Salam Malam Jumaat semua, pada malam nie
saya akan kongsikan pula mengenai Menara MPS dimana ia terletak pada
tengah-tengah bandar Sandakan. Ia adalah menara dimana ada pejabat kerajaan
pada satu ketika dahulu la saya tak
pasti masih adakah di sana ataupun sebaliknya. Bagi orang Sandakan ia bukan
sahaja simbol kepada Bandar Sandakan sebaliknya ia mempunyai kisah gelap
mengenai menara nie. Apabila menara nie sering kali menjadi tumpuan bukan
apa la tapi tempat untuk membunuh
diri.
Saya tak pasti berapa ramai menjadi korban pada menara nie sehinggakan ia sentiasa menantikan korbannya yang baru. Apabila
satu tempat itu pernah berlakukan kematian seperti membunuh diri semestinya ada
juga korban yang baru apabila roh si mati tidak akan aman selagi tiada korban
baru untuk mengantikannya sebab mereka
nie akan mengulangi kematian mereka nie
berulang-ulang kali sebab roh mereka nie
tidak akan aman apabila ia adalah pembalasan terhadap mereka yang mengambil
nyawa sendiri.
Semestinya ada pihak MPS meminta pertolongan daripada pakar apabila menara nie sudah menjadi puaka apabila banyak
sangat kes membunuh diri di sana. Malah semua jenis kepercayaan mereka gunakan
untuk pastikan menara tu kurang
mengambil korban, rasanya itu sia-sia apabila apa yang saya dapat tahu menara tu mendapat korbannya yang baru kalau
tidak silap awal 2014 pernah berlaku. Semestinya ia tidak dikhabarkan di berita
mahupun dimuka khabar apabila kes nie
kira taboo nak diceritakan.
Kebiasanya kisah mengenai menara nie
lebih ditutup mulut.
Adakalanya ada mereka terlihat kelibat-kelibat korban nie berlegar-legar di tempat mereka membunuh diri nie malah ada terdengar bunyi sesuatu
berat jatuh akan tetapi apabila dilihat pada belakang tiada apa-apa. Malah di
menara sering kali terlihat juga ada lembaga-lembaga berada di pinggir menara
sebelum terjun apabila dilihat ia tiada apa-apa ataupun ghaib daripada
pandangan. Kejadian yang paling kerap penampakkan tu di tempat meletakkan kereta apabila mereka sering kali terlihat
sesuatu yang menakutkan di sana.
Sampai disini sahaja infomasi dan kisah seram mengenai Menara MPS. Ada
banyak lagi tempat-tempat di Sandakan nie
yang keras dan berhantu dimana bukan semua orang Sandakan pun tidak tahu
mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan