Khamis, 13 Julai 2023

Mary-san

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Mary-san. Mary-san atau panggilan telefon daripada Mary salah satu cerita urban legend yang agak terkenal juga apabila ia mengisahkan seorang budak perempuan menerima panggilan telefon daripada anak patung yang dibuangnya. Ia mempunyai persamaan penceritaan dengan "anak patung antik".

Terdapat seorang budak perempuan (kita berikan nama sebagai Nchan) memiliki sebuah anak patung antik dari barat dimana dia teramat sayang sekali. Nama anak patung itu Adalah Mary. Dijadikan cerita, ayah Nchan itu mendapat pekerjaan baru dan mereka sekeluarga kena berhijrah ke bandar yang baru. Semasa proses pemindahan, Nchan secara tidak sengaja telah salah letak anak patungnya.

Pada satu malam, semasa ibubapa Nchan keluar dan hanya Nchan seorang diri di rumah barunya. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Apabila Nchan menjawabnya, kedengaran suara bunyi nyaring pada hujung corong telefon. 

"Hello, ini Mary. Saya di pelupusan sampah sekarang ini."

Nchan menjadi takut dan meletakkan telefon tersebut. Tak sampai beberapa saat berlalu, ia berdering semula.

"Hello l, ini Mary. Saya di penjuru kedai sekarang ini."

Nchan terus meletakkan telefon, lalu ia berdering semula. 

"Hello, ini Mary. Saya berada di depan muka pintu rumah kamu sekarang ini."

Nchan terus menggigil ketakutan, dengan berhati-hati dia membuka pintu utamanya. Akan tetapi tiada sesiapa pun di sana.

"Ada kemungkinan ia sekadar panggilan palsu sahaja." fikir Nchan.

Dia menghela nafas lega dan menutup pintu utama rumahnya. Akan tetapi semasa dia hendak menaiki tangga rumahnya ke tingkat atas ke biliknya, dengan tiba-tiba telefon rumah berdering semula.

" Hello, ini Mary. Saya berada di belakang kamu. "

Nchan mulai menjadi pucat dan mulai menoleh ke belakang dengan perlahan-lahan... 

Pada lewat malam, semasa ibubapa Nchan kembali ke rumah. Mereka menemui anak perempuan mereka terbaring kaku di dalam kolam darah dia sendiri. Nchan telah ditikam beberapa kali sampai mati. 


*  *  *  *  *

Terdapatnya langkah bagaimana untuk mengelak dibunuh oleh Mary-san:

1. Kunci pintu dan tingkap rumah.

2. Jangan menjawab sebarang panggilan telefon. 

3. Sentiasa mengadapkan belakang anda pada permukaan dinding rumah. 

4. Jikalau Mary berada di belakang kamu, Jangan Pandang Belakang. 

5. Paling senang jangan jawab panggilan tak dikenali semasa kamu seorang diri di rumah.

6. Hargai lah barang yang kamu sayangi. 

Khamis, 6 Julai 2023

Pale Man / Tenome

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai pale man atau dikenali sebagai tenome.

Pale man yang diceritakan atau di adaptasi daripada pan's labyrinth adalah berasal daripada lagenda urban legend daripada Jepun iaitu tenome iaitu seorang hantu lelaki buta yang mempunyai sepasang mata di telapak tangannya.

"The-No-Me" bermaksud "mata pada telapak tangan.

Mengikut cerita, ada seorang lelaki tua yang buta diserang oleh perompak. Mereka telah memukul dan membiarkan dia mati seorang diri di padang rumput. Ketika dia terbaring menanti panggilan maut, orang buta itu menjerit dengan penuh kemarahan dan kehampaan. 

"Jikalau saya dapat melihat wajah mereka! Jikalau saya ada mata pada telapak tangan saya!"

Disebabkan keadaan kematiannya penuh dengan kesengsaraan dan dendam, lelaki buta itu kembali menjadi hantu yang dikenali sebagai tenome. Dengan kehendak untuk membalas dendam yang teramat sangat, mata butAnya hilang pada wajahnya sebaliknya digantikan dengan sepasang mata pada telapak tangannya yang boleh melihat. 

Sekarang tenome mulai merayau-rayau di bandar dan di kawasan perkampungan mencari perompak yang telah membunuhnya. Dia dapat melihat dengan mengangkat tangannya di hadapannya seperti mana ditunjukkan di dalam filem berkenaan. 

Oleh kerana dia tak pernah melihat wajah pembunuhnya, maka dia akan membunuh sesiapa sahaja sekalipun sebaik sahaja tangannya mencapai mangsanya. Walaupun dia mempunyai mata pada telapak tangannya, akan tetapi dia masih buta dengan dendam kemarahan. 


Khamis, 29 Jun 2023

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Aidiladha buat pembaca blogspot saya ini.

Buat minggu ini saya akan bercuti daripada berkongsi urban legend daripada Jepun. Sebab perayaan Aidiladha jatuh pada malam Jumaat dan saya nak menyambutnya juga. 

Selain itu saya kena writer block dan memerlukan masa untuk membenarkan diri untuk menulis kembali. 

Harap bersabar dan saya akan kembali menulis. Terima kasih kerana terus menyokong penulisan saya dan blogspot saya ini.  Tanpa galakkan daripada pembaca, perjuangan untuk terus berkongsi cerita masih diteruskan. 

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca beragama Islam. 

Happy Eid Al-Adha Mubarak! 



Khamis, 22 Jun 2023

Hitobashira / Tiang Manusia

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai amalan hitobashira iaitu tiang manusia. Ia adalah kepercayaan ataupun amalan untuk menanam manusia hidup untuk dijadikankan tiang pada batu asas bangunan seperti bangunan, empangan, terowong dan terutamanya istana. Ia adalah amalan yang digunakan pakai terutamanya buat projek besar pada Aman dahulu sehinggakan ke kurun ke16. Malah ada yang percaya amalan ini kekal sampai ke kurun ke20.

Ia adalah sejenis pengorbanan yang digunakan sebagai alat setiap kali bangunan yang harus didirikan. Mereka mempercayai roh manusia akan menenangkan semangat alam di daerah berkenaan terutamanya semangat sungai jikalau tempat itu sering kali dilanda banjir. Selain itu ia digunakan untuk menghindari daripada serangan, api dan sebarang jenis bencana baik buatan manusia mahupun secara semula jadi. 

Walaupun hitobashira bermaksud tiang manusia akan tetapi maksud sebenarnya agak sukar nak jelaskan apabila symbol tiang dan shinto mempunyai hubungan jauh dengan Kami (dewa - dewi) yang bermaksud di dalam kuil tertua dimana tiang itu bersemadinya kami itu berada. Ia memberikan persamaan dengan mereka yang berkorban / dikorbankan diangkat sebagai perkara yang sama. Kebiasaannya tugu peringatan akan didirikan pada tempat mereka ditanam dan ada beberapa yang masih teguh berdiri sampai ke hari ini. 

Terdapat sebuah istana yang agak terkenal di Jepun yang berkait rapat dengan amalan ini. Ia adalah Istana Maruoka di wilayah fukui (wilayah echizen lama), ia salah satu istana lama Jepun yang masih lagi terselamat sampai ke hari ini dan memiliki hitobashira pada tengah-tengah tiang di dalam istana. 

Ketika pembinaan istana Maruoka, dinding istana sering kali runtuh walaupun telah dibaiki beberapa kali. Akhirnya keputusan telah dibuat untuk mengorbankan seseorang dan dijadikan hitobashira. 

Seorang wanita miskin, bermata satu bernama oshizu dipilih dan diberikan kehormatan menjadi hitobashira. Sebagai ganjaran pengorbanannya, dia dijanjikan bahawa anak lelakinya akan dijadikan samurai. Selepas dia dikorbankan, istana tersebut siap dibina. 

Akan tetapi sebelum anaknya dijadikan samurai, tuan istana dipindahkan ke wilayah lain dan janji itu di mungkiri. 

Setiap tahun selepas itu, parit istana sering kali melimpah keluar apabila tibanya hujan lebat pada musim bunga. Penduduk tempatan di Maruoka menyalahkan ia sebagai dendam oshizu dan mengelarkan hujan ini sebagai "Tangisan Kesedihan Oshizu" / "Tears of Oshizu's Sorrow". 

Selepas itu sebuah tugu peringatan diletakkan di dalam istana dengan harapan Roh Oshizu menjadi tenang. 


Nampak budaya ini bukan sahaja diamalkan di Asia malah seluruh dunia. Korban manusia digunakan untuk membuat satu binaan itu berdiri teguh buat selamanya. Dari penggunaan kanak-kanak ditanam pada dinding istana mahupun gereja di barat kepada penggunaan kepala manusia untuk membuatkan jambatan, semata-mata untuk membuat ia berdiri teguh daripada bencana alam mahupun buatan manusia. 

Saya pernah satu ketika dahulu mengenai mitos pengait, jikalau ada masa sila lihat kepada post yang saya pernah kongsikan terdahulu untuk membacanya. 

Nak baca lebih lanjut, saya sarankan baca di Wikipedia. Apabila versi ini adalah versi ringkas daripada saya. 


Khamis, 15 Jun 2023

Red QR Code / Kod QR Merah

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah cerita urban legend daripada Jepun mengenai sebuah cerita yang agak popular di Internet. Kebiasaannya Kod QR biasanya adalah berwarna hitam akan tetapi di sebuah kawasan di Jepun terutamanya di daerah lampu merah, kamu akan menemui Kod QR berwarna merah tertampal pada palang telefon, di hadapan kedai mahupun di dinding seperti grafiti. Di kala siang hari menjelang, ia akan ghaib.

Kamu tak sepatunya mengimbas kod berkenaan pada pembaca barcode pada telefon pintar kamu. Jikalau kamu berbuat demikian, telefon kamu akan dijangkiti virus dan fungsi telefon pintar kamu akan beransur tak berfungsi secara perlahan-lahan.

Ia akan membawa kamu ke sebuah laman sesawang yang menjual filem lucah. Jikalau kamu membuka laman sesawang merah ini, kamu akan menemui beberapa perkataan lucah tertulis di sana. 

Selain itu, ia akan membawa kamu ke laman sesawang dimana kamu akan menonton sebuah filem mengenai cara kematian kamu sendiri. 


Khamis, 8 Jun 2023

Sadako

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend yang agak terkenal di Jepun mengenai sadako. 

Sadako Yamamura adalah hantu budak perempuan daripada filem "The Ring" yang akan munculkan dirinya di dalam sebuah pita video yang berpuaka. Cerita ini berasal daripada cerita yang sebenarnya dari seorang gadis yang bernama sadako merupakan seorang yang mempunyai kemampuan psikik, yang tinggal di Jepun pada awal tahun 1900an. Kelebihannya membuatkan dia menunjukkan perkataan dan gambar ke dalam filem.


Semasa sadako masih kecil, dia seorang yang sentiasa dalam kesedihan dan kemurungan. Dia jarang berbicara dan tak ingin bermain bersama anak-anak kecil yang lain, dimana dia menghabiskan masanya bersendirian. 

Ibu sadako merupakan seorang yang mempunyai kemampuan psikik dan pernah melakukan beberapa eksperimen bersama dengan seorang penyelidik psikik yang bernama Dr Fukurai. Apabila penyelidik itu menerbitkan hasil kajian eksperimennya, pihak saintis menuduh ibu sadako sebagai penipu dan memalsukan kebolehan psikiknya. 

Ibu sadako menjadi kecewa dengan kesemua kritikan sebelum mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri. 


Sadako menjadi teramat sedih dengan kematian ibunya dan terpaksa tinggal bersama ayahnya di sebuah pulau yang terpencil. Apabila Sadako membesar, dia mulai menunjukkan kebolehanan psikiknya tersendiri. Apabila ayahnya mengetahui kelebihannya, dia membawa sadako bertemu dengan Dr Fukurai di Tokyo. 

Doktor berkenaan memaksa Sadako menjalani beberapa banyak eksperimen yang berkaitan dengan menggunakan mindanya untuk mengeluarkan dan menunjukkan perkataan dan gambar di filem fotografi. Di Jepun, ia dikenali sebagai "Nensha" atau pemikiran grafik. Sadako mampu menghasilkan beberapa "Grafik pemikiran" dan tiada sesiapa mampu menjelaskan bagaimana dia melakukannya. 

Dr Fukurai ingin menerbitkan sebuah lagi buku hasil kajiannya, sadako membantah selepas teringat apa yang terjadi kepada ibunya sendiri. Malah sadako memberitahu dia akan meninggalkan tempat itu jikalau buku itu diterbitkan dan dia takkan kembali lagi. 

Tiada sesiapa pun tahu dan dapat memberikan kepastian apa yang terjadi selepas itu. Ada yang mempercayai doktor berkenaan telah membunuh Sadako dengan mengumpannya ke dalam hutan di belakang hospital sebelum mencekiknya. Kemudian doktor itu melemparkan tubuh sadako ke dalam perigi lalu menutupinya dengan sebuah batu yang besar untuk menghapuskan bukti pembunuhan dengan menyembunyikan mayat sadako selamanya. 

Akan tetapi sadako tidak betul-betul mati. Apabila Sadako mulai sedar dan mendapati dia telah terperangkap di dalam perigi dan tidak dapat keluar. Dia cuba menyelamatkan dirinya dengan memanjat dinding perigi, akan tetapi cubaannya gagal malah ia telah mematahkan kukunya pada masa yang sama. 

Gadis malang ini hidup selama 7 hari di dalam perigi ini sebelum dihembuskan nafasnya yang terakhir dengan hati penuh dengan kebencian dan dendam. Dengan nafas terakhirnya, dia melafazkan sumpah akan menlempiaskan dendam kesumatnya kepada dunia. 



Kemarahan dan kegerunan sadako serta cara kematian menyayat hati telah bergabung bersertakan dengan kuasa psikiknya telah menghasilkan satu sumpahan yang dikenali sebagai "Grudge" iaitu dendam. Hasilnya beberapa siri gambar misteri ditunjukkan di dalam bentuk video dari pita rakaman yang tak bertajuk.

Sadako akan munculkan dirinya di dalam pita rakaman sebagai bayangan seorang gadis perempuan mengenakan gaun putih lusuh. Wajahnya dilutupi dengan rambut hitam yang panjang yang kelihatan sentiasa basah. Dikatakan jikalau kamu menonton video berkenaan, kamu akan meninggal dunia selepas 7 hari. 


Cara mengelak sumpahan ini dengan membuat salinan pita rakaman itu dan memberikan kepada orang lain untuk menontonnya. 

Dengan pengedaran masa serta perkembangan teknologi, ia turut mengikut perkembangan dari pita rakaman kepada bentuk dvd malah ke digital. Kita tak tahu dimana rakaman yang sebenarnya berada. Adakah kamu bakal menerimanya kelak? 


Cerita urban legend ini telah di adaptasi ke layar perak di Jepun malah mendapat beberapa siri lanjutan dari watak hantu ikonik ini. Malah ia juga mendapat adaptasi versi US yang berjaya membawa tahap keseraman sama seperti filem aslinya di Jepun. 

Malah hantu Sadako pernah muncul dalam pembukaan sukan baseball sebagai pembaling bola serta Sadako mempunyai versi manga iaitu komik Jepun yang lebih kepada genre lawak seram daripada kehidupan semasa kepada menjadi YouTuber. 

Nampaknya urban legend terkenal ini kekal dalam ingatan dan tak mungkin akan dilupakan apabila ia menjadi ikon ikonik di Jepun. 









Khamis, 1 Jun 2023

Lambaian Patung Jizo

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Lambaian Patung Jizo.

Terdapat sebuah patung Jizo di pergunungan Rokko di wilayah Hyogo akan melambai kepada barang siapa sahaja melalui kawasan tersebut. Seperti mana dinyatakan pada nama, ia akan kemunculankan dirinya lalu melambai kepada kamu seperti "Bye Bye" atau "Selamat Tinggal".

Akan tetapi kamu kena berhati-hati jika kamu memandang ke arah lambaian Patung Jizo ketika kamu memandu lalu di sana. Jikalau ia lambaian biasa, itu mungkin tiada masalah. Jika sebaliknya, ia sedang melantunkan lambaian kepada kamu bererti kamu bakal terlibat dengan satu kemalangan jiwa.

*

Dalam kepercayaan Jepun, Patung Jizo merupakan penjaga kepada kanak-kanak serta mereka yang mengembara mahupun berjalan. Apabila jantung berkenan inspirasi daripada sami Buddha yang sering berjalan sambil berdoa dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Selain itu patung Jizo digunakan sebagai penanda jalan mahupun sempadan sebuah kawasan. Malah ada juga dibuat sebagai tugu peringatan atau tempat semangat dikunci, seperti mana berlaku sepanjang sejarah Jepun berkaitan dengan kepercayaan spiritual.