Khamis, 10 September 2015

Muzium Warisan Sandakan


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan lagi infomasi dan kisah seram yang berkaitan pula mengenai perkara yang local pun tidak tau. Nie berkaitan dengan bangunan lama MPS (Majlis Pembandaran Sandakan) yang sudah ditukar kepada Muzium warisan.

Nie adalah bangunan yang kira lama sekali sejak British lagi malah antara yang masih lagi berdiri kukuh selepas perang. Dahulu ia bangunan kerajaan ketika Sandakan nie menjadi Ibu Negeri ketika British lagi (nie ramai yang tidak tau punya gara-gara rata-rata tertidur kelas sejarah punya pasal bukan?).

Lepas perang bangunan nie digunakan oleh MPS sebelum mereka berpindah ke bangunan yang baru. 3/4 banguan tersebut ditinggalkan dan tidak digunakan maka ia dibiarkan kosong, tu pun digunakan semula apabila Muzium Sabah take over la.

Nie kisah seramnya, diringkaskan apabila petang mahupun dekat malam. Ada pekerja yang OT akan diganggu bila mereka berada di bangunan lama nie, diantaranya mereka akan diperhatikan serta kedengaran bunyi tapak kaki di dalam bangunan tu padahal pada masa tu sunyi sekali. Pernah penampakan lembaga hitam di dalam bangunan nie (bahagian dirahsiakan).

Sekarang bangunan nie menjadi tempat pelancongan serta muzium. Malah ia under heritage Trail lagi. Memang ada juga yang mengunjungi pada waktu siang akan tetapi bangunan nie amat menyeramkan dikala malam hari (klu tengok dari luar la).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan