Khamis, 6 Julai 2023

Pale Man / Tenome

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai pale man atau dikenali sebagai tenome.

Pale man yang diceritakan atau di adaptasi daripada pan's labyrinth adalah berasal daripada lagenda urban legend daripada Jepun iaitu tenome iaitu seorang hantu lelaki buta yang mempunyai sepasang mata di telapak tangannya.

"The-No-Me" bermaksud "mata pada telapak tangan.

Mengikut cerita, ada seorang lelaki tua yang buta diserang oleh perompak. Mereka telah memukul dan membiarkan dia mati seorang diri di padang rumput. Ketika dia terbaring menanti panggilan maut, orang buta itu menjerit dengan penuh kemarahan dan kehampaan. 

"Jikalau saya dapat melihat wajah mereka! Jikalau saya ada mata pada telapak tangan saya!"

Disebabkan keadaan kematiannya penuh dengan kesengsaraan dan dendam, lelaki buta itu kembali menjadi hantu yang dikenali sebagai tenome. Dengan kehendak untuk membalas dendam yang teramat sangat, mata butAnya hilang pada wajahnya sebaliknya digantikan dengan sepasang mata pada telapak tangannya yang boleh melihat. 

Sekarang tenome mulai merayau-rayau di bandar dan di kawasan perkampungan mencari perompak yang telah membunuhnya. Dia dapat melihat dengan mengangkat tangannya di hadapannya seperti mana ditunjukkan di dalam filem berkenaan. 

Oleh kerana dia tak pernah melihat wajah pembunuhnya, maka dia akan membunuh sesiapa sahaja sekalipun sebaik sahaja tangannya mencapai mangsanya. Walaupun dia mempunyai mata pada telapak tangannya, akan tetapi dia masih buta dengan dendam kemarahan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan