Betty kelihatan sibuk mengemas-gemaskan barang-barangan
mendiang neneknya Puan Li, yang seminggu dia menhembuskan nafasnya kerana sakit
jantung. Kesemua barang kepunyaan mendiang nenek Betty diletakkan ke dalam
kotak manakala ada beberapa pula bakal didermakan seperti buku-buku lama dan
sebuah cermin antik ala Victorian
bertangkaikan kayu oak.
Betty berasa hairan dengan tulisan yang nampak dibelakang
cermin antik tersebut yang menyatakan beberapa masa untuk melihat mahupun
meramal apa yang diniat di hati. Timbul pada hati Betty untuk mencari sejarah
yang ada pada cermin antik tersebut malah dia sendiri terjumpa satu anak kunci
mempunyai bentuk yang aneh sekali pada tangkainya seperti 3 lilitan bulatan
padanya. Betty terus teringat bahawa dia ada memjumpai sebuah diary kepunyaan
neneknya yang berkunci.
Mata Betty tak henti-henti meneliti setiap muka surat
pada diary mendiang neneknya. Apa yang dibacanya bagaikan tidak masuk akal
sekali. Kesemua kisah yang dia sering kali dengar daripada neneknya kesemuanya
adalah benar sekali apabila Betty mengunjunginya. Kesemuannya bermula apabila
neneknya masih muda lagi sekitar 16 tahun, dia bersama-sama dengan kembarnya
sayangkan pemberian daripada ayah mereka sebuah cermin panjang. Mereka sering
kali bersama-sama bergaya didepan cermin tersebut akan tetapi apabila tibanya
waktu malam mereka berdua akan menutupnya sehinggakan menimbulkan kehairanan
kepada ayah mereka sendiri.
Memangnya pada waktu siang ternyata cermin tersebut
seperti cermin-cermin biasa akan tetapi apabila waktu malam pada masa tertentu
cermin tersebut mulai bercahaya dan kelihatan jelas sekali pada cermin tersebut
seorang wanita berambut panjang serta mengenakan gaun putih yang penuh dengan tompokkan darah. Ia lebih
menyeramkan sekali apabila jelas pada wajah wanita tersebut dengan muka yang
pucat, darah tidak henti-henti mengalir keluar daripada mulut dan matanya
sambil memandang tepat kepada kamu. Akan tetapi cerita mereka sering kali
dipulaukan oleh ayah mereka sendiri.
Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk menanya
kepada ayah mereka sendiri dimana dia membelinya. Apa yang diberitahu bahawa
cermin tersebut dibeli maka mereka berdua terus mencari kedai yang diberitahu
oleh mereka berdua. Akan tetapi tuan punya kedai tidak langsung memberitahu dari
mana cermin itu datang. Dengan perasaan hampa, Puan Li serta kembarnya
meninggalkan kedai tersebut akan tetapi mereka dicuit daripada belakang iaitu
pembantu kedai tersebut mengatakan dia akan memberitahu kepada mereka mengenai
cermin tersebut kerana dia sering kali berasa seram apabila dia membersihkan
cermin tersebut.
Apa yang dia memberitahu bahawa tuan kedai tersebut tidak
mempercayai apa-apa yang perkara ghaib dan menanggap ia sebagai karut. Pembantu
kedai tersebut menyatakan bahawa ada sesuatu yang jahat ada pada cermin
tersebut. Disebabkan tuan kedai bukan orang disini maka dia tidak tahu, yang
cermin yang dia terjumpa pada rumah lama di hujung pekan adalah kepunyaan
seorang ahli shir atau Witch. Ahli
Sihir tersebut dijumpai mati didepan cermin tersebut kerana dibunuh oleh
kekasihnya yang mendapat tahu bahawa dia adalah witch. Terdapat kisah daripada cermin tersebut yang ternyata
ditulis pada belakang cermin tersebut pada masa tertentu cermin tersebut akan
memperlihatkan dan membolehkan seseorang itu meramal dengan harga yang mahal
sekali.
Apabila selesai sahaja pembantu kedai tersebut
menceritakan kepada mereka kisah tersebut, dengan tiba-tiba sebuah kereta kuda
hilang kawalan terus menrempuh ke arah mereka. Bang! Bak! Bak! Bak! Bak! Kedengaran pembantu kedai tersebut
dilangar oleh kereta kuda malah tulangnya berpatahan diinjak oleh kuda tersebut
yang ternyata dalam ketakutan bagaikan ada sesuatu menakutkan kuda tersebut.
Manakala Puan Li dan kembarnya hanya la cedera ringan sahaja selepas
diselamatakan oleh ayah mereka yang kebetulan berada di sana.
Walaupun berkali-kali adik-beradik kembar memberitahu
ayah mereka mengenai kisah hitam pada cermin tersebut malah mereka berdua
meminta cermin tersebut dibuang akan tetapi ayah mereka masih berdegil untuk
tidak membuangnya kerana berfikiran bahawa anak kembarnya tidak menghargai
pemberian itu kepada mereka.
Cermin tersebut diletakkan pada bilik ayah mereka,
walaupun mereka berdua tidak setuju dengan tindakan tersebut. Pada waktu malam
kedengaran jeritan daripada bilik ayah mereka berdua, tanpa membuang masa
mereka berdua terus menyerbu ke bilik ayah mereka. Dengan perasaan takut yang
teramat sekali dengan sesuatu yang cukup menakutkan berada di depan mata mereka
berdua. Satu lembaga putih berdarah-darah cuba menarik ayah mereka kedalam
cermin.
Tanpa berfikir banyak, kembar Puan Li terus menerjah
sambil membawa sebuah pasu sebagai senjata terus menyerang lembaga putih
tersebut. Kedengaran bunyi hilaian yang mengerikan memenuhi bilik tersebut,
lembaga putih melepaskan ayah mereka lalu terus menangkap kembar Puan Li dan
terus menarik masuk ke dalam cermin. Puan Li cuba menyelamatkan kembarnya akan
tetapi usahanya gagal sekali apabila jelas pada cermin tersebut dipeluk oleh lembaga
tersebut sambil tersenyum yang teramat mengerikan sekali sebelum ghaib.
Ayah Puan Li, terus menjadi murung dan mulai menjadi
tidak siuman kerana dia sendiri tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh anak
kembarnya akhirnya salah satu menjadi korban. Akhirnya ayah Puan Li mengambil
nyawanya sendiri dengan membunuh diri di dalam biliknya sambil memandang ke
arah cermin tersebut. Puan Li terpaksa tinggal seorang diri sebelum dia
menerima pinangan daripada anak seorang pastor.
Puan Li masih menyimpan cermin tersebut dengan harapan dia boleh bertemu semula
dengan kembarnya semula.
Puan Li masih lagi ingat lagi yang berlaku kepadanya selepas
50 tahun berumah tangga dengan 4 cahaya mata akan tetapi anaknya yang pertama
tidak bernasib baik kerana turut menjadi mangsa kepada cermin tersebut. Puan Li
cuba mengelakkan dia daripada berlaku akan tetapi anaknya tetap menjadi korban
dengan memcuba salah satu daripada perihal dibelakang cermin tersebut. Puan Li
sememangnya sedar apabila orang tersayangnya diambil daripadanya akhirnya
membuatkan dia membiarkan ia berlaku dengan beberapa menyewanya mati dan darah
dagingnya juga mati.
Betty mulai berasa marah dengan apa yang dia baca di
dalam diary tersebut dan dia tidak menyangka bahawa neneknya sanggup
membiarkannya daripada berbuat sesuatu dengan cermin antik itu. Dengan perasaan
marah, Betty terus menyerbu ke bilik yang menempatkan cermin antik berserta
sebuah tukul besi yang dia akan gunakan untuk memecahkannya.
Kelihatan jelas pada cermin antik tersebut yang bercahaya,
Puan Li bersama-sama dengan kembarnya sambil tersenyum dan berpeluk. Dengan
perlahan-lahan mereka berubah seperti mereka berusia 16 tahun dengan berpakaian
ala Victorian dan jelas pada belakang
mereka ayah mereka sambil tersenyum bagaikan mereka sudah bersatu semula. Betty
mulai berasa sayu dengan apa yang dilihatnya sehinggakan dia melepaskan tukul
besi pada tangannya lalu terduduk mengadap cermin antik.
Dengan tiba-tiba, cermin antik tersebut mulai
bergetar-getar manakala gambaran tadi terus ghaib daripada pandangan. Cermin
antik tersebut mulai bercahaya, Betty terus menjerit ketakutan dengan apa yang
berlaku pada depan matanya dengan keluar daripada cermin tersebut tangan yang
berdarah mulai memegangnya dengan kuat sekali. Dengan perlahan-lahan mulai
menarik Betty ke dalam cermin tersebut, Betty terus meronta-ronta untuk
menyelamatkan dirinya. Betty mulai menangis ketakutan dan dia tidak mampu
meminta pertolongan kerana pada masa itu hanya dia seorang diri di dalam rumah
neneknya.
Betty terus tersentak apabila satu lembaga putih berambut
panjang dengan bergaun putih dengan tompok-tompok darah serta wajah wanita
penuh dengan darah mengalir keluar daripada cermin antik. Lembaga tersebut
terus mencapai Betty lalu menarik masuk ke dalam cermin.
Jelas sekali pada cermin antik tersebut, Betty dipeluk
oleh lembaga wanita tersebut sambil memberikan senyuman yang mengerikan sekali.
Tangan Betty kelihatan mengapai-gapai untuk keluar daripada cermin tersebut
akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia sekali. Lembaga wanita tersebut terus
menarik Betty ke bahagian cermin lebih dalam sebelum ghaib daripada pandangan
mata.
Akhirnya cermin antik tersebut menhiasi di sebuah kedai
menjual barangan antik. Adakala perjalan kaki terhenti melihat pada cermin
antik tersebut dengan ketakutan apabila dengan pandangan agak kabur kelihatan
ada tangan melambai-lambai daripada dalam cermin tersebut sebelum ghaib.
Nampaknya kisah gelap cermin antik terkubur bersama-sama mereka yang
mengetahuinya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan