Khamis, 22 Jun 2023

Hitobashira / Tiang Manusia

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai amalan hitobashira iaitu tiang manusia. Ia adalah kepercayaan ataupun amalan untuk menanam manusia hidup untuk dijadikankan tiang pada batu asas bangunan seperti bangunan, empangan, terowong dan terutamanya istana. Ia adalah amalan yang digunakan pakai terutamanya buat projek besar pada Aman dahulu sehinggakan ke kurun ke16. Malah ada yang percaya amalan ini kekal sampai ke kurun ke20.

Ia adalah sejenis pengorbanan yang digunakan sebagai alat setiap kali bangunan yang harus didirikan. Mereka mempercayai roh manusia akan menenangkan semangat alam di daerah berkenaan terutamanya semangat sungai jikalau tempat itu sering kali dilanda banjir. Selain itu ia digunakan untuk menghindari daripada serangan, api dan sebarang jenis bencana baik buatan manusia mahupun secara semula jadi. 

Walaupun hitobashira bermaksud tiang manusia akan tetapi maksud sebenarnya agak sukar nak jelaskan apabila symbol tiang dan shinto mempunyai hubungan jauh dengan Kami (dewa - dewi) yang bermaksud di dalam kuil tertua dimana tiang itu bersemadinya kami itu berada. Ia memberikan persamaan dengan mereka yang berkorban / dikorbankan diangkat sebagai perkara yang sama. Kebiasaannya tugu peringatan akan didirikan pada tempat mereka ditanam dan ada beberapa yang masih teguh berdiri sampai ke hari ini. 

Terdapat sebuah istana yang agak terkenal di Jepun yang berkait rapat dengan amalan ini. Ia adalah Istana Maruoka di wilayah fukui (wilayah echizen lama), ia salah satu istana lama Jepun yang masih lagi terselamat sampai ke hari ini dan memiliki hitobashira pada tengah-tengah tiang di dalam istana. 

Ketika pembinaan istana Maruoka, dinding istana sering kali runtuh walaupun telah dibaiki beberapa kali. Akhirnya keputusan telah dibuat untuk mengorbankan seseorang dan dijadikan hitobashira. 

Seorang wanita miskin, bermata satu bernama oshizu dipilih dan diberikan kehormatan menjadi hitobashira. Sebagai ganjaran pengorbanannya, dia dijanjikan bahawa anak lelakinya akan dijadikan samurai. Selepas dia dikorbankan, istana tersebut siap dibina. 

Akan tetapi sebelum anaknya dijadikan samurai, tuan istana dipindahkan ke wilayah lain dan janji itu di mungkiri. 

Setiap tahun selepas itu, parit istana sering kali melimpah keluar apabila tibanya hujan lebat pada musim bunga. Penduduk tempatan di Maruoka menyalahkan ia sebagai dendam oshizu dan mengelarkan hujan ini sebagai "Tangisan Kesedihan Oshizu" / "Tears of Oshizu's Sorrow". 

Selepas itu sebuah tugu peringatan diletakkan di dalam istana dengan harapan Roh Oshizu menjadi tenang. 


Nampak budaya ini bukan sahaja diamalkan di Asia malah seluruh dunia. Korban manusia digunakan untuk membuat satu binaan itu berdiri teguh buat selamanya. Dari penggunaan kanak-kanak ditanam pada dinding istana mahupun gereja di barat kepada penggunaan kepala manusia untuk membuatkan jambatan, semata-mata untuk membuat ia berdiri teguh daripada bencana alam mahupun buatan manusia. 

Saya pernah satu ketika dahulu mengenai mitos pengait, jikalau ada masa sila lihat kepada post yang saya pernah kongsikan terdahulu untuk membacanya. 

Nak baca lebih lanjut, saya sarankan baca di Wikipedia. Apabila versi ini adalah versi ringkas daripada saya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan