Khamis, 25 Julai 2013

Place: Library

Jam mulai menunjukkan waktunya dekat 11.30 malam, satu per satu pelajar mulai mengemaskan buku-buku mereka untuk beredar daripada perpustakaan University. Peperiksaan akhir semestar mulai dekat dan perpustakaan dibenarkan buka sehingga tengah malam. Amin masih tekun lagi mengulang kaji dan dia beberapa kali menolak pelawa rakan sekelasnya untuk pergi minum. Dia lebih serius sekali bukan kerana apa dia ingin mendapat markah cemerlang sahaja dan dia tidak gemar untuk bermain-main.
Keadaan perpustakaan agak sunyi sekali, hanya kelihatan sebilangan kecil pelajar sahaja kelihatan. Amin lebih gemar duduk di meja hujung perpustakaan kerana ia lebih sunyi dan jauh sekali daripada gangguan. Dia sering kali perasan dengan seorang lagi pelajar perempuan yang duduk berdekatan dengan mejanya. Apabila Amin belajar pada lewat malam di sana, dia sering melihat pelajar perempuan ini kerana baginya pelajar tersebut cantik sekali.
Malam ini, Amin mengambil kesempatannya untuk menyapa pelajar perempuan tersebut. Dengan hatinya berdebar-debar, dia melangkah ke meja pelajar tersebut lalu menyapanya. Kelihatan pelajar perempuan tersebut senyum, Amin bagaikan hatinya dipanah cinta bukan main dengan kecantikkan pelajar perempuan tersebut. Secara tak langsung, Amin meminta kebenaran dengan pelajar tersebut untuk duduk di meja tersebut dan pelajar perempuan tersebut membenarkannya. Amin mendapat tahu bahawa nama pelajar perempuan ini adalah Rokiah, agak aneh baginya seperti nama orang lama sahaja.
Ketika Amin berada bersama-sama dengan Rokiah, dia ada perasan bahawa Rokiah dengan penuh perhatian dengan satu muka surat sahaja pada buku yang dibacanya malah dia tak langsung membelak muka surat seterusnya. Amin berpendapat ada kemungkinan Rokiah lebih fokus kepada muka surat tersebut kerana mengafalnya.
Dengan tiba-tiba, pen kepunyaan Amin terjatuh ke bawah meja. Ketika Amin pergi mengambilnya dia mendapati bahagian bawah badan Rokiah hanyalah rangka kaki tidak berdaging dengan darah merah mengalir perlahan-lahan. Amin terus menjadi pucat lalu meminta dirinya kerana lewat dengan Rokiah secara tergesa-gesa. Rokiah masih tekun melihat terus bersuara lalu mengatakan “Dah lewat ke atau dah tahu?” Amin bagaikan tergaman apabila dia dengar kata-kata daripada Rokiah. Tanpa membuang masa dia terus membuka langkah seribu dan dia juga terdengar kata-kata tersebut sambil diiringi ketawa mengilai daripada Rokiah.
Selepas itu Amin terus demam seminggu kira dia bernasib baik la tidak menerima lebih teruk sekali walau agak sukar baginya ketika dia menjawab kertas peperiksaannya. Amin benar-benar bersumpah yang dia tidak lagi akan mengulang-kaji pelajarannya di perpustakaan pada malam hari serta dia juga ragu-ragu apabila di siang hari juga kerana dia sudah serik daripada terjumpa dengan Rokiah.
Malah dia menjadi bahan ejekkan dengan rakan-rakannya apabila Amin berminat dengan gadis tersebut tetapi ia adalah hantu. Semestinya Amin tidak akan lupakan daripada ingatannya iaitu apabila Rokiah mengatakan “Dah lewat ke atau dah tahu”.

Sekian.

Place : School

Kelihatan dari jauh salah satu pejabat di SMK Sri Cendana masih lagi terang-menderang. Kelihatan seorang guru wanita menyemak tanpa henti kertas peperiksaaan pelajarnya apabila cuti semestar mulai dekat. Cikgu Zaiton kena habiskan semakkannya untuk membolehkan dia untuk menulis rekod pelajarnya. Dengan tekun dia menyemak kertas tersebut dan adakala dia mengomel geram dengan jawapan yang ditulis oleh pelajar tersebut. Apabila Cikgu Zaiton akhirnya habis memeriksa kesemua kertas peperiksaan tersebut lalu dia menulis satu per satu markah tersebut pada buku rekod pelajar. Adakala Cikgu Zaiton mulai berasa seram sejuk apabila hanya dia seorang sahaja tinggal dan jam mulai menunjukkan 8 malam. Kira bernasib baik baginya kerana dia tinggal di apartment guru berdekatan dengan sekolah.
Ketika Cikgu Zaiton mengemas-gemaskan mejanya kedengaran seperti ada benda menheretkan kakinya berjalan ke arah Cikgu Zaiton. Bulu pada tengkuknya mulai meremang dan Cikgu Zaiton cuba menyenangkan dirinya dengan menganggapnya bunyi angin. Ketika Cikgu Zaiton mematikan lampu pada pejabat tersebut sebelum dia mengunci pejabat tersebut, pada ekor matanya dia ternampak jelas satu lembaga hitam berdekatan dengan mejanya. Dia mulai merasakan ketakutan mulai menghantui dirinya tanpa membuang masa dia terus mempercepatkan gerakkannya ke arah pondok pengawal. Dengan tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti bunyi tangisan datang daripada belakang Cikgu Zaiton. Dengan perlahan-lahan Cikgu Zaiton berpaling ke belakang, dengan penih dengan ketakutan dia melihat satu lembaga dengan rambut panjang menutupi wajahnya dengan menyerikan giginya berdarah sambil cuba mengapaikan tangannya yang mempunyai kuku yang panjang berdarah. Berpakaian putih labuh dengan kesan-kesan darah melekat pada pakaiannya. Tanpa membuang masa Cikgu Zaiton terus membuat langkah seribu dan terus berlari ke arah pondok pengawal. Adakala dia melihat ke arah belakangnya, kelihatan jelas sekali lembaga wanita tersebut masih mengejarnya dari belakang.
Setibanya Cikgu Zaiton di pondok pengawal tersebut, kelihatan Pak Samad seperti sudah bersedia dengan peralatannya. Pak Samad sudah tahu apabila dia sendiri mendengar bunyi jeritan meminta tolong daripada Cikgu Zaiton ketika dia berlari ke arah pondok tersebut. Kelihatan Pak Samad terkumat-kumit membaca sesuatu pada tangannya apabila Cikgu Zaiton bersembunyi di belakang Pak Samad. Pak Samad mengenggam tangannya sebelum membaling ke arah lembaga tersebut. Kedengaran bunyi jeritan mengerikan sekali daripada lembaga tersebut sebelum ia ghaib daripada pandangan mata. Cikgu Zaiton seperti orang yang kehilangan semangatnya dengan apa yang menimpah pada dirinya. Nasib ada Pak Samad dengan memberikan dia air selawat untuk menenangkan hati Cikgu Zaiton. Sebenarnya sekolah tersebut mempunyai kisah seramnya tersendiri ketika sekolah tersebut dibina, mereka menjumpai beberapa kubur lama lalu mereka memindahnya ke tempat baru akan tetapi mereka tertinggal satu tanpa mereka sedari. Dari situ bermulanya kejadian yang menakutkan buat mereka yang bekerja lewat malam kerana ada yang mengatakan bahawa kubur yang tertinggal tersebut berada di bilik guru tersebut.
Cikgu Zaiton menjadi trauma dengan kejadian yang berlaku pada dirinya dan membuatkan dia tidak berani tinggal seorang diri di bilik guru tersebut. Dia akan meminta beberapa rakan sekerjanya untuk menemaninya serta meminta Pak Samad turut menemaninya. Dia sudah serik.

Sekian.

Khamis, 18 Julai 2013

Place : Hotel

Ismail sudah berasa keletihan apabila dia memandu keretanya tanpa henti selama 5 jam. Waktu sudah menunjukkan sudah lewat malam dan mata Ismail mulai keberatan dengan keletihan yang teramat sekali. Apabila dia tiba ke sebuah pekan, Ismail tidak membuang masa mencari tempat untuk dia bermalam tak jauh daripada pekan tersebut terdapat sebuah hotel lama. Ismail terus mematikan keretanya lalu memasuki ke dalam hotel tersebut, ternyata reka dalaman agak lama serta kelihatan seorang wanita muda berkerja di meja reception. Tanpa membuang masa Ismail terus sahaja check-in ke hotel tersebut.
Bilik Ismail berada di tingkat 4 dan berada di paling hujung sekali. Ismail terus memasukkan kuncinya ke pintu bilik tersebut lalu membuka tombolnya. Bagaikan satu hembusan angin terus menyembur pada muka Ismail serta dia terhidu bau abu bagaikan bilik tersebut sudah lama tidak digunakan lagi. Ismail terus menghidupkan lampu bilik tersebut lalu meletakkan beg pakaiannya di tepi katil. Tanpa membuang masa Ismail pergi bersihkan dirinya sebelum dia merebahkan badannya pada katil.
Ismail kelihatan berhempas-pulas apabila dia tidak dapat melelapkan matanya walaupun dia sudah kepenatan yang bukan main. Ismail cuba pejamkan matanya dengan harapan dia boleh tidur kerana pada keesokkan harinya dia kena sambungkan perjalanannya. Dengan tiba-tiba kedengaran seperti ada bunyi tapak kaki dari bilik air lalu bunyi tapak kaki kedengaran berdekatan deengan katil Ismail. Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya dengan penuh dengan ketakutan dengan apa dilihatnya. Kelihatan satu lembaga seperti seorang wanita berambut panjang sehingga paras pinggang dengan berpakaian night gown yang penuh dengan dengan darah pekat. Lembaga tersebut terus berjalan ke arah beranda lalu terus berpaling ke arah Ismail sambil memberikan senyuman yang mengerikan dengan darah mengalir deras dari wajah wanita tersebut. Tanpa membuang masa wanita tersebut terus terjun daripada beranda tersebut.
Dengan apa yang dilihat oleh Ismail tadi, tanpa membuang masa dia terus menyeluru keluar daripada bilik tersebut dengan berseluar pendek sahaja bersama-sama dengan beg pakainannya. Dia terus berlari ke arah reception manakala pekerja wanita di meja reception tersebut terus menjerit apabila Ismail berlari ke arahnya seperti orang yang tidak siuman. Kelihatan seorang lelaki kira berusia keluar daripada pejabat untuk mencari sebab mengapa pekerjanya menjerit. Dia mendapati Ismail adalah punca pekerja menjerit apabila dia melihat Ismail hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Lelaki tersebut mengarahkan pekerja wanitanya untuk tenangkan dirinya manakala dia membawa bath robe untuk Ismail untuk menutup tubuhnya. Lelaki memperkenalkan dirinya sebagai General Manager di hotel lama tersebut sebelum mengarahkan seorang pekerja lelaki yang tiba sebentar tadi, untuk membawakan kopi panas buat Ismail.General Manager tersebut tanpa henti meminta maaf dengan Ismail, apabila dia mendapat tahu Ismail ditempatkan di bilik tersebut. Dia sudah mengingatkan pekerjanya untuk tidak menyewakan bilik tersebut kerana pernah seorang wanita membunuh diri apabila putus cinta, maka bilik tersebut dibiarkan sahaja. General Manager tersebut memindahkan Ismail ke bilik yang berlainan tingkat dan bilik sebagai tanda meminta maaf kepada tetamunya itu. Ismail merasakan dirinya kurang bernasib baik apabila dia menhadapi pengalaman yang sukar untuk dilupakan olehnya.
Sekian.



Khamis, 11 Julai 2013

Perhatian






Diucapkan selamat menyambut bulan Ramaddan buat semua pembaca yang beragama Islam. Hari ini sudah kita berlapar dan dahaga buat hari yang kedua.

Semestinya kesemua syaitan dan Jin sudah dirantai. kira bersyukur tiada gangguan daripada mereka ini. Akan tetapi lain pula yang menggangu kita adalah nafsu dan pemikiran sahaja.

Baiklah saya nak nyatakan bahawa penceritaan akan diteruskan walaupun ia pada bulan yang mulia ini. Nantikan kisah seram pada masa akan datang.


PS: Nampak sahaja macam cina tetapi penulisnya beragama Islam iaitu Brunei Cina. Ini hanya memaklumkan sahaja semestinya ada yang tertanya2 mengapa penulis banyak meletakkan elemen agama Islam dalam penulisannya. Bab agama lain saya mempunyai keluarga daripada kalangan mereka yang bukan beragama Islam kira sebagai 1M la. Hanya satu agama sahaja yang tiada iaitu agama Hindu sebab saya tiada keluarga daripada agama tersebut dan ketiadaan info mengenainya.

Place : Mall

M berjalan-jalan dengan langkah berhati-hati. Sepanjang jalan dia sentiasa menyuluh mengunakan lampu suluhnya pada setiap deretan kedai yang tertutup rapi di pusat beli-belah Penguin sentiasa memberi laporan semula dengan mengunakan walkie-talkie. Kerjanya sebagai sekuriti untuk memastikan kedai-kedai di pusat beli-belah ini terselamat daripada dimasuki pencuri. Dia diarahkan oleh pihak atasan untuk bekerja shift malam atas laporan kecurian pada waktu malam berserta 3 lagi rakan setugasnya untuk memastikan memberkas daripada ia berlaku semula.
Selepas M berpisah dengan rakannya H untuk mengawal tingkat paling atas pusat beli-belah tersebut iaitu tingkat 4. Walaupun dekat seminggu M bekerja shift malam, dia sering berasa lain semacam apabila mengawal di tingkat 4 bagaikan segala pergerakkannya diperhatikan bukan daripada CCTV akan tetapi daripada benda lain. M terpaksa menolak ia jauh-jauh demi tugasannya walaupun dia sering kedengaran bunyi tapak kaki mengekorinya walaupun pada masa itu hanya dia sahaja berada di tingkat 4.
Ketika M melalui lorong yang gelap, dari jauh kelihatan ada sesuatu menangkap mata M untuk memberi tumpuan. Kelihatan dari jauh ada sesuatu gelap mencangkung betul-betul di depan sebuah kedai pakaian. M tergerak untuk melaporkan kepada walkie-talkie memgenai dia memjumpai seseorang yang mencurigakan di tingkat 4 dan dia akan bertindak. Selesai sahaja M membuat laporan, kelihatan lembaga gelap tersebut tidak menunjukkan ingin meninggalkan tempat itu.
M mulai berasa seram sejuk apabila dia menuju kearah lembaga tersebut. Dengan bantuan daripada cahaya lampu suluhnya sebatang besi yang M bakal gunakan untuk mempertahankan dirinya jikalau lembaga itu bakal menyerangnya. Dengan perlahan-lahan M membuka langkah berhati-hati dengan harapan perbuatannya tidak disedari lembaga tersebut. Separuh jalan, M mulai menjadi pucat dan terus berpatah balik lalu berlari sepantas kilat ke pejabat pusat dengan ketakutan yang teramat sekali apabila dia melihatnya dengan jelas dari cahaya lampu suluhnya. Kelihatan lembaga gelap mencangkung tersebut berpaling ke arahnya dengan berambut panjang menunjukkan matanya merah berkaca sambil menyerikan giginya yang tajam dan kelihatan seperti darah menitik ke lantai. M terus ketakutan dan terus berlari melepaskan diri apabila lembaga tersebut mulai mengejarnya.
Setibanya M ke pejabat, semestinya rakan-rakan setugasnya berasa hairan dengan perbuatan M bagaikan dikejar hantu. Tak sampai beberapa minit M terus merebahkan jatuh je lantai, tidak sedarkan dirinya. Dengan panik rakan setugasnya terus mengantarnya terus ke hospital.
Pada keesokkan harinya, M terus demam panas selama seminggu dan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan semangatnya semula. Tanpa membuang masa M terus mengantar surat letak jawatan kepada pihak atasan kerana trauma dengan pengalaman yang dia hadapi. Bukan apa yang sebenarnya tapak pusat beli-belah tersebut dibuat diatas sebuah kubur lama walaupun kubur-kubur tersebut dipindahkan ada satu tertinggal kerana tidak bernisan serta terdapat juga kes seorang wanita muda membunuh diri di dalam salah satu tandas di pusat beli-belah tersebut kerana putus cinta.
Sekian.

Khamis, 4 Julai 2013

Bab 14 : Mini Series - Place

Salam malam Jumaat semua, berakhir sudah kisah seram mengenai sebuah jalan raya. Kali ini sebuah kisah seram pendek akan dikongsikan buat santapan kamu semua mengenai tempat. Kisah-kisah seram mengenai sebuah tempat sering kali kita dengar bukan malah ia dikirakan sebagai isi dan kuku yang tidak dapat kita lepaskan. Bagi sebuah tempat mesti ada kisah seramnya tersendiri walaupun tempat tersebut masih baru lagi. Saya sendiri pernah alami kisah pengalaman seram saya sendiri berkaitan dengan tempat iaitu “Kerana bising”, “Malam 30 Ogos”, “Malam yang menyeramkan”, “Asrama I & II”, “Bunyi”, “Kisah di Kunak”, “Seorang diri” dan “Ganjil”.
Kita ini manusia adakala kita belum biasakan diri di tempat baru ataupun tempat yang asing kepada kita bukan? Adakala perasaan paranoid sering berlegar-legar di kepala otak kita, memikirkan sesuatu yang menakutkan dikirakan kita sendiri yang takutkan diri sendiri juga. Adakalanya kita akan terlebih berani sehingga ia memakan tuannya sendiri juga. Ia terpulang kepada kamu juga.
Bagi series kali ini saya akan kongsikan 7 kisah seram pendek yang ada kaitan dengan tempat dan terdapat 2 adalah kita boleh anggapnya sebagai kisah klasik yang kita selalu dengar. “Mall” adalah kisah mengenai seorang penjaga sekuriti menjaga malam di sebuah pusat membeli-belah. Kecurian di pusat membeli-belah pada waktu malam sering kali berlaku, maka beberapa orang penjaga sekuriti disuruh untuk berjaga-jaga. Apakah yang akan berlaku kepada penjaga sekuriti tersebut? “Hotel” adalah sebuah kisah klasik mengenai seorang tetamu kepada hotel tersebut yang terpaksa bermalam di sebuah hotel kerana keletihan daripada perjalanan jauh. Ada sesuatu yang bakal menakutkan tetamu tersebut yang sukar dilupakan olehnya. “School” adalah sebuah kisah mengenai seorang guru pulang lewat malam kerana memeriksa kertas peperiksaan. Kedengaran satu bunyi yang cukup menakutkan guru wanita ini sehingga dia trauma untuk balik lewat. “Libary” adalah sebuah kisah klasik iaitu kisah seorang pelajar yang mengulang kaji di perpustakaan kolej sehingga lewat malam. Apabila dia berjumpa dengan seorang pelajar perempuan yang cukup misteri, yang bakal mengubahkan sikapnya terus. “Hospital” adalah sebuah kisah mengenai seorang jururawat wanita yang kena berkerja shift malam. Ada sesuatu bakal menakutkan jururawat muda ini sehinggakan dia betul-betul bersedia jika dia berkerja malam semula. “House” adalah kisah mengenai sepasangan kekasih yang berpindah ke sebuah rumah yang mempunyai sewa yang cukup murah sekali. Ada satu kisah seram bakal menghantui mereka berdua ketika mereka tinggal di rumah tersebut sehinggakan mereka cabut lari pada waktu malam disebabkan oleh kejadian tersebut. “Lake” adalah kisah seram mengenai sepasang nelayan suami isteri yang pergi memancing bersama-sama di sebuah tasik. Ada sesuatu kejadian yang membuatkan mereka berdua dalam ketakutan yang teramat sekali ketika mereka berdua memancing pada waktu malam di tasik tersebut.
Nantikan kisah seram ini pada malam Jumaat, ia bakal menghantui kamu.
Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Road : Accident

Kedengaran dari jauh bunyi enjin motosikal, kelihatan seorang budak pengantar barang. Dengan berhati-hati dia kerana jalan tersebut sudah berlubang-lubang dan mulai dimamah zaman. Hati budak pengantar mulai berdebar-debar apabila dia teringat sebuah kisah seram mengenai sebuah jalan lama yang dikatakan berpuaka. Baginya adakah jalan yang dia gunakan sekarang ada kemungkinan ia mahupun sebaliknya. Dia muali diselebungi dengan ketakutan ketika dia mengunakan jalan lama sebagai jalan pintasnya.
Dengan tiba-tiba, motorsikalnya terhenti apabila dia terlihat seorang gadis melambai-lambai kearahnya. Kelihatan sebuah kereta proton berwarna putih tersadai dibahu jalan dan kelihatan seperti asap keluar daripada bonet kereta tersebut. Budak pengantar tersebut tidak membuang masa terus ke arah gadis tersebut untuk membantu gadis tersebut.
Kelihatan gadis tersebut berpakai gaun putih pendek serta berambut panjang paras bahunya. Kelihatan gadis tersebut tersenyum apabila budak pengantar datang memberikan bantuan. Gadis tersebut mengatakan bahawa keretanya dengan tiba-tiba membawa masalah kepadanya serta dia berada di tengah-tengah jalan dan untuk mendapatkan bantuan ia adalah mustahil sekali apabila tempat tersebut tidak menpunyai sebarang talian telefon.
Apabila budak pengantar tersebut dengan sukarelakan dirinya untuk melihat pada bonet yang berasap dengan harapan dia boleh membantu gadis tersebut. Dia berasa seram sejuk sebalik sahaja dia lalu di depan gadis tersebut dan dia terhidu bau yang amat wangi seperti bunga kemboja dari gadis tersebut.
Dengan tiba-tiba budak pengantar mulai ketakutan dengan apa yang dilihatnya, bonet kereta tersebut tidak mempunyai enjin langsung serta kerangka kereta sudah berkarat. Bau yang wangi sudah berubah menjadi bau yang kurang menyenangkan sekali. Dengan pelahan-lahan dia menoleh kearah gadis tersebut bagaikan kakinya menjadi kaku dengan ketakutan apabila gadis tersebut sudah berubah menjadi sesuatu yang cukup menakutkan sekali. Dengan wajah yang kelihatan seperti mulai mereput, rambutnya mengembang serta sepasang taring dan mata yang merah membawa seperti Langsuir.
Tanpa membuang masa, budak pengantar terus membuka langkah seribu dengan tenaga yang dia ada. Kelihatan Langsuir mulai menjadi berang dan mulai menjerit serta mengilai dengan cukup menyeramkan sekali. Dengan keadaan yang kelam-kabut, budak pengantar mulai panik kerana Langsuir tersebut mengejarnya.
Bang! Krek! Kras! Bak! Motosikal yang ditunggng oleh budak pengantar terlanggar pembahagi jalan lalu terus menjunam ke dalam curam apabila Langsuir tersebut muncul di depannya. Di dalam curam dimana budak pengantar berada, dia cedera parah dan sekarang nyawa-nyawa ikan. Dengan pelahan-lahan dia cuba bergerak-gerak akan tetapi ia adalah kesakitan yang teramat sekali. Ketakutannya tidak berakhir di situ sahaja apabila kelihatan Langsuir tersebut memunculkan dirinya semula di depannya lalu berjalan ke arahnya budak pengantar tersebut yang cedera parah dengan darah merah keluar tanpa henti. Langsuir tersebut terus membenamkan taringnya tepat pada leher budak pengantar tersebut dan berakhirnya hidup dia.
Adakala mereka yang mengunakan jalan lama tersebut sering kali terlihat kelibat satu lembaga berdarah meluncur laju dengan sebuah motorsikal putih dan dibonceng sama-sama Langsuir. Barang siapa melihatnya bakal kemalangan jalan raya kerana jelas sekali terpancar pada wajah ketakutan yang teramat sekali.
 Sekian.