Jantungnya berdebar-debar menantikan masanya untuk tiba,
Mary terus menantikan masa untuk tiba hanya tinggal beberapa minit lagi.
Dihadapan sebuah cermin antik yang bertangkai kayu oak dengan bentuk seperti ala Victorian.
Mary ingin memcubanya apabila dia terbaca sesuatu yang tertulis dibelakang
cermin tersebut dengan mengatakan bahawa tepat pada jam 12 tengahmalam jikalau
kamu membuat hajat didepannya maka apa yang dihajati bakal tercapai. Mary
terjumpa ia ketika dia sedang mengemas-gemas bilik yang disewa daripada Puan Li
kepadanya dia sudah naik bosan dengan telatah roommatenya di hostel kolej dan dia akhirnya bebas sekali dengan
kerjanya.
Apabila jam yang pada handphonenya
menunjukkan tepat jam 12 tengahmalam dengan tiba-tiba, bilik Mary terus menjadi
gelap manakala kelihatan pada cermin antik tersebut mulai bercahaya. Mary
sangat terpegun dengan apa yang berlaku dihadapannya lalu tidak membuang masa
dia terus melafazkan hajatnya iaitu menjadi cantik. Apabila Mary menghabiskan
lafaznya lampu biliknya terhidup dengan sendirinya manakala cermin antik
tersebut bertukar seperti biasa. Mary merasakan dia tertipu apabila dia
lafazkan hajatnya tiada sebarang perubahan telah berlaku tanpa membuang masa
dia terus mematikan lampu biliknya dan terus tidur. Pada keesokkan harinya,
Mary berasa hairan selamanya dia di kolej tiada langsung pelajar lelaki sudi
berkawan dengannya malah beberapa rakan-rakan sekelasnya merasakan dia
halimunan akan tetapi sekarang ia cukup berbeza. Pelajar lelaki sanggup berebut
untuk menjadi teman lelaki manakala pula rakan-rakan sekelasnya melayannya
bagaikan puteri. Tanpa membuang masa Mary terus ke tandas dan melihat pada
cermin, lalu dia mendapati wajahnya sungguh jelita sekali tidak seperti dahulu
dan dia tidak menyangka hajatnya sudah menjadi.
Selama sebulan, Mary merasakan dia berada di puncak dunia
segala-galanya berada dihujung jarinya dengan kejelitaannya tiada bandingan.
Hari yang cerah sudah berakhir apabila, Mary ingin melintasi jalan apabila
selesai membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit. Ketika dia ingin melintasi
jalan, betul-betul disebelah jalan kelihatan seorang gadis berambut panjang
hitam paras pinggang serta dengan muka yang pecah berdarah menitis-nitis di
jalan. Dengan penuh ketakutan Mary terus menjerit-jerit dengan apa yang dilihat
dihadapannya tanpa membuang masa dia terus berlari, tanpa disedarinya sebuah
lori membawa muatan berat tidak sempat menekan brek lalu bertembung dengan
Mary. BANG! Kedengaran bunyi jeritan
perempuan menpenuhi bilik di hospital serta kelihatan beberapa jururawat
tergesa-gesa memasuki sebuah bilik. Di dalam kelihatan Mary sudah dipegang
beberapa jururawat manakala seorang doktor sedang menyuntik ubat penenang. Mary
mulai tenang lalu kerana mukanya habis hancur manakala anggota badannya hanya
cedera ringan selepas dilanggar oleh lori tersebut. Mary mulai dilanda masalah
mental apabila wajahnya tidak dapat dirawat malah dia tidak akan menjadi cantik
semula. Akhirnya Mary dipaksa dihantarkan ke hospital bahagia apabila Mary
mulai memecahkan cermin dan mulai mencederakan sesiapa sahaja di depannya.
Manakala dibilik yang disewa oleh Mary akhirnya menjadi
kosong semula. Puan Li mengambil keputusan untuk menyewakan ia semula. Didalam
bilik kosong dengan beberapa kain putih menutup almari serta katil daripada
ditelan oleh habuk. Sebuah cermin antik bersaiz panjang sahaja dibiarkan tanpa
ditutup yang mengadap ke tingkap bilik. Kelihatan pada cermin tersebut Mary
dengan wajah yang sangat jelita sebelum bertukar kepada muka yang hancur sambil
tersenyum lalu ghaib.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan