Khamis, 26 September 2013

Twin Eyes

Inspektor Mira mulai menjadi tidak tentu arah, pandangan matanya sering melihat sana sini untuk memastikan dia tidak diperhatikan akan tetapi kedengaran bunyi nyayian itu tetap berlegar-legar dalam otak fikirannya. Kedengaran juga bunyi gelak-ketawa di rumah terbiar  manakala Mira terus menutup telinganya kerana dia tidak ingin mendengarnya.

Manakala dibelakang Mira terdapat sekujur tubuh iaitu rakan sekerjanya Inspektor Osman sudah tidak bernyawa lagi apabila dia sudah tidak senggup menahan gangguan daripada mata puaka. Dia terus menembak tepat ke otaknya untuk menamatkan riwayatya.

Inspektor Mira mulai teragak-agak untuk mengambil jalan yang sama dengan rakan sekerjanya itu apabila didepannya adalah sepucuk pistol kepunyaannya. Gangguan itu terus menghantuinya dan sentiasa memperhatikan kelakuan serta perbuatannya setiap masa.

Inspektor Mira terus menjerit ketakutan apabila dia terlihat sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang melihatnya daripada dinding rumah usang tersebut malah kedengaran bunyi gelak-ketawa yang teramat menyeramkan sekali. Mira terus mengambil pistolnya lalu melepaskan beberapa das tembakkan pada dinding tersebut dengan harapan dia membunuh benda itu. Harapan Mira mata puaka itu sudah mati akan tetapi mata puaka tersebut memunculkan di tempat lain hanya terus memandang tajam ke arah Mira yang sedang dalam ketakutan.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi gelak ketawa menghampiri Inspektor Mira yang mengigil ketakutan sambil mengacungkan pistolnya ke arah pintu apabila kelihatan sepasangan kembar memandang tajam ke arah Mira sambil mengerikan senyuman yang menakutkan sekali. Kedengaran lagu seperti London Bridge berulang-ulang kali dinyanyikan manakala Mira sudah menangis ketakutan.

***
2 bulan yang lalu,

Buku laporan tersun bagaikan pencakar langit tingginya, suasana pejabat yang sudah tidak terurus dengan kertas laporan di sana-sini. Manakala rak tempat menyimpanan file sudah penuh disumbat manakala keadaan pejabat bagaikan dilanggar taufan.

Kedengaran bunyi pintu diketuk, suasana pejabat tadi yang sunyi sepi kembali ada kehidupan apabila seorang wanita lingkungan 30’an berambut hitam yang diikat rapi ke belakang mulai keluar daripada timbunan kertas laporan serta seorang lelaki sasa yang dalam lingkungan 40’an keluar dari salah satu timbunan kertas laporan juga. Mereka berdua agak gelabah sebelum memastikan diri mereka kemas sebelum wanita tersebut membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki yang mengenakan pakaian uniform Polis berpangkat tinggi yang agak berusia memasuki pejabat yang tidak terurus ini.

“Inspektor Osman dan Inspektor Mira ada sebarang perkembangan mengenai kematian bersiri?” soal Pengarah Ibrahim sambil melihat ke arah mereka berdua.

“Akhirnya kami ada penunjuk , Tuan pengarah. Boleh Tuan tunggu sebentar.” Jawab Inspektor Osman sebelum dia menyelam ke dalam timbunan kertas laporan.

“Mentang-mentang kamu berdua sahaja harapan yang tinggal, sampai begini teruk kamu berdua kerjakan pejabat ini.” Ejek Pengarah Ibrahim yang terasa amat menjengkelkan apabila keadaan pejabat yang tidak terurus.

Inspektor Mira hanyalah tersenyum menahan malu selepas mendengari apa yang dikatakan oleh Pengarah mereka yang ternyata benar sekali. Memang benar hanya mereka berdua sahaja yang tinggal manakala yang lain menjadi mangsa kepada pembunuh misteri tersebut. Inspektor Mira tidak dapat mempelawa Pengarah mereka untuk duduk kerana dia sendiri tidak ingat dimanakah kerusi pejabat mereka berada yang ditengelami oleh lautan kertas.

Dengan tiba-tiba, Inspektor Osman berjaya keluar daripada lautan kerta tersebut sambil membawa sebuah fail. Tanpa membuang masa Osman terus memberikan kepada Pengarah mereka.

“Tuan, ini adalah laporan yang mengatakan bahawa pembunuhan baru-baru ini kita ada seorang saksi. Saksi sekarang dirawat di hospital atas trauma yang dialaminya. Pada keesokkan harinya kami berdua akan bertemu dengan saksi tersebut untuk menanyakan perihal pembunuhan tersebut.” Kata Osman sambil melihat Pengarah Ibrahim membelek-belek laporan yang diberikan oleh Inspektor Osman tadi.

“Apa yang kami tahu saksi ini berada di tempat kejadian serta kami pasti kesemua penunjuk ada pada saksi tersebut.” Tambah Inspektor Mira lagi.

Pengarah Ibrahim bagaikan puas dengan apa yang terkandung di dalam buku laporan tersebut dengan menanggukkan kepalanya. Lalu dia mengarah mereka berdua untuk tidak melepaskan peluang untuk menyiasat kes pembunuhan misterinya berdasarkan saksi tersebut.

Sebelum Pengarah Ibrahim meninggalkan pejabat tersebut, dia berpesan kepada mereka berdua untuk mengemas pejabat yang kelihatan seperti dilanggar taufan ala-ala mengejek mereka berdua. Inspektor Osman dan Inspektor Mira menundukkan kepalanya menahan malu sebelum memberikan tabik hormat kepada pengarah Ibrahim sebelum dia meninggal pergi.

“Mira kamu tu perempuankan jadi kemas-kemas la.” Arah Inspektor Osman dengan selamba sahaja.

“Banyak hensem, arah-arah saya kemaskan. Kamulah puncanya pejabat ini menjadi semak.” Marah Inspektor Mira.

 “Patutlah tiada satu lelaki pun nakkan kamu, dah la malas malah garang bukan main lagi tu.” Ejek Inspektor Osman.

“Hello, cermin diri tu dahulu dah sudah macam bujang lapuk. Tiada yang minat dengan kau sampai ada beberapa orang daripada jabatan yang sangkakan kamu nie gay.” Perli Inspektor Mira.

Mereka berdua terus mengejek satu sama lain manakala keadaan pejabat masih terus menjadi serabut tanpa mereka sendiri mengemasnya. Ia berterusan sehingga masa tamatnya kerja.

Pada keesokkan harinya, Inspektor Osman dan Mira pergi ke hospital untuk mencari saksi pembunuhan tersebut. Mereka berdua menanyakan jururawat di sana mengenai saksi tersebut, agak terperanjat bahawa saksi yang mereka hendak temui ditempatkan di wad masalah mental.

Akan tetapi hanya dari saksi tersebut sahaja mereka boleh menyelamatkan mereka daripada jalan buntu walaupun mental saksi tersebut sudah tidak normal. Mereka berdua terus menuju ke wad pesakit mental dan mendapati saksi tersebut ditempatkan di wad paling hujung sekali.

Dengan tiba-tiba kedengaran seperti bunyi jeritan yang teramat kuat sekali datang daripada wad saksi tersebut. Kelihatan beberapa jururawat lelaki berlari memasuki ke dalam wad tersebut dan seorang doktor terus memasuki wad tersebut dengan tergesa-gesa. Inspektor Osman dan Mira tanpa membuang masa terus berlari ke dalam wad tersebut, mereka mendapati seorang lelaki berambut serba putih dalam anggaran 20’an menunjuk jarinya ke arah dinding wad tersebut sambil terjerit-jerit ketakutan.

Argg! Mata tu ada di sana! Ia masih melihat saya! Tolong! Mata tu ada di sana! Argh!” jerit pemuda tersebut.

Pemuda tersebut terus dipasung pada katil wad tersebut oleh beberapa jururawat lelaki manakala seorang doktor terus menyuntik ke tubuh pemuda tersebut ubat penyenang. Dengan perlahan-lahan pemuda tersebut menjadi lemah lalu terlelap.

Satu per satu jururawat lelaki tersebut meninggalkan wad tersebut manakala tinggal doktor tersebut di wad. Inspektor Osman dan Mira mulai mendekati pemuda tersebut sebelum di halang oleh doktor tersebut yang melihat dua orang pegawai polis berada di depannya.

“Maaf Encik dan Cik. Pesakit baru sahaja diberikan ubat dan sepatutnya kita harus mengganggunya.” Kata Doktor Raju.

“Doktor, kami berdua daripada Jabatan Penyiasatan Jenayah Berat. Pesakit ini hanyalah satu-satunya saksi pembunuhan baru-baru ini. Kami mengharapkan kerjasama daripada Doktor untuk membantu kami pihak polis.” Kata Inspektor Osman.

“Bagaimana keadaan pesakit doktor? Adakah tidak keberatan membenarkan kami untuk bersoal jawab dengannya.” Kata Inspektor Mira.

“Keadaan pesakit tidak menentu adakalanya dia seperti normal akan tetapi bila dia bersendiri macam tadi jadinya.” Kata Doktor Raju.

“Lebih Encik dan Cik berdua datang semula apabila pesakit ini mulai sedarkan diri. Tinggalkan nombor telefon kamu berdua, jika pesakit sedar nanti kami akan telefon encik dan cik berdua.” Tambah Doktor Raju.

Selepas 3 jam berlalu, Inspektor Osman menerima panggilan daripada hospital yang mengatakan pesakit tersebut sudah sedarkan diri. Tanpa membuang masa mereka berdua terus menuju ke hospital.

Kelihatan Doktor Raju berada di samping pemuda tersebut yang baru sahaja sedar daripada mimpi buruk. Sebaik sahaja Inseptor Osman dan Mira memasuki wad tersebut, doktor Raju meminta dirinya untuk membolehkan mereka berdua menjalankan tugasan mereka.

Pemuda tersebut dikenali sebagai Amir adalah rakan sekelas dengan mangsa pembunuhan misteri tersebut. Amir berada di tempat kejadiaan apabila dia menerima panggilan telefon daripada si mangsa untuk menunggunya di bawah flat tempat tinggal si mangsa. Apabila dia tiba sahaja dengan tiba-tiba si mangsa lompat daripada beranda rumahnya terletak di tingkat 12. Si mangsa mati betul-betul di depan matanya. Tak jauh dari situ Amir terlihat sepasang kembar memandang ke arah si mangsa yang sudah terkulai tidak bernyawa. Sebaik sahaja kembar itu perasan bahawa mereka diperhatikan, kembar tersebut terus memandang tajam ke arah Amir. Ia sesuatu yang menakutkan sekali dengan sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang memperhatikan Amir.

Amir mulai dilanda trauma yang teramat dahsyat sekali dengan melihat kematian kawannya didepan mata serta sepasang mata yang menyeramkan sentiasa memperhatikan kelakuan serta perbuatannnya tak kira masa. Dia dilanda tekanan perasaan dan terpaksa dirawat di wad pesakit mental.

Apabila Inskeptor Mira meminta Amir menjelaskan wajah pasangan kembar tersebut, pada asalnya Amir agak takut sekali apabila dia memikirkan sedalam-dalamnya akhirnya dia bersetuju untuk memberitahunya. Inspektor Osman mendengar dengan teliti sekali ketika dia melakarkan wajah pasangan kembar tersebut. Adakalanya Inspektor Osman terasa seram sejuk dengan wajah yang dilakarnya amat menyeramkan sekali apa yang dijelaskan oleh Amir terutamanya bahagian mata mereka berdua.

Dengan tiba-tiba, Amir mulai menjerit ketakutan sambil menunding jarinya ke arah dinding wad tersebut. Keadaan mulai menjadi tidak terkawal apabila Amir mulai membaling kerusi ke arah dinding tersebut. Beberapa jururawat lelaki memasuki wad tersebut lalu memegang erat tangan Amir sebelum mengikatnya ke katilnya. Doktor Raju tergesa-gesa masuk ke dalam wad tersebut sambil menyediakan ubat penyenang sebelum dia menyuntiknya ke tangan Amir. Dengan perlahan-lahan Amir menjadi lemah lalu terlelap.

Inspektor Osman dan Mira diminta meninggalkan Amir oleh Doktor Raju untuk memberikan ruang. Doktor Raju cukup ganjil dengan keadaan Amir yang tiba-tiba berubah menjadi ganas selepas Inspektor Osman menunjukkan lakaran tersebut kepada Amir. Mujurlah Inspektor Osman dan Mira tidak mengalami sebarang kecedaraan daripada kejadian yang mengejut tersebut.

 Berpandukan kepada lakaran yang mereka dapat, pihak polis berkuat kuasa mencari pasangan kembar tersebut. Semestinya orang ramai banyak datang memberikan maklumat akan tetapi kes pembunuhan misteri terus meningkat dan menjadi-jadi. Kebanyakkan adalah mereka yang memberikan maklumat itu kepada pihak polis. Orang ramai mulai takut apabila lakaran yang pada pihak polis adalah berpuaka mahupun disumpah, malah orang ramai menjadi takut untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Malah terdapat beberapa kolompok orang awam meminta pihak polis untuk menarik balik lakaran tersebut daripada media kerana lakaran tersebut cukup menyeramkan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Lakaran tersebut bagaikan bernyawa terutamanya bahagian mata yang dilakarkan itu. Mata daripada lakaran kembar itu cukup tajam sekali melihat mangsanya sehinggakan menjadi trauma dan paranoid.

Inspektor Osman dan Mira hampir menyelesaikan kes pembunuhan itu apabila mereka menerima berita mengejut bahawa Amir iaitu saksi kes pembunuhan misteri itu telah meninggal dunia dengan menjerut lehernya sendiri mengunakkan tali yang mempasungnya pada katilnya sendiri. Ternyata ia teramat ngeri sekali malah Doktor Raju menerima tamparan yang kuat sekali apabila dia berjaya mengubati Amir. Pemergian Amir ternyata di luar jangkaannya.

Maka bermulanya yang bakal menghantui Inspektor Osman dan Mira apabila mereka mulai merasakan bahawa mereka mulai diperhatikan oleh sesuatu. Ia adalah perasaan yang teramat sukar sekali untuk dihiraukan bagaikan ia terus memerhatikan setiap gerakan, perbuatan dan kelakuan mereka. Ketika Inspektor Mira baru sahaja balik daripada kerjanya, dia terasa bagaikan ada sesuatu sedang memperhatikannya dari jauh apabila dia menyiasat hanya dia seorang diri di kawasan meletakkan kereta di apartmentnya.

Bagi Inspektor Osman pula, semasa dia membersihkan dirinya selepas daripada membuat senaman di gym. Dia terasa bagaikan ada sesuatu memerhatikan kelakuannya, sangkaan dia ada kemungkinan ada seseorang ingin mengambil kesempatan pada dirinya. Lalu dia membuat siasat di bilik mandi gym tersebut ternyata hanya dia seorang diri yang mengunakan kemudahan tersebut.

Gangguan seperti diperhatikan mulai menggangu kehidupan Inspektor Osman dan Mira sehinggakan mereka di tempat kerja turut merasakan pandangan tajam terus menikam mereka. Perasaan itu hanya mereka sahaja yang merasakan manakala tidak bagi orang lain.

Ketika Inspektor Osman dengan menaip laporannya dengan tiba-tiba kelihatan seperti satu berbola mata berwarna hitam beranak matakan merah sedang melihat tajam kearahnya. Osman terus terjatuh daripada tempat duduknya kerana terkejut, dia mendapati berbola itu masih lagi memerhatikannya daripada screen komputernya. Osman terlompat apabila dia disapa oleh seseorang daripada belakangnya, dia mendapati Mira yang menyapanya tanpa membuang masa dia melihat semula pada screen komputernya semula dan mendapati mata tersebut tidak lagi di sana. Osman merasakan adakah dia sedang bermimpi mahupun adakah berbola mata itu la yang sedang memperhatikanya.

Semasa Inspektor Mira sedang menyusun  semula fail untuk kes tersebut pada rak penyimpanan walaupun pada asalnya dia tidak ingin mengemas pejabat tersebut akan tetapi apabila ia menyukarkan pergerakkannya maka dia terpaksa lakukannya. Dengan tiba-tiba satu berbola mata berwarna hitam beranak matakan merah sedang memerhatikannya dari dindin pejabat tersebut, Mira terus menjerit ketakutan baginya pandangan mata itu cukup menakutkan kepadanya. Beberapa pegawai polis daripada jabatan yang berdekat datang ke pejabat dan mendapati Mira sudah menutup wajahnya sambil menunding jarinya pada dinding tersebut. Seorang pegawai polis wanita terus memeluk Mira yang dalam ketakutan itu dan cuba menyenangkannya. Dengan perlahan-lahan Mira melihat semula pada dinding tersebut dan mendapati berbola mata tersebut sudah ghaib. Mira merasakan dia mulai mengalami apa yang dialami oleh mangsa-mangsa pembunuhan misteri tersebut dan ada kemungkinan tinggi dia sudah menjadi kambing korban.

Perubahan mulai ketara apabila kedua-dua mulai menjadi paranoid dengan keadaan persekitaran mereka malah perubahannya cukup membimbingkan sekali apabila mereka mudah sekali terkejut dengan sesuatu yang kecil bagi mereka ia adalah perkara besar.

Walaupun perasaan paranoid menghantui Inspektor Osman dan Mira akan tetapi tugas mereka masih lagi menjadi kepentingan yang terutama sekali. Akhirnya mereka mendapat berita baik sekali apabila ada dua orang sanggup memberikan maklumat mengenai pembunuhan tersebut dengan syarat Inspektor Osman dan Mira kena bersua dengan mereka di satu tempat yang terpencil dan perihal mereka dirahsiakan.

Tanpa berfikir panjang mereka berdua bersetuju untuk bersua dengan dua orang pemberi maklumat tersebut, ini kerana apa yang diberitahu bahawa mereka dapat menangkap kembar tersebut. Inspektor Osman dan Mira berasakan bahawa kes mereka akan selesai tidak lama lagi dan mereka cukup gembira ia akan tamat.

Tanpa membuang masa mereka berdua terus menuju ke tempat yang dijanjikan iaitu sebuah rumah usang yang jauh daripada orang ramai. Walaupun agak aneh sekali syarat yang diberikan itu ada kemungkinan tinggi pemberi maklumat itu tidak ingin menjadi mangsa kepada kembar tersebut seperti terjadi kepada pemberi maklumat yang lain.

Dengan tempat yang terpencil semestinya mendapatkan bantuan semestinya sukar sekali malah tempat tersebut tidak mempunyai isyarat telekomunisasi dengan dunia luar. Sebagai langkah berjaga-jaga, Inspektor Osman dan Mira membawa setiap seorang sepucuk pistol untuk mengelak daripada kejadian yang tidak ingini daripada berlaku.

Dengan langkah berjaga-jaga, Inspektor Osman dan Mira memasuki ke dalam rumah usang tersebut. Keadaan rumah yang sudah lama dibiarkan, dengan dinding rumah yang sudah terkopek dan penuh dengan grafiti. Penuh dengan sampah-sarap malah ada saki-baki yang menunjukkan rumah tersebut pernah menjadi sarang kepada penagih dadah. Bau pada rumah usang tersebut teramat kurang menyenangkan sekali malah persekitarnya boleh membuat sesiapa sahaja menjadi seram sejuk.

Entah dari mana perasaan paranoid mulai menghantui Inspektor Osman dan Mira, mereka merasakan bagaikan mereka ini diperhatikan oleh sesuatu semestinya tidak dapat dibuang sama sekali. Apabila mereka berdua berada di pada tengah-tengah rumah tersebut mereka melihat dua orang sedang berdiri menunggu ketibaan Inspektor Osman dan Mira. Kelihatan dua orang yang mengenakan serba hitam dengan pakaian yang ada hood boleh dikatakan sama satu sama yang lain.

Inspektor Mira mulai menjadi pucat manakala Inspektor Osman tanpa membuang masa mengeluarkan pistolnya dan mengacukan kepada dua orang tersebut apabila kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang memperhatikan mereka berdua daripada dua orang tersebut. Matanya yang termata menyeramkan sekali bagaikan pandangan daripada mata tersebut boleh melihat menembusi Inspektor Osman dan Mira.

Kedengaran bunyi gelak ketawa yang teramat menyeramkan sekali mulai berkumandang di rumah usang tersebut. Inspektor Osman dan Mira tahu bahawa yang berada di depan mereka bukan pemberi maklumat sebaliknya mereka adalah pasangan kembar pembunuhan misteri.

“Akhirnya rancangan itu menjadi la, semestinya mereka memasuki perangkap la Jill.” Kata lelaki di sebelah kiri.

“Mestilah rancangan yang tiada cacat, bukankah dia janjikan ia akan mengena bukan? Jack” kata perempuan di sebelah kanan.

“Nak mulakan permainan ka? Jill.” Kata lelaki tersebut lagi.

“Semestinya lagipun ia penghabisan juga kan. Jack.” sambung perempuan tersebut lagi.

 Dengan perlahan-lahan pasangan kembar tersebut berjalan menuju ke Inspektor Osman dan Mira ambil mengukirkan satu senyuman yang menakutkan serta menyeramkan sebelum ghaib daripada pandangan mata kedua-dua Inspektor tersebut. Kedengaran bunyi gelak ketawa yang amat menyeramkan bagaikan pasangan kembar tersebut bermain-main dengan mangsa mereka seperti kucing.

Inspektor Osman mulai bertindak mencari kemana hilangnya pasangan kembar tersebut manakala Inspektor Mira masih mengigil dengan ketakutan sambil menutup telinga daripada mendengar gelak ketawa daripada kembar tersebut. Inspektor Osman mengarah Mira untuk tunggu di situ manakala dia pula terus mencari pasangan kembar tersebut.

Inspektor Osman dengan berhati-hati memeriksa setiap bilik di rumah usang tersebut dan mendapati ia kosong. Pistolnya masih lagi dalam pegangnya kerana dia tidak tahu keupayaan yang ada pada pasangan kembar tersebut. Apabila Osman memasuki ke dalam sebuah bilik dengan tiba-tiba pintu pada bilik tersebut tertutup dengan sendirinya, Osman cuba membukanya akan tetapi pintu itu bagaikan sudah tersekat. Osman menjadi pucat apabila kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang memerhatikannya. Osman menjadi teramat takut sekali lalu melepaskan beberapa das tembakkan pada dinding bilik tersebut akan tetapi mata puaka tersebut dengan perlahan-lahan membesar dengan setiap das tembakkan yang dilepaskan oleh Osman.

Apabila Inspektor Mira mendengar bunyi das tembakkan, dia terus memberanikan dirinya dan terus menuju ke arah bunyi tembakkan tersebut. Kedengaran bunyi lagu seperti London Bridge berkumandang di rumah tersebut.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

Lagu tersebut didengari sepanjang masa Inspektor Mira menuju ke bilik yang Inspektor Osman berada. Mira cuba membuka pintu bilik tersebut akan tetapi dia tidak dapat membukanya. Kedengaran bunyi jeritan dari Inspektor Osman dari dalam bilik tersebut bagaikan dia mengalami sesuatu yang teramat menakutkan sekali. Mira tanpa henti mengetuk pintu itu dengan harapan Osman boleh membukanya akan tetapi ia sia-sia sahaja apabila Osman menjerit tanpa henti. Mira mengambil keputusan untuk memecahkan pintu tersebut dengan menyepaknya sekuat hatinya dan akhirnya pintu tersebut terbuka luas.

Bang! Bak!

Inspektor Mira menjadi pucat bagaikan semangatnya telah keluar daipada tubuh badannya apabila dia melihat dengan matanya sendiri. Apabila Inspektor Osman menekan picul pistolnya pada kepalanya sendiri, darah memercik pada dinding dan sisa otaknya hancur melekat pada dinding rumah tersebut. Mira menjerit sekuat hatinya apabila Osman mulai rebah menyembah bumi tidak bernyawa lagi.

Inspektor Mira terus mengendong kepala Osman sambil menangis baginya dia tidak menyangka bahawa Osman sangguh mengambil tindakan untuk mencabut nyawanya sendiri. Darah terus mengalir daripada lubang pada kepala Osman yang mulai membasahi lantai rumah usang itu. Air mata terus mengalir dari mata Mira dengan kesedihan yang melampau sekali.

Kedengaran bunyi hilaian gelak ketawa masih berlegar-legar pada rumah tersebut. Inspektor Mira menjadi marah sambil melepaskan beberapa das tembakkan secara rambang pada bilik tersebut. Mira terus menjerit dengan kemarahan dengan menyumpah serapah pada kembar tersebut atas kematian rakannya itu.

Inspektor Mira merasakan bagaikan ada  pada belakangnya bagaikan dia sedang diperhatikan, dengan perlahan-lahan dia berpaling pada belakang dengan serta-merta dia menjerit sekuat hatinya apabila kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah menyala sedang memerhatikan Mira. Mangkin lama mata puaka tersebut membesar sebesar Mira. Mira boleh melihat jelas mata hitam tersebut bagaikan dia berada di dalam mata tersebut. Mira terasakan dia berada di satu tempat yang gelap dengan tiba-tiba api menyala dengan besar sekali bagaikan ia akan memakan diri Mira. Bunyi hilaian gelak ketawa serta lagu seperti London Bridge terus berlegar-legar pada otak Mira. Dari bara api keluar satu per satu perkara-perkara yang ditakuti oleh Mira sehinggakan Mira terjerit-jerit ketakutan yang teramat sandis sekali.

***
Pistolnya masih ditangannya mulai bergetar dengan ketakutan, Inspektor Mira sudah tidak sanggup apabila ketakutan yang dia alami pada masa itu benar-benar baginya sesuatu yang tidak disangkakan. Mira melihat mayat rakannya yang sudah kaku dan sepasang kembar dengan mata berpuaka sedang memerhatikannya. Mira tidak sanggup menanggungnya dengan cabaran yang dia sendiri tidak dapat tanggung.

Dengan perlahan-lahan Mira memasukkan mulut muncung pistolnya, dengan jarinya terketar-ketar dia menekan picu pistolnya.

Bang! Brak!

Peluru terus menembusi mulutnya lalu mengena otaknya sebelum keluar daripada kepalanya. Darah terus terpercik keluar manakala otaknya bersepah keluar. Dengan perlahan-lahan Mira terus menyembah bumi dan tidak bernyawa.

Pasangan kembar, kelihatan tersenyum apabila mereka mendapatinya permainan mereka sudah tamat lalu dengan perlahan-lahan meninggalkan mayat Inspektor Osman dan Mira begitu sahaja kerana tujuan mereka sudah terlaksana.

Dengan tiba-tiba rumah usang tersebut menjadi gelap lalu keluar beribu-ribu mata berwarna hitam beranak mata merah memerhatikan kembar tersebut. Pasangan kembar tersebut agak terkejut dengan apa yang mereka nampak dan mereka tidak menyangka mata mereka hampir sama dengan ribuan mata tersebut. Kelihatan satu lembaga hitam mulai berkumpul pada tengah-tengah ribuan mata tersebut. Kedengaran bunyi tepukkan tangan daripada seorang lelaki muda berambut hitam bertocang pada belakangnya dan mengenakan suit kelabu.

“Semestinya jangkaan saya tak mungkin salah, kamu berdua memang sesuai sekali menjadi perantis ku.” Kata Mr M sambil tersenyum.

“Baiklah kesemua sudah tersedia dan rancangan aku akan diteruskan juga. Sekarang kamu berdua ikut saya.” Arah Mr M.
Pasangan kembar itu terus mengikuti Mr M memasuki bayangan gelap dan hilang di bayangan tersebut sebelum beribu-ribu mata tersebut ghaib daripada pandangan.

Manakala dekat berbulan, pihak polis tidak mendengar khabar berita kes pembunuhan misteris tersebut bagaikan ia sudah terhenti dan ia tidak mencari mangsanya semula. Kehilangan Inspektor Osman dan Mira masih lagi giat dijalankan apabila pemergian tidak diberitahu kepada sesiapapun malah Pengarah Ibrahim turut menjadi risau kehilangan harapan terkahirnya. Kes pembunuhan misteri tersebut sudah menjadi sejuk dan tiada berita sebarang kes tersebut berlaku, dengan hati yang berat fail kes pembunuhan misteri terpaksa ditutup apabila bukti tidak mencukupi dan kehilangan orang yang ditugaskan menjalankan kes itu masih belum ditemui.

Pengarah tahu pembunuh masih berada diluar sana dan dia berharap satu hari pembunuh itu dapat ditangkap jua. Akan tetapi berita buruk menimpah apabila mayat Inspektor Osman dan Mira ditemui dengan tragis sekali dengan keadaan reput dan teramat sukar untuk dikenal pasti selepas pihak polis menemui kereta Polis tersadai di tepi belukar untuk memasuki rumah usang tersebut. Malah pihak polis menemui satu tulisan pada dinding berdekatan dengan mayat Inspektor Osman dan Mira yang memberi amaran jika pihak polis meneruskan juga kes tersebut lebih banyak nyawa akan terkorban dan jika sebaliknya mereka berdua adalah yang terakhir sekali yang ditulis dengan darah.

Apa yang Pengarah Ibrahim sangkakan menjadi benar, harapan terkahirnya turut menjadi mangsa. Baginya keputusannya untuk menutup kes pembunuhan misteri amat dikesalinya akan tetapi apabila harapan terakhir tutur menjadi mangsa maka dia terpaksa akur dengan keputusannya itu kerana dia tidak ingin lagi nyawa menjadi korban.

Tiada lagi kelibat pasangan kembar malah kisah pembunuhan misteri dengan perlahan-lahan hilang. Pandangan mata hitam beranak matakan merah sekali-sekala kedengaran akan tetapi ia sebentar sahaja. Pasangan kembar masih lagi berada di luar sana memerhatikan perbuatan kamu tanpa kamu sedari. Semestinya lagu seperti London Bridge akan kedengaran jua bila masanya.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.




Sekian.

Khamis, 19 September 2013

Watcher

Kedengaran bunyi jeritan datang dari satu perumahan elit dari salah sebuah rumah banglo 3 tingkat. Kelihatan seorang wanita dalam 20’an dipeluk oleh seorang lelaki yang cuba menenangkan wanita tersebut yang terjerit-jerit sambil menunjuk ke arah dinding rumahnya.

Argg! Dia ada disana, mata tu ada disana! Dia sedang perhatikan saya!” jerit May dalam ketakutan.

“May, tiada apa-apa di sana. Ia cuma dinding biasa saja.” kata teman lelaki May, Jason.

“Tak! Ia masih di sana lagi! Sepasang mata yang hitam merah, betul-betul sedang perhatikan saya sekarang!” jerit May lagi.

Jason melihat ke dinding akan tetapi dia tidak melihat apa-apa yang ganjil padanya. Dia tidak nampak apa yang May kerana hanya dia seorang sahaja yang nampak mata tersebut. Kelihatan sepasang lelaki dan wanita keluar dari rumah tersebut terus berlari ke arah May, ibubapa May semestinya menjadi risau taktala memdenggar May terjerit-jerit ketakutan.

Keadaan May sudah tidak terurus malah kerjanya di pejabat sudah bertimbung dengan banyak sekali akan tetapi dia tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya. Keluarganya, rakan karibnya serta teman lelakinya mulai risau dengan keadaan May. Walaupun mereka meminta pertolongan dari pakar akan tetapi keadaan May sudah tidak dapat diubati.

Amat sukar bagi keluarga May apabila, mereka tidak boleh meninggalkan May seorang diri kerana May akan meracau-racau seperti orang kena histeria malah May akan terjerit-jerit sambil menunjuk ke arah dinding bagaikan ada sesuatu di sana.

Bagi May perasaan yang membuat dia terasa seperti diperhatikan teramat kuat sekali malah dia mulai menjadi paranoid dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya May terasa dia diperhatikan akan tetapi dia tak dapat menangkap perlakunya akan tetapi kehidupannya berubah apabila dia terlihat sepasang mata hitam beranak mata merah memperhatikannya maka dari situlah perasaan paranoid tersebut.

Akhirnya oleh kerana May terlalu paranoid, ia memakan dirinya sendiri apabila dia mengambil keputusan untuk mengikut teman lelakinya yang membawanya makan angin. Alasan Jason untuk kebaikan May untuk melupakan perasaan paranoid tersebut. Ketika May bersama-sama dengan Jason baru habis makan tengahari di sebuah restaurant mewah, May mulai terasa dengan tiba-tiba dia bagaikan diperhatikan akan tetapi dia terpaksa menyembunyikan perasaan itu daripada Jason.

Selesai sahaja mereka memakan tengahari, Jason mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di ibukota bersama-sama dengan May. Ketika mereka hendak melintasi jalan raya, May ternampak seperti ada sepasang kembar berdiri di sebelah jalan sedang memandang tajam kearah May. May mulai ketakutan sehinggakan dia berdiri kaku pada lintasan jalan kaki tersebut apabila dia nampak jelas sepasang mata hitam beranak matakan merah dari pasangan kembar tersebut.

May terkaku dengan ketakutan dan dia tidak sedar lampu hijau mulai berubah menjadi merah. Jason terus terjerit-jerit memanggil May untuk berlari ke seberang secepat mungkin apabila lampu mulai bertukar menjadi merah. Jason tidak sedar bahawa May tidak berada disampingnya ketika mereka melintasi jalan tersebut. Penjalan kaki yang lain terjerit-jerit meminta May melintasi jalan tersebut secepat mungkin apabila kelihatan dari jauh sebuah lori yang sarat dengan muatan meluncur laju ke arah May.

May terus memandang ketakutan pada kembar tersebut, dengan tiba-tiba dia tersedar daripada lamuan tersebut apabila kembar tersebut menunjukkan ke suatu arah. May melihatnya lalu menjerit sekuat hatinya apabila sebuah lori muat dengan muatan meluncur laju ke arahnya. Pemandu lori tersebut tidak dapat menekan brek secepat yang mungkin apabila dia terlihat May masih belum melintasi jalan.

BAM! BRAK! KRAK! KREK! DUM!

May terus melambung jauh apabila dia dilanggar oleh lori tersebut, darah terpecik dengan banyak sekali serta tulang-tulang pada May habis berpatahan. Jason menjerit nama May terkuat hatinya sebelum berlari mendapatkan May. May terbatuk-batukkan darah serta dia dalam kesakitan yang teramat sekali. Nafas May mangkin lama mangkin perlahan dan akhir dia sudah tidak bernyawa lagi. Jason terus mengegarkan tubuh May yang sudah tidak bernyawa itu yang tidak menyangka May sudah pergi.

Sebulan yang lalu,

May menunggu kedatangan teman lelakinya yang datang menjemputnya untuk memakan tengah hari. Ketika May sedang menunggu di bawa kaki lima tempat dia berkerja. Dengan tiba- tiba dia dilanggar oleh seorang wanita yang sedang tergesa-gesa. May terus menarik wanita yang berkaca mata tebal, rambut ikatan pigtails dan berpakaian agak nerdy itu dengan kuat sekali. May cukup berang sekali apabila pakaiannya sudah terkotor apabila kopi yang dibawa oleh wanita tersebut terpercik ke bajunya itu. Wanita tersebut memohon maaf berkali-kali kerana dia sudah terlambat ke temuduganya.

May terus menampar wanita tersebut di khalayak ramai sebelum merampas minuman tersebut daripada wanita tersebut sebelum menyiram kopi panas tersebut pada kepala wanita tersebut. Orang ramai agak terkejut dengan perbuatan May yang diluar dugaan walaupun wanita tersebut memohon maaf sambil cuba membersihkan kotoran tersebut. Wanita malang tersebut kesakitan apabila dia disirami oleh kopi panasnya itu.

Tanpa berasa bersalah mahupun kasihan, May terus berjalan ke arah kereta teman lelakinya dengan bongkak sekali dan tidak pedulikan keadaan wanita tersebut. Dari luar tingkap kereta tersebut, May ternampak seorang lelaki berlari menuju ke wanita malang tersebut dan May menjadi pucat apabila dia melihat wanita dan lelaki tersebut mempunyai wajah yang sama bagaikan pasangan kembar. Lebih menakutkan sekali apabila sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam ke arahnya semasa kereta teman lelakinya dipandu pergi.

Orang ramai berpusu-pusu melihat kemalangan tersebut, ada yang terus menelefon pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut dan ada yang mengambil gambar. Kelihatan pasangan kembar lelaki dan perempuan tersebut tersenyum sebelum mereka berjalan meninggalkan tempat kejadian tersebut sambil menyanyikan sebuah lagu rentak London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

###

Puan Hua terasa dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu walaupun dia sudah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari perlakunya akan tetapi ia tak mendatangkan hasilnya. Keadaan pada dirinya mulai tidak terurus serta perniagaannya terpaksa ditutup oleh kerana itu. Wanita yang dalam usia 50’an, berpakaian seperti seseorang yang ada kelas, berstatus janda tidak beranak dah mulai menjadi paranoid dengan keadaanya.

 Apabila penyiasat persenidirian tersebut gagal, Puan Hua akhirnya mendapat perlakunya apabila dia memeriksa stoknya di bilik stor. Puan Hua terus menjerit ketakutan apabila dia terlihat sepasang mata hitam dengan beranak matakan merah sedang melihatnya dengan tajam seakali.

Jeritan Puan Hua kedengan di kedainya yang menjual barangan kecantikkan, pembantu Puan Hua terus berlari ke arah bilik stor dimana Puan Hua berada.

“Puan. Puan tidak apa-apa?” soal Jenny salah seorang daripada pembantu Puan Hua.

“Tolong ada sepasang mata melihat saya di dinding stor nie.” Kata Puan Hua terketar-ketar.

“Puan, tiada apa-apa pun di dinding stor. Mungkin puan hanya terlihat lipas mahupun tikus sahaja puan.” Kata Jacky pembantu lelaki Puan Hua.

“Tidak! Ia masih di sana lagi. Ia masih memperhatikan saya sekarang nie. Argg!” jerit Puan Hua sebelum rebah ke lantai.

Nasib baik Jacky dan Jenny sempat menyambut Puan Hua daripada terus menyembah bumi. Puan Hua sudah tidak sedarkan diri apabila dia teramat takut sekali dengan sepasang mata yang memperhatikannya itu. Suasana mulai menjadi panik apabila pekerja-pekerja yang yang mendapati Puan Hua sudah tidak sedarkan dirnya. Jenny terus menelefon ambulance manakala Jacky bersama-sama dengan beberapa lagi pekerja yang lain membawa Puan Hua ke sofa di kedai tersebut.

Sebaik sahaja Puan Hua sedarkan dirinya, dia mendapati berada di Hospital. Dia sedar bahawa dia tidak menyedarkan dirinya kerana terlampau takut dengan kejadian di bilik stor. Dengan tiba-tiba, mata Puan Hua tertumpu pada hadapannya apabila dia ternampak jelas sekali sepasang mata hitam beranak matakan merah memperhatikannya. Terasa kakinya bagaikan dirantai pada katil tersebut ketika dia cuba menyelamatkan dirinya. Dengan tenaganya yang ada Puan Hua terus terjerit-jerit ketakutan yang teramat kuat sekali sehinggakan beberapa jururawat memegang tangannya serta seorang doktor menyediakan ubat penenang sebelum dia menyuntik ke tangan Puan Hua. Mata Puan Hua mulai menjadi berat sebelum ia tertutup rapat dengan pandangan sepasang mata tersebut.

Kehidupan Puan Hua sudah tidak menentu malah keadaan pada dirinya sendiri sudah tidak teratur. Kesihatannya mulai terganggu malah perniagaannya terpaksa ditutup dan menyebabkan pekerjanya kehilangan sumber pendapatan. Puan Hua lenbih banyak berkurung di rumah daripada keluar daripada rumah kerana dia sudah hilang keyakinan untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Akan tetapi sepasangan mata itu tetap menghantui kehidupan Puan Hua.

Akhirnya ia semua berakhir apabila Puan Hua menerima jemputan hari jadi daripada anak buahnya. Pada asalnya dia terasa berat sekali untuk menerima jemputan tersebut oleh kerana anak buahnya itu adalah paling dia sayangi maka dia terpaksa akur untuk ke majlis hari jadi tersebut. Ketika di majlis hari jadi itu, anak buahnya kelihatan gembira melihat kehadiran mak cik kesayangan itu yang sudah lama menyepi. Suasana agak meriah sekali apabila ia dibuat berdekatan dengan sebuah kolam renang. Akan tetapi Puan Hua masih terasa seperti dia sedang diperhatikan oleh sesuatu, perasaan paranoid dia terus menyerangnya sehinggakan dia tercari-cari dari mana datangnya perasaan diperhatikan itu.

Puan Hua menjadi pucat oleh ketakutan yang teramat kuat sekali apabila dia terlihat sepasang mata hitam beranak matakan merah memerhatikannya yang datang daripada sepasang kembar yang berpakaian seperti pelayan. Dadanya mulai terasa pedih sekali dan jantungnya terus berdenyut kencang sekali. Kesakitan yang teramat sakit sekali dan kakinya mulai menjadi longgar sekali.

Bak! Kedengaran bunyi seperti ada benda terjatuh. Anak buah Puan Hua terus berlari ke arah mak ciknya yang sudah berbaring pada lantai. Puan Hua terus menekan dadanya sambil tergolek-golek tanpa disedari dia berada di penjuru kolam renang tersebut.

Bak! Krak!

Kepala Puan Hua terhentak pada penjuru kolam renang tersebut, tubuh badanPuan Hua terus termasuk ke dalam kolam renang tersebut. Anak buah Puan Hua terus terjerit-jerit meminta bantuan apabila dia terlihat darah keluar daripada kepala mak ciknya itu. Suasana majlis tersebut menjadi huru-hara apabila kejadian yang tidak diingini berlaku. Air kolam renang tersebut mulai bertukar menjadi merah seperti darah.

Mayat Puan Hua timbul pada permukaan kolam renag tersebut manakala anak buah Puan Hua terus menjadi histeri apabila dia mendengar bahawa mak ciknya sudah meninggal dunia. Kematian Puan Hua termyata tragis sekali apabila dia meninggal dunia kerana lemas selepas beliau diserang oleh sakit jantung.

Jauh daripada tempat kejadian, sepasang kembar tersebut kelihatan tersenyum gembira apabila mereka menyaksikan kejadian kematian Puan Hua itu. Majikan kepada katering tersebut terpaksa dihentikan kerana kejadian tersebut, kebetulan sahaja sepasang kembar tersebut menjadi pelayan bagi majlis itu.

Sebulan yang lalu,
Puan Hua baru sahaja balik daripada urusan perniagaanya di sebuah syarikat terkemuka. Ketika dia berjalan ke arah keretanya dia mendapati begnya tidak berada bersama-sama dengannya. Dia mulai menjadi panik ada kemungkinan bahawa dia sudah diragut dan dia bakal hilang kesemuannya.

Dengan tiba-tiba kedengaran daripada belakangnya seseorang memanggilnya. Kelihatan seorang pemuda berkaca mata tebal dan berpakaian agak selekeh memanggilnya. Pemuda tersebut memberikan beg tangan Puan Hua dimana dia tertinggal di syarikat terkemuka tersebut. Puan Hua terus berang lalu memukul pemuda tersebut tanpa balas kasihan. Puan Hua tambah marah lagi apabila dia menanggap pemuda telah kotorkan beg tangannya malah dia menuduh pemuda tersebut mengharapkan sesuatu pulangan jika dia pulangkan beg tangan Puan Hua.

Orang ramai yang berada berdekatan tergamam dengan perbuatan Puan Hua yang menyerang pemuda yang memulangkan beg tangan milik wanita tersebut. Bukan ucapan terima kasih yang diterima oleh pemuda tersebut akan tetapi kata-kata perhinaan daripada Puan Hua. Dengan tiba-tiba datang seorang wanita yang bercermin mata tebal dengan rambut ikatan ponytail serta pakaian berbaju kurung berlari mendapatkan pemuda tersebut bersama-sama dengan pengurus syarikat terkemuka tersebut.

Apabila Puan Hua menyedari kehadiran mereka berdua, dia terus berpaling dari situ sebelum memasuki keretanya tanpa berasa bersalah dengan perbuatannya itu. Pemuda tersebut mengalami kecederaan yang teruk sekali dan wanita tersebut cuba memimpinya untuk bangun. Pengurus syarikat tersebut agak terkilan dengan perbuatan Puan Hua dan kemungkian  tinggi syarikat terkemuka tersebut akan mengalami masalah berat dan dia tahu bahawa ia sudah terlambat apabila dia sudah sain kontrak untuk produk kecantikan Puan Hua. Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada dia menolong pemuda tersebut dan membawanya ke hospital.

Puan Hua dengan tiba-tiba terasa bahawa dia diperhatikan oleh sesuatu apabila dia menghidupkan enjin keretanya. Dari tingkap keretanya kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam daripada pemuda dan wanita tersebut. Puan Hua menjadi ketakutan dengan pandangan tersebut, tanpa membuang masa dia terus memandu pergi.

Dengan perlahan-lahan pasangan kembar tersebut meninggalkan tempat kejadian itu selepas mereka dibenarkan oleh pulang. Pasangan kembar itu memegang tangan mereka sambil menyanyikan sebuah lagu yang berentakkan London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

###

Mick kelihatan teramat gelisah sekali apabila dia terasa dia seperti diperhatikan sepanjang masa. Dia menanggap ia berpunca daripada perbalahan dengan musuhnya sebuah lagi kumpulan gangster yang sama dengan dirinya. Anak-anak buah Mick berasa cukup aneh sekali apabila kelakuan dan sikap ketua mereka sudah berubah secara mendadak.

Mick mulai terasa paranoid dengan keadaan sekelilingnya malah dia bagaikan dalam ketakutan yang teramat kuat sekali. Walaupun Mick meminta anak buahnya untuk mengawal markas mereka akan tetapi perasaan diperhatikan itu tidak dapat dibuang masa sekali.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan Mick dari biliknya, beberapa anak buah Mick terus menyerbu ke dalam bilik tersebut. Kelihatan Mick terjerit-jerit ketakutan sambil menunjuk jarinya ke arah mejanya. Anak buah Mick terus menlihat meja tersebut, apa yang mereka lihat hanya kosong sahaja selain daripada wang perlindungan yang mereka terima setiap bulan. Kelihatan seorang lelaki berambut jingga terpacak dengan tubuh badannya yang penuh dengan tattoo mulai merapati Mick. Cris adalah salah seorang orang kuat kepada kumpulan gangster Mick cuba menyenangkan ketuanya yang dalam ketakutan.

Boss, apa yang kamu takutkan nie? Mejab tiada apa-apa pun.” Soal Cris yang terasa kurang enak sekali degan kelakuaan Mick.

“Ada sepasang mata hitam beranak matakan merah, memperhatikan saya ketika saya mengira duit perlindungan. Tu mata tu masih lagi perhatikan saya. Argh! Mata tu mulai bergerak ke arah saya!” pekik Mick.

Kelihatan Cris dan beberapa anak buah Mick terus melihat meja tersebut akan tetapi mereka tidak dapat melihat apa yang Mcik nampak.Cris hanyalah mengeleng-gelengkan kepalanya ada kemungkinan tinggi Mick terlampau stress bukan kerana masalah perniagaan akan tetapi baru-baru ini kumpulan mereka mendapat ancaman daripada kumpulan lain yang hendakkan tempat mereka itu.

Cris terus memimpin  Mick dan mengajaknya pulang ke rumah untuk berehat. Mick hanya akur dengan ajakkan tersebut kerana dia tahu bahawa hanya dia seorang diri sahaja yang mampu melihat sepasang mata itu.

Segala urusan dipikul oleh Cris apabila Mick sudah tidak terurus malah kesihatannya mulai terjejas. Mick benar-benar menjadi paranoid dengan keadaan sekelilingnya terutamanya apabila dia terasa dia seperti diperhatikan. Mick menjadi murung dengan keadaan tersebut malah ia menjadi lebih teruk sekali apabila ternampak mata hitam beranak matakan merah itu yang muncul dimana-mana sahaja yang akan memperhatikan pergerakkan mahupun perbuatan Mick.

Ia berakhir apabila satu kejadian yang membawa kepada penghabisan nyawanya. Ketika dia baru sahaja balik daripada menjamu selera dari jemputan rakan karibnya daripada kumpulan gengster yang lain. Kereta yang membawa Mick berhenti di kawasan lalu lintas, pada masa itu adalah malam yang sunyi sepi. Mick mulai naik geram apabila hanya sebuah kereta sahaja yang berhenti di lampu merah akan tetapi Cris tidak mahu melanggar lampu isyarat kerana di sana terdapat cctv. Cris tidak ingin mencari masalah dengan pihak polis berbeza dengan Mick yang sudah beberapa kali keluar masuk lokap akan tetapi sikap itu semestinya tidak boleh diubah.

Dengan tiba-tiba, Mick terasa dirinya bagaikan diperhatikan oleh sesuatu. Mick terus menjadi pucat apabila pada seberang jalan kelihatan sepasang kembar sedang memperhatikannnya dengan mata yang hitam beranak matakan merah. Pasangan kembar tersebut tersenyum dan  menunjukkan jari mereka ke arah Mick yang pada masa itu di dalam kereta yang dipandu oleh Cris.

Tanpa disangaka apabila cermin depan kereta dipecahkan oleh seketul bata dan keseluruhan cermin pada kereta tersebut dipecahkan mengunakan kayu baseball oleh beberapa orang bertopengkan ski-mask. Keadaan menjadi kacau-bilau Cris cuba menyelamatkan Mick akan tetapi dia ditarik oleh dua orang lelaki sebelum menbelasahnya dengan tanpa keperimanusian langsung.

Mick terus keluar daripada kereta untuk mempertahankan Cris akan tetapi dia sudah dikerumuni oleh beberapa orang lelaki. Tanpa membuang masa mereka terus menyerang Mick bersungguh-sungguh, Mick menepis kesemua serangan tersebut teramat senang sekali dan kegagahannya dalam pertempuran  semestinya tiada tandingannya. Satu per satu penyerang tersungkur menyembah bumi apabila satu per satu gugur dibelasah oleh Mick.

Bang!

Satu bunyi tembakkan didengari dan darah merah mulai memcucuri keluar dari dada Mick. Tembakkan dilepas oleh seorang lelaki mengenakan kemeja berwarna biru sambil mengenakan seluar jean perak dan berkaca mata hitam.

Kesakitan yang teramat sakit sekali dan darah keluar tanpa henti apabila ia mengena pada dadanya. Lelaki yang menembak Mick dengan perlahan-lahan menuju ke arah Mick sambil menepukkan tangannya bagaikan dia terhibur dengan kegagahan Mick melawan penyerangnya akan tetapi Mick tumbang dengan satu das tembakkan daripada pistolnya.

Lelaki tersebut  memegang kepala Mick sambil tersenyum gembira.

“Akhirnya lelaki perkasa gugur jua. Singa putih kota raya akhirnya tumbang. Sekarang ini saya akan mengambil tempat kamu sebagai raja.” Kata lelaki tersebut dengan bongkak sekali.

Mick sudah tidak dapat berkata apa-apa apabila musuhnya dapat menumbangkannya. Kemarahannya tidak dapat naik apabila kesakitan mulai menguasai dirinya. Sebelum musuh Mick meninggalkan Mick pergi dengan tiba-tiba Mick terus memegang kaki lelaki tersebut.

“Ini katakan gengster. Mengalahkan pondan apabila bertempur. Cara pengecut dengan mengunakan senjata dan hanya pengecut sahaja menyerang  seorang secara berkumpulan. Tempat aku ditakluki oleh kumpulan gengster yang pengecut.” Kata Mick.

Muka lelaki tersebut menjadi merah padam sebaik sahaja dia mendengar apa yang dikatakan oleh Mick tadi. Lelaki tersebut menjadi marah lalu menendang kakinya pada dada Mick dengan kuat sekali, Mick terus menjerit kesakitan dan darah terus melimpah keluar dari tubuhnya.

Bang! Bak!

Oleh kerana kemarahan yang melampaukan sangat, lelaki tersebut terus menembak tepat pada kepala Mick. Mick terus mati dengan serta-merta manakala Cris tergaman apabila dia melihat Mic mati dengan tragis sekali. Tanpa membuang masa lelaki tersebut mengarahkan anak-anak buahnya untuk pergi meninggalkan mayat Mick serta Cris. Lelaki tersebut masuk ke dalam kereta hitam dengan tergesa-gesa apabila dia terlihat sepasang kembar sedang memperhatikannya dengan seram sekali.

Mereka terus meninggalkan tempat kejadian tersebut tanpa berasa apa-apa. Cris menahan kesakitannya dan mulai merangkak ke arah Mick. Dia cuba membangunkan Mick dengan harapan dia masih bernyawa akan tetapi Mick sudah pergi buat selamanya.

Mayat gengster yang dikenali sebagai singa putih kota raya telah diangkut masuk ke dalam sebuah lori polis manakala Cris dibawa kedalam ambulance. Kedengaran bahawa gengster yang membunuh Mick terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang membunuh kesemua ahli kumpulan tersebut apabila mereka kereta yang dipandu hilang kawalan dan melanggar tembok jalan sebelum menjunam ke dalam sungai. Tiada satu yang terselamat daripada kemalangan tersebut apa yang dikatakan oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut apabila dengan tiba-tiba kelihatan sepasang mata hitam dan beranak matakan merah sebelum mereka hilang kawalan pada kereta. Itu yang dikatakan sebelum dia menhembuskan nafasnya terakhir.

Sebulan yang lalu, Mick bersama-sama dengan seorang lagi anak buahnya membuat rondaan untuk mengutip duit perlindungan yang berada di kawasannya. Mick sendiri ingin mengutipnya sendiri daripada mengharapkan anak-anak buahnya daripada mengutip wang tersebut kerana kebanyakkan peniaga tidak akan memberikan kepada anak-anak buahnya sebaliknya jika ketuanya ada semestinya mereka akan memberikannya oleh sebab Mick juga.

Mick serta anak buahnya itu mengunjungi sebuah kedai serbaguna lalu meminta daripada tuan kedai itu wang perlindungan dan mereka tidak langsung peduli jika ada pelanggan di kedai tersebut. Mick ternampak seorang wanita berbaju kurung serta berambut ala ponytails sedang mengigil ketakutan apabila gengster tersebut memasuki kedai tersebut. Mick terus merapati wanita tersebut kerana dia agak tergoda dengan wanita tersebut akan tetapi tangannya ditepis oleh seseorang. Kelihatan seorang pemuda yang seiras dengan wanita tersebut bagaikan mereka ini pasangan kembar menepis tangan Mick daripada penyentuh wanita tersebut. Pemuda tersebut mengugut Mick jika dia berani menyentuh kembarnya.

Mick bagaikan seekor singa terus menyambar pemuda tersebut dengan rakus sekali. Habis barang-barang di rak jualan bertaburan di lantai kedai apabila pemuda tersebut ditolak oleh Mick. Mick menjadi marah apabila dia dihalang oleh pemuda yang kelihatan lemah padanya. Buku lima terus menghinggap muka pemuda tersebut sehingga darah terpercik keluar. Wanita tersebut terus mendapatkan pemuda tersebut yang dalam kesakitan.

Mick terasa puas sekali apabila dia melepaskan kemarahannya lalu dia menanyakan anak buahnya untuk mengambil wang perlindungan tersebut sebelum meninggalkan kedai tersebut tanpa ingin tahu keadaan pemuda tersebut. Apabila Mick keluar daripada kedai tersebut, dia terus menjadi pucat apabila sepasang mata hitam beranak matakan merah memandang tajam ke arahnya. Mick menjadi seram sekali dengan pandangan tajam tersebut lalu dia tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian.

Akhirnya kesemua sudah terbalas apabila penghinaan serta perasaan berbeza itu akhirnya boleh pergi walaupun ia agak sukar sekali buat manusia untuk membuangnya. Pasangan kembar itu tersenyum gembira dengan mereka-mereka yang perhatikan itu apabila kesemuanya menemui ajal, jika mereka tidak mulakan semestinya ia tidak akan terjadi. Pasangan kembar itu terus meninggalkan tempat kejadian dimana Mick menemui ajalnya sambil menyanyikan sebuah lagu yang berentakkan London Bridge.

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.

Jika kerana perbuatan masing-masing adalah punca kesemuanya berlaku jika sebaliknya semestinya mereka ini masih hidup lagi. Perbuatan mereka semestinya setimpal dengan perbuatan mereka sendiri. Moral ada didalam kisah-kisahnya tersendiri dan ia terpulang kepada kita untuk memahaminya walaupun ia agak sukar sekali kita sebagai manusia untuk menerimanya.

Ego, tinggi diri serta lebih berkuasa diantara benda yang ada pada setiap manusia yang semestinya sukar sekali diubah. Benda-denda ini membuatkan mereka buta dengan perkara-perkara yang penting seperti rendah diri. Semestinya sepasang mata hitam beranak matakan merah akan terus memperhatikan musuh-musuhnya jika mereka ini tidak sedar dengan kesalahan diri. Ia akan terus menghantui mangsa-mangsanya sambil dengan lagu yang berentakkan London Bridge

We will be always watching you,
Watching you, Watching you,
We will be always watching you,
Until you die.



Sekian.