Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend yang agak terkenal di Jepun mengenai sadako.
Sadako Yamamura adalah hantu budak perempuan daripada filem "The Ring" yang akan munculkan dirinya di dalam sebuah pita video yang berpuaka. Cerita ini berasal daripada cerita yang sebenarnya dari seorang gadis yang bernama sadako merupakan seorang yang mempunyai kemampuan psikik, yang tinggal di Jepun pada awal tahun 1900an. Kelebihannya membuatkan dia menunjukkan perkataan dan gambar ke dalam filem.
Semasa sadako masih kecil, dia seorang yang sentiasa dalam kesedihan dan kemurungan. Dia jarang berbicara dan tak ingin bermain bersama anak-anak kecil yang lain, dimana dia menghabiskan masanya bersendirian.
Ibu sadako merupakan seorang yang mempunyai kemampuan psikik dan pernah melakukan beberapa eksperimen bersama dengan seorang penyelidik psikik yang bernama Dr Fukurai. Apabila penyelidik itu menerbitkan hasil kajian eksperimennya, pihak saintis menuduh ibu sadako sebagai penipu dan memalsukan kebolehan psikiknya.
Ibu sadako menjadi kecewa dengan kesemua kritikan sebelum mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri.
Sadako menjadi teramat sedih dengan kematian ibunya dan terpaksa tinggal bersama ayahnya di sebuah pulau yang terpencil. Apabila Sadako membesar, dia mulai menunjukkan kebolehanan psikiknya tersendiri. Apabila ayahnya mengetahui kelebihannya, dia membawa sadako bertemu dengan Dr Fukurai di Tokyo.
Doktor berkenaan memaksa Sadako menjalani beberapa banyak eksperimen yang berkaitan dengan menggunakan mindanya untuk mengeluarkan dan menunjukkan perkataan dan gambar di filem fotografi. Di Jepun, ia dikenali sebagai "Nensha" atau pemikiran grafik. Sadako mampu menghasilkan beberapa "Grafik pemikiran" dan tiada sesiapa mampu menjelaskan bagaimana dia melakukannya.
Dr Fukurai ingin menerbitkan sebuah lagi buku hasil kajiannya, sadako membantah selepas teringat apa yang terjadi kepada ibunya sendiri. Malah sadako memberitahu dia akan meninggalkan tempat itu jikalau buku itu diterbitkan dan dia takkan kembali lagi.
Tiada sesiapa pun tahu dan dapat memberikan kepastian apa yang terjadi selepas itu. Ada yang mempercayai doktor berkenaan telah membunuh Sadako dengan mengumpannya ke dalam hutan di belakang hospital sebelum mencekiknya. Kemudian doktor itu melemparkan tubuh sadako ke dalam perigi lalu menutupinya dengan sebuah batu yang besar untuk menghapuskan bukti pembunuhan dengan menyembunyikan mayat sadako selamanya.
Akan tetapi sadako tidak betul-betul mati. Apabila Sadako mulai sedar dan mendapati dia telah terperangkap di dalam perigi dan tidak dapat keluar. Dia cuba menyelamatkan dirinya dengan memanjat dinding perigi, akan tetapi cubaannya gagal malah ia telah mematahkan kukunya pada masa yang sama.
Gadis malang ini hidup selama 7 hari di dalam perigi ini sebelum dihembuskan nafasnya yang terakhir dengan hati penuh dengan kebencian dan dendam. Dengan nafas terakhirnya, dia melafazkan sumpah akan menlempiaskan dendam kesumatnya kepada dunia.
Kemarahan dan kegerunan sadako serta cara kematian menyayat hati telah bergabung bersertakan dengan kuasa psikiknya telah menghasilkan satu sumpahan yang dikenali sebagai "Grudge" iaitu dendam. Hasilnya beberapa siri gambar misteri ditunjukkan di dalam bentuk video dari pita rakaman yang tak bertajuk.
Sadako akan munculkan dirinya di dalam pita rakaman sebagai bayangan seorang gadis perempuan mengenakan gaun putih lusuh. Wajahnya dilutupi dengan rambut hitam yang panjang yang kelihatan sentiasa basah. Dikatakan jikalau kamu menonton video berkenaan, kamu akan meninggal dunia selepas 7 hari.
Cara mengelak sumpahan ini dengan membuat salinan pita rakaman itu dan memberikan kepada orang lain untuk menontonnya.
Dengan pengedaran masa serta perkembangan teknologi, ia turut mengikut perkembangan dari pita rakaman kepada bentuk dvd malah ke digital. Kita tak tahu dimana rakaman yang sebenarnya berada. Adakah kamu bakal menerimanya kelak?
Cerita urban legend ini telah di adaptasi ke layar perak di Jepun malah mendapat beberapa siri lanjutan dari watak hantu ikonik ini. Malah ia juga mendapat adaptasi versi US yang berjaya membawa tahap keseraman sama seperti filem aslinya di Jepun.
Malah hantu Sadako pernah muncul dalam pembukaan sukan baseball sebagai pembaling bola serta Sadako mempunyai versi manga iaitu komik Jepun yang lebih kepada genre lawak seram daripada kehidupan semasa kepada menjadi YouTuber.
Nampaknya urban legend terkenal ini kekal dalam ingatan dan tak mungkin akan dilupakan apabila ia menjadi ikon ikonik di Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan