Khamis, 13 Jun 2013

Bab 13 - Mini Series: Road


Dengan tamatnya kisah pendek iaitu Mirror. Dengan ini saya akan sampaikan beberapa kisah pendek seram yang ada kaitan dengan jalan. 

Semestinya kita sering kali mendengar kisah-kisah seram yang ada berkaitan dengan jalan bukan? Malah kita bagaikan magnet apa-apa kisah seram yang berlaku sepanjang jalan bukan? Kisah-kisah sebegini sering kita dengar dah bagaikan isi dan kuku.

Saya sendiri pun tidak pasti mengapa kita sering kali mengalami pengalaman seram semasa kita ingin menuju ke satu destinasi malah kita tahu apa yang berada di depan kita. Kebanyakkan berlaku tanpa kita sedar dan ia sesuatu yang sering kali berlaku tidak disangka sekali. Saya sendiri pun ada pengalaman yang berkaitan yang berlaku didalam perjalanan dan jika ingin membacanya sila membacanya dalam “Pengalaman saya yang tak akan saya lupakan” di dalam “Perjalanan”.

Dengan ini saya akan kongsikan 3 kisah pendek buat malam ini.  Short cut” adalah kisah sepasang suami isteri yang mengambil jalan pintas selepas balik daripada keramaian. Apa yang akan berlaku kepada suami isteri tersebut sepanjang jalan pintas yang mereka gunakan itu?  Loss” adalah sebuah kisah mengenai seorang pemuda tersesat apabila dia mengambil jalan yang salah. Pemuda tersebut mulai menjadi panik apabila dia masih sesat lagi sehingga ke lewat malam. Ada sesuatu yang bakal berlaku kepada pemuda tersebut. “Accident” adalah kisah seorang dispatch boy mengunakan sebuah jalan lama untuk menghantarkan sebuah bungkusan. Sepanjang perjalanan penghantaran tersebut, dispatch boy ternampak sesuatu tersadai di bahu jalan lalu terus menuju kepada ia. Apakah yang dia bakal menemui dan apakah yang bakal dia temui?

Nantikan kisah pendek ini yang ada kaitan dengan jalan raya, jalan lama dan jalan pintas.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan