Cucu kepada Puan Li datang mengunjungi nenek mereka lalu
mereka berdua akan bermalam disana. Jolly dan Molly ada adik-beradik kembar
daripada anak bongsu Puan Li. Mereka berdua tidak sengaja menjumpai sebuah
cermin antik ala Victorian dengan
bertangkaikan kayu oak yang bersaiz panjang. Yang berada di bilik kosong
bersebelahan dengan bilik mereka, pada asalnya mereka ingin bermain-main
seperti kanak-kanak yang berusia 10 tahun apabila mereka terlihat apa yang
tertulis pada belakang cermin tersebut mengatakan pada tepat jam 4 pagi 44
minit dan 44 saat mereka boleh melihat diri mereka apabila mereka dewasa.
Dengan perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar pada hati mereka lalu mereka
mengambil keputusan untuk mencubanya.
Tanpa pengetahuan nenek mereka, Jolly dan Molly menanti
dengan berdebar-debar hanya tinggal beberapa minit lagi masanya bakal tiba yang
menunjukkan kepada mereka rupa mereka apabila dewasa kelak. Tepat pada masanya
dengan tiba-tiba bilik tersebut terus menjadi gelap manakala cermin antik
tersebut mulai bercahaya. Kelihatan pada dalam cermin tersebut dua orang wanita
yang ternyata cantik sangat dengan satu berambut paras bahu manakala seorang
lagi berambut panjang. Selepas itu bilik tersebut kembali terang dan cermin
antik kembali semula seperti biasanya, dengan perasaan gembiran kedua-dua
adik-beradik kembar tersenyum dengan gembira dengan apa yang dilihat tadi. Akan
tetapi sesuatu diluar jangkaan berlaku apabila mereka berdua melihat ke cermin
semula ternyata sesuatu mulai menakutkan
mereka iaitu apabila mereka pada wajah mereka di cermin mereka bagaikan mulai
menua daripada wajah mereka sekarang kepada mereka yang meningkat dewasa. Malah
mereka berdua merasakan sesuatu yang ketara berlaku kepada diri mereka sendiri
apabila mereka mangkin lama menjadi lemah. Jolly dan Molly mulai rasa trauma
apabila melihat pada cermin malah mereka cuba mengelak daripada melihatnya.
Malah ibubapa mereka mulai menjadi risau dengan kelakuan anak mereka apabila
hampir kesemua cermin pada rumah mereka dipecahkan.
Apabila mereka dihantar ke rumah nenek mereka semula,
Jolly dan Molly mulai berasa paranoid
bila mereka teringat mengenai cermin antik lalu mengambil keputusan untuk
dipecahkan kerana kesemuanya kejadian berpunca daripada cermin antik. Pada
tengah malam mereka berdua dengan berhati-hati membawa tukul terus ke bilik
yang menempatkan cermin antik tersebut tanpa nenek mereka menyedari dengan
rancangan mereka berdua. Setiba sahaja mereka berada di dalam bilik tersebut
kelihatan jelas pada cermin antik wajah-wajah remaja mereka berdua, membuatkan
mereka berdua lalai dengan apa yang cermin itu tunjukkan kepada merea berdua.
Jolly dan Molly mulai ketakutan apabila wajah pada cermin tersebut mulai
berubah dengan mendadak sekali dalam sekelip mata wajah mereka berdua sudah
menjadi seperti orang tua. Jolly dan Molly terus menjerit ketakutan apabila
mereka mulai berubah menjadi seperti seorang nenek tua.
Pada keesokkan harinya, Puan Li menjerit ketakutan
apabila dia menjenguk kedalam bilik cucu kembarnya. Kelihatan pada katil
adik-beradik kembar adalah sepasang nenek tua mati dengan cukup mengerikan
sekali sambil ditangan mereka memegang erat sekeping gambar Jolly dan Molly. Diluar
suasana yang riuh rendah siren polis dan ambulance, pada cermin antik tersebut
di dalamnya menunjukkan sepasang nenek tua dengan perlahan-lahan bertukar
menjadi muda seperti kanak-kanak berumur 10 tahun. Kelihatan Jolly dan Molly
tersenyum dengan mengerunkan dalam cermin antik tersebut sebelum ghaib daripada
pandangan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan