Khamis, 6 Jun 2013

Mirror : Prediction


Nancy menunggu penuh dengan sabar sekali menantikan detiknya untuk tiba sambil melihat pada jam dindingnya. Dia ingin mencuba adakah ramalan pada cermin antik ala Victorian dan bertangkaikan kayu oak, yang terdapat dalam bilik yang dia sewa daripada Puan Li. Ketika dia mengemas-gemaskan bilik tersebut dia terjumpa tulisan pada belakang cermin antik tersebut dengan mengatakan bahawa tepat pada jam 3 pagi, 33 minit dan 33 saat; ia akan memberikan satu ramalan yang tepat sekali. Maka Nancy untuk memcubanya kerana pada lusanya dia baru akan bekerja semula di sebuah tadika. 

Apabila masanya sudah sampai, dengan tiba-tiba lampu pada biliknya terpadam dan cermin antik tersebut mulai bercahaya. Nancy nampak jelas sekali yang dia bakal menerima sebuah kotak hadiah daripada rakan sekerjanya dan salah satu budak tadika akan terjatuh dari tangga. Selepas sahaja cermin antik kembali ke bentuknya asal dan lampu bilik terhidup dengan sendirinya. Nancy berasakan ada kemungkinan bahawa ramalan tersebut bakal menjadi nyata ataupun sebaliknya. Ia menjadi benar apa yang Nancy nampak daripada cermin antik tersebut dengan dia mendapat hadiah daripada rakan sekerjanya sebagai hadiah berpindah ke tempat baru manakala budak tadika tersebut, Nancy sempat menyelamatkan budak tersebut daripada menerima sebarang kecederaan.

Pada malamnya, Nancy mencuba lagi sekali pada cermin antik tersebut untuk melihat ramalan yang dia bakal alami. Apabila tiba masanya, biliknya terus menjadi gelap dan cermin antik mulai bercahaya. Nancy terus tergerun ketakutan dengan apa yang dia lihat pada cermin tersebut lalu menjerit ketakutan. Kedengaran bunyi pintunya diketuk dan bunyi Puan Li menanyakan mengapa dia menjerit tadi. Apabila Nancy sedar, dia mendapati biliknya sudah terang-menderang manakala dia menlihat pada cermin antik dan mendapati ia hanyalah cermin biasa. Lalu dia terpaksa berbohong dengan Puan Li mengatakan dia mendapat mimpi buruk sahaja. Apabila Puan Li berlalu pergi, Nancy menjadi trauma dengan apa yang dia lihat pada cermin tersebut.

Nancy mengambil cuti panjang dan mulai menjadi murung sekali. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bilik sewa dengan mengemaskan pakaiannya apabila kedengaran pada luar tingkap, dia terus ketakutan apabila traumanya telah menunjukkan dirinya. Nancy nampak jelas satu lembaga yang berupa seperti dirinya dengan mulut yang terbuka sambil lidahnya terjulur keluar, matanya merah dan ternampak jelas kain putih menjerut lehernya. 

Pada keesokkan harinya, kedengaran bunyi siren polis dan ambulance di depan rumah Puan Li. Kelihatan Puan Li menangis teresak-esak dan kelihatan beberapa polis wanita cuba menenangkan beliau manakala beberapa polis lelaki menurunkan mayat yang tergantung pada atas pokok depan rumah Puan Li. Mayat tersebut tidak lain tak bukan Nancy yang mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya dengan membunuh diri. Jauh di dalam bilik yang meletakkan cermin antik, kelihatan jelas bahawa Nancy bergayut-gayut pada kain putih yang menjerutnya dari atas pokok yang sama seperti dilihatnya semalam dan ia juga itulah apa yang Nancy nampak pada cermin antik tersebut iaitu kematiannnya sendiri. Kelihatan Nancy terus bergelut-gelut pada kain putih tersebut sebelum ghaib daripada pandangan mata.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan