daripada bunyi tapak kaki dan kedengaran bunyi bergerak, ada mereka yang melaporkan terhidu bau yang kurang menyenangkan, perubahan suhu dan tv akan tutup dengan sendirinya atau suara kelantangan tv akan berubah dengan drastik. Terdapat juga yang melaporkan perasan disentuh dan ditarik. 

Jikalau kamu merasakan anak patung itu bakal menemui kamu, maka tamatkan permainan dengan segera. 

Caranya dengan memasukkan penuh air garam di dalam mulut. Kekalkan di dalam mulut. Jangan sesekali tertelan air tersebut. Keluar dari tempat persembunyian, lalu mencari anak patung itu. Anak patung itu tidak semestinya di dalam bilik mandi, ia ada kemungkinan dimana-mana. Apa juga terjadi kekalkan air garam dalam mulut sampai kamu menemui anak patung itu.

Apabila kamu menemuinya, tuangkan keseluruhan air dalam di dalam gelas ke anak patung dan sembur keluar air garam di dalam mulut kamu keluar. Kemudian katakan sebanyak 3 kali "Saya menang" dan potong benang merah yang dililit pada anak patung. Ia sepatutnya membebaskan semangat / hantu itu dan ia menandakan tamatnya upacara atau permainan tersebut.

Selepas kamu mengeringkan anak patung tersebut, disarankan kamu membakarnya atau menanamnya. 


Peraturan:
  1. Jangan berhenti separuh jalan dalam upacara ini. 
  2. Jangan keluar daripada rumah. 
  3. Jangan main lebih daripada 2 jam kerana semangat / hantu tersebut akan menjadi lebih kuat dan mustahil untuk pisahkan dengan anak patung.
  4. Kamu kena seorang diri di dalam rumah dan kamu boleh bermain dengan kawan. Akan tetapi kehadiran mereka bukan permain, ada kemungkinan tinggi dalam keadaan bahaya jikalau anak patung itu menemui mereka. 
  5. Semasa kamu kembali ke tempat persembunyian, jangan pandang belakang. 
  6. Kamu kena padamkan selalu lampu dan kena dalam keadaan senyap dalam masa bersembunyi. 
  7. Jangan keluar dari tempat persembunyian kamu, tanpa air garam di dalam mulut kamu. Ini akan memudahkan anak patung itu mencari kamu dengan mudah sekali. 
  8. Bagi mereka yang nakkan perlindungan, sila bawa barang atau simbol keagamaan bersama di tempat persembunyian kamu. 

Ia adalah upacara yang membahayakan dan tidak digalakkan kamu mencubanya. Saya tidak akan bertanggungjawab jikalau kamu berdegil untuk mencubanya. Sebarang jenis kesilapan akan menyebabkan kamu ditusuk sehingga mati atau dirasuk oleh semangat / hantu jahat. Di dalam bahasa Jepun terutamanya perkataan "It" dalam Hide and Seek adalah "Oni" bermaksud "Demon". 

Khamis, 18 April 2024

Dry Bones

 


Salam Malam Jumaat semua,


Ia adalah upacara permainan menyeramkan dimana kamu bermain sembunyi - sembunyi dengan syaitan atau hantu. Permainan ini mempunyai persamaan dengan "Hide and Seek Alone" dan "The Midnight Man". 

AMARAN: Permainan ini di dalam kategori berbahaya dan disarankan untuk dimainkan sebab ia berkecimpung dengan ilmu ghaib dan memanggil makhluk halus. Kamu sekadar melakukan perbuatan yang kamu sendiri pun tak tahu aka tiada ilmu pengetahuan mengenainya. Ada kemungkinan kamu akan dirasuk, hilang akal fikiran atau lebih teruk dengan kehilangan nyawa sendiri. 


Upacara harus dilakukan seorang diri, serta kamu memerlukan sebuah bilik air, cermin, sebatang lilin dan sekotak mancis. 


  1. Tutup kesemua pintu dan tingkap di dalam rumah. Tutup kesemua kabinet dan almari. Padamkan sebarang jenis peralatan yang menghasilkan cahaya. 
  2. Mulakan permainan pada jam 12.01 pagi tepat. Pergi ke bilik air dan pandang pada cermin. Pastikan keadaannya sunyi dan senyap. Jikalau kamu terdengar bunyian yang ganjil, bererti Dia sudah berada di sana. Maka batalkan permainan dan tinggalkan rumah itu serta-merta. "Dia" sudah berada di samping kamu. 
  3. Fikirkan sesuatu yang kamu mahu. Ini adalah hadiah yang kamu bakal dapat jikalau kamu menang dalam permainan ini.
  4. Nyalakan mancis dan nyalakan pada lilin. Jangan matikan mancis itu dengan menghembuskannya. Pastikan ia terpadam dengan sendirinya. Jikalau mancis itu bertahan lebih 15 saat atau lebih, maka kamu boleh teruskan. 
  5. Baring pada lantai lalu membaca ayat ini. "Saya sedar dengan kehadiran kamu, saya alukan kamu ke rumah saga. Datanglah kemari".
  6. Pergi ke bilik ruangan besar di dalam rumah kamu dan tunggu. Tengok kepada keadaan berapa lama kamu kena tunggu, dari beberapa minit kepada beberapa jam. Kamu hanya perlu bersabar. Apabila Dia sudah datang, kamu akan terdengar bunyi suara mengerang. Jikalau kamu terdengar bunyi lain, sila batalkan permainan dan tinggalkan rumah kamu dengan segera. 
  7. Apabila kamu mendengar bunyi suara mengerang, maka kamu harus memulakan permainan dengan bersembunyi serta-merta. Sila ke tempat kamu bersembunyi dan berharap " Dia" tidak menemui kamu. Sepanjang permainan kamu kena bersembunyi sampai jam 3 pagi. Pada masa kamu bersembunyi Dia akan mencari kamu. Kekalkan berdiam diri dan tidak membuat sebarang bunyi. Jangan lakukan sebarang penggerakkan atau ia akan memudahkan Dia menemui kamu. 
  8. Apabila jam tepat menunjuk jam 3 pagi, maka permainan itu akan tamat dam ia selamat buat kamu untuk keluar dari pensembunyian. Kembali ke bilik ruangan besar di rumah kamu dan lalu berkata, "Terima kasih kerana bermain, akan tetapi kamu keluar sekarang. Kehadiran kamu tidak dialukan lagi". Kamu akan mendengar suara mengerang dan Dia akan pergi. Jikalau kamu berjaya bersembunyi dengan berjaya, kamu akan memenangkan hadiah dan hadiah kamu akan menunggu anda di luar pintu pada keesokan paginya. 

Persoalannya adakah hadiah kemenangan itu berbaloi dengan risiko yang kamu ambil jikalau kamu kalah? 


Khamis, 11 April 2024

Salam Malam Jumaat

 


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 

Jikalau saya ada terkasar bahasa, mohon maafkan. Teruskan menyokong blogspot saya ini. 

Oleh kerana hari ini Raya, saya tidak akan berkongsi cerita urban legend daripada Jepun buat hari ini. Sila nantikan cerita urban legend pada masa akan datang. 

Salam Malam Jumaat semua.





Khamis, 4 April 2024

Kalau kamu jatuh, kamu mati


 Salam Malam Jumaat semua,

Pernahkah kamu bermimpi jatuh dari tempat tinggi? Semestinya pernah, bukan? Jikalau kamu jatuh, kamu mati di dunia sebenarnya pula?


Ia adalah sebuah urban legend daripada Jepun mengenai satu kejadian mimpi yang berlaku kepada beberapa individu. Dikatakan kalau kamu jatuh di dalam mimpi ini, kamu akan mati di dunia nyata. Ia juga dikenali sebagai "Perkampungan Jatuh dan Mati".


Pernahkah kamu mengenai satu perkampungan, dimana kamu jatuh maka kamu akan mati? 


Kebiasaannya kita mempunyai mimpi yang berlainan tapi mimpi ini sering kali berlaku. Ramai yang mengatakan mereka pernah alami mimpi ini di dalam pengalaman hidup mereka. 


Kebiasaannya kita tidak akan ingat kejadian yang kita lalui dalam mimpi, akan tetapi terdapat segelintir mereka mampu mengingati mimpi ini. Manakala ramai mengatakan mereka pernah alami mimpi ini di Jepun.


Permulaan mimpi, kamu akan berada di sebuah perkampungan di luar bandar. Matahari mulai terbenam, langit mulai menjadi kemerahan dan di jalan raya penuh dengan mayat ungu kebiruan terbaring kaku. 


Dalam seketika beberapa budak perempuan berpakaian kimono akan mendekati kamu, lalu menjelaskan kamu berada di "Perkampungan dimana kamu jatuh, kamu mati".

Selepas penjelasan itu, salah seorang daripada budak perempuan itu akan tersadung pada mayat lalu terjatuh.


" Gyaaaa! " jeritan budak perempuan itu apabila perlahan-lahan tubuhnya bertukar menjadi ungu kebiruan sebelum mati.


Pengalaman pada permulaan mimpi adalah sama buat semua orang, hanya pengalaman mimpi masa pengakhiran sahaja mempunyai pelbagai variasi seperti pernah dilaporkan. 


Setengah orang pernah mengatakan, "Saya larikan diri, lalu budak perempuan itu mengejar saya". Manakala ada yang mengatakan, "Budak perempuan itu memberikan saya kaki bajang untuk berdiri". Dan ada mengatakan, "Tiada apa-apa berlaku selepas saya terjaga". 


Yang ganjilnya, tiada sebarang laporan mengenai mereka yang benar-benar terjatuh dalam mimpi ini. 


Ada kemungkinan dan dipercayai bahawa mereka yang mati di dalam tidur ada kemungkinan tinggi mereka yang betul-betul terjatuh di dalam mimpi.