Khamis, 4 April 2024

Kalau kamu jatuh, kamu mati


 Salam Malam Jumaat semua,

Pernahkah kamu bermimpi jatuh dari tempat tinggi? Semestinya pernah, bukan? Jikalau kamu jatuh, kamu mati di dunia sebenarnya pula?


Ia adalah sebuah urban legend daripada Jepun mengenai satu kejadian mimpi yang berlaku kepada beberapa individu. Dikatakan kalau kamu jatuh di dalam mimpi ini, kamu akan mati di dunia nyata. Ia juga dikenali sebagai "Perkampungan Jatuh dan Mati".


Pernahkah kamu mengenai satu perkampungan, dimana kamu jatuh maka kamu akan mati? 


Kebiasaannya kita mempunyai mimpi yang berlainan tapi mimpi ini sering kali berlaku. Ramai yang mengatakan mereka pernah alami mimpi ini di dalam pengalaman hidup mereka. 


Kebiasaannya kita tidak akan ingat kejadian yang kita lalui dalam mimpi, akan tetapi terdapat segelintir mereka mampu mengingati mimpi ini. Manakala ramai mengatakan mereka pernah alami mimpi ini di Jepun.


Permulaan mimpi, kamu akan berada di sebuah perkampungan di luar bandar. Matahari mulai terbenam, langit mulai menjadi kemerahan dan di jalan raya penuh dengan mayat ungu kebiruan terbaring kaku. 


Dalam seketika beberapa budak perempuan berpakaian kimono akan mendekati kamu, lalu menjelaskan kamu berada di "Perkampungan dimana kamu jatuh, kamu mati".

Selepas penjelasan itu, salah seorang daripada budak perempuan itu akan tersadung pada mayat lalu terjatuh.


" Gyaaaa! " jeritan budak perempuan itu apabila perlahan-lahan tubuhnya bertukar menjadi ungu kebiruan sebelum mati.


Pengalaman pada permulaan mimpi adalah sama buat semua orang, hanya pengalaman mimpi masa pengakhiran sahaja mempunyai pelbagai variasi seperti pernah dilaporkan. 


Setengah orang pernah mengatakan, "Saya larikan diri, lalu budak perempuan itu mengejar saya". Manakala ada yang mengatakan, "Budak perempuan itu memberikan saya kaki bajang untuk berdiri". Dan ada mengatakan, "Tiada apa-apa berlaku selepas saya terjaga". 


Yang ganjilnya, tiada sebarang laporan mengenai mereka yang benar-benar terjatuh dalam mimpi ini. 


Ada kemungkinan dan dipercayai bahawa mereka yang mati di dalam tidur ada kemungkinan tinggi mereka yang betul-betul terjatuh di dalam mimpi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan