Khamis, 20 Jun 2013

Road : Short Cut

Si isteri sedah tidak henti-henti mengomel dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya, si suami lebih suka membuat keputusannya sendiri dengan melalui satu jalan pintas walaupun di dalam kereta tersebut mempunyai sistem GPS. Kereta yang dipandu dengan berhati-hati oleh si suami manakala si isteri mulai tidak sabar kerana jalan pintas yang mereka gunakan mengambil masa yang lama untuk mereka tiba ke rumah mereka malah jalan pintas tersebut tiada dalam sistem GPS.

Bang, dekat satu jam kita di dalam kereta nie tapi dekat 1 jam kita dalam perjalanan tapi tak sampai-sampai juga.” Bising si isteri.

“Sabarlah dekat sudah kita nie. Lagipun takkan kawan saya tipu saya semasa di pesta hari jadi anaknya.” Jawab si suami yang mulai risau.

Bang bukan ka kereta putih tu kita sudah pintas tadi bukan mengapa kereta tu depan balik?” soal si isteri apabila dia terlihat sebuah kereta proton putih berada didepan mereka.

“Mungkin kereta lain lagi pun tak mungkin kereta putih yang kita nampak tadi.” Jawab si suami yang mulai berasa lain macam.

“Tak la bang, saya ingat lagi kereta putih tadi malah ia sama dengan kereta yang pintas tadi.” Kata si isteri dengan bersungguh-sungguh.

Si suami yang berdiam sahaja lalu dia cuba memintas kereta proton putih tersebut. Si isteri cuba-cuba jeling ke dalam kereta putih akan tetapi keadaan kereta putih diselebungi oleh kegelapan malah dia tidak dapat langsung melihat pemandunya.
Setengah jam berlalu, si suami dan isteri mulai menjadi pucat apabila mereka terlihat lagi kereta proton berwarna putih berada betul-betul didepan mereka semula walaupun mereka sudah memintasnya. Si isteri mulai menlanda ketakutan manakala si suami mulai membaca beberapa ayat Al-Quran untuk meminta perlindungan daripada Yang Maha Esa.

Si suami mengambil keputusan yang kali terakhir untuk memintas kereta putih lagi dan si isteri hanya menangguk bertanda setuju dengan kali ketiga ia akan berlalu pergi. Si suami terus menekan pedal minyaknya dengan kuat sekali dan cuba untuk memintas buat kali ketiga dengan kereta putih tersebut.

Si isterti terus menjerit ketakutan dengan apa yang dilihat di dalam kereta putih manakala si suami mulai hilang kawalan kereta. Ternampak jelas sepasang lembaga putih penuh dengan darah dengan menampakkan tulang-tulangnya berpatahan, memandang tepat ke arah pasangan suami isteri.

Bang! Pok! Crash!

Kereta yang dipandu oleh si suami melanggar pembahagian jalan lalu terus memasuki ke dalam gaung manakala kereta tersebut dengan laju sekali melanggar sepohon pokok. Pasangan suami isteri mengalami kemalangan jalan raya.

Dengan kehendak Tuhan mereka berdua hanyalah mengalami kecederaan ringan dan mereka selamat apabila si suami dan isteri sempat keluar daripada kereta tersebut sebelum kereta itu sempat merempuh pokok tersebut. Pasangan suami isteri tersebut akhirnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Apabila isteri kepada kawan si suami datang mengunjungi mereka berdua. Terkejut beruk isteri kawan si suami kerana suaminya tidak berada bersama-sama menyambut majlis hari jadi anaknya. Malah isteri kepada kawan si suami mengatakkan lagi bahawa suaminya berada di luar negara kerana urusan perniagaan. Ia sememangnya agak mustahil bagi suaminya untuk berada di sana sebab isteri kawannya berkata benar apabila si suami tersebut menelefon kawannya untuk mendapatkan kepastian.

Jalan pintas yang dikatakan adalah jalan lama yang sudah tidak digunakan lagi kerana kerap berlakunya kemalangan jiwa. Kesemua kejadian kemalangan tersebut berkaitan dengan gaung dan kereta proton berwarna putih.

Pasangan suami isteri tersebut menjadi pucat apabila mereka berdua mengetahui perkara yang sebenarnya dan yang lebih teruk sekali. Adalah persoalan timbul di kepada si suami dengan siapakah dia berbicara yang menyamar sebagai kawannya yang mengatakan jalan lama tersebut sebagai jalan pintas.

Hanya satu sahaja mereka berdua bersyukur bahawa mereka terselamat daripada kehilangan nyawa mereka akan tetapi mereka tahu yang mereka tidak akan mengambil sebarang jalan pintas selepas pengalaman  menyeramkan yang mereka berdua lalui.

Adakah jalan lama tersebut mencari mangsa baru? Adakah mangsa yang terdahulu mencari mangsa baru? Ia satu persoalan yang tidak akan ada jawapannya.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan