Khamis, 13 Julai 2023

Mary-san

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Mary-san. Mary-san atau panggilan telefon daripada Mary salah satu cerita urban legend yang agak terkenal juga apabila ia mengisahkan seorang budak perempuan menerima panggilan telefon daripada anak patung yang dibuangnya. Ia mempunyai persamaan penceritaan dengan "anak patung antik".

Terdapat seorang budak perempuan (kita berikan nama sebagai Nchan) memiliki sebuah anak patung antik dari barat dimana dia teramat sayang sekali. Nama anak patung itu Adalah Mary. Dijadikan cerita, ayah Nchan itu mendapat pekerjaan baru dan mereka sekeluarga kena berhijrah ke bandar yang baru. Semasa proses pemindahan, Nchan secara tidak sengaja telah salah letak anak patungnya.

Pada satu malam, semasa ibubapa Nchan keluar dan hanya Nchan seorang diri di rumah barunya. Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Apabila Nchan menjawabnya, kedengaran suara bunyi nyaring pada hujung corong telefon. 

"Hello, ini Mary. Saya di pelupusan sampah sekarang ini."

Nchan menjadi takut dan meletakkan telefon tersebut. Tak sampai beberapa saat berlalu, ia berdering semula.

"Hello l, ini Mary. Saya di penjuru kedai sekarang ini."

Nchan terus meletakkan telefon, lalu ia berdering semula. 

"Hello, ini Mary. Saya berada di depan muka pintu rumah kamu sekarang ini."

Nchan terus menggigil ketakutan, dengan berhati-hati dia membuka pintu utamanya. Akan tetapi tiada sesiapa pun di sana.

"Ada kemungkinan ia sekadar panggilan palsu sahaja." fikir Nchan.

Dia menghela nafas lega dan menutup pintu utama rumahnya. Akan tetapi semasa dia hendak menaiki tangga rumahnya ke tingkat atas ke biliknya, dengan tiba-tiba telefon rumah berdering semula.

" Hello, ini Mary. Saya berada di belakang kamu. "

Nchan mulai menjadi pucat dan mulai menoleh ke belakang dengan perlahan-lahan... 

Pada lewat malam, semasa ibubapa Nchan kembali ke rumah. Mereka menemui anak perempuan mereka terbaring kaku di dalam kolam darah dia sendiri. Nchan telah ditikam beberapa kali sampai mati. 


*  *  *  *  *

Terdapatnya langkah bagaimana untuk mengelak dibunuh oleh Mary-san:

1. Kunci pintu dan tingkap rumah.

2. Jangan menjawab sebarang panggilan telefon. 

3. Sentiasa mengadapkan belakang anda pada permukaan dinding rumah. 

4. Jikalau Mary berada di belakang kamu, Jangan Pandang Belakang. 

5. Paling senang jangan jawab panggilan tak dikenali semasa kamu seorang diri di rumah.

6. Hargai lah barang yang kamu sayangi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan