(Terpaksa ambil di internet, selalu lalu tidak terfikir nak snap gambar. Ini pun gambar lama bukannya yang baru, dimana dah ada bumbung sepanjang jalan Tangga Seribu nie.)
Salam malam
Jumaat semua, malam nie saya akan
kongsikan mengenai satu tempat yang terdapat di hometown saya iaitu di Sandakan. Tempat yang dinyatakan adalah
sebuah tempat yang bernama Tangga Seribu. Nie
la infomasi serta kisah seram yang kebanyakkan orang Sandakan sendiri pun
tidak mengetahuinya.
Ia berkaitan dengan Tangga Seribu yang terletak berdekatan
dengan Majlis Penbandaran Sandakan. Kalau
mereka yang tahu bahawa tempat nie
ada kisah hitam yang ramai tidak tau
selain daripada pasangan kekasih berdua-dua (dating) di sana apabila tempat nie terlindung sekali.
Saya akan ringkaskan
sahaja la, tangga nie pernah berlaku kes rogol dan
pembunuhan di sana (yang terjadi dulu tidak ingat tahun berapa la). Ada penampakkan lembaga putih
berlegar-legar di tangga tersebut dikala malam dan mereka katakan penampakkan
dikala waktu senja. Pernah berlakunya kes terdahulu apabila ada kelibat seorang
wanita cuba menahan kereta untuk ditumpang akan tetapi tiada yang berani nak
tumpangkan wanita misteri apabila tiada yang berani mengambil risiko.
Walaupun tangga nie under
heritage trail, tapi tidak ramai local
mahupun pelancong akan naik tangga nie.
Tangga nie menghubungkan ke bukit
bendera serta Rumah Agnes (kisah tu
akan diceritakan pada hari yang lain).
Infomasi dan kisah seram nie saya dengar sendiri daripada kakak
sepupu saya sendiri dimana dia berkerja berdekatan dengan tempat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan