Oleh kerana saya bukan 100% sentiasa posting di blog ini apabila sibuk menguruskan group di Facebook, saya hanya mengikut habit saya untuk posting pada setiap malam Jumaat seperti mana saya buat sebelumnya.
Sebagai admin group memang tidak lari saya ternampak mereka yang mengambil dan copy & paste cerita yang ada di blog ini sebab saya akan tahu apabila ia adalah pengalaman peribadi saya serta saya mengambil masa untuk menulisnya.
Oleh kerana saya tak tahu bagaimana nak setting post saya kena anti-copy, apa2 pun minta kebenaran daripada saya terlebih dahulu.. Jangan jadikan pengalaman peribadi ini adalah milik kamu sebaliknya kamu bukan. Semua kredit diberikan kepada kamu seorang sahaja bukan kepada yang menulisnya.
Saya menulis sekadar nak melepaskan stress dan sebagai hobi semata2 apabila idea sentiasa masuk tanpa diduga. Nak idea dalam penulisan tu saya boleh berikan dengan percuma tanpa bayaran asalkan ia berkaitan dengan seram dan misteri. Walaupun sebagai penulis amatur sahaja dan masih rendah diri menghantar cerita kepada mana2 penerbit buku (walaupun ada meminta saya mencubanya, tapi masih belum tergerak hati untuk berbuat demikian).
Kebanyakkan yang telah dikongsikan di blog ini, saya kongsikan terlebih dahulu di Note Facebook saya dan apa yang ada di sana banyak sekali yang terbaru. Maka tidak hairan la apa2 yang dikongsikan di blog ini mengambil masa yang lama untuk kena update. Jika ada yang berminat sila ke group Facebook dimana saya menjadi admin iaitu "CERITA-CERITA MISTIK DAN SERAM" & "cerita-cerita seram dan misteri" dimana setiap malam ada cerita dan infomasi yang menarik.
Apa2 pun minta kebenaran terlebih dahulu dengan mengantar saya email. Walaupun ia memakan masa yang lama tapi ia berbaloi ataupun sila nyatakan link ke blog saya ataupun sertakan nama saya dalam pengalaman peribadi saya ini.
"PERCAYA ATAUPUN TIDAK ITU TERPULANGLAH, TAPI TIADA SESIAPAPUN MEMPUNYAI HAK UNTUK KAMU MEMPERCAYAINYA".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan